Tuesday 9 February 2016

Assignment - Year 1 (Semester 2 - May) PENGENALAN KEPADA SAINS SOSIAL ABXS1103

PENGENALAN
Komputer adalah alat elektronik yang kompleks dan mempunyai banyak kelebihan. Ia sesuai untuk dijadikan alat bagi membantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana ia berkemampuan menerima dan memproses data. Komputer juga membantu mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran yang berkesan jika digunakan dengan sistematik. Pengajaran yang disertakan dengan alat bantu mengajar terkini akan dapat menambah minat pelajar mempelajari sesuatu bidang pelajaran.

Satu perkembangan yang amat ketara dalam dunia masa kini ialah berlakunya ledakan teknologi maklumat. Dengan adanya kemajuan dalam telekomunikasi, komputer yang dihubungkan dengan jaringan internet telah membolehkan banyak maklumat diperolehi dengan cepat. Inovasi dalam teknologi maklumat ini dapat menyebarkan segala maklumat kepada pelbagai lapisan masyarakat.

Dewasa ini, satu alat yang lebih canggih dicipta seiring dalam teknologi masa kini iaitu ipad. iPad merupakan sebuah produk yang dibangunkan oleh syarikat gergasi Apple Inc. yang diterajui oleh Steve Jobs. iPad juga digunakan sebagai platform untuk audio-visual media termasuk buku, majalah, filem, muzik, permainan, dan kandungan web.

iPad menggunakan rangkaian kawasan tempatan wayarles ("Wi-Fi") sambungan untuk mengakses rangkaian kawasan setempat dan Internet. Sesetengah model mempunyai  rangkaian wayarles 3G yang boleh menyambung ke HSPA atau EV-DO rangkaian data dan ke Internet. Peranti ini diuruskan dan segerakkan oleh iTunes berjalan pada komputer peribadi melalui kabel USB.

 iPad direka tanpa keyboard. iPad menggunakan skrin multi-sentuhan IPS 9.7 inci, muka depan hanya terdapat satu skrin besar dan ’butang Home’ di bawahnya. Skrin iPad ditutupi lapisan kaca yang amat kuat dan tahan. Terdapat 2 versi iPad iaitu versi Wi-Fi dan versi Wi-Fi + 3G (dinamakan sebagai versi 3G). Versi Wi-Fi seberat 680g, manakala versi 3G seberat 720g. Reka bentuk keluaran Apple selalunya mempunyai beberapa butang di bahagian luar dan salah satu butang merupakan ‘Butang Home’. Ini adalah butang bulat di bahagian bawah iPad dengan persegi di tengah-tengah.

‘Butang Home’ digunakan untuk bangun iPad apabila dalam keadaan tidur. Ia juga digunakan untuk keluar daripada aplikasi, dan jika anda telah meletakkan iPad ke mod khas (seperti cara yang membolehkan anda untuk bergerak ikon permohonan), ‘butang rumah’ digunakan untuk keluar dari mod itu. Kita boleh menggelarkan ‘Butang Home’ sebagai butang "Go Home". Sama ada iPad anda sedang tidur atau anda berada dalam keadaan mod tersebut, ia akan membawa anda ke bahagian skrin utama. 

Navigasi yang pada iPad dilakukan dengan isyarat sentuhan mudah, seperti menyentuh ikon untuk melancarkan aplikasi atau melayangkan jari anda ke kiri atau ke kanan di skrin untuk bergerak dari satu skrin ikon ke skrin ikon dan seterusnya. Ini isyarat yang sama boleh melakukan perkara yang berbeza berdasarkan aplikasi yang anda berada ketika itu. Sebagai contoh, sementara melayangkan jari anda di skrin ia akan menggerakkan anda dari satu skrin penuh ikon aplikasi apabila anda berada di skrin utama iPad, iaitu isyarat yang sama akan menggerakkan anda dari satu halaman lain sementara anda berada dalam keadaan aplikasi iBooks.

Di samping mengetik skrin dan menggerakkan jari anda di skrin, anda akan sesekali perlu menyentuh skrin dan tahan jari anda ke arah bawah. Sebagai contoh, apabila anda menyentuh jari anda terhadap ikon aplikasi dan menyimpan jari anda ditekan, anda akan memasuki mod yang membolehkan anda untuk menggerakkan ikon untuk bahagian lain skrin.

Apple telah mengeluarkan iPad pertama dalam April 2010, dan dijual sebanyak 3000000 unit peranti dalam masa 80 hari. Pada 2010 juga secara keseluruhannya, Apple Inc. telah menjual 14800000 unit iPads di seluruh dunia, yang mewakili 75 peratus daripada hasil jualan Tablet PC pada akhir tahun 2010. Dan kini iPad telah mendapat sambutan hangat dikalangan pelajar universiti.

Justeru, Apple Inc. telah menghubungi saya untuk membantu mereka mempromosikan iPad sebagai alat pendidikan di Open Universiti Malaysia (OUM). Jadi sebagai ketua perunding, saya diminta mengemukakan cadangan serta cabaran kepada mereka (Apple Inc.)  ketika mempromosikan iPad ini.


CADANGAN KEPADA APPLE Inc.

  1. Mengadakan Hari Bersama Pelajar (OUM)
Untuk mempromosikan iPad supaya mendapat sambutan kepada pelajar OUM khususnya, Apple Inc. perlu mewujudkan sekurang-kurangnya satu hari iaitu hari bersama pelajar di OUM. Dengan ini, iPad dapat sambutan di kalangan pelajar khususnya untuk tujuan pendidikan.

Apabila adanya hari seperti ini, pihak Apple Inc. boleh menerangkan tentang penggunaan ipad kepada pelajar dengan lebih mudah serta mendalam dan secara tidak langsung pelajar dapat mengetahui maklumat bagaimana menggunakan iPad dan seperti yang kita sedia maklum di mana iPad merupakan alat yang canggih menangani komputer pada masa kini.

Ini kerana, iPad sangat berbeza bagi pelajar dari apa yang mereka pernah gunakan sebelum kemunculan iPad. Walaupun kita sedar selama ini kita telah dilonggokkan dengan pelbagai kemudahan teknologi lepas seperti telefon pintar, netbook, iPod dan PSP yang telah muncul dalam kehidupan seharian kita, namun teknologi itu tetap terus hidup dan sentiasa melakukan inovasi demi inovasi supaya pengguna tidak bosan dan dapat melihat teknologi yang terbaru. Biasalah selalunya apabila muncul sesuatu yang baru, tidak semua orang tahu cara menggunakan. Jadi dengan mewujudkan hari bersama pelajar ini dapat juga dapat meningkatkan pengetahuan dan penjualan seterusnya digunakan oleh para pelajar di universiti ini.

Untuk makluman pihak Apple Inc., pelajar-pelajar OUM juga terdiri daripada kalangan yang agak berusia. Oleh itu, agak susah untuk memahami penggunaannya dan mengambil masa.

  1. Diskaun iPad Kepada Pelajar
Pihak Apple Inc. juga boleh memberi diskaun kepada pelajar OUM khususnya bagi menggalakkan mereka supaya berminat dan tertarik untuk menggunakan iPad serta membelinya. Harga iPad bagi versi wifi bermula dari RM1449.99, RM1749.99 dan RM2049.99. Masing-masing berkapasiti 16GB, 32GB dan 64GB. Sementara versi 3G pula harganya bermula dari RM1849.99, RM2149.99 dan RM2449.99. Kapasitinya ialah 16GB, 32GB dan 64GB. Walaupun harga kadang-kadang tidak menjadi masalah bagi sesetengah orang akan tetapi seperti sedia maklum, tidak semua pelajar mampu untuk membeli iPad kerana harganya yang agak mahal.

Seiring dengan kemajuan teknologi di zaman moden dan serba canggih ini, terdapat juga pesaing yang menawarkan harga yang lebih murah walaupun tidak setanding iPad. Dua pesaing terbesar iPad adalah Samsung Galaxy Tab 10,1 dan Motorola Xoom. Selain daripada dua pesaing iPad tersebut, masih ada sederet pesaing yang siap untuk mencuba menandingi kedudukan Apple dalam penjualan gajet. Diantaranya ialah HP TouchPad, LG Optimus Pad, BlackBerry PlayBook dan HTC Flyer. Sejak Apple memperkenalkan produk iPadnya, ada banyak gajet yang sama seakan ipad yang kemudian turut serta menawarkan harga murah dalam pasaran penjualan gajet mereka.

Justeru, pihak Apple Inc. perlu bersaing untuk mendapat tempat di hati pengguna terutamanya di kalangan pelajar bagi memenuhi pemintaan pasaran. Tidak kira di mana jua kita berada, dunia kini tidak lagi canggung dengan apa itu teknologi. Ia seumpama dunia baru yang menjadi intipati dalam kehidupan masyarakat di dunia ini. Tanpa mengira apa jua jenis teknologi, ia tetap membawa satu kelebihan dalam penciptaannya yang seterusnya membawa kemudahan dan kebaikan dalam hidup kita.

  1. Servis iPad
Bagi memudahkan pelajar OUM untuk menaik taraf atau membaiki iPad jika terdapat sebarang kerosakan atau sebagainya, pihak Apple Inc. perlu memperbanyakkan lagi servis untuk kemudahan para penggunanya.

Walaupun pihak Apple Inc. memberi jaminan antarabangsa selama satu tahun, namun kita tidak dapat menjangka apa yang bakal berlaku pada masa hadapan. Lagipun, iPad merupakan gajet yang baru di pasarkan kepada umum.

Setakat ini, servis Apple Inc. hanya mempunyai beberapa  tempat  di sekitar Lembah Klang  khususnya iaitu satu di Seksyen 14, Petaling Jaya dan satu lagi di Jalan Imbi, Kuala Lumpur dan beberapa tempat lain yang berdekatan. Ini tidak cukup untuk menampung keperluan pengguna ipad itu sendiri.


DUA CABARAN
Dua cabaran yang mungkin dihadapi oleh OUM dalam  mempromosikan iPad sebagai salah satu alat pendidikan ialah dari segi kebaikkan dan kelemahan.

Dari Segi Kebaikkan
Sebelum itu, ingin saya jelaskan kebaikkan iPad terlebih dahulu. iPad mempunyai naik dan turunnya. Ini bermaksud tahap penggunaan dan pendapat orang ramai pada iPad. Bagi sesetengah orang ia mungkin pilihan yang lebih baik daripada netbook walaupun mereka masih mempunyai kelebihan mereka ke atas iPad juga.

iPad jauh lebih ringan daripada netbook lain yang berada di pasaran. Ia dicipta dan direka dengan cara yang mudah dibawa bersiar-siar, letakkan di dalam beg, atau tangan dan diberikan kepada orang lain dengan cepat dan mudah.

Ia direka lebih pantas dan laju daripada netbook. Jika anda perlu segera memeriksa sesuatu dengan hanya beberapa minit, anda boleh menyelesaikan tugas dengan menggunakan iPad berbanding dengan netbook. Inilah merupakan kelebihan iPad yang tidak dapat ditandingi oleh mana-mana keluaran gajet. iPad mempunyai kelebihan skrin yang boleh melintang atau menegak. Walaupun dengan skrin bersaiz sama, anda boleh menggunakan iPad untuk melihat sudut terbaik untuk laman web yang tertentu atau aplikasi.

Secara keseluruhannya iPad mempunyai bateri yang baik dimana ia dapat tahan selama 10 jam. Manakala netbook hanya dapat bertahan selama kira-kira 3 atau 4 jam walaupun ini boleh dinaik taraf. Reka bentuk adalah satu lagi kelebihan iPad. iPad adalah alat ringan dan lebih fleksibel daripada gajet yang lain. Ringan adalah sebahagian daripada reka yang sangat unit. Apple Inc. dalam laporan di laman webnya menyatakan bahawa iPad "lebih kecil daripada sebuah majalah." Ia mempunyai berat kurang daripada dua paun. Ciri-ciri yang perlu diingatkan yang ada pada iPad ialah mempunyai ‘multi-touch screen’ dan juga paparan LED. Skrin sesentuh iPad berkualiti tinggi dan sukar untuk calar jika dibandingkan gajet atau netbook yang lain. Menaip dengan menggunakan skrin sesentuh tiada bezanya dengan menaip di papan kekunci yang sebenar. Dan ia lebih mudah dikendali.

Listen
Read phonetically

Dictionary
Selain itu, iPad juga mempunyai sambungan pelan data untuk 3g dimana ia boleh digunakan dimana-mana saja anda berada yang mempunyai liputan ‘wireless’ walaupun ketika anda sedang berjalan. Sesetengah netbook mempunyai ciri ini tetapi kebanyakan daripadanya  tidak. Dari segi kapasiti iPad pula, Apple Inc. menawarkan kelebihan tersendiri iaitu 16GB, 32GB dan 64GB dimana ia agak besar berbanding gajet atau netbook-netbook lain. Pelbagai aplikasi percuma dan berbayar boleh dimuat turun menerusi AppStore. Contohnya, aplikasi berbentuk kewangan, perubatan, berita, permainan video, utiliti, muzik, produktiviti dan sebagainya. Hingga hari ini, terdapat lebih 65,000 aplikasi khusus untuk iPad. Anda boleh menentukan aplikasi yang diingini berdasarkan minat dan kecenderungan sendiri.

Justeru, cabaran dari segi kebaikkan yang mungkin dihadapi oleh OUM dalam  mempromosikan iPad sebagai salah satu alat pendidikan ialah kemudahan yang senang diperolehi dari penggunaan iPad. Contohnya, jika anda seorang pelajar dalam bidang perubatan yang ingin mencari bahan rujukan, anda boleh dapatkan tajuk rujukan iaitu ‘Oxford Handbook of Clinical Specialties’ yang mana ia hanya untuk kemudahan bagi pengguna iPad. Selain itu, AudioNote membolehkan para pelajar tidak ketinggalan ketika mencatat ceramah yang disampaikan dari pensyarah kerana suara setiap orang akan dirakam sehingga tamat. Kelebihan lain bagi pelajar ialah iPad ini mudah dibawa ke kuliah serta tidak membebankan ketika dibawa bersama buku-buku rujukan lain.

Dari Segi Kelemahan
Di sini saya sebagai ketua perunding akan menerangkan sedikit sebanyak kelemahan yang terdapat pada iPad. Bukan saya ingin mendedahkan kelemahan produk dari Apple Inc. ini tetapi sebagai pelajar kita perlu juga untuk menilai yang mana baik dan yang mana buruk dalam memilih gajet atau netbook yang sesuai digunakan. 

Tanpa diketahui oleh Apple dan kepada ramai peminat iPad, terdapat beberapa kelemahan yang ada pada iPad. Ia menjadi salah satu daripada kebimbangan yang terbaru kepada umum. Jika anda merancang untuk membeli iPad, anda perlu sedar bahawa harga anda membayar untuk itu hanya sebahagian kecil daripada kos sebenar. Anda perlu membelanjakan wang yang lebih pada aksesori untuk mendapatkan iPad untuk bekerja sebagai komputer yang sebenar. Sebagai contoh, cara iPad direka. Walaupun ia kelihatan padat dan sejuk, namun ia direka ia tidak dapat berdiri seperti netbook ataupun laptop. iPad tidak mempunyai banyak teknologi komputer umum berkaitan melebihi tahap aksesori.

Umum juga mengetahui bahawa iPad tiada ‘Multi-Tasking’. Ini bererti iPad hanya boleh berfungsi secara “one trick at a time”. Namun harus diakui bahawa multi-tasking masih merupakan sebuah hal yang sangat penting bagi pengguna gajet. iPad tidak mempunyai papan kekunci fizikal seperti netbook atau laptop. Walaupun ia adalah mustahil untuk meletakkan unit supaya berdiri dan menggunakan keyboard luar, ini adalah satu persediaan yang rumit dari mudah alih peranti. Bagi pengguna yang memilih untuk tidak menggunakan papan kekunci luar, kemasukan teks pada iPad boleh menjadi lambat. Pada tahun 2010, PC World menulis bahawa iPad adalah mencukupi untuk kemasukan teks ringkas tetapi lebih perlahan dan lama daripada netbook atau laptop untuk e-mel dan posting blog.

Kelemahan-kelemahan lain pada dasarnya ialah seperti tidak mempunyai USB port, tanpa fon kepala. Ia juga agak sukar untuk mengedit dokumen-dokumen lama. Bateri tidak boleh diganti. Jika terdapat kerosakkan pada bateri perlu tukar keseluruhannya. Kapasiti memori tidak boleh dinaik taraf. Kebanyakan orang perlu menggunakan kedua-dua tangan untuk memahami iPad. Dan satu masalah besar bagi pelajar OUM yang agak berusia adalah pengendalian iPad kepada mereka. Hal ini kerana, aplikasi yang terdapat dalam iPad sangat komplikasi jika dibandingan dengan pelajar remaja dimana tiada masalah dalam mengendalikan ipad.

Jadi, cabaran yang terbesar bagi OUM dalam mempromosikan iPad adalah masalah dalam mengendalikan iPad bagi pelajar yang agak berusia. Kita tahu bahawa iPad hampir sama dengan netbook mahupun laptop tetapi perbezaan yang ajak ketara ipad tidak mempunyai ‘keyboard’ dimana ramai diantara pelajar lebih selesa menggunakan ‘keyboard’. Akan tetapi, kelemahan yang terdapat pada ipad cuma sedikit jika dibandingkan dengan kebaikkannya.

Bagi saya yang juga merupakan pengguna iPad, ia dapat membantu saya menyiapkan tugasan dengan lebih cepat dan mudah. Mungkin pendapat saya ini bertentangan tetapi tiada masalah jika kita mencuba sesuatu yang baru dalam mengejar arus teknologi terkini.
Cabaran lain yang perlu diambil kira adalah harga dan para pesaing. Justeru, pihak Apple Inc. perlu mengambil serius dalam hal ini seterusnya menggalakkan para pelajar OUM untuk menggunakan produk mereka dalam melakukan kerja mahupun tugasan yang diberikan.

KESIMPULAN
Walaupun ipad mempunyai kebaikkan dan kelemahan tersendiri tetapi ia masih mendapat sambutan dan mendapat tempat di hati peminat gajet. Kebaikkan mengatasi kelemahan yang terdapat pada iPad membolehkan ia mencatat penjualan tertinggi pada hari pertama keluarannya. Dengan iPad dan sistem operasinya, Apple berjaya menjadikan pengalaman menggunakan komputer semakin mudah. Ianya bukan sahaja senang digunakan, malah ia tidak memerlukan pengetahuan teknikal yang tinggi untuk mempelajarinya.

Sebab itulah iPad berbeza daripada produk Apple yang lain seperti MacBook, iPhone, dan iPod yang biasanya digunakan oleh golongan remaja ke dewasa – iPad berjaya menembusi pasaran kanak-kanak, remaja dan juga warga berumur contohnya pelajar OUM. Namun jika anda biasa mengikuti perkembangan daripada Apple, anda sudah tentu tahu akan polisi Apple dan App Store yang sangat ketat, dan kadang kala menyusahkan pihak pembangun dan juga pengguna. Namun dengan bilangan aplikasi yang terdapat pada iPad sekarang, ia masih mengungguli mana-mana pengeluar gajet yang lain dan masih boleh membolot pasaran buat masa ini.

Justeru dengan kelebihan yang ada dalam rekaan ipad, pihak Apple Inc. perlu merancang promosi dengan lebih agresif  lagi dengan mewujudkan hari bersama pelajar seperti mengadakan serta mewujudkan hari bersama pelajar OUM supaya produk mereka dapat diterima dan digunakan oleh pelajar OUM. Selain itu, memberi diskaun kepada pelajar OUM juga merupakan kelebihan bagi pihak Apple Inc. Dengan cara ini dapat menarik lebih ramai pelajar untuk menggunakan iPad sebagai alat pendidikan di universiti. Apabila iPad mendapat sambutan di kalangan pelajar, pihak Apple Inc. perlu menyediakan lebih banyak pusat servis di Malaysia Khususnya dan seperti kita sedia maklum alatan ganti iPad sukar untuk dicari kerana produk ini masih baru seperti goreng pisang panas.

Dalam mengejar kemajuan teknologi, terdapat cabaran yang akan mengganggu penjualan iPad di OUM iaitu dari segi kebaikkan dan kelemahan. Dan ini perlu diambil perhatian serius dalam hal ini bagi melancarkan promosi yang hendak dijalankan di OUM.

Oleh yang demikian, dapatlah kita simpulkan bahawa teknologi iPad masih berada dalam lingkungan barangan kategori waiting list. Dengan erti kata lain, iPad ini merupakan suatu produk baru yang akan membawa perubahan dalam arus teknologi telekomunikasi dan maklumat di negara ini kerana iPad ini melalui sokongan teknologi multi-sentuhan yang sangat mesra pengguna serta sokongan pelbagai program aplikasi, pengintegrasian pelbagai kandungan di internet supaya pengguna dapat menggunakan internet dengan selesa seterusnya menggunakan iPad sebagai salah satu gajet alternatif yang sangat menarik dan memiliki gayanya yang tersendiri. Walaupun terdapat sedikit kelemahan tetapi kelebihan dalam rekaannya mengatasi segala-galanya.


2563 Perkataan


APENDIKS

RUJUKAN / REFERENSI
Is the iPad Set  To Revolutionize Education?. (n.d.). [Online].
Available: http://www.appiction.com/iPad-set-to-revolutionize-education.
[2011, June 29].

The iPad: An Appiction Review. (n.d.). [Online].
Review. [2011, June 29].
iPad. (n.d.). [Online]. Available: http://en.wikipedia.org/wiki/IPad. [2011, June 30].

iPad. (n.d.). [Online]. Available: http://www.apple.com/ipad/. [2011, July 1].

Apple iPad: Advantages and disadvantages. (n.d.). [Online].
[2011, July 1].

Complete list of iPad advantages and disadvantages. (n.d.). [Online].
advantages-and-disadvantages-1270706561.html. [2011, July 1].

Advantages and Disadvantages of Ipad. (n.d.). [Online].
disadvantages-of-ipad/. [2011, July 1].

Apple iPad - Drawbacks & Advantages. (n.d.). [Online].
133397.shtml. [2011, July 2].

The Disadvantages of an iPad. (n.d.). [Online].
[2011, July 2].

No comments:

Post a Comment