Thursday 11 February 2016

Assignment - Year 2 (Semester 1 - January) PSIKOLOGI PEMBELAJARAN ABPK3203

1.PENGENALAN
Dalam psikologi, pembelajaran ini biasanya ditakrifkan sebagai satu proses yang membawa bersama-sama kognitif, emosi dan pengaruh serta pengalaman persekitaran untuk memperoleh, meningkatkan atau membuat perubahan dalam pengetahuan, kemahiran, nilai, dan pandangan dunia. Ia juga dianggap sebagai satu cara di mana maklumat diserap, diproses dan disimpan.

Menurut Williams & Anandam (1973), pembelajaran sebagai perubahan tingkah laku kekal yang dihasilkan daripada  pengalaman atau latihan. Teori pembelajaran dalam behaviorisme mengatakan bahawa pembelajaran merupakan satu proses pelaziman, di mana hubungan antara rangsangan luar dengan tindak balas individu dapat dibina untuk menghasilkan perubahan tingkah laku yang kekal. Tokoh-tokoh behaviorisme seperti Pavlov, Thorndike dan Skinner berpendapat bahawa pembelajaran merupakan suatu tingkah laku yang boleh diperhatikan, dikawal dan diramal. 

Dari perspektif behaviorisme, pembelajaran hanya bermula apabila wujudnya tindak balas terhadap suatu rangsangan yang diberi. Proses pembelajaran akan diteruskan jika terdapat motivasi ekstrinsik yang sesuai sama ada  peneguhan positif atau negatif. Sementara pembelajaran dikatakan berakhir apabila perubahan tingkah laku dapat dibentuk dan dikekalkan. Behaviorisme merupakan satu pendekatan pemikiran yang menekankan peranan pengalaman dalam mengawal tingkah laku.

Proses-proses penting yang mengawal tingkah laku ini adalah  dipelajari. Kedua-duanya merupakan dorongan yang membangkitkan tingkah laku tertentu yang melalui interaksi dengan persekitaran. Antara matlamat utama pemikiran ini ialah untuk menentukan hukum-hukum ataupun prinsip-prinsip yang mengawal pembelajaran.

Dalam tugasan kali ini, saya memilih aspek kesihatan fizikal untuk dihuraikan dalam kehidupan seharian. Justeru, kesihatan amat penting dalam menjamin keceriaan hidup setiap individu. Kesihatan merujuk kepada keadaan tubuh badan yang tidak mengalami sebarang masalah seperti  penyakit kencing manis, jantung, darah tinggi dan sebagainya. Terdapat pelbagai cara, panduan dan langkah untuk yang boleh diamalkan oleh seseorang untuk memiliki tahap kesihatan yang baik. Dalam pada itu, terdapat juga tingkah laku positif dan negatif berkaitan dengan aspek kesihatan fizikal.



2.DUA TINGKAH LAKU POSITIF
2.1Tidur Yang Cukup
Waktu tidur adalah merupakan saat yang paling baik dalam merehatkan badan kita dari melakukan kerja seharian yang menyibukkan. Setiap manusia memerlukan tidur yang mencukupi tidak kira apa latar belakangnya. Menurut Pakar Terapi Hipnotik Julian Leicester, tidur juga seharusnya diseimbangkan agar badan dan minda kita tidak mempunyai sebarang tekanan. Seseorang yang tidurnya cukup akan mendapat kesihatan yang lebih baik. Malah jiwanya akan terasa bahagia serta kecergasan fizikal dan mindanya akan bertambah daripada mereka sentiasa terasa letih sepanjang masa.

Selain itu, tidur yang berkualiti mampu memberikan kesan menakjubkan seperti membantu meningkatkan kecekapan kerja, menggalakkan pemulihan tubuh, meningkatkan daya ingatan, penumpuan, daya kreatif dan kesejahteraan emosi. Sama ada kita sedar atau tidak, tidur sebenarnya mempengaruhi metabolisma dan merangsang daya penyerapan. Oleh hal yang demikian itu, banyak tidur juga tidak sihat untuk tubuh badan. Ini kerana tubuh kita menyerap wap-wap kotor di udara. Jumlah tidur yang banyak bukan menjadikan kita lebih bersemangat malah menjadikan tubuh kita lemah. 

Gambar : Tidur Dapat Merehatkan Badan
Sumber : mediaserius.com


2.2.Melakukan Senaman
Senaman merujuk kepada beberapa aktiviti untuk meningkatkan atau mengekalkan kecergasan fizikal dan kesihatan secara keseluruhan. Ia dilakukan untuk pelbagai sebab termasuk pengukuhan otot dan sistem kardiovaskular, mengasah kemahiran olahraga, kehilangan berat badan atau penyelenggaraan dan juga bagi tujuan keseronokan. Senaman yang kerap dan tetap dapat meningkatkan sistem imun dan membantu mencegah ‘penyakit orang kaya’ seperti penyakit jantung, penyakit kardiovaskular, diabetes dan obesiti. Ia juga memperbaiki kesihatan mental, membantu mencegah kemurungan, membantu untuk menggalakkan atau mengekalkan harga diri yang positif dan sebagainya.

Sementara itu, menjadikan senaman sebagai budaya hidup akan menjadikan kehidupan lebih aktif dan lebih penting ialah menikmati kehidupan sihat dan jangka hayat lebih panjang.

Gambar : Berjalan Juga Merupakan Senaman
Sumber : drrozmey.wordpress.com




3.DUA TINGKAH LAKU NEGATIF
3.1.Tabiat Merokok
Dewasa ini, isu rokok dan merokok sebenarnya merupakan masalah global yang dihadapi oleh masyarakat dunia sejak dahulu lagi. Kegiatan merokok ini sering berlaku kepada masyarakat yang tidak mengendahkan tentang bahayanya merokok bukan saja golongan lelaki malahan golongan wanita juga ada yang sudah pandai berjinak-jinak dengan tabiat merokok ini walaupun mereka sendiri menyedari akan kesan buruk terhadap kesihatan. 

Gambar : Kesan Akibat Merokok
Sumber : sayangbalqiesh.blogspot.com


3.2.Pengambilan Gula Secara Berlebihan
Gula sememangnya banyak memberi manfaat kepada manusia. Walau bagaimanapun, pengambilan gula yang berlebihan dapat mengundang pelbagai masalah kesihatan yang kronik kepada manusia. Mereka yang tidak mengawal pengambilan gula akan menderita penyakit yang kronik lalu mampu menganggu kualiti kehidupan mereka.

Gula  sebenarnya adalah karbohidrat ringkas yang membekalkan sumber  tenaga segera yang mudah diserap oleh tubuh. Nama saintifik gula adalah sukrosa yang terdiri daripada fruktosa dan glukosa. Secara semulajadi, gula boleh didapati dalam makanan yang mengandungi karbohidrat seperti nasi, mee, roti, pasta dan ubi-ubian. Gula juga terdapat dalam buah-buahan dalam bentuk fruktosa dan susu dalam bentuk laktosa.

Selain terdapat dalam bentuk semulajadi, gula juga di tambah ke dalam makanan semasa pemprosesan. Gula yang ditambah ke dalam makanan dikenali sebagai gula tambahan atau ‘free sugar’. 

Gambar : Obesiti Akibat Pengambilan Gula Berlebihan
Sumber : chefsharul.blogspot.com


4.TEORI DAN PENGETAHUAN YANG BERKAITAN
Teori merupakan satu andaian yang dibuktikan kesahihannya secara saintifik. Ia menerangkan tentang bagaimana dan kenapa sesuatu peristiwa tersebut berlaku di dunia yang luas ini. Selain itu, teori juga merupakan satu penerangan tentang bagaimana dan kenapa manusia bertingkah laku, berinteraksi dan menguruskan dirinya. Kemunculan teori-teori ini dalam kehidupan banyak membantu manusia menerangkan tingkah laku sosial yang berlaku di dunia ini.

Sementara itu, pengetahuan adalah informasi atau maklumat yang diketahui atau disedari oleh seseorang. Dalam pengertian lain, pengetahuan adalah pelbagai gejala yang ditemui dan diperoleh manusia melalui pengamatan akal. Pengetahuan muncul ketika seseorang menggunakan akalnya untuk mengenali benda atau kejadian tertentu yang belum pernah dilihat atau dirasakan sebelumnya.


4.1.Teori Behaviorisme
Behaviorisme adalah satu teori perkembangan tingkah laku yang dapat diukur, diamati dan dihasilkan oleh respons seseorang terhadap sesuatu rangsangan. Tanggapan terhadap rangsangan dapat diperkuatkan lagi dengan tindak balas positif atau negatif terhadap tingkah laku dalam keadaan yang diinginkan. Kadang kala, hukuman digunakan untuk menghilangkan atau mengurangi tindakan yang tidak benar dan diikuti dengan menjelaskan tindakan yang diinginkan.

Hal ini boleh dikaitkan dengan tingkah laku positif iaitu tidur yang cukup seperti yang diterangkan di atas di mana tidur seseorang itu bergantung kepada tingkah lakunya sendiri sama ada mahu atau tidak. Jika seseorang itu berfikir secara positif untuk menjaga kesihatannya maka secara tidak langsung dia akan bertindak dan memberi perhatian terhadap tidurnya supaya mempunyai waktu tidur yang cukup.


Namun jika sebaliknya, tingkah laku yang negatif seperti mengabaikan tidur yang cukup akan berterusan dan menyebabkan pelbagai gejala yang tidak sihat terhadap kesihatan seseorang itu seperti mudah mengalami tekanan perasaan atau stress dan mudah dijangkiti kuman disebabkan oleh sistem pertahanan yang menjadi lemah.

4.2.Teori Humanistik
Dalam teori ini, penekanan diberikan terhadap potensi kreativiti dalaman manusia yang membantu mereka menyedari matlamat yang paling tinggi dalam hidup mereka. Perkembangan ini telah diberi pelbagai label seperti self-actualization, selfhood atau self realization di mana ia bermaksud ke arah kesempurnaan kendiri. Perspektif humanistik ini juga menekankan keunikan individu dan percaya manusia bebas membuat pilihan sendiri. Manusia dilihat sebagai mempunyai keinginan untuk berusaha secara semula jadi ke arah kebahagiaan dan kreativiti tersendiri.

Dalam teori ini juga, manusia dilihat mempunyai dua keperluan iaitu keperluan asas dan keperluan perkembangan. Sama juga seperti tingkah laku positif iaitu senaman di mana setiap manusia mempunyai matlamat tersendiri. Sebagai contoh yang terdekat, senaman seperti yang diterangkan di atas iaitu tidak semua manusia memilih untuk melakukan senaman walaupun masing-masing menyedari akan kebaikkan senaman dalam kehidupan harian. Melakukan senaman bukan sahaja menyihatkan badan malah menjadikan kita cergas dan cerdas. Tidak melakukan senaman bukan bererti kita tidak sihat tetapi ia bergantung kepada keperluan kendiri bagaimana kita mahu menjaga kesihatan dengan cara tersendiri.

Dalam erti kata lain, manusia bebas untuk memilih cara yang terbaik selain senaman iaitu dengan cara berdiet selagi tidak menjejaskan kesihatan. Dan pada pandangan saya sendiri, senaman merupakan cara terbaik dalam menjaga kesihatan kerana kita tidak perlu mengambil sebarang ubat atau keperluan tambahan untuk tuntutan diet yang dicadangkan kerana senaman merupakan cara semula jadi untuk kelihatan sihat. 

Gambar : Keperluan Diet Selalunya Akan Memberi Kesan Sampingan
Sumber : mamaqaireen.blogspot.com


4.3.Teori Sosial
Teori Sosial telah diperkenalkan oleh Albert Bandura pada tahun 1977 di mana dalam teori ini menekankan tentang aspek interaksi antara manusia dengan persekitarannya. Dalam pada itu, terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi akan tingkah laku anti sosial manusia iaitu kelakuan mereka sendiri, pengaruh persekitaran dan interaksi kognitif. Namun, menurut Albert Bandura, latihan pemerhatian atau modeling adalah amat penting dalam pembentukan sesuatu tingkah laku yang agresif.

Dalam teori sosial ini  juga merumuskan bahawa perkara utama yang sering dipelajari oleh manusia adalah melalui pemerhatian terhadap tingkah laku orang lain khususnya orang yang signifikan atau ketara dengan mereka. Sebagai contoh, tingkah laku  agresif selalunya dipelajari daripada  persekitaran sosial seperti interaksi dengan keluarga, rakan, media massa dan konsep kendiri individu itu sendiri.

Hal ini disebabkan manusia biasanya dipengaruhi oleh persekitaran mereka. Justeru, secara tidak langsung manusia memilih salah satu daripada pengaruh persekitaran mereka untuk dicontohi atau diikuti. Jika sesuatu tingkah laku negatif itu ditunjukan oleh orang terdekat sebagai contoh ibu atau bapa, maka anak-anak akan terikut-ikut akan tingkah laku ibu bapa tersebut dan jika ia ditunjukan oleh rakan, maka ia juga akan menjadi ikutan kepada mereka. Dalam erti kata lain, ia di panggil pengaruh yang tidak baik.

Samalah juga seperti tabiat merokok. Ia bermula dari rasa ingin mencuba seawal usia remaja dan lama kelamaan ia menjadi tabiat yang susah untuk ditinggalkan sehingga meningkat dewasa. Walaupun mengetahui akan bahayanya merokok dan kesan terhadap kesihatan tetapi disebabkan tabiat tersebut menghalang daripada berhenti merokok. Pengaruh persekitaran juga memainkan peranan penting dalam masyarakat. Selain itu, media massa juga bertanggungjawab dalam fenomena ini dengan mengadakan iklan-iklan yang berkaitan dengan rokok untuk melariskan produk yang dikeluarkan tanpa berfikir akan kesihatan yang bakal dihadapi oleh masyarakat demi mengaut keuntungan.

Gambar : Pengaruh Buruk Kepada Anak
Sumber : chiefsworld.activeboard.com



4.4.Teori Kognitif
Dalam teori ini dapat memberikan kita rangka tindakan mengenai proses pembelajaran di mana keupayaan untuk berfikir dan belajar menjadikan kita manusia yang unik. Selain itu, teori ini membolehkan kita menjadi rasional, membuat pengadilan yang baik, mentafsir dunia sekitar kita dan mempelajari kemahiran baru.

Sementara itu, tanpa fungsi teori ini kita tidak akan dapat mentafsirkan kehidupan seharian kita, menyesuaikan diri dengan keadaan dan melakukan perubahan. Malah pemikiran yang negatif boleh menyebabkan kemurungan dan kebimbangan.

Samalah juga seperti pengambilan gula secara berlebihan. Tanpa berfikir secara rasional, kita kadang-kadang terlupa bahawa gula juga boleh menjejaskan kesihatan bila ia diambil secara berlebihan. Memang tidak dinafikan gula sememangnya banyak memberi manfaat kepada manusia dan badan kita memerlukan gula untuk memastikan semua fungsi badan berjalan dengan lancar. Justeru, kita perlulah bijak bertindak dengan berfikir dan membuat pengadilan akan buruk baik sesuatu perkara supaya tidak mendatangkan kemudaratan terhadap kesihatan walaupun kadang-kadang ia kelihatan baik kepada kehidupan seharian kita.



5.MENGEKALKAN TINGKAH LAKU POSITIF
Seperti yang dikemukakan di atas, tingkah laku positif dari segi aspek kesihatan fizikal iaitu tidur yang cukup dan melakukan senaman perlulah dikekalkan dalam kehidupan seharian kita bagi menjamin kesihatan yang baik untuk jangka masa panjang. Memang tidak dinafikan bahawa tidur itu penting dalam kehidupan setiap manusia, akan tetapi jika seseorang itu mempunyai waktu tidur yang kurang atau lebih tidur juga akan menghadapi masalah kesihatan. Ini kerana kurang tidur akan menyebabkan masalah seperti mempunyai mata yang bengkak, sering merasa letih, sering mendapat masalah kesihatan seperti kejang otot, sakit perut, serang jantung dan lain-lain. Begitu juga lebih tidur di mana ia dikaitkan dengan risiko pendek umur. Di samping itu, apa jua yang kita lakukan perlukan mempertimbangkan baik buruknya.


6.MENGUBAH TINGKAH LAKU NEGATIF
Tingkah laku negatif yang telah saya kemukan iaitu tabiat merokok dan pengambilan gula secara berlebihan perlulah dihindari dan dikurangkan dalam kehidupan kita. Seperti yang kita sedia maklum, tabiat merokok ini bukan mudah jika mahu berhenti secara tiba-tiba, jadi jika seseorang yang mempunyai tabiat merokok perlulah menanamkan azam terlebih dahulu untuk berhenti dan seterusnya pelahan-lahan meninggalkan tabiat tersebut. Sementara itu, pengambilan gula secara berlebihan juga perlu dikurangkan dalam kehidupan seharian kita daripada dihinggapi pelbagai jenis penyakit seperti kencing manis, diabetes, obesiti dan sebagai. Dengan ini, tingkah laku negatif dapat diubah kepada positif dengan melakukan kegiatan yang sihat.



7.KESIMPULAN
Secara keseluruhannya, kita mengetahui bahawa kehidupan manusia merupakan satu proses perubahan secara berterusan di mana terdapat banyak faktor yang menyumbang kepada perubahan ini. Salah satu daripada faktornya ialah pembelajaran. Pembelajaran diperolehi melalui pengalaman dan berbeza antara manusia. Namun begitu, tidak semua perubahan tingkah laku adalah akibat daripada pengalaman sebaliknya ia mungkin disebabkan oleh faktor-faktor lain.

Beberapa teori telah dikemukakan dalam menerangkan bagaimana proses pembelajaran terjadi. Teori-teori yang saya maksudkan ialah teori behaviorisme, humanistik, sosial dan kognitif seperti yang dihuraikan di atas. Teori-teori ini saya telah kaitankan dari aspek kesihatan fizikal dalam kehidupan seharian.

Umum mengetahui, kesihatan amat penting dan perlu dititikberatkan dalam kehidupan tidak kira walau di mana kita berada. Selagi hidup, kita perlu menjaga kesihatan dan menghindari segala punca atau faktor yang menghalangnya. Selain itu, pengabaian kesihatan juga akan mengakibatkan pelbagai jenis penyakit muncul. Penyakit datang tidak kenal usia, tidak kiralah sama ada kanak-kanak atau dewasa.

Oleh demikian, perubahan tingkah laku pada diri kita dari aspek kesihatan adalah hasil daripada proses pembelajaran seperti yang dihuraikan di atas.

2109 Perkataan





APENDIKS
8.RUJUKAN / REFERENSI
Introduction to Learning Theory and Behavioral Psychology. (n.d.). [Online].

Encyclopedia of Psychology. (n.d.). [Online].

relationships/Learning/. [2012, Februari 28].

The Psychology of Learning. (n.d.). [Online].

[2012, Februari 28].

Teori Pembelajaran (Teori Behaviorisme). (2010). [Online].
behaviorisme.html. [2012, Februari 28].

Behaviorisme. (n.d.). [Online].
&do_pdf=1&id=34. [2012, Februari 28].

Overview of Behavioral Theories. (n.d.). [Online].
[2012, Februari 29].

Behaviourism. (n.d.). [Online].
[2012, Februari 29].

B. F. Skinner. (n.d.). [Online].

Humanistic Theory. (n.d.). [Online].
[2012, Februari 29].

Humanism. (n.d.). [Online].
[2012, Februari 29].

Humanistic Theory. (n.d.). [Online].
[2012, Mac 1].

Humanistic Psychology : The "Third Force" In Psychology. (n.d.). [Online].
humanistic.htm. [2012, Mac 1].



Humanistic psychology. (n.d.). [Online].

Humanistic Theory. (n.d.). [Online].
devpsych/humanist.htm. [2012, Mac 2].

Social learning theory. (n.d.). [Online].

Social Learning Theory (Bandura). (n.d.). [Online].
bandura.html. 2012, Mac 2].

Social Learning Theory. (n.d.). [Online].
learning_theory.htm. [2012, Mac 2].

Social Learning Theory : An Overview of Bandura's. (n.d.). [Online].
sociallearning.htm. [2012, Mac 2].

Psikologi kognitif. (n.d.). [Online].

Teori Kognitif Psikologi Perkembangan Jean Piaget. (2009). [Online].

Psikologi Kognitif. (n.d.). [Online].
Psikologi+Kognitif. [2012, Mac 3].

Bersenam Mencegah Penyakit. (n.d.). [Online].
html#ixzz1o2yLEluq. [2012, Mac 3].

Kepentingan Tidur Yang Cukup. (2011). [Online].

Keperluan Tidur Yang Cukup. Mengapa?. (2009). [Online].
cukup-mengapa.html?zx=509d6896fb4514ed. [2012, Mac 3].


Kesan Daripada Kegiatan Merokok. (n.d.). [Online].
kegiatan-merokok/. [2012, Mac 3].

Fakta Mengenai Gula. (n.d.). [Online].

Keburukan Pengambilan Gula Secara Berlebihan. (2011). [Online].

No comments:

Post a Comment