1.PENGENALAN
Psikologi remaja merupakan cawangan utama psikologi iaitu psikologi
perkembangan yang juga merupakan psikologi kanak-kanak dan dewasa. Menurut Hurlock (1981), remaja adalah mereka yang berada pada
usia 12-18 tahun. Tetapi bagi Monks (2000),
memberi batasan usia remaja adalah dari umur 12-21 tahun. Namun menurut
Stanley Hall (2003) pula, usia remaja berada pada peringkat 12-23 tahun.
Justeru, berdasarkan batasan-batasan yang diberikan oleh mereka, kita boleh
lihat bahawa masa zaman remaja adalah sama tetapi berakhirnya masa remaja
sangat bervariasi.
Kita sering mendengar masalah serebrum seperti skizofrenia, gangguan
makan dan kemurungan juga boleh timbul semasa remaja. Keadaan emosi di kalangan
sesetengah remaja juga kemungkinan cenderung menyebabkan kejadian jenayah. Masalah
yang sering dihadapi remaja ialah mereka dilihat mencari identiti tersendiri dan
ingin mencari sesuatu yang baru dalam hidup mereka tanpa disedari kadang-kadang
ianya bertentangan dengan kehendak diri sendiri. Hal ini adalah biasa bagi remaja
untuk meluahkan keinginan mereka dalam menjadi seperti model pujaan, bintang
pop dan penghibur televisyen.
Seiring dengan perubahan-perubahan yang terjadi
dalam diri remaja, mereka juga berhadapan akan tugas-tugas yang berbeza dari
tugas pada zaman kanak-kanak mereka. Ini kerana dalam setiap peringkat
perkembangan termasuk pada masa remaja, individu memiliki tugas-tugas
perkembangan yang harus dipenuhi. Apabila tugas-tugas tersebut diselesaikan
dengan cara yang baik maka akan tercapailah kepuasan, kebahagian dan penerimaan
dari lingkungan umur mereka. Keberkesanan seseorang individu memenuhi
tugas-tugas itu juga akan menentukan keberkesanan individu itu sendiri dalam memenuhi
tugas-tugas perkembangan pada peringkat berikutnya iaitu dewasa.
Dalam pada itu, menurut Thornburgh dimana beliau
membahagikan usia remaja kepada tiga kelompok iaitu remaja
awal, remaja pertengahan dan remaja akhir. Pada usia tersebut, tugas-tugas
perkembangan yang harus dipenuhi remaja adalah seperti mencapai hubungan yang
baru dan lebih matang, mencapai peranan sosial, menerima keadaan fizikal,
memperolehi rangkaian sistem nilai dan etika sebagai pedoman tingkah laku dan
sebagainya. Namun, tidak
semua remaja dapat memenuhi tugas-tugas tersebut dengan baik. Menurut Hurlock (1973), ada beberapa masalah yang dialami remaja
dalam memenuhi tugas-tugas tersebut seperti masalah peribadi iaitu
masalah-masalah yang berhubungan dengan situasi dan keadaan di rumah, sekolah, fizikal,
penampilan, emosi, penyesuaian sosial, tugas dan nilai-nilai serta masalah khas
remaja seperti masalah pencapaian kendiri, salah faham atau penilaian
berdasarkan stereotip yang keliru.
Gambar
: Peringkat Tumbesaran Seseorang Perempuan
Sumber : vecto.rs
2.PELBAGAI ASPEK DARI SEGI
PEMBANGUNAN REMAJA
Terdapat pelbagai aspek yang terlibat dalam
kehidupan remaja yang saling berkaitan antara satu sama lain yang saya akan
huraikan seperti di bawah.
2.1.Keluarga
Keluarga merupakan orang yang kita sayang.
Keluarga juga merupakan tempat kita merasakan serta wujudnya cinta dalam diri
kita dan antara satu sama lain. Peranan sebuah keluarga adalah sangat besar
bagi kelangsungan hidup seseorang. Cinta yang wujud di dalamnya akan menyebar luas hingga
menciptakan keamanan dalam diri. Menurut Salvicion dan Celis (1998), di dalam
sesebuah keluarga terdapat dua atau lebih peribadi yang tergabung melalui
hubungan darah, hubungan perkahwinan atau panggilan atau pangkat dalam
dalam rumah tangga. Di mana kita dapat berinteraksi antara satu sama lain
dan mempunyai peranan masing-masing dalam
mencipta serta mempertahankan suatu kebudayaan yang ada atau wujud sejak
turun temurun.
Selain itu, berdasarkan antropologi dan sosiologi,
fungsi utama sesebuah keluarga ialah untuk menambah bilangan anggota masyarakat
melalui perkahwinan. Oleh itu, seseorang akan merasai perubahan perasaan
berkeluarga misalnya anak. Justeru, dalam aspek psikologi remaja kita dapat lihat
bahawa keluarga memainkan peranan penting dalam peringkat dan tumbesaran
remaja.
Gambar
: Keluarga Bahagia
Sumber
: mit.irr.org
2.2.Sekolah
Sekolah adalah sebuah bangunan yang berfungsi
untuk memberikan ilmu kepada para pelajar. Sekolah juga selalunya
mempunyai tenaga pengajar atau guru
untuk mendidik dan membimbing para pelajar. Selain itu, sekolah juga memainkan
peranan penting dalam kehidupan remaja. Hal ini kerana, sekolah akan memberi
kesan sama ada negatif atau positif selain dari rumah.
Gambar : Sekolah Merupakan Tempat Mendapatkan Ilmu
Sumber : sekolah.mmu.edu.my
2.3.Rakan Sebaya
Rakan sebaya ialah rakan yang sama usia
atau seusia dan biasanya terdiri daripada tiga hingga sepuluh orang atau lebih
yang boleh juga dipanggil kumpulan rakan sebaya. Dalam psikologi remaja, kita
dapat lihat rakan sebaya dikatakan dapat mempengaruhi perwatakan seseorang
remaja itu. Hubungan yang rapat antara sesama rakan sebaya menjadi faktor utama
berlakunya perkara seperti ini. Selain itu, remaja akan lebih cenderung untuk
menceritakan masalah atau sesuatu perkara yang berlaku terhadap diri
mereka kepada rakan sebaya. Hal ini
kerana, raka sebaya dianggap lebih memahami sikap dan perasaan remaja
berbanding ahli keluarga sendiri selain dapat merahsiakan segala-gala yang
diceritakan. Namun, tidak semua rakan sebaya yang betul-betul ikhlas dalam
menyimpan rahsia yang diketahui. Sikap sebeginilah yang kadang-kadang
menyebabkan seseorang remaja itu bertindak untuk menikam belakang yang membawa
maksud mengkhianati rakan mereka sendiri.
Gambar
: Kerahsiaan Dalam Rakan Sebaya
Sumber : kidspot.com.au
2.4.Kerja Sambilan
Dewasa ini, kebanyakkan remaja melakukan kerja sambilan. Dalam erti
kata lain, kerja sambilan merujuk kepada kerja sementara yang biasanya
dilakukan oleh golongan remaja terutama ketika musim cuti sekolah yang biasa
kita lihat kini. Dan sememangnya kerja sambilan ini wajar dilakukan oleh remaja
kerana sudah menjadi satu gaya hidup moden tetapi dalam masa yang sama gaya ini
turut mencetuskan pelbagai impak terhadap remaja. Memang tidak dinafikan kerja
sambilan memberi satu pengajaran berguna kepada remaja dalam kehidupan. Jadi,
pengalaman kerja sambilan menjadi alat untuk menjelaskan erti kehidupan sebenar
kepada remaja sebelum mereka benar-benar melaluinya.
Malah dengan demikian remaja mampu membentuk personaliti yang
menarik menerusi kerja sambilan ini. Tugas di tempat kerja dapat membina jati
diri remaja yang baru kerana kerja tersebut memerlukan mereka untuk menepati
masa, rajin bekerja, menurut arahan dan menggunakan minda ketika berinteraksi
dengan pelanggan. Remaja yang dahulunya malas, tiada wawasan, tidak yakin diri
dan sebagainya pasti berubah sebaik sahaja mereka bekerja secara sambilan ini.
Selain itu, kelebihan yang ketara bekerja secara sambilan ini ialah
aspek kewangan. Remaja akan mempunyai wang mereka sendiri yang memberi sedikit
kepuasan dalam hidup. Perasaan mampu membeli sesuatu atas kemampuan kewangan
sendiri sememangnya membawa satu perasaan yang tidak dapat dihuraikan.
Jelaslah, kerja sambilan memberi satu kepuasan kewangan yang begitu tinggi
kepada remaja.
Cuma dalam keghairahan remaja bekerja secara sambilan ini, aspek
impak negatifnya harus diberi pertimbangan sewajarnya. Remaja akan menjadi
individu yang terlalu sibuk, mementingkan kewangan, lupa tugas belajar mereka
dan mungkin terlalu angkuh sehingga menganggap mereka sudah mampu hidup sendiri
tanpa bantuan keluarga. Sikap terlalu rapat dengan rakan sekerja yang lebih
dewasa turut mampu menjerumuskan remaja ke arah budaya yang tidak sihat. Semua
ini tidak akan berlaku jika mereka menjaga batas-batas yang ditetapkan dalam
menempuh kehidupan seharian mereka.
Gambar
: Pekerjaan Yang Sering Menjadi Pilihan Remaja Dalam Mencari Pengalaman
Sumber : kfc.com.my
3.PERSAMAAN DAN PERBEZAAN
KEDUA-DUA RESPONDEN
Temu bual antara kedua-dua responden telah dijalankan yang saya
huraikan seperti di bawah.
3.1.Sinopsis Dari Temu
bual Responden Pertama
Rashid merupakan anak
lelaki tunggal dan mempunyai seorang adik perempuan yang berusia 10 tahun.
Rashid sendiri berusia 16 tahun selain merupakan anak orang kenamaan yang
bersekolah di salah sebuah sekolah di ibu kota. Kehidupan remaja Rashid tidak
seperti remaja yang sebaya dengannya. Ini kerana apa sahaja yang diinginkan
oleh Rashid dipenuhi oleh ayahnya. Segala-galanya kelihatan sempurna. Dalam
keluarga Rashid, walaupun kedua-dua ibu
bapanya sibuk mereka tidak mengabaikan kehendak dan keinginan anak-anak mereka.
Ini menjadikan Rashid hidup dalam keadaan serba mewah. Selain itu, Rashid
memberitahu beliau tidak perlu mencari kerja sambilan selepas menunggu
keputusan SPM. Beliau juga memberitahu yang beliau selesa dengan gaya hidupnya
kini. Rakan sebayanya juga terdiri dari kelompok anak orang berada di mana
mereka semua tidak mengenali erti kesusahan. Semua yang diinginkan berada
di depan mata. Di sekolah, Rashid
merupakan salah seorang dari pelajar yang cemerlang. Tetapi sikap beliau yang
kadang-kadang agak nakal yang menyebabkan guru-guru di sekolah kurang senang
dengan beliau. Pernah juga satu ketika Rashid dikatakan terlibat dengan masalah
disiplin dan beliau di rotan oleh guru disiplin di sekolah. Perkara ini di
beritahu kepada ayahnya dan keesokkan harinya ayahnya datang ke sekolah
berjumpa dengan guru yang memukul anaknya memarahi tanpa terlebih dahulu
mendengar penjelasan dari guru itu sendiri. Sejak peristiwa itu, guru-guru di
sekolah tidak berani menegur Rashid akan sikapnya ketika di sekolah.
3.2.Sinopsis Dari Temu
bual Responden Kedua
Pak Amin berusia 66 tahun
mempunyai 4 orang anak dan 10 orang cucu. Beliau merupakan seorang bekas
pengurus di salah sebuah bank di Kuala Lumpur dan kini mempunyai bisnes katering
dan penyajian. Sepanjang perjalanan kehidupan Pak Amin, beliau berasal dari
keluarga yang serba kekurangan. Beliau merupakan anak sulung dari 6 orang adik
beradik. Ibu bapanya ketika itu amat mementingkan pelajaran anak-anak walaupun
mereka bukanlah dari keluarga yang senang. Sikap ibu bapa Pak Amin itu
menjadikan beliau seorang yang amat mementingkan pelajarannya. Di sekolah,
beliau juga merupakan seorang pelajar yang cemerlang dan pernah mewakili
sekolah di peringkat negeri dalam pertandingan berpidato selama 3 tahun
berturut-turut. Pak Amin juga mempunyai rakan sebaya yang juga merupakan teman
sejak kecil yang banyak membantu beliau dalam pelajaran. Pak Amin juga ada
menceritakan pengalaman beliau ketika di sekolah rendah. Pernah suatu ketika,
Pak Amin bergaduh dengan rakan sebaya di kelas. Apabila guru mendapat tahu,
beliau di rotan sebanyak 2 kali di belakang. Setibanya di rumah, beliau
menceritakan hal tersebut kepada ibu dan ayahnya dan menerangkan perkara yang
sebenar walaupun beliau sebenarnya tidak bersalah. Tetapi ayahnya terus
mengambil rotan dan terus merotan Pak Amin serta memberi amaran supaya tidak
lagi menimbulkan masalah di sekolah. Sejak itu, Pak Amin tidak lagi bergaduh
dan menumpukan sepenuhnya terhadap pelajaran sehinggalah beliau meningkat
remaja. Selepas tamat persekolah dan menunggu keputusan untuk melanjutkan
pelajarannya, Pak Amin bekerja sambilan di buah kedai buku dan pada malamnya
beliau membantu perniagaan pak cik saudaranya
dalam majlis-majlis perkahwinan. Katanya untuk mencari pengalaman
disamping mendapatkan duit untuk membantu keluarga dan adik beradiknya yang
masih bersekolah ketika itu. Sikap dan tingkah laku Pak Amin yang banyak
membantu dan penyayang ini menjadikan Pak Amin seorang yang bersikap positif ketika
zaman remajanya.
Dalam temu bual di atas kita dapat lihat banyak persamaan dan
perbezaan dari kedua-dua responden melalui pengalaman yang diceritakan walaupun
berlainan zaman remaja mereka. Persamaan yang ada seperti kedua-duanya
merupakan anak sulung bertanggungjawab terhadap adik-adik mereka. Mereka juga
merupakan pelajar cemerlang di sekolah dan berjaya.
Perbezaan yang dapat dilihat pula ialah sikap kedua ibu bapa mereka.
Sebagai contoh, ibu bapa Rashid terlalu menyayangi anaknya sehinggakan menidakkan
kelakuan anak mereka di sekolah. Tetapi tidak pada ibu bapa Pak Amin yang
bersikap memahami dan tidak terlalu terburu-buru menilai kelakuan anak mereka. Dan
kita dapat melihat cara kedua-dua ibu bapa mereka menyayangi anak masing-masing
dengan cara tersendiri.
Pengalaman dengan rakan sebaya juga berbeza dimana Pak Amin
mempunyai rakan sebaya yang banyak membantu beliau dalam pelajaran. Sebaliknya
Rashid hanya mempunyai rakan sebaya yang hanya dalam lingkungan golongan yang
setaraf dengan kehidupannya sahaja. Dalam masa yang sama dari segi kerja
sambilan pula, Pak Amin lebih menikmati zaman remajanya iaitu beliau mencari
pengalaman dalam pekerjaan sambil untuk mengisi masa lapang selepas tamatnya
peperiksaan. Beliau tidak membuang masa sebaliknya melakukan kerja yang
berfaedah. Tetapi berlainan pula dengan Rashid yang berpendapat bahawa beliau
lebih selesa dengan kehidupannya yang serba mewah dan bergantung harap dengan
ayahnya.
4.TEORI PERKEMBANGAN
Dalam huraian yang telah dibentang di atas, teori perkembangan yang
sesuai dengannya ialah teori jangka hayat.
4.1.Teori Jangka Hayat
Teori jangka hayat telah ditubuhkan oleh PB Baltes dan
rakan-rakannya, (Baltes et al., 1980; Hultsch & Deutsch, 1981). Dalam temu bual yang dibentangkan seperti diatas, kita dapat lihat
bagaimana kehidupan Rashid dan Pak Amin dapat memberi mereka pengalaman hidup
sejak mereka kecil sehingga sekarang terutamanya kehidupan yang dicerita oleh
Pak Amin sendiri. Oleh itu, seseorang bukan sahaja membangunkan prenatally di zaman kanak-kanak dan
remaja malah sepanjang keseluruhan kehidupannya contoh seperti temu bual dari
Rashid dan Pak Amin.
Ciri-ciri lain yang dikaitkan dengan perspektif jangka hayat ialah
ianya tidak termasuk dalam takrif yang disediakan oleh Hultsch dan Deutsch
(1981) konsep daripada embeddedness; pengaruh gred umur normatif dan gred
sejarah dan peristiwa nonnormative serta kesan persepsi seseorang masa depan
pada pembangunan. Ini kerana pembangunan seseorang itu tidak boleh dipisahkan
daripada konteks seseorang. Kehidupan seseorang individu itu saling berkait
rapat termasuklah masa lalu, sekarang, dan masa depan mereka.
5.KESIMPULANNYA
Psikologi remaja melibatkan pelbagai pendekatan seperti disiplin,
biologi, sosiologi dan sebagainya dalam kehidupan remaja. Zaman remaja
dikatakan bermula dari akil baligh dan berakhir apabila memasuki alam dewasa.
Ia merupakan satu tempoh peralihan dalam
pusingan hidup yang melibatkan banyak perubahan yang berlaku sama ada dari segi
perkembangan fizikal, emosi dan kognitif di mana ia mula minat hubungan dengan
rakan sebaya dan mulai belajar peranan kerja, peranan dalam keluarga dan
sebagai warga masyarakat. Zaman remaja dikatakan satu proses untuk mencapai atau memperolehi sikap dan
kepercayaan bagi penglibatan yang berkesan dalam masyarakat.
Dalam masa yang sama keluarga, sekolah, rakan sebaya dan kerja
sambilan juga memainkan peranan yang penting dalam perkembangan seseorang
remaja. Mereka perlu bijak menangani permasalahan dalam keluarga di rumah
supaya tidak menimbulkan masalah lain bila berhadapan dengan masyarakat luar.
Ketika di sekolah pula, mereka perlulah belajar mematuhi peraturan selain
pandai bergaul dengan rakan-rakan di sekolah supaya masa remaja yang mereka
lalui berjalan lancar.
Memang tidak dinafikan, perubahan besar berlaku dalam cara mendidik
anak-anak terutamanya remaja. Hal ini kerana, zaman remaja sekarang tidak sama
dengan zaman remaja terdahulu. Banyak faktor yang menyumbang berlakunya sedemikian.
Salah satunya ialah wujudnya teknologi terkini, arus permodenan dan taraf
kehidupan kini selain pergaulan bebas antara lekaki dan perempuan. Justeru,
kita tidak boleh menyalahkan seratus peratus kepada ibu bapa disamping mengambil
kira faktor-faktor lain yang menjadi penyebabnya.
Selain itu, pemilihan rakan sebaya yang baik juga amat penting. Ini
kerana, rakan sebaya merupakan sumber utama dalam meniru gaya dan tingkahlaku
dan aspirasi. Menurut Seltzer dan Waterman (1996), mereka menjelaskan bahawa remaja
membuat perbandingan tingkah laku dengan remaja lain dalam membuat sebarang
keputusan. Maka wujud satu fenomena kebimbangan di kalangan remaja tentang
kejelasan masa hadapan mereka dan bagaimana mencapainya cita-cita dan aspirasi
sedemikian. Di damping itu, perkembangan
kognitif pada remaja juga boleh membawa kepada
pembentukan personaliti remaja. Kerja sambilan juga dapat menjadikan
seseorang remaja itu berpengalaman dalam tindakan yang ada dalam kehidupan
mereka. Kerja sambilan juga dapat mengajar mereka sikap bertanggungjawab di
samping belajar menepati masa kerja seperti yang ditetapkan. Dalam erti kata lain, kerja sambilan sememangnya wajar
dilakukan oleh remaja tetapi harus secara bertanggungjawab. Remaja harus
menimbang dengan mendalam sebelum menyertai kerja sambilan. Bukan sahaja atas
kebenaran ibu bapa penting tetapi remaja juga harus bertanya kepada diri sendiri,
adakah ini sesuatu yang ingin mereka lakukan atau mereka perlu penuhkan masa
cuti mereka dengan aktiviti berfaedah yang lain.
Gambar
: Permainan Tarik Upih Yang Dimainkan Satu Ketika Dahulu
Sumber : zainudins.blogspot.com
2901 Perkataan
APENDIKS
6.RUJUKAN / REFERENSI
Adolescent Psychology : Adolescence. (n.d.). [Online].
psychology/adolescent-psychology.
[2012, October 28].
Adolescent Psychology. (n.d.). [Online].
[2012,
October 28].
Development in Adolescence. (n.d.). [Online].
Available : http://www.cliffsnotes.com/study_guide/Development-in-
Adolescence.topicArticleId-25438,articleId-25383.html. [2012,
October 28].
Adolescent Day School. (n.d.). [Online].
clinical-services/adolescent-day-school/.
[2012, October 28].
School
Performance Problems. (n.d.). [Online].
Available : http://www.keepkidshealthy.com/adolescent/school
performance.html.
[2012, Octber 28].
School
Problems in Adolescents. (n.d.). [Online].
Available : http://www.merckmanuals.com/home/childrens_health_issues/
problems_in_adolescents/school_problems_in_adolescents.html.
[2012,
October 28].
What
is a Family?. (n.d.). [Online].
[2012,
October 28].
Developmental
Theory. (n.d.). [Online].
Available : http://darkwing.uoregon.edu/~moursund/Math/
developmental_theory.htm.
[2012, October 29].
Mwale, M. (n.d.). Adolescence And Adolescent Psychology: Introductory. [Online].
Available :
http://researchcooperative.org/profiles/blogs/
adolescence-and-adolescent.
[2012, October 29].
Atwater, E. (1992). Adolescence (Third edition). Prentice Hall.
7.LAMPIRAN
7.1.Temu bual Responden Pertama
Saya :
Hai, boleh ceritakan serta sedikit atau berkongsi tentang diri dan
pengalaman anda?
Responden 1 : Sudah
tentu. Saya Rashid berumur 16 tahun. Saya merupakan anak
Tunggal dari dua adik beradik iaitu seorang perempuan yang berumur
10 tahun. Ayah saya merupakan orang kenamaan dan ibu daya pula
Bekerja sendiri. Walaupun masing-masing sibuk, namun mereka tidak
Pernah mengabaikan saya dan adik. Kehidupan saya serba mewah, apa
yang saya inginkan selalunya saya akan perolehi. Ibu dan ayah amat
mempercayai saya yang saya katakan. Dan saya bersekolah di salah
sebuah sekolah di ibu kota.
Saya :
Menarik. Boleh ceritakan dengan lebih lanjut tentang pengalaman anda
ketika di sekolah?
Responden 1 : Saya
merupakan pelajar cemerlang di sekolah. Saya akui saya agak
agak nakal ketika di sekolah. Pernah satu
ketika itu saya terlibat
dengan masalah disiplin dan saya
dirotan. Apabila pulang ke rumah,
saya memaklumkan hal tersebut
kepada ayah. Dan ayah berjanji akan
ke sekolah. Pada keesokkan harinya, ayah ada
berjumpa dengan guru
disiplin itu. Ayah terus
menyalahkan guru tersebut tanpa mendengar
penjelasannya. Sejak peristiwa
tersebut, guru-guru di sekolah tidak
berani lagi menegur sikap saya di
sekolah.
Saya : Bagaimana pula dengan pergaulan dengan
rakan sebaya anda?
Responden 1 : Saya
tiada masalah dengan rakan sebaya. Rakan sebaya saya hanya
terdiri dari golongan yang berada. Mereka
ini tidak tahu erti kesusahan.
Hal ini kerana, semua yang
mereka inginkan berada di depan mata dan
tersedia.
Saya :
Apa pendapat anda tentang kerja sambilan yang kini dilihat menjadi
pilihan remaja sambil menantikan keputusan peperiksaan?
Responden 1 : Bagi
saya, saya tidak perlukan semua itu. Mengapa saya perlu bersusah
payah sedangkan apa yang saya inginkan akan
saya perolehi. Saya juga
selesa dengan keadaan sekarang
(sambil tersenyum).
Saya :
Terima kasih kerana sudi berkongsi maklumat dan pengalaman anda dengan
saya.
Responden 1
: Sama-sama.
___________________________________________________________________________
7.2.Temu bual Responden
Kedua
Saya :
Hai, boleh ceritakan serta sedikit atau berkongsi tentang diri dan
pengalaman anda?
Responden 2 : Panggil
saja saya Pak Amin. Umur saya menjangkau 66 tahun. Saya
mempunyai 4 orang anak dan 10 orang cucu. Saya dulunya seorang
pengurus bank di Kuala Lumpur. Kini saya memiliki perniagaan sendiri
iaitu perniagaan katering dan
penyajian. Saya ini sebenarnya bukan
berasal dari keluarga yang senang tetapi
dari keluarga serba kekurangan.
Menjadi anak sulung dari 6 orang adik beradik merupakan satu
tanggungjawab yang berat. Ibu bapa saya amat tegas dan mementingkan
pelajaran anak-anak.
Saya :
Boleh Pak Amin ceritakan dengan lebih lanjut tentang pengalaman
ketika di sekolah?
Responden 2 : Di
zaman persekolahan saya dahulu, saya merupakan seorang pelajar
cemerlang dan pernah mewakili sekolah di peringkat negeri dalam
pertandingan berpidato selama 3 tahun berturut-turut dan menjadi
harapan sekolah. Zaman dahulu, guru-guru amat tegas dan dihormati.
Saya ingat lagi semasa di sekolah rendah, saya pernah dirotan sebanyak
2 kali kerana kesalahan bergaduh dengan rakan sekelas. Apabila pulang
dan menceritakan kepada ibu dan ayah, saya pula yang kena rotan
dengan ayah walaupun sebenarnya saya tidak bersalah.
Saya :
Bagaimana pula dengan pergaulan dengan rakan sebaya Pak Amin?
Responden 2 : Saya mempunyai rakan sebaya yang baik dan
saling membantu dalam
pelajaran. Beliau
juga adalah rakan sejak dari kecil.
Saya : Apa pendapat Pak Amin tentang
kerja sambilan yang kini dilihat menjadi
pilihan remaja sambil
menantikan keputusan peperiksaan?
Responden 2 : Saya pernah kerja sambilan selepas tamat
persekolah disamping
menunggu keputusan
peperiksaan untuk melanjutkan pelajaran iaitu
bekerja sebagai
pembantu di kedai buku dan membantu pak cik saudara
dalam majlis-majlis
perkahwinan pada malam hari. Bagi saya, ini semua
pengalaman disamping
mendapatkan rezeki yang halal dan dapat
membantu keluarga dan
adik beradik yang masih bersekolah ketika itu.
saya juga seorang
yang bersikap positif dalam setiap kehidupan seharian
saya.
Saya : Terima kasih kerana sudi
berkongsi maklumat dan pengalaman Pak Amin
dengan
saya.
Responden 2 : Terima kasih kembali.
No comments:
Post a Comment