Wednesday, 24 February 2016

Assignment - Year 2 (Semester 3 - September) ETIKA DALAM PSIKOLOGI ABPC2203

1.pengenalan
Dewasa ini, kita sering memperkatakan tentang dilema dalam etika yang wujud tanpa jawapan yang jelas dan mudah. Justeru, dari sudut pandangan psikologi terutamanya ahli psikologi juga mengahadapi dilema etika. Oleh itu, setiap profesion haruslah mempunyai suatu norma, ukuran, prosedur, panduan, peraturan dan perilaku tertentu yang diselaraskan agar dapat dilaksanakan secara maksimum bagi manfaat umum dan kepentingan kewujudan serta kemajuan profesion itu sendiri terutamanya terhadap profesion yang bersifat "Pro Bono Publico" yang mana ia mengutamakan kepentingan awam. Hal ini diperlukan untuk memberikan standard perkhidmatan yang bermanfaat tinggi bagi kepentingan masyarakat awam dan sekaligus memberikan perlindungan bagi pelaku profesion itu sendiri agar dapat melaksanakan secara maksimum keahliannya itu.

Dalam erti kata lain, etika profesion merupakan "internal rules" yang sekaligus mencerminkan "morale" atau semangat dari profesion tersebut dalam merealisasikan manfaat ilmu bagi "Pro Bono Publico" itu. Pada tahun 1984, Corsini telah mengemukakan bahawa etika profesion pada dasarnya mengandungi "Value Judgement" dari profesion terhadap segala hal yang dijumpai dalam merealisasi dan praktikalisasi dari profesion tersebut bagi kepentingan umum.

Sementara itu, dilema etika juga adalah satu keadaan yang sering melibatkan konflik jelas antara imperatif moral, yang taat kepada seseorang akan menyebabkan melampaui lain.
Ini juga dipanggil paradoks etika kerana dalam falsafah moral, paradoks memainkan peranan penting dalam perbahasan etika. Walau bagaimanapun, setiap manusia mempunyai hubungan sosial yang kompleks yang tidak boleh diabaikan. Malah, dilema etika sering dipetik dalam usaha untuk menyangkal sistem etika atau kod moral serta pandangan yang merangkumi atau wujud darinya sendiri. Dengan demikian, wujudnya prinsip-prinsip etika dalam kehidupan seharian manusia. Begitu juga bagi pengamal psikologi yang mempunyai prinsip-prinsip etika yang tersendiri. Dan dalam tugasan kali ini, saya akan mengkategorikan serta menerangkan prinsip-prinsip tersebut.

Sebelum itu, seorang ahli psikologi juga berkomited untuk meningkatkan pengetahuan saintifik dan profesional tingkah laku dan pemahaman diri sendiri dan orang lain dan menggunakan pengetahuan itu untuk memperbaiki keadaan individu, organisasi dan masyarakat. Dalam berbuat demikian, mereka secara tidak langsung melaksanakan peranan seperti penyelidik, pendidik, diagnostik, terapi, penyelia, perunding, pentadbir, saksi sosial campur tangan dan pakar.

2.PRINSIP-PRINSIP ETIKA
Terdapat enam prinsip utama dalam etika iaitu :
2.1.Prinsip 1 : Kemurahan dan Nonmaleficence ( Beneficence and Nonmaleficence )
Pengamal psikologi berusaha untuk menjaga dan memberi manfaat kepada orang-orang yang bekerja dengan mereka supaya tidak mendatangkan kemudaratan. Apabila berlaku sesuatu konflik sama ada dari segi kewajipan atau kebimbangan dikalangan pengamal psikologi, mereka akan cuba untuk menyelesaikan konflik tersebut dengan cara yang bertanggungjawab bagi  mengelakkan atau mengurangkan kemudaratan tersebut. Ini kerana setiap pendapat profesional, tindakan atau saintifik seseorang pengamal psikologi itu boleh menjejaskan kehidupan orang lain dari segi keperibadian, kewangan, faktor-faktor sosial, organisasi atau politik jika pengamal psikologi itu sendiri menyalahgunakan pengaruh mereka ke atas orang lain. Sementara itu, pengamal psikologi juga sedar tentang kesan kemungkinan terhadap kesihatan fizikal dan mental mereka dalam keupayaan untuk membantu individu yang memerlukan bantuan.

2.2.Prinsip 2 : Kesetiaan dan Tanggungjawab (Fidelity and Responsibility )
Pengamal psikologi mewujudkan hubungan amanah dengan individu yang memerlukan khidmat mereka. Mereka sedar akan tanggungjawab profesional dan saintifik mereka kepada masyarakat dan komuniti tertentu di mana sahaja mereka bekerja. Selain itu, pengamal psikologi mendukung standard piawaian kelakuan, menjelaskan peranan profesional dan kewajipan mereka, menerima tanggungjawab yang sesuai untuk tingkah laku mereka dan berusaha untuk menguruskan konflik yang boleh membawa kepada eksploitasi atau kemudaratan. Pengamal psikologi juga berunding serta bekerjasama secara profesional dengan lain-lain institusi untuk memenuhi kepentingan yang terbaik bagi individu yang memerlukan khidmat mereka. Akan tetapi, mereka juga bimbang tentang pematuhan etika kelakuan saintifik dan profesional dikalangan rakan-rakan  mereka malah berusaha untuk menyumbang sebahagian daripada masa mereka untuk tujuan profesion mereka.

2.3.Prinsip 3 : Integriti (Integrity )
Pengamal psikologi menggalakkan ketepatan, kejujuran dan kebenaran dalam sains, ajaran serta amalan dalam psikologi. Dalam situasi ini, pengamal psikologi tidak mencuri, menipu atau terlibat dalam penipuan, helah atau sengaja menyatakan fakta yang salah malah mereka berusaha untuk menunaikan janji mereka dan mengelakkan komitmen yang tidak jelas. Dalam situasi di mana penipuan mungkin beretika wajar untuk memaksimumkan faedah dan meminimumkan bahaya, pengamal psikologi mempunyai tanggungjawab yang serius dalam mempertimbangkan keperluan dan akibat untuk membetulkan apa-apa yang disebabkan oleh ketidakpercayaan atau lain-lain kesan buruk yang timbul.

2.4.Prinsip 4 : Keadilan ( Justice )
Pengamal psikologi mengakui bahawa kesaksamaan dan keadilan hak ada bagi setiap orang untuk mendapat manfaat daripada sumbangan psikologi dan kualiti yang sama dalam proses, prosedur dan perkhidmatan yang dijalankan oleh pengamal psikologi. Dalam pada itu, pengamal psikologi melaksanakan pertimbangan yang munasabah dan mengambil langkah berjaga-jaga untuk memastikan bahawa mereka tidak berpontensi untuk berat sebelah, menghadkan kecekapan dan kepakaran mereka atau membiarkan amalan-amalan yang tidak adil.

2.5.Prinsip 5 : Menghormati Hak dan Maruah Orang (Respect for People's Rights and Dignity )
Pengamal psikologi menghormati maruah semua orang, dan hak-hak privasi individu, kerahsiaan dan keazaman sendiri. Mereka sedar bahawa perlindungan khas mungkin perlu untuk melindungi hak serta kebajikan individu atau masyarakat yang lemah dan terjejas dalam membuat sesuatu keputusan autonomi. Disamping itu, pengamal psikologi sedar dan menghormati perbezaan budaya, individu dan peranan, termasuk umur, jantina, identiti jantina, bangsa, etnik, budaya, negara asal, agama, orientasi seksual, kecacatan, bahasa dan status sosioekonomi dan mempertimbangkan faktor-faktor ini apabila bekerja dengan ahli-ahli kumpulan itu. Pengamal psikologi juga cuba untuk menghapuskan kesan ke atas kerja yang berat sebelah berdasarkan beberapa faktor yang mereka sendiri tidak ketahui atau terlibat malah membiarkan aktiviti-aktiviti lain wujud dalamnya berdasarkan salah satu dari prasangka tersebut.

2.6.Prinsip 6: Kesedaran Dalam Peranan Berganda ( Be conscious of multiple roles )
Dalam kod etika APA ada mengatakan bahawa pengamal psikologi harus mengelakkan hubungan semunasabahnya yang dapat menjejaskan prestasi profesional mereka atau boleh mengeksploitasi atau memudaratkan orang lain. Dalam pada itu, kepelbagaian hubungan yang tidak beretika selagi ianya tidak mendatangkan munasabah dijangka mempunyai kesan yang buruk kelak. Walau bagaimana pun, pengamal psikologi perlu berfikir dengan tgeliti sebelum memasuki dalam kepelbagaian hubungan dengan mana-mana individu atau kumpulan seperti pengambilam para pelajar atau pelanggan sebagai peserta kajian penyelidikan. Jika pengamal psikologi mendapati bahawa mereka berpotensi membahayakan kepelbagaian hubungan, mereka secara beretika akan mengambil langkah-langkah penyelesaian yang terbaik demi kepentingan individu atau kumpulan disamping mematuhi prinsip dan kod etika.

Gambar : Pengamal Psikologi Perlu Kuat Apabila Melibatkan Etika
Sumber : www.ehow.com


Seterusnya, terdapat dua kes yang melibatkan dilema etika berlaku dalam kehidupan sebenar oleh pengamal psikologi yang saya akan bincangkan secara terperinci seperti di bawah.

3.KES-KES DILEMA ETIKA
3.1.Kes 1
Encik Razali yang berusia 35 tahun merupakan seorang bekas penagih dadah yang sudah pulih dan bebas dari pusat serenti lebih kurang dua yang lalu. Encik Razali telah mendapat kerja sebagai pembantu kedai dan baru mendirikan rumah tangga dengan Pn. Saadiah kira-kira setahun yang lalu. En. Razali dan Pn. Saadiah telah berjumpa dengan kaunselor yang berkerja di Agensi Perkhidmatan Keluarga kerana menghadapi konflik rumah tangga yang teruk di mana ketika itu Pn. Saadiah disahkan hamil 3 bulan serta menghadapi masalah keberhutangan yang serius. Pada awalnya keluarga ini tidak menghadapi sebarang masalah tetapi setelah En. Razali berhubungan semula dengan kawan-kawan lamanya dan beliau kembali terjebak dalam penagihan dadah yang melampau. Semasa beliau ditahan di pusat serenti, En. Razali telah menjalani pemeriksaan perubatan dan mendapati bahawa beliau telah menghidap HIV positif. Pada mulanya En. Razali tidak mempercayainya dan menafikan keputusan dari doktor. Walaupun doktor telah memberikan bukti-bukti bertulis yang mengesahkan bahawa beliau penghidap HIV positif. Dalam masa itu, beliau tidak memberitahu isterinya kerana bimbang isterinya akan meninggalkannya. Walau bagaimanapun semasa berjumpa dengan kaunselor, En. Razali mendedahkan tentang keadaannya dan meminta kaunselor tersebut menjaga kerahsiaan penyakit yang dihadapinya daripada pengetahuan isteri beliau. Pada masa yang sama, kaunselor tersebut mengalami dilema etika sama ada ingin menjaga kerahsiaan En. Razali atau mendedahkannya kepada isteri beliau iaitu Pn. Saadiah kerana bimbang Pn. Saadiah akan di jangkiti dengan virus HIV yang dihidapi suaminya dimana keadaan Pn. Saadiah ketika itu sedang sarat mengandung. Dan ini amat membahayakan kandungan Pn. Saadiah serta kesihatan Pn. Saadiah jika beliau juga penghidap HIV positif.

Gambar : Penagihan Dadah Boleh Merosakkan Hubungan Institusi Kekeluargaan
Sumber : ppda-smkbt5.blogspot.com



2.2.Kes 2
Azlina adalah anak bongsu dari tiga orang adik-beradik. Sejak kecil lagi Azlina tinggal bersama dengan datuk dan neneknya di kampung. Beliau tidak tinggal bersama dengan ibu kerana ibu berada di Kuala Lumpur dan bekerja sebagai kerani di sebuah syarikat swasta. Azlina amat membenci ibunya kerana sejak kecil lagi beliau tidak pernah dijaga dan mendapat kasih sayang yang secukupnya. Azlina juga benci dengan ayahnya yang tidak pernah dikenalinya kerana meninggalkan ibu sewaktu Azlina masih di dalam kandungan ibu. Azlina juga tidak pernah mengambil tahu apakah yang terjadi antara ibu dan ayahnya. Azlina gembira tinggal dengan datuk dan nenek tetapi kasih sayang datuk dan nenek tidak sama seperti keluarganya sendiri. Azlina amat cemburu dengan rakan-rakannya terutamanya Rina, rakan sejak kecil yang lain tinggal bersama dengan ibu bapa tetapi diri Azlina pula sebaliknya. Azlina hanya melihat wajah ibu setahun sekali dan tidak pernah langsung melihat wajah ayahnya. Oleh kerana kurangnya kasih sayang ibu dan ayah, Azlina selalu sahaja memberontak. Azlina mudah panas baran dan akan mengamuk jika terdapat sesuatu yang tidak kena. Datuk dan nenek juga tidak berani memarahinya kerana amat menyayangi beliau dan mungkin kerana faktor usia datuk dan nenek yang terlalu tua. Di sekolah pula Azlina dikenali dengan perangai samseng dan suka menjahamankan harta benda sekolah. Guru-guru juga telah melabel Azlina sebagai samseng sekolah dan apa sahaja barang sekolah yang rosak, Azlina pasti akan dicari oleh guru-guru. Azlina pernah menconteng bilik darjah, tangga-tangga, tiang kaki lima, dinding bangunan, memecahkan kerusi, meja malah meja guru juga pernah beliau musnahkan.  Menurut Azlina, apabila dapat memecahkan sesuatu barang beliau akan berasa puas dan akan dapat melepaskan kebenciannya pada ibu. Azlina juga sudah lali dengan kata-kata orang dan tidak kisah dengan label yang diberikan. Semasa berjumpa kaunselor, beliau sedar dan seolah-olah baru bangun dari mimpi yang panjang dan menyedari bahawa beliau perlu melakukan sesuatu demi masa depannya. Tetapi apabila memikirkan akan dirinya yang banyak mendatangkan masalah serta dengan pelbagai gelaran yang diberikan, beliau tekan untuk tidak berubah.

Gambar : Contoh Vandalisme di Sekolah
Sumber : adeciawi.wordpress.com



4.MODEL MEMBUAT KEPUTUSAN BERETIKA (Ethical Decision-Making Model)
Terdapat lapan langkah dalam membuat keputusan beretika menurut Corey et al ( 2010 ) seperti huraian di bawah :-

Langkah Satu
Mengenalpasti masalah atau dilema

Langkah Dua
Mengenalpasti isu-isu potensial yang terlibat

Langkah Tiga
Mengkaji kod etika yang relevan

Langkah Empat
Mengetahui akan undang-undang dan peraturan

Langkah Lima
Memperolehi rundingan

Langkah Enam
Mempertimbangkan kemungkinan dan kebarangkalian sesuatu tindakan

Langkah Tujuh
Menjumlahkan akibat dari kepelbagaian keputusan

Langkah Lapan
Memutuskan mengenai apa yang kelihatan sebagai tindakan yang terbaik


Merujuk dari salah satu kes seperti yang saya huraikan di atas, dengan menggunakan model lapan langkah membuat keputusan beretika yang dicadangkan  oleh Corey et al ( 2010 ) dalam kes En. Razali ini banyak penyelesaian yang dapat dilihat dan saya akan huraikan satu persatu.

Dalam kes En. Razali ini, pengamal psikologi perlu mengenalpasti masalah atau dilemma serta isu-isu potensial yang terlibat yang merujuk dalam kes En. Razali dimana beliau seorang penghidap HIV dan merahsiakannya tanpa pengetahuan isterinya iaitu Pn. Fatimah. Selain itu, pengamal psikologi tahu yang profesion kerja sosial percaya individu yang menghidap HIV sering distigma, disisih dan didiskriminasikan oleh masyarakat. Oleh itu, menjaga kerahsiaan klien adalah penting bagi mengelak klien daripada disisihkan oleh masyarakat. Walau bagaimanapun, pengamal psikologi sedar akan tanggungjawab terhadap kedua-dua kliennya, iaitu En. Razali dan Pn.Saadiah. Oleh sebab itu,  sekiranya perlu, pengamal psikologi akan mendedahkan untuk melindungi pihak ketiga iaitu Pn. Saadiah.

Justeru, berdasarkan kod etika dan pengetahuan tentang undang-undang yang menyatakan bahawa pengamal psikologi perlu menghormati hak privasi klien. Pengamal psikologi tidak seharusnya mendedahkan maklumat peribadi En. Razali melainkan ianya penting untuk memberikan perkhidmatan atau mengendalikan penilaian atau penyelidikan mereka. Oleh itu, apabila maklumat peribadi dikongsi bersama, piawai kerahsiaan perlulah diaplikasikan. Walau bagaimanapun, pendedahan boleh dilakukan seandainya pada penilaian profesional pengamal psikologi, En. Razali boleh mendatangkan bahaya terhadap diri sendiri dan orang lain iaitu Pn. Saadiah sendiri.

Sementara itu, mempertimbangkan kemungkinan dan kebarangkalian sesuatu tindakan juga penting. Hal ini kerana, seandainya pengamal psikologi menjaga kerahsiaan En. Razali, beliau akan meneruskan intervensinya dengan pengamal psikologi. Selain itu, pengamal psikologi juga boleh membantu En. Razali dan menyokong beliau untuk berhadapan dengan penyakitnya. Pengamal psikologi juga boleh menggalakkan En. Razali agar beliau memberitahu isterinya Pn. Saadiah tentang status kesihatannya. Akan tetapi, sekiranya pengamal psikologi tidak mendedahkan maklumat peribadi  En. Razali kepada isterinya berkemungkinan Pn. Saadiah akan di jangkiti HIV positif. Dalam hal ini, beliau telah memudaratkan keadaan Pn. Saadiah  serta kandungannya. Selain itu, pengamal psikologi boleh mendedahkan status kesihatan En. Razali dan berkemungkinan Pn. Saadiah boleh menerima keadaan suaminya dan menyokong suaminya itu bagi meneruskan kehidupan.

Dalam masa yang sama, mengenalpasti serta menjumlahkan kepelbagaian akibat dari sebarang keputusan yang diambil juga adalah perlu. Ini kerana, sekiranya pengamal psikologi menjaga kerahsian ini bermakna En. Razali akan mendapat manafaat kerana kerahsiaannya terjaga. Namun bagi Pn. Saadiah pula, beliau mendapat kemudaratan kerana tidak menyedari akan suaminya yang penghidap HIV positif dan mungkin di jangkiti. Dalam kod etika ada  menitikberatkan tanggungjawab utama pengamal psikologi adalah terhadap klien yang terdedah. Oleh itu, dalam kes ini  Pn. Saadiah merupakan klien yang lebih terdedah kepada bahaya .Justeru,  bagi menjaga kebajikan, Pn. Saadiah lebih diutamakan dan lebih penting terhadap pengamal psikologi dari En. Razali sendiri.

Dan yang terakhir mengikut Corey et al ( 2010 ), memperolehi rundingan serta memutuskan mengenai apa yang kelihatan sebagai tindakan yang terbaik. Pengamal psikologi perlu berunding dengan rakan sekerja yang lain dalam memperolehi pendapat yang lebih bernas dalam menyelesaikan kes En. Razali Ini. Memperolehi rundingan dan bersependapat dalam memanggil Pn. Saadiah dan berbincang tentang keadaan suaminya kerana Pn. Saadiah juga merupakan salah seorang klien. Sementara itu, menerima pendapat lain yang menyatakan bahawa pengamal psikologi sepatutnya menitikberatkan  hal En. Razali kerana seandainya  pengamal psikologi mendedahkan kerahsiaan En. Razali  berkemungkinan besar beliau tidak akan mempercayai pengamal psikologi  tersebut dan secara tidak langsung akan menamatkan intervensinya. Keadaan En. Razali  juga akan menjadi semakin buruk. Setelah mengambil kira pelbagai pandangan pengamal psikologi membuat keputusan untuk berbincang tentang kerahsiaan HIV positif ini  dengan kedua-dua kliennya. En. Razali dan Pn. Saadiah merupakan sepasang suami isteri. Oleh itu, mereka berdua seharusnya diajak berbincang bersama-sama dan pada masa itulah pengamal psikologi akan menggalakkan En. Razali memberitahu isterinya tentang status kesihatanya yang telah di sahkan menghidap penyakit HIV positif. Hal ini kerana berkemungkinan besar Pn. Saadiah boleh menerima keadaan suaminya selain turut sama membantu suaminya dalam menghadapi penyakit HIV positif.



5.KESIMPULAN
Etika sebenarnya memainkan peranan penting dalam membantu para profesional dan pengamal psikologi terutamanya untuk memahami bagaimana keadaan itu berlaku. Selain itu, etika dapat juga membantu pengamal psikologi menstrukturkan kehidupan yang tidak bernilai harganya. Pengetahuan tentang etika dilema boleh memperbaiki amalan pengamal psikologi dan pada masa yang sama memberikan panduan dan mengawal tingkah laku mereka agar lebih beretika. Selain itu, prinsip-prinsip etika perlulah dipatuhi untuk diterapkan dalam kehidupan seharian tidak kira apa jua profesion.

Sementara itu, dalam menghuraikan kedua-dua kes tersebut walaupun berlainan kes tetapi cara dan penyelesaiannya yang membezakan tindakan yang dilakukan oleh seseorang pengamal psikologi. Contoh yang paling menarik kes dari En. Razali dan Pn. Saadiah. Oleh itu, dengan menggunakan model membuat keputusan etika Corey et al ( 2010 ) ini, pengamal psikologi dapat menyelesaikan dilema etika yang dialami oleh mereka sendiri yang berkaitan dengan permasalahan kerahsiaan dan HIV positif dari kes En. Razali secara rasional dan sistematik mengikut piawaian prinsip etika  seperti mana yang telah ditetapkan.

Justeru, dengan adanya pengetahuan ini maka pengamal psikologi akan lebih prihatin terhadap perkhidmatan yang diberikan kepada klien. Ini kerana klien merupakan tanggungjawab utama pengamal psikologi. Secara keseluruhannya, pengamal psikologi hendaklah memastikan kesejahteraan klien terjaga dan kebajikan klien dan kumpulannya terbela dengan memberikan perkhidmatan etika yang efektif dan efisien.
Gambar : Kerahsiaan Amat Penting
Sumber : gotriad.news-record.com


2553 Perkataan




APENDIKS
6.RUJUKAN / REFERENSI
Ethical Guidelines for Statistical Practice. (1999). [Online].
[2012, October 28].

10 ways practitioners can avoid frequent ethical pitfalls. (n.d.). [Online].
[2012, October 28].

Ethical Issues in Psychology. (n.d.). [Online].
[2012, October 28].

Social Psychology - Ethical Issues in Psychological Research. (n.d.). [Online].
[2012, October 28].

An Ethical Decision-Making Model. (n.d.). [Online].
[2012, October 28].

An Ethical Decision-Making Model. (n.d.). [Online].

Bright, P. (n.d.). Ethics for Psychologists. [Online].
[2012, October 29].

Cherry, K. (n.d.). Conducting Ethical Research in Psychology. [Online].
[2012, October 29].

Lesco, P. (n.d.). Ethical Dilemmas of Psychologists Who Practice on the Internet. [Online].

Moore, S. (n.d.). Types of Ethical Dilemmas for Psychologists. [Online].
dilemmas-psychologists.html. [2012, October 29].


Smith, D. (n.d.). Five principles for research ethics. [Online].






2 comments:

  1. terangkan sedikit tulisan.pening baca

    ReplyDelete
  2. MOHON SHARE UTK KAJIAN SAYA TQ IDEA ANDA SGT MEMBANTU

    ReplyDelete