1.PENGENALAN
Dewasa ini, setiap manusia secara lumrahnya
memerlukan motivasi dalam diri masing-masing bergantung kepada tahap kemampuan
tersendiri bagi mencapai kesempurnaan hidup. Motivasi ialah sebab, tujuan atau
pendorong untuk seseorang di mana ia sebenarnya yang menjadi penggerak utama
baginya untuk berusaha keras dalam mencapai atau mendapat apa juga yang diinginkannya
sama ada secara negatif atau positif. Selain itu, motivasi adalah darjah atau tahap
kesungguhan dan tempoh keterusan seseorang untuk berusaha bagi mencapai tujuan
atau matlamat.
Dalam erti kata lain, motivasi merupakan suatu
pemangkin dalam menyeramakkan lagi keinginan, keberanian dan kesungguhan untuk
mencapai sesuatu matlamat mencabar yang benar-benar diingini serta yakin boleh
dicapai serta diperolehi. Di samping itu, motivasi ini juga berkait rapat
dengan keperluan.
Keperluan bermaksud sesuatu perkara
yang perlu ada bagi individu untuk terus hidup. Pendek kata, sekiranya
keperluan-keperluan tersebut tidak dipenuhi, secara tidak langsung akan
berlakulah kecederaan kepada sistem biologi badan dan psikologi yang akhirnya
akan menjejaskan kesihatan fizikal dan psikologikal individu. Keperluan
individu itu sendiri terdiri daripada keperluan asas dan keperluan lain.
Keperluan asas bagi setiap individu adalah keperluan fisiologi iaitu makanan,
pakaian, dan tempat tinggal. Keperluan lain pula seperti keperluan psikologi
iaitu autonomi, Kompeten dan perhubungan.
Keperluan fisiologi merupakan
keperluan yang amat penting dan berkait dengan penerusan kehidupan seseorang
manusia sehingga pemuasannya tidak dapat ditahan ataupun ditunda.
Keperluan-keperluan ini sudah tentu akan mendesak untuk didahulukan jika
dibandingkan dengan keperluan-keperluan lain. Seorang individu itu tidak akan
berganjak pada keperluan lain sebelum keperluan fisiologi ini dipenuhi mengikut
tahap kemampuan yang diinginkan. Sementara itu, keperluan psikologi pula
merupakan keperluan lain selain dari keperluan fisiologi yang dihuraikan.
Sebagai contoh kasih sayang dalam hubungan tidak kira sama ada kepada
anak-anak, suami isteri atau sebagainya. Hal ini kerana, hubungan kasih sayang
ini merupakan lumrah bagi setiap individu untuk mempunyai perasaan untuk
menyayangi atau disayangi.
Dalam tugasan kali ini, saya telah
menyediakan laporan yang mengandungi penerangan tentang peranan kedua-dua
keperluan iaitu fisiologi dan psikologi yang berkaitan dengan tahap motivasi
empat orang subjek di mana berlainan jantina iaitu lelaki dan perempuan dan
status perkahwinan iaitu bujang atau berkahwin, keputusan temu duga yang telah
dijalankan serta perbandingan antara persamaan atau perbezaan mereka adalah
seperti yang dihuraikan dibawah.
2.KEPUTUSAN KETERANGAN
2.1.Subjek Pertama
Merupakan seorang pembantu perubatan
(M.A) di sebuah hospital swasta dan telah berkhidmat selama 3 tahun. Beliau
berumur 27 tahun. Tinggal di kawasan Johor Bahru dan menyewa bersama tiga rakan
lain. Tidak mempunyai komitmen lain selain memiliki sebuah kereta. Berminat
dengan aktiviti memancing di waktu lapang dan mempunyai pelbagai jenis alatan
memancing.
2.2.Subjek Kedua
Merupakan seorang pengurus bank dan
telah berkhidmat selama 25 tahun di dua buah bank yang terkemuka dan berpengalaman
dalam bidang yang diceburi. Berumur dalam lingkungan awal 50-an. Tinggal di
kawasan elite iaitu di Damansara Heights. Mempunyai komitmen seperti sebuah
rumah, dua buah kereta, sebuah motosikal dan keluarga. Beliau juga memiliki
sebuah restoran di Kuala Lumpur hasil perkongsian dengan rakan karibnya dan
diuruskan bersama.
2.3.Subjek Ketiga
Merupakan seorang guru yang bertugas
di sebuah sekolah menengah. Berumur dalam lingkungan awal 30-an. Tinggal di
kawasan luar bandar yang kurang mempunyai kemudahan seperti di bandar.
Mempunyai banyak komitmen seperti kereta, rumah, pinjaman peribadi, pinjaman
PTPTN dan masih belajar. Tinggal bersama ibu dan menanggung dua orang adik yang
masih bersekolah.
2.4.Subjek Keempat
Merupakan seorang yang mengusahakan produk
kecantikan dan memiliki butik kecantikan untuk wanita. Beliau berumur 44 tahun.
Tinggal di Setapak, Kuala Lumpur. Mempunyai komitmen seperti pinjaman, kereta, keluarga
dan mempunyai seorang anak istimewa dari 4 orang anak. Beliau juga terpaksa
menanggung suami yang lumpuh akibat dari kemalangan 3 tahun lalu.
3.Peranan Kedua-dua Keperluan
Temu duga yang telah dijalankan terhadap
keempat-empat subjek mengenai peranan kedua-dua keperluan mereka dalam
kehidupan dewasa ini dapat dihuraikan seperti di bawah.
3.1.Temuduga terhadap subjek pertama
Soalan pertama yang telah dikemukakan :Adakah
anda selesa dengan
kehidupan anda
? Maksud saya
kehidupan bujang yang anda jalani
kini?
Soalan kedua yang telah dikemukakan :Adakah anda akan memiliki
rumah
untuk masa
depan atau berhasrat
memiliki keperluan
lain?
Soalan ketiga yang telah dikemukakan :Bagaimana anda
menguruskan masa
antara
pekerja anda yang tidak
menentu
dengan hobi anda?
Dengan mengemukan soalan-soalan seperti di atas
subjek pertama telah memberi respon yang memberangsangkan. Beliau pada mulanya kelihatan
pendiam dan malu tetapi respon yang diberikan beliau begitu positif.
’’...Ya,
buat masa ini saya berasa selesa dengan kehidupan saya. Saya sebenarnya baru
dalam bidang pekerjaan yang saya ceburi kini. Dalam masa yang sama saya
menabung mengumpul duit untuk masa depan saya. Ini tidak bermakna saya kedekut
dan buat masa ini juga saya hanya mempunyai komitmen kewangan terhadap kereta
saya. Saya juga ada menyimpan cita-cita untuk memiliki sebuah rumah dan
mendirikan rumah tangga. Walau bagaimanapun, jika ditakdirkan dalam masa
terdekat saya mempunyai kewangan yang stabil, saya tidak teragak-agak untuk
mencapai cita-cita saya. Saya juga merupakan seorang yang pandai menguruskan
masa antara pekerjaan dan hobi. Hobi saya sebenarnya tidak menganggu waktu
kerja kerana saya hanya menjalankan aktiviti tersebut di masa lapang sebagai
contoh hari cuti saya. Dengan melakukan aktiviti ini juga, saya dapat
merehatkan minda dari tekanan kerja yang saya berhadapan setiap hari. ...’’
Gambar : Memancing Merupakan Salah Satu Hobi Yang
Menenangkan
Sumber : destination360.com
Soalan pertama yang telah dikemukakan :Bagaimana
anda menguruskan
keperluan keluarga
dalam
peningkatan
taraf kehidupan yang
semakin
mencabar kini ?
Soalan kedua yang telah dikemukakan :Adakah anda bahagia
dengan
keluarga
anda dan bagaimana dengan
isteri
anda? Adakah dia bekerja atau
seorang
suri rumah ?
Soalan ketiga yang telah dikemukakan :Memiliki
sebuah restoran yang
dikongsi
dengan rakan yang diurus
bersama memerlukan
komitmen
yang kuat
dari segi masa dan tenaga.
Bagaimanakah
anda membahagikan
masa dengan
pekerjaan yang
anda ceburi
selama 25 tahun dengan
menguruskan
restoran tersebut ?
Respon yang dikemukan oleh subjek kedua sangat
tepat dan padat. Beliau telah memberikan respon yang positif walaupun dikemukan
soalan yang agak mencabar.
’’...Sebagai
seorang bapa kepada 4 orang anak, saya mengurus dan membesarkan mereka dengan
cara yang sederhana walaupun peningkatan taraf hidup hari ini yang semakin
mencabar. Hanya keperluan yang penting sahaja saya utama kepada anak-anak iaitu
seperti keperluan asas, pembelajaran dan juga tuition atau kelas tambahan
kepada anak-anak saya. Ini bukan bermakna saya abaikan keperluan sampingan yang
lain cuma saya utamakan apa yang menjadi keutamakan untuk anak-anak saya dari
segi pendidikan untuk menjamin masa depan mereka. Walaupun tinggal di kawasan
yang serba mewah, ini tidak menghalang saya dari mengurangkan budaya berbelanja
melebihi had yang telah saya peruntukkan kepada setiap anak-anak saya. Dengan
ini, secara tidak langsung saya mengajar mereka supaya berjimat cermat dan
dapat mereka pratikkan di masa hadapan. Sebagai seorang bapa dan juga merupakan
ketua keluarga, saya bertanggungjawab memastikan segala keperluan keluarga
tidak diabaikan. Dengan berjimat cermat dapat menjamin di waktu kesesakan
seperti perbelanjaan untuk perubatan keluarga apabila menghadapi saat-saat
kecemasan. Kita tidak tahu bila kita akan jatuh sakit. Justeru, penting bagi
saya menyediakan perbelanjaan tersebut dengan sempurna. Pada hujung minggu,
saya bersama keluarga meluangkan masa melakukan aktiviti riadah seperti
berjogging dan berkelah di Taman Tasik Perdana jika berkesempatan. Dengan ini
dapat mengeratkan lagi hubungan kami sekeluarga secara tidak langsung saya dapat
berbual dengan keluarga dengan lebih rapat setelah sibuk dengan komitmen kerja
dan sebagainya. Saya bahagia mempunyai keluarga yang begitu memahami kerjaya
saya dan berasa amat bertuah mempunyai mereka sebagai ahli keluarga saya. Manakala
isteri saya pula merupakan seorang suri rumah selepas 12 tahun berhenti kerja
sebagai seorang akauntan di ibu kota dan beliau juga banyak membantu saya dalam
perniagaan restoran apabila saya bertugas di luar kawasan. Saya membahagikan
masa antara kerjaya saya sebagai seorang pengurus bank dan perniagaan dengan
teratur. Maksud saya, saya bertugas di bank dari pukul 9 pagi hingga 6 petang.
Lebih kurang pukul 9 malam, saya mengambil alih perniagaan restoran dari rakan
sehinggalah pukul 2 pagi. Begitulah rutin harian saya dimana saya menguruskan
perniagaan restoran pada sebelah malam dan dibantu isteri kerana bekerja pagi
dan sebelah pagi pula diuruskan oleh rakan. Semua ini tidak akan berjaya tanpa
sokongan keluarga, anak-anak dan isteri tersayang. ...’’
Gambar : Sokongan Keluarga Amat Penting
Sumber : cops4causes.blogspot.com
3.3.Temuduga terhadap subjek ketiga
Soalan pertama yang telah dikemukakan :Adakah
anda selesa dengan kerjaya
anda
sebagai seorang guru ?
Soalan kedua yang telah dikemukakan :Bagaimana anda berdepan
dengan
pelajar yang kurang memberi perhatian
dalam kelas dan pelajar yang mempunyai masalah disiplin ?
Soalan ketiga yang telah dikemukakan :Adakah mempunyai komitmen
yang
banyak membebankan anda dan
adakah ia memberi kesan atau tekanan terhadap kerjaya anda ?
Soalan keempat yang telah dikemukakan :Anda
tinggal bersama ibu dan masih
menanggung dua orang adik yang
masih bersekolah. Tidakkah anda
terfikir untuk berumah tangga
dengan usia begini ?
Respon yang dikemukan oleh subjek ketiga ini pula
berkesan dan mengemukakan respon yang positif mengikut cara tersendiri.
’’...sebagai
seorang guru yang bertugas di sekolah menengah di kawasan luar bandar, ini
tidak menghalang saya dari mengharungi setiap detik dan saat yang
menggembirakan dalam kerjaya saya di mana saya berdepan dengan para pelajar
sama ada dari keluarga berada atau sebaliknya serta dengan pelbagai karenah masing-masing. Saya juga berbangga
menjadi seorang pendidik kepada anak-anak bangsa. Dan kita juga tahu bahawa
guru merupakan cahaya yang menerangi kegelapan. Seperti juga guru-guru lain,
saya juga berdepan dengan pelajar yang agak sukar memberi perhatian dalam kelas
ketika waktu pembelajaran. Selalunya saya menggunakan kaedah di mana selepas
waktu kelas tamat atau selepas tamat waktu persekolahan saya akan berjumpa
dengan pelajar terbabit. Dengan demikian, saya dapat mengetahui punca beliau
tidak dapat memberi tumpuan ketika waktu pembelajaran yang dijalankan. Kadang-kadang
kita tidak tahu masalah yang dihadapi para pelajar tanpa menyiasat terlebih
dahulu punca dan terus menjatuhkan hukuman terhadapnya. Selain itu, saya juga
berdepan dengan pelajar yang mempunyai masalah disiplin. Selalunya
pelajar-pelajar seperti ini akan diberi kaunseling oleh saya sendiri kerana
saya merupakan guru kaunseling di sekolah. Tujuan kaunseling adalah untuk
menyedarkan mereka akan sikap dan tingkah laku mereka serta berubah menjadi
seorang pelajar yang baik dan bertanggungjawab. Sementara itu, komitmen yang
banyak ini sebenarnya mengajar saya untuk bertanggungjawab terhadap apa yang
saya mahukan dalam kehidupan saya sendiri. Komitmen ini tidak sesekali memberi
kesan atau tekanan terhadap kerjaya saya sebagai seorang guru malah banyak
membantu saya di mana saya juga merupakan pelajar separuh masa. Bebanan hutang
seperti pinjaman PTPTN tidak menghalang saya dari meneruskan pembelajaran di
peringkat Master. Bak kata pepatah, ’’kalau jodoh tidak ke mana’’. Justeru,
tidak timbul isu seperti kahwin lewat. Siapa yang tidak mahu berumah tangga,
cuma masa dan takdir yang menentukan. Mungkin saya terlalu sibuk menguruskan
kerja, belajar dan keluarga yang menyebabkan saya tidak mempunyai masa untuk
berfikir soal kahwin. Ini bukan bermaksud saya tidak mahu berumah tangga cuma
belum masanya lagi. ...’’
Gambar : Guru Merupakan Sumber Inspirasi Pelajar
Sumber : teachers.egfi-k12.org
Soalan pertama yang telah dikemukakan :Adakah
anda berpuas hati dengan
kerjaya dan
kehidupan anda ?
Soalan kedua yang telah dikemukakan :Selain dari komitmen, apa
lagi yang
anda
inginkan dalam kehidupan
anda ?
Soalan ketiga yang telah dikemukakan :Anda menanggung suami
yang
lumpuh dan
mempunyai seorang
anak yang
istimewa. Bagaimanakah
memenuhi
keperluan anda sendiri
tanpa
mengabaikan keperluan
keluarga
dan anak-anak ?
Soalan keempat yang telah dikemukakan :Kasih sayang amat penting
dalam
keluarga.
Jika setuju, bagaimana
anda
membahagikan kasih sayang
terhadap
suami dan anak-anak
selain
daripada menguruskan sebuah
butik tanpa
mengharapkan bantuan
orang lain
?
Respon dari subjek keempat iaitu temu duga
terakhir merupakan respon yang begitu spontan dan tertib.
’’...Menjadi
seorang isteri dan ibu bekerjaya yang mempunyai anak seramai 4 orang memang
susah jika kita tidak mempunyai sifat sabar dan gigih dalam mengharungi
kehidupan ini. Saya amat berpuas hati terhadap kehidupan dan kerjaya saya di
mana saya mementingkan kehendak dan keperluan keluarga selain tidak membelakangi
kerjaya saya. Dalam kehidupan ini, saya seperti ibu-ibu lain menginginkan
kejayaan terhadap anak-anak saya walaupun saya mempunyai 4 orang anak ini tidak
menghalang cita-cita dan semangat saya untuk terus berjaya. Memanglah pada
mulanya agak susah untuk menghadapi dan menerima hakikat apa yang berlaku
kepada keluarga saya tetapi dengan sokong ibu bapa dan mertua saya serta ahli
keluarga yang lain menjadikan saya lebih kuat dalam menempuh dan mengharungi
kehidupan ini. Ramai yang tidak yakin saya mampu menguruskan keluarga saya
walaupun saya hanyalah seorang wanita yang dilihat lemah di mata masyarakat.
Walaupun saya sibuk menguruskan butik dan kerjaya saya tetapi bukan bermaksud
saya mengabaikan keperluan diri. Bagi saya, keluarga amat penting. Keperluan
keluarga, keperluan saya juga. Keperluan anak-anak seperti keperluan lain tidak
sesekali saya abaikan walaupun rintangan yang datang. Saya sangat setuju kasih sayang
penting dalam keluarga. Jadi pada saya, kasih sayang tidak akan putus selagi
kita saling menyayangi antara satu sama lain dan memahami akan cara kita
bekerja bagi menampung kehidupan keluarga. tidak semua orang bernasib baik
dengan kehidupan. Ada yang perlu berusaha keras untuk mendapatkan sesuap nasi.
Justeru, saya amat bersyukur mempunyai keluarga seperti ini walaupun tidak
sesempurna keluarga orang lain. Dan menguruskan sebuah butik bukanlah mudah
kerana memerlukan kepakaran dan pengalaman. Saya juga boleh dikatakan telah berjaya
memenuhi keperluan saya, keluarga dan anak-anak dengan cara saya sendiri tanpa
mengharapkan bantuan mana-mana pihak. Dan ini tidak mungkin berjaya dengan
tanpa sokongan dan kasih sayang dari keluarga tercinta. ...’’
Gambar : Kasih Sayang Dapat Menguatkan Seseorang
Untuk Terus Berjaya Dalam Kehidupan
Sumber : cc.byu.edu
4.PERBANDINGAN KEPUTUSAN
4.1.Dari Segi
4.1.1.Jantina
Seperti yang dihuraikan di atas mengenai
perbandingan keperluan kehidupan antara lelaki dan perempuan sebenarnya berbeza
mengikut jantina. Ini kerana dapat dibukti lagi dengan cara mereka dalam
memberi respon terhadap setiap soalan yang dikemukakan. Untuk pengetahuan,
subjek pertama dan kedua adalah lelaki seperti dalam yang dapat kita memahami
dalam setiap respon yang diberi, begitu juga sebaliknya mengenai subjek ketiga
dan keempat adalah wanita.
Masing-masing telah mengemukakan respon yang
positif mengikut pengalaman dan gaya hidup mereka tersendiri walaupun diajukan
dengan soalan yang agak mencabar dan peribadi. Kadang-kadang kita tidak sedar
adanya perbezaan dari segi penyampaian antara lelaki dan perempuan. Dalam temuduga
yang telah saya jalankan terhadap keempat-empat subjek, kita dapat lihat kesemua
subjek tersebut mempunyai kerjaya yang kukuh walaupun berada dalam lingkungan
umur yang berbeza-beza.
Persamaan yang ada pada keempat-empat subjek itu
sama ada lelaki atau perempuan ialah masing-masing mempunyai komitmen yang sama
seperti kereta. Menurut subjek pertama, beliau mempunyai cita-cita untuk
memiliki rumah dan mendirikan rumah tangga. Dengan ini, kita dapat ketahui
bahawa beliau juga seperti manusia biasa yang ingin memenuhi keperluan
fisiologi dan keperluan psikologi seperti orang lain. Motivasi juga dapat
dikaitkan dengan situasi subjek pertama di mana beliau berusaha untuk mencapai
cita-cita dengan menabung dan beliau juga seorang yang baru berkhidmat selama 3
tahun.
Sementara itu, subjek kedua pula merupakan seorang
yang berpengalaman dalam bidang perbankan. Di mana beliau telah berkhidmat di
dua buah bank terkemuka. Beliau juga mempunyai keperluan fisiologi dan
keperluan psikologi di mana memiliki kereta dan rumah selain perniagaan
restoran di Kuala Lumpur.
Subjek ketiga pula merupakan seorang yang tidak
berputus asa dalam kerjaya dan kehidupan beliau di mana beliau bijak menangani
segala cabaran yang datang. Sesuailah dengan kerjaya beliau sebagai seorang
pendidik. Ini dapat dibuktikan lagi dengan cara beliau menangani masalah dengan
para pelajarnya. Sebab itulah wanita lebih sesuai menguruskan permasalahan yang
berlaku dengan cara yang lembut berbanding lelaki kerana naluri wanita sangat
kuat dan prihatin dan juga bersifat keibuan.
Subjek terakhir iaitu subjek keempat pula
bersifat penyabar dalam menangani masalah yang berlaku terhadap keluarganya. Beliau
dilihat berjaya menangani masalah tanpa bantuan orang lain dengan cara
tersendiri dan bijak. Bukan mudah untuk berjaya jika tidak berusaha keras untuk
berjaya. Perbandingan yang dapat dibuat melalui temu duga ini ialah
keempat-empat subjek ini bijak memberi respon mengenai keperluan mereka dalam
kehidupan dewasa ini walaupun perbezaan jantina namun ini tidak menghalang
masing-masing untuk bersungguh-sungguh dalam apa jua yang mereka inginkan.
Gambar : Simbol Yang Mewakili Jantina
Sumber : sxc.hu
4.1.2.Status Perkahwinan
Dari segi status perkahwinan pula, subjek pertama
dan ketiga ialah bujang manakala subjek kedua dan keempat pula telah berkahwin.
Selalunya umum beranggapan bahawa orang bujang yang bekerja selalunya tiada
komitmen. Contoh terdekat ialah dari segi kewangan. Tanggapan ini perlulah
dibuang kerana setiap yang bekerja tidak kiralah sama ada bujang atau berkahwin
jika berada dalam kehidupan yang serba moden yang segalanya memerlukan wang
mesti mempunyai pelbagai komitmen walaupun dengan cara yang berbeza.
Dewasa ini, tidak kira jantina sama ada telah berkahwin
atau bujang keperluan fisiologi dan keperluan psikologi mesti dipenuhi dalam
meningkatkan taraf kehidupan. Seperti keputusan temu duga yang telah dihuraikan
di atas kita dapat lihat keempat-empat subjek masing-masing mempunyai komitmen
tersendiri seperti rumah, kereta, pinjaman, keluarga dan sebagainya.
Sebagai contoh subjek ketiga, walaupun beliau
bujang dan belum berkahwin tetapi beliau mempunyai banyak komitmen lain seperti
kereta, rumah, pinjaman peribadi, pinjaman PTPTN dan
juga masih belajar selain dari menanggung dua orang adiknya yang masih
bersekolah. Ini membuktikan bahawa tidak semestinya berkahwin itu mempunyai
komitmen berbanding yang belum berkahwin atau bujang.
Seperti subjek kedua dan keempat, masing-masing telah berkahwin dan
mempunyai komitmen terhadap keluarga dengan cara yang berbeza. Di sini juga
kita dapat lihat walaupun telah
berkahwin tidak kira sama ada lelaki atau wanita masing-masing tidak
ketinggalan mempunyai tanggungjawab tersendiri. Masyarakat perlu membuang
tanggapan negatif bahawa wanita yang
telah berkahwin tidak perlu bersusah payah menguruskan keluarga sebaliknya
menyerahkan tanggungjawab tersebut kepada lelaki.
Bukti menunjukkan subjek keempat telah berjaya menguruskan
keluarganya dan terpaksa menanggung suaminya yang lumpuh akibat dari kemalangan
3 tahun lalu di samping mempunyai seorang anak istimewa walaupun ramai yang
kurang yakin terhadap kemampuannya dalam menguruskan keluarga. Cabaran ini
terlalu sukar untuk dihadapi oleh sesetengah orang yang berada dalam situasi
tersebut.
Gambar
: Sama Ada Bujang Atau Berkahwin, Masing-masing Mempunyai Komitmen
Sumber
: scribbledhere.wordpress.com
5.KESIMPULAN
Walaupun terdapat keperluan-keperluan lain dalam
kehidupan setiap manusia, namun keperluan fisiologi dan keperluan psikologi
merupakan dua keperluan yang amat penting. Jika mengikut teori Abraham Maslow
terdapat lima hierarki keperluan semula jadi manusia iaitu keperluan fisiologi,
keselamatan, kasih sayang, penghargaan kendiri dan keperluan kesempurnaan
kendiri. Walau bagaimanapun setiap manusia akan berusaha untuk mengecapi atau
memenuhi keperluan-keperluan tersebut dalam mementingkan kehidupan
masing-masing mengikut kemampuan.
Menurut Abraham Maslow juga, keperluan manusia itu
pada dasarnya, bertingkat-tingkat, bermula dari tingkat yang paling bawah
sampai ke tingkat yang paling tinggi. Keperluan pada tingkat yang lebih tinggi
tidak mungkin timbul sebelum keperluan yang lebih mendasar terpenuhi.
Namun tidak kira sama ada jantina, bujang atau
berkahwin setiap manusia ada cara tersendiri mencapai keperluan hidup masing-masing.
Seperti yang dihuraikan di atas secara tidak langsung dapat membuka minta kita
terhadap perbandingan keperluan fisiologi dan keperluan psikologi terhadap
perbezaan jantina dan status perkahwinan.
Dan motivasi perlu ada dalam diri
manusia supaya berusaha dengan lebih keras dan bersungguh-sungguh dalam
mencapai setiap apa yang diinginkan. Tiada sesiapa yang hidup dalam dunia ini
tidak ada motivasi sebab sudah tentu kita semua ada matlamat dalam hidup dan
motivasi itu digunakan sebagai pendorong untuk mencapai matlamat itu. Kiranya
bila ada motivasi kita akan jadi lebih bersemangat untuk melakukan sesuatu
perkara. Bila ada motivasi, semangat yang hilang akan kembali bersinar-sinar
menerangi seluruh hidup kita dan juga dapat memberi keceriaan berganda untuk
diri dan insan-insan lain disekeliling kita.
3087 Perkataan
APENDIKS
6.RUJUKAN / REFERENSI
Apa
itu Fisiologi?. (n.d.). [Online].
[ 2012, Mac 8].
Sejarah. (n.d.). [Online].
Available: http://fisiologi.fkh.ugm.ac.id/.
[2012, Mac 8].
Hieraki
Keperluan Maslow. (n.d.). [Online].
[2012, Mac 8].
Keperluan Fisiologi Pakaian. (n.d.). [Online].
[2012, Mac 8].
Anatomi Fisiologi, Definisi
Fisiologi. (2009). [Online].
-fisiologi.html. [2012, Mac 9].
Fisiologi. (n.d.).
[Online].
Available: http://ms.wikipedia.org/wiki/Fisiologi.
[2012, Mac 9].
Keperluan Asas Dan Keperluan Sosial Manusia. (n.d.). [Online].
[2012, Mac 9].
Motivasi Berterusan.
(n.d.). [Online].
Available: http://tatabahasabm.tripod.com/motivasi.htm.
[2012, Mac 9].
Pengertian Motivasi.
(n.d.). [Online].
Available: http://www.duniapsikologi.com/pengertian-motivasi/.
[2012, Mac 9].
Definisi Keperluan.
(n.d.). [Online].
Available: http://artikata.com/arti-373814-keperluan.html.
[2012, Mac 10].
Kategori : Jantina.
(n.d.). [Online].
Available: http://ms.wikipedia.org/wiki/Kategori:Jantina.
[2012, Mac 10].
Perkahwinan. (n.d.).
[Online].
Available: http://ms.wikipedia.org/wiki/Perkahwinan.
[2012, Mac 10].
Lelaki. (n.d.). [Online].
Available: http://ms.wikipedia.org/wiki/Lelaki.
[2012, Mac 10].
Perempuan. (n.d.).
[Online].
Available: http://ms.wikipedia.org/wiki/Perempuan.
[2012, Mac 10].
Komitmen Terhadap Kerja Tingkatkan Keimanan. (2011). [Online].
terhadap-kerja-tingkatkan-keimanan/. [2012, Mac 10].
Keperluan Dan Kehendak.
(2011). [Online].
[2012, Mac 10].
Antara Keperluan Dan Kehendak. (n.d.). [Online].
-dan-kehendak.html. [2012, Mac 10].
Keperluan, Kehendak Dan Permintaan. (n.d.). [Online].
dan-permintaan. [2012, Mac 10].
No comments:
Post a Comment