1.PENGENALAN
Dewasa ini, salah satu cara kita
menggunakan proses kognitif dalam kehidupan seharian kita adalah melalui
pembelajaran. Namun, kita sering dan acapkali mendengar bahawa pembelajaran
dapat membezakan kita antara suatu tahap yang lebih tinggi dan bagaimana
penerimaan antara satu sama lain dalam memahami proses pembelajaran tersebut.
Jika tidak, kita akan ketinggalan dalam kehidupan yang serba mencabar ini.
Justeru, belajar merupakan suatu kewajipan bagi kita semua sebagai manusia yang
memang sudah tercipta sebagai pemimpin dimuka bumi ini untuk belajar sejak
lahir sehingga hujung nyawa.
Dalam pada itu, pembelajaran juga
dianggap sebagai perolehan maklumat dan pengetahuan, penguasaan kemahiran dan
tabiat serta pembentukan sikap dan kepercayaan. Pembelajaran bukan hanya
setakat merangkumi penguasaan pengetahuan kemahiran semata-mata malah
melibatkan perkembangan emosi, sikap, nilai estetika dan kesenian serta ciri
dalaman yang juga dipengaruhi oleh pembelajaran. Pembelajaran membawa perubahan
pada diri seseorang itu, sama ada ianya merupakan perubahan ke arah kebaikan
ataupun keburukan. Walaubagaimanapun, perubahan yang disebabkan oleh kematangan
seseorang seperti berjalan, makan dan minum, penyakit, kelaparan dan sebagainya
tidak dianggap sebagai pembelajaran.
Menurut Kohler dan Bruner, mereka
berpendapat bahawa pembelajaran ialah suatu proses dalaman yang berlaku dalam
alam fikiran dan tidak dapat diperhatikan secara langsung melalui tingkah laku
manusia. Mereka juga menekankan bahawa
proses kognitif berlaku melalui perubahan tingkah laku dalam
pembelajaran. Selain itu, mereka berpendapat bahawa pembelajaran adalah satu
proses kognitif untuk perhubungan perkara-perkara dalam persekitarannya dan
mempunyai objektif atau motif tertentu. Apa yang saya dimaksudkan adalah, sekiranya
kita tidak dapat mengenalpasti perhubungan sesuatu perkara dan erti apa yang
kita dipelajari pembelajaran tidak akan berlaku walaupun melalui berkali-kali
latihan. Akan tetapi, mereka tidak bersetuju dengan teori smulasi-tindak balas
yang menyatakan bahawa pembelajaran berlaku kerana stimuli-tindak balas dan
latihan berulang-ulang. Mereka berpendapat pembelajaran adalah proses kognitif
untuk perhubungan perkara-perkara dalam persekitarannya.
Dalam pada itu, perkara yang penting
dalam proses dan strategi pembelajaran ialah untuk mendapat maklumat, memproses
dan seterusnya disimpan sebagai ingatan. Ingatan merupakan satu perkara penting
bagi seseorang terutamanya pelajar dalam mengeluarkan maklumat itu semula
sebagai contoh ketika dalam peperiksaan. Ahli psikologi telah membuat banyak
kajian dan cerapan bagaimana manusia itu mengingati sesuatu. Kajian menunjukkan
bahawa seseorang manusia itu mempunyai daya ingatan yang berbeza bagi maklumat
dalam bidang yang berlainan. Dalam erti kata lain, manusia mempunyai kekuatan
ingatan yang berlainan terhadap sesuatu perkara.
Gambar
: Setiap Individu Mempunyai Cara Yang Berbeza Ketika Belajar
Sumber : readingkingdom.com
2.LIMA DOMAIN DALAM
PSIKOLOGI KOGNITIF
Terdapat lima domain dalam psikologi kognitif seperti domain memori, domain visual, domain
kognitif, domain penyelesaian masalah dan domain membuat keputusan yang saya
akan kaitkan dalam tugasan kali ini dengan menghuraikan bagaimana saya
menjalani proses dan strategi belajar saya sendiri.
2.1.Domain Memori
Memori atau ingatan merupakan pengekalan maklumat dalam masa yang
agak lama melalui proses pengkodan, penyimpanan dan pengeluaran semula
maklumat. Setiap daripada tiga proses ini mewakili proses-proses yang berbeza. Pengkodan
adalah satu cara di mana maklumat diproses untuk disimpan dalam ingatan. Ia
akan melibatkan proses penukaran maklumat kasar kepada bentuk yang boleh
disimpan dalam ingatan. Dalam pengkodan melibatkan empat tahap iaitu penumpuan,
pemprosesan, pemerincian dan penggunaan imej mental. Sementara itu, penyimpanan
merupakan proses menyimpan atau menyelengarakan informasi dalam ingatan yang
melibatkan ingatan kederiaan, ingatan jangka pendek dan ingatan jangka panjang.
Dan yang terakhir merupakan proses pengeluaran semula maklumat iaitu ingatan
yang disimpan dalam ingatan jangka panjang yang perlu dikeluarkan kembali untuk
kegunaaan tertentu. Dalam proses ini, maklumat yang disimpan ingatan jangka dikekalkan
hanya untuk masa yang terlalu pendek. Walau bagaimanapun, sesetengah daripada
maklumat tersebut khususnya maklumat yang diberikan perhatian akan dipindahkan
kepada ingatan jangka pendek (short-term memory)
atau STM. Manakala ingatan jangka panjang (long-term
memory) atau LTM pula merupakan tempat simpanan bagi pelbagai maklumat. Ingatan
ini secara tidak langsung mengandungi kemahiran dan pengetahuan serta
pengalaman yang pernah kita dialami.
Belajar dan memori saling berkait rapat dalam pendekatan kognitif
ini. Dalam erti kata lain, belajar mustahil terjadi apabila tidak melibatkan
memori. Hal ini disebabkan setiap pelaksanaan satu reaksi yang dipelajari
memerlukan memori mengenai tindakan yang pernah dilakukan seseorang individu
termasuklah saya sendiri. Menurut Anderson (1995), memori ditafsirkan sebagai
rakaman ‘relative permanent’ iaitu
melibatkan pengalaman ketika kita belajar.
Oleh itu, dikatakan bahawa apabila belajar dikategorikan sebagai proses
penyesuaian perilaku terhadap pengalaman maka memori boleh dikategorikan
sebagai rakaman ‘permanent’ yang melibatkan
penyesuaian tersebut. Dalam pada itu, proses dan strategi belajar adalah
perubahan potensi kelakuan atau perubahan perilaku yang diiringi oleh memori
dan pengetahuan individu itu sendiri.
Dalam proses dan strategi belajar, saya selalunya menggunakan teknik
menghafal. Menghafal adalah suatu aktiviti menanamkan suatu bahan verbal di
dalam ingatan sehinggalah ia dapat dikeluarkan atau diingat kembali secara literal,
sesuai dengan bahan-bahan yang asli. Peristiwa menghafal merupakan proses
mental untuk mencamkan dan menyimpan kesan-kesan yang nantinya suatu masa
apabila diperlukan boleh diingat kembali ke alam sedar.
Ciri khas dari hasil belajar yang diperoleh adalah pembiakkan secara
literal dan adanya skema kognitif. Adanya skema kognitif bermaksud bahawa dalam
ingatan individu disimpan secara baik seperti program maklumat yang dimainkan
kembali pada waktu diperlukan sebagai contoh pada komputer. Dalam teknik
menghafal pula ada beberapa syarat yang perlu diperhatikan iaitu mengenai
tujuan, pengertian, perhatian, dan ingatan. Dan secara tidak langsung boleh
dikatakan bahawa dalam menghafal dipengaruhi oleh syarat-syarat tersebut. Justeru,
menghafal tanpa tujuan akan menjadi tidak terarah, menghafal tanpa pengertian
akan menjadi kabur, menghafal tanpa perhatian adalah kacau dan menghafal tanpa
ingatan adalah sia-sia.
Gambar
: Proses Penyimpanan Memori Tetap aktif Walaupun Ketika Kita Tidur
Sumber : worldhealth.net
2.2.Domain Persepsi Visual
Persepsi visual boleh ditafsirkan sebagai kemampuan untuk
menterjemahkan apa yang dilihat oleh mata iaitu jatuhnya cahaya masuk ke dalam
retina mata. Hasil dari persepsi tersebut dikenali dengan istilah penglihatan
atau ‘vision’. Pelbagai komponen psikologi yang melibatkan penglihatan itulah
yang secara keseluruhan disebut sebagai sistem visual. Sementara itu, sistem
visual ini juga membolehkan seseorang itu menyerap maklumat dari
persekitarannya.
Kanta mata akan terfokus pada satu objek yang ditangkap oleh
bahagian belakang mata apabila seseorang itu melihat yang disebut sebagai
retina. Retina ini sebenarnya adalah bahagian dari otak yang berasingan dan
berfungsi meneruskan isyarat-isyarat cahaya menjadi isyarat-isyarat saraf.
Isyarat-isyarat ini diproses secara langsung oleh otak bermula dari retina ke
saraf-saraf primer dan sekunder dari otak. Masalah utama dari persepsi visual
ini tidak semata-mata apa yang dilihat oleh manusia melalui retina matanya
tetapi ia lebih daripada itu.
Justeru, dalam usaha untuk menerima maklumat daripada
persekitaran, kita dilengkapi dengan organ-organ deria seperti mata, telinga,
hidung. Setiap organ rasa adalah sebahagian daripada sistem deria yang menerima
input deria dan menghantar maklumat deria ke otak.
Satu masalah tertentu untuk ahli psikologi adalah untuk
menerangkan proses di mana tenaga fizikal yang diterima oleh organ-organ deria
membentuk asas pengalaman persepsi dan sejauh mana persepsi bergantung langsung
pada maklumat yang hadir dalam rangsangan. Beberapa ahli psikologi juga
berpendapat bahawa proses persepsi tidak langsung tetapi bergantung kepada
jangkaan yang menerima dan pengetahuan sebelumnya serta maklumat yang ada dalam
rangsangan sendiri.
Kontroversi ini turut dibincangkan dengan merujuk kepada
Gibson (1966) yang telah mencadangkan teori persepsi yang merupakan 'bottom-up'
manakala Gregory (1970) pula telah mencadangkan 'top-down '. Bottom-up juga
dikenali sebagai pemprosesan data yang dipacu kerana persepsi bermula dengan
rangsangan sendiri.
Pemprosesan dijalankan dalam satu arah dari retina ke korteks
visual dengan setiap peringkat berturut-turut dalam laluan visual menjalankan
analisis semakin kompleks input. Manakala Top-down pula merujuk kepada
penggunaan maklumat kontekstual dalam pengiktirafan corak. Sebagai contoh
memahami tulisan tangan yang sukar adalah lebih mudah apabila membaca ayat yang
lengkap daripada apabila membaca perkataan tunggal dan terpencil. Ini adalah
kerana makna perkataan disekitarnya menyediakan konteks untuk membantu kefahaman.
Memang tidak dinafikan salah satu daripada cara manusia untuk
menyerap maklumat dari persekitaran adalah dengan cara visual iaitu penglihatan
melalui kaedah menggunakan gambar. Belajar dengan gambar lebih meningkatkan
daya ingat kita. Saya sendiri sehingga hari ini mengamalkannya kerana ianya
lebih mudah bagi saya sebagai seorang pelajar separuh masa untuk belajar secara
efektif dan berkesan.
Saya juga lebih suka menggunakan gambar ketika belajar dari
tidak menggunakan gambar. Sebagai contoh, semasa saya di sekolah satu ketika
dahulu saya boleh membezakan tatkala menerima maklumat dari guru yang
menggunakan gambar dengan yang tidak menggunakan gambar. Dan ternyata
penjelasan guru dengan menggunakan gambar jauh lebih mudah difahami daripada
yang tanpa gambar.
Gambar
: Illusi Optikal; Satu Gambar Memberi Seribu Makna
Sumber : brainden.com
2.3.Domain Kognitif
Domain ini termasuk kandungan pengetahuan dan pembangunan kemahiran
intelektual. Ini termasuklah pemulangan atau pengiktirafan fakta tertentu dan
konsep yang berkhidmat membangunkan kebolehan intelek dan kemahiran. Terdapat
enam kategori utama bermula dari tingkah laku yang paling mudah iaitu
mengingatkan fakta kepada yang paling kompleks iaitu penilaian.
Dalam erti kata lain, domain kognitif berasaskan pengetahuan atau
minda. Ia mempunyai tiga tahap pengajaran praktikal termasuk fakta, kefahaman dan
aplikasi. Tahap sebenarnya adalah satu konsep yang tunggal dan menggunakan kata
kerja seperti menentukan, mengenal pasti dan senarai. Tahap kefahaman
meletakkan dua atau lebih konsep secara bersama. Kata kerja biasa untuk
peringkat ini termasuk menerangkan, membandingkan dan kontras. Tahap aplikasi
meletakkan dua atau lebih konsep bersama-sama untuk membentuk sesuatu yang
baru. Kata kerja biasa di peringkat ini termasuk menjelaskan, mengaplikasi dan
menganalisis.
Melalui domain ini, pembelajaran adalah dianggap sebagai satu proses
pemikiran. Dalam proses dan strategi pembelajaran, saya sering berfikir dalam
menyelesaikan masalah dan menggunakan akal fikiran melalui pelbagai kaedah
peninjauan secara terperinci. Secara langsung ia menekankan kepentingan
berfikir saya. Berpikir adalah proses dinamik yang dapat dilukiskan menurut
prosesnya iaitu pembentukan pengertian, pembentukan pendapat, penarikan
kesimpulan. Ada definisi lain tentang berpikir iaitu berkembangnya idea dan
konsep dalam diri seseorang. Perlu diketahui bahawa kemampuan berpikir manusia adalah
biasa sifatnya. Hal ini kerana ketika manusia dilahirkan dengan keadaan normal
maka dengan sendirinya memiliki kemampuan untuk berpikir secara relatif berbeza
dengan manusia yang lahir dalam keadaan abnormal.
Sebagai
contoh dalam hal ini, suasana atau tempat belajar untuk proses pembelajaran
haruslah dipergiat untuk membolehkan seseorang itu berfikir dengan sempurna.
Logiknya, manusia harus disogokkan dengan pengalaman atau sesuatu keadaan tertentu untuk menghasilkan
gerak balas tertentu juga. Manusia perlu diberi peluang berfikir, menganalisis
serta menilai data-data atau rangsangan-rangsangan yang diperoleh daripada
dunia luar sebelum mereka mampu berinteraksi terhadapnya. Prinsip ini memberi
perhatian berat kepada kebolehan intelektual, membina persepsi, ingatan,
sensasi dan proses-proses lain yang terlibat dengan aktiviti mental.
Gambar
: Setiap Individu Berfikir Dengan Cara Yang Tersendiri
Sumber : asiasociety.org
2.4.Domain Penyelesaian
Masalah
Umum mengetahui bahawa penyelesaian masalah merupakan salah satu
daripada proses kognitif dan pembelajaran yang dilakukan oleh makhluk hidup
terutamanya manusia. Sebelum kita memahami dengan lebih lanjut akan konsep
penyelesaian masalah dari sudut psikologi adalah lebih baik bagi kita memahami
untuk memahami sedikit sebanyak mengenai kognisi dan pembelajaran. Hal ini
disebabkan penyelesaian masalah sebenarnya mempunyai perkaitan yang rapat
dengan keupayaan kognisi manusia serta pembelajaran yang diperolehi daripada
pengalaman lalu. Menurut Clarke & Gillet (1997), kognisi lebih menekankan
kepada perkembangan pengetahuan dan pemahaman. Dalam kata lain, kognisi
merupakan satu proses intelektual di mana proses ini berlaku secara sistematik
iaitu maklumat diperolehi, ditransformasi, disimpan, diambil semula dan
akhirnya digunakan. Kadang kala konsep mengenai kognisi adalah sukar difahami
oleh sesetengah orang dan sebagai jalan penyelesaiannya istilah mudah untuk
merujuk kepada kognisi ialah “pemikiran”.
Manusia menurut Mahmood Nazar Mohamed (2004), biasanya menggunakan
pemikiran dalam pelbagai bentuk tidak kira sama ada dalam bentuk yang baik
ataupun buruk untuk menyelesaiakan masalah dan membuat keputusan. Begitu juga
dalam menyelesaikan masalah, kita acapkali menggunakan pengalaman lalu yang
diperolehi daripada proses pembelajaran untuk mencari cara mengatasi masalah
pada situasi semasa. Dalam kehidupan sehari-harian, kita memerlukan cara untuk
mengatasi masalah atau kesukaran yang kita hadapi. Cara yang diambil bagi
mengatasi masalah tersebut disebut sebagai penyelesaian masalah.
Penyelesaian masalah ini penting bagi kita untuk menjadikan hidup
kita menjadi sejahtera walaupun kadang-kadang tidak semua masalah yang dihadapi
dapat diselesaikan secara menyeluruh, namun dengan adanya penyelesaian masalah,
kesulitan hidup kita akan mampu dikurangkan sedikit sebanyak. Clarke & Gillet
(1997) menyatakan bahawa, masalah boleh didefinisikan sebagai rintangan yang
boleh menghalang seseorang daripada mencapai matlamat yang diinginkan. Dalam
erti kata lain, jika kita berhasrat untuk mencapai sesuatu tetapi tidak
mempunyai cara bagaimana untuk melakukannya, maka dalam hal ini kita dikatakan
berada dalam keadaan yang bermasalah. Kesannya dapat dilihat apabila kita berhadapan
dengan halangan dan kita akan menggunakan penyelesaian masalah yang memerlukan
kita untuk berfikir serta berkebolehan untuk membuat keputusan yang bijak. Justeru,
menyelesaikan masalah bermaksud kita memutuskan tindakan yang akan mengubah
situasi menjadi lebih baik lagi.
Gambar
: Ketenangan Adalah Kepuasan Apabila Dapat Menyelesaikan Sesuatu Masalah
Sumber : freelancefolder.com
2.5.Domain Membuat Keputusan
Memang menjadi lumrah kehidupan manusia sering dibebani dengan persoalan
yang memerlukan jawapan untuk diputuskan dengan membuat keputusan. Adakalanya
membuat keputusan ini nampak sangat mudah hanya dengan sekelip mata saja.
Namun, kadangkala ada masanya kita sendiri tidak dapat tidur kerana memikirkan
apakah perkara sebaiknya hendak dilakukan bagi mengatasi masaalah yang
mendatang.
Membuat keputusan ialah satu proses mental di mana seseorang itu
bertindak untuk memilih satu pilihan yang terbaik daripada beberapa pilihan
yang ada berdasarkan tujuan dan kriteria tertentu. Dalam erti kata lain, keputusan
merujuk kepada pilihan yang dibuat melalui pelbagai alternatif yang sedia ada. Justeru,
proses membuat keputusan merupakan proses yang paling penting untuk
kesempurnaan. Ini kerana proses membuat keputusan bukan hanya wujud dalam bidang-bidang
tertentu malah, ianya dihadapi oleh setiap individu, baik keputusan tentang
diri sendiri, keluarga, di rumah atau di tempat kerja.
Begitu juga dengan perihal saya sebagai seorang yang juga kadang-kadang
memerlukan suatu tindakan yang betul dalam membuat sesuatu keputusan
berdasarkan perkara tertentu. Sebagai contoh, saya pernah mengalami satu
situasi di mana saya perlu membuat keputusan yang tepat dalam menangani masalah
dari segi pelajaran saya sama ada belajar secara ‘online’ ataupun mengikuti kelas mengikut jadual. Saya berjaya
membuat keputusan yang tepat dalam perkara tersebut dengan mengambil kira semua
altenatif yang ada.
Gambar
: Kita Hendaklah Membuat Keputusan Yang Bijak Walau Apa Jua Situasi
Sumber : goodlifezen.com
3.KESIMPULAN
Pembelajaran dianggap sebagai perolehan maklumat dan pengetahuan,
penguasaan kemahiran dan tabiat serta pembentukan sikap dan kepercayaan dalam
diri setiap individu. Setiap individu mempunyai cara yang berbeza dengan
individu yang lain. Oleh itu, proses dan strategi pembelajaran hendaklah diatur
mengikut kehendak dan perkembangan seseorang
mengikut kemampuan serta tahap yang boleh dikecapi untuk lebih efektif.
Selain itu, pembelajaran juga dikatakan sebagai satu proses dengan
melalui latihan atau pengalaman organisma dan seterusnya menghasilkan perubahan
tingkah laku yang agak kekal. Secara ringkas, pembelajaran boleh dibahagi
kepada dua. Pertama pembelajaran yang berlaku hasil daripada latihan atau
pengalaman. Ini bermakna sebarang perubahan tingkah laku yang tidak pernah
melaui latihan atau pengalaman tidak boleh disebut sebagai pembelajaran. Kedua,
perubahan tingkah laku yang melalui pembelajaran mempunyai cirri-ciri kekal.
Ini bermakna perubahan tingkah laku hanyalah sementara sahaja. Sementara itu, pembelajaran
juga mula berlaku apabila tindak balas diadakan terhadap ransangan yang timbul
malah ianya akan berterusan apabila motivasi yang berkaitan dikekalkan dan
pembelajaran dikatakan berakhir apabila konsep baru dibentuk dan dikuasai
sepenuhnya.
Oleh yang demikian, dengan mengambil kira beberapa domain yang telah
saya huraikan seperti di atas, saya sendiri secara tidak langsung dapat
menjadikan proses dan strategi saya dalam pembelajaran lebih efektif. Justeru,
pada pendapat saya satu kajian saintifik yang lebih mendalam wajar dilakukan
bagi melihat apakah pendekatan yang relevan serta mudah dilaksanakan khasnya
dalam proses dan strategi belajar. Akhir kata, proses pembelajaran ialah suatu
garis panduan mengenai bagaimana pembelajaran berlaku dan faktor-faktor yang
mempengaruhi pembelajaran tersebut. Dengan itu, kita sendiri boleh merancang
dengan lebih sempurna untuk melaksanakannya supaya lebih berkesan.
(2915 Perkataan)
APENDIKS
4.RUJUKAN / REFERENSI
Cognitive Learning Styles and
Learning Strategies. (n.d.).
[Online].
-learning-strategies-faq.htm. [2013, Jan 29].
Cognitive Processes and Learning. (n.d.). [Online.
Available : http://www.cognitiveprocesses.com/UsesOfType
/Cognitive-Processes-And-Learning.cfm. [2013, Jan 29].
Apakah domain dalam
psikologi?.
(n.d.). [Online].
dalam-psikologi.html. [2013, Jan 29].
Cara Belajar Yang Efektif.
(n.d.). [Online].
-efektif.html. [2013, Jan 29].
Proses Pembelajaran.
(n.d.). [Online].
[2013, Jan 29].
Cognitive Psychology. (n.d.). [Online].
[2013, Jan 29].
Cognitive
psychology.
(n.d.). [Online].
Available
: http://www.rcrutcher.info/psy321b/.
[2013, Jan 29].
What are the five major domains of psychology?. (n.d.).
[Online].
Available
:http://wiki.answers.com/Q/What_are_the_five_major_domains_of_
psychology. [2013, Jan 29].
What Is Cognitive Psychology?. (n.d.). [Online].
[2013, Jan 29].
Cognitive Strategies. (n.d.). [Online].
Available
: http://www.education.com/reference/article/cognitive-strategies/.
[2013, Jan 29].
Tips dan Trik Belajar yang
Efektif. (n.d.). [Online].
yang-efektif/#.USzgCB1kTh5.
[2013, Jan 30].
Tips-tips
Belajar Dengan Berkesan. (2011). [Online].
dengan-berkesan-dr.html.
[2013, Jan 30].
Psikologi
Kognitif. (2011). [Online].
Available
: http://psy2073.blogspot.com/.
[2013, Jan 30].
Konsep-konsep
Dasar Psikologi Kognitif. (2011). [Online].
konsep-dasar-psikologi-kognitif/.
[2013, Jan 31].
Psikologi
Kognitif : Memori. (2012). [Online].
psikologi-kognitif-memori.html.
[2013, Jan 31].
Jenis-jenis
Ingatan (Memori). (n.d.). [Online].
ingatan-memori.html.
[2013, Jan 31].
Cara Belajar Efektif.
(2010). [Online].
[2013, Jan 31].
Cara Belajar yang Efektif Dan Efisien. (n.d.). [Online].
Available :
http://www.baak.unej.ac.id/index.php/8-berita/44-belajar-baik-efektif.
[2013, Jan 31].
Sidek, N. (n.d.).
Remaja Dan Proses Belajar. [Online].
&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_03.htm. [2013, Jan 31].
McLeod, S. (2007).
Visual
Perception Theory. [Online].
[2013, Jan 31].
Kholid, A.
(n.d.). Belajar Efektif Dan Efisien.
[Online].
Available : http://www.smkn3pacitan.sch.id/index.php?option=
com_content &view=article&id=169&Itemid=187. [2013, Jan 31].
Moidunny. K. (n.d.). Taksonomi Bloom
: Perubahan Yang Diperlukan?. [Online].
Available : http://kamaruzamanmoidunny.blogspot.com/2012/09/
taksonomi-bloom-perubahan-yang.html. [2013, Jan
31].
salam asterina,
ReplyDeletesaya nak tnya ada ke ABPK1203 child psyhcology & ABPK1203-COGNITIVE PSYCHOLOGY modul bahasa melayu. saya nak pinjam modul utk buat potocopy. sy pun merupakan pelajar psikologi. tkasih asterina