Friday 26 February 2016

Assignment - Year 3 (Semester 1 - January) PSIKOLOGI KOGNITIF ABPK1203

1.PENGENALAN
Dewasa ini, salah satu cara kita menggunakan proses kognitif dalam kehidupan seharian kita adalah melalui pembelajaran. Namun, kita sering dan acapkali mendengar bahawa pembelajaran dapat membezakan kita antara suatu tahap yang lebih tinggi dan bagaimana penerimaan antara satu sama lain dalam memahami proses pembelajaran tersebut. Jika tidak, kita akan ketinggalan dalam kehidupan yang serba mencabar ini. Justeru, belajar merupakan suatu kewajipan bagi kita semua sebagai manusia yang memang sudah tercipta sebagai pemimpin dimuka bumi ini untuk belajar sejak lahir sehingga hujung nyawa.

Dalam pada itu, pembelajaran juga dianggap sebagai perolehan maklumat dan pengetahuan, penguasaan kemahiran dan tabiat serta pembentukan sikap dan kepercayaan. Pembelajaran bukan hanya setakat merangkumi penguasaan pengetahuan kemahiran semata-mata malah melibatkan perkembangan emosi, sikap, nilai estetika dan kesenian serta ciri dalaman yang juga dipengaruhi oleh pembelajaran. Pembelajaran membawa perubahan pada diri seseorang itu, sama ada ianya merupakan perubahan ke arah kebaikan ataupun keburukan. Walaubagaimanapun, perubahan yang disebabkan oleh kematangan seseorang seperti berjalan, makan dan minum, penyakit, kelaparan dan sebagainya tidak dianggap sebagai pembelajaran.

Menurut Kohler dan Bruner, mereka berpendapat bahawa pembelajaran ialah suatu proses dalaman yang berlaku dalam alam fikiran dan tidak dapat diperhatikan secara langsung melalui tingkah laku manusia. Mereka juga menekankan bahawa  proses kognitif berlaku melalui perubahan tingkah laku dalam pembelajaran. Selain itu, mereka berpendapat bahawa pembelajaran adalah satu proses kognitif untuk perhubungan perkara-perkara dalam persekitarannya dan mempunyai objektif atau motif tertentu. Apa yang saya dimaksudkan adalah, sekiranya kita tidak dapat mengenalpasti perhubungan sesuatu perkara dan erti apa yang kita dipelajari pembelajaran tidak akan berlaku walaupun melalui berkali-kali latihan. Akan tetapi, mereka tidak bersetuju dengan teori smulasi-tindak balas yang menyatakan bahawa pembelajaran berlaku kerana stimuli-tindak balas dan latihan berulang-ulang. Mereka berpendapat pembelajaran adalah proses kognitif untuk perhubungan perkara-perkara dalam persekitarannya.

Dalam pada itu, perkara yang penting dalam proses dan strategi pembelajaran ialah untuk mendapat maklumat, memproses dan seterusnya disimpan sebagai ingatan. Ingatan merupakan satu perkara penting bagi seseorang terutamanya pelajar dalam mengeluarkan maklumat itu semula sebagai contoh ketika dalam peperiksaan. Ahli psikologi telah membuat banyak kajian dan cerapan bagaimana manusia itu mengingati sesuatu. Kajian menunjukkan bahawa seseorang manusia itu mempunyai daya ingatan yang berbeza bagi maklumat dalam bidang yang berlainan. Dalam erti kata lain, manusia mempunyai kekuatan ingatan yang berlainan terhadap sesuatu perkara.

Justeru, dalam tugasan kali ini, saya akan menghuraikan tentang proses dan strategi belajar saya dengan merujuk kepada lima domain dalam psikologi kognitif dan bagaimana ia berterusan. Selain itu, pada pandangan saya proses pembelajaran yang aktif dan berkesan perlu melibatkan semua pancaindera yang melibatkan beberapa domain iaitu domain memori, domain persepsi visual, domain kognitif, domain penyelesaian masalah dan domain membuat keputusan. Domain-domain ini perlu dilibatkan dalam proses pembelajaran khasnya untuk tujuan meningkatkan ingatan saya.


Gambar : Setiap Individu Mempunyai Cara Yang Berbeza Ketika Belajar
Sumber : readingkingdom.com




2.LIMA DOMAIN DALAM PSIKOLOGI KOGNITIF
Terdapat lima domain dalam psikologi kognitif  seperti domain memori, domain visual, domain kognitif, domain penyelesaian masalah dan domain membuat keputusan yang saya akan kaitkan dalam tugasan kali ini dengan menghuraikan bagaimana saya menjalani proses dan strategi belajar saya sendiri.

2.1.Domain Memori
Memori atau ingatan merupakan pengekalan maklumat dalam masa yang agak lama melalui proses pengkodan, penyimpanan dan pengeluaran semula maklumat. Setiap daripada tiga proses ini mewakili proses-proses yang berbeza. Pengkodan adalah satu cara di mana maklumat diproses untuk disimpan dalam ingatan. Ia akan melibatkan proses penukaran maklumat kasar kepada bentuk yang boleh disimpan dalam ingatan. Dalam pengkodan melibatkan empat tahap iaitu penumpuan, pemprosesan, pemerincian dan penggunaan imej mental. Sementara itu, penyimpanan merupakan proses menyimpan atau menyelengarakan informasi dalam ingatan yang melibatkan ingatan kederiaan, ingatan jangka pendek dan ingatan jangka panjang. Dan yang terakhir merupakan proses pengeluaran semula maklumat iaitu ingatan yang disimpan dalam ingatan jangka panjang yang perlu dikeluarkan kembali untuk kegunaaan tertentu. Dalam proses ini, maklumat yang disimpan ingatan jangka dikekalkan hanya untuk masa yang terlalu pendek. Walau bagaimanapun, sesetengah daripada maklumat tersebut khususnya maklumat yang diberikan perhatian akan dipindahkan kepada ingatan jangka pendek (short-term memory) atau STM. Manakala ingatan jangka panjang (long-term memory) atau LTM pula merupakan tempat simpanan bagi pelbagai maklumat. Ingatan ini secara tidak langsung mengandungi kemahiran dan pengetahuan serta pengalaman yang pernah kita dialami.

Belajar dan memori saling berkait rapat dalam pendekatan kognitif ini. Dalam erti kata lain, belajar mustahil terjadi apabila tidak melibatkan memori. Hal ini disebabkan setiap pelaksanaan satu reaksi yang dipelajari memerlukan memori mengenai tindakan yang pernah dilakukan seseorang individu termasuklah saya sendiri. Menurut Anderson (1995), memori ditafsirkan sebagai rakaman ‘relative permanent’ iaitu melibatkan  pengalaman ketika kita belajar. Oleh itu, dikatakan bahawa apabila belajar dikategorikan sebagai proses penyesuaian perilaku terhadap pengalaman maka memori boleh dikategorikan sebagai rakaman ‘permanent’ yang melibatkan penyesuaian tersebut. Dalam pada itu, proses dan strategi belajar adalah perubahan potensi kelakuan atau perubahan perilaku yang diiringi oleh memori dan pengetahuan individu itu sendiri.

Dalam proses dan strategi belajar, saya selalunya menggunakan teknik menghafal. Menghafal adalah suatu aktiviti menanamkan suatu bahan verbal di dalam ingatan sehinggalah ia dapat dikeluarkan atau diingat kembali secara literal, sesuai dengan bahan-bahan yang asli. Peristiwa menghafal merupakan proses mental untuk mencamkan dan menyimpan kesan-kesan yang nantinya suatu masa apabila diperlukan boleh diingat kembali ke alam sedar.

Ciri khas dari hasil belajar yang diperoleh adalah pembiakkan secara literal dan adanya skema kognitif. Adanya skema kognitif bermaksud bahawa dalam ingatan individu disimpan secara baik seperti program maklumat yang dimainkan kembali pada waktu diperlukan sebagai contoh pada komputer. Dalam teknik menghafal pula ada beberapa syarat yang perlu diperhatikan iaitu mengenai tujuan, pengertian, perhatian, dan ingatan. Dan secara tidak langsung boleh dikatakan bahawa dalam menghafal dipengaruhi oleh syarat-syarat tersebut. Justeru, menghafal tanpa tujuan akan menjadi tidak terarah, menghafal tanpa pengertian akan menjadi kabur, menghafal tanpa perhatian adalah kacau dan menghafal tanpa ingatan adalah sia-sia.

Selain itu, saya juga memberi tumpuan sepenuhnya ketika belajar. Hal ini kerana semasa proses pembelajaran saya memerlukan lebih masa untuk menghafal dan mengingati kembali apa yang telah saya belajar. Daya ingatan yang kuat juga dapat memberi saya pemahaman yang lebih semasa proses pembelajaran. Memang tidak dinafikan bahawa tidak semua orang dapat menghafal dengan cepat apa yang dipelajarinya tetapi jika kita memberi tumpuan sepenuhnya secara tidak langsung, sedikit demi sedikit kita akan memperolehi maklumat tersebut dan menjadi memori jangka panjang. 


Gambar : Proses Penyimpanan Memori Tetap aktif Walaupun Ketika Kita Tidur
Sumber : worldhealth.net




2.2.Domain Persepsi Visual
Persepsi visual boleh ditafsirkan sebagai kemampuan untuk menterjemahkan apa yang dilihat oleh mata iaitu jatuhnya cahaya masuk ke dalam retina mata. Hasil dari persepsi tersebut dikenali dengan istilah penglihatan atau ‘vision’. Pelbagai komponen psikologi yang melibatkan penglihatan itulah yang secara keseluruhan disebut sebagai sistem visual. Sementara itu, sistem visual ini juga membolehkan seseorang itu menyerap maklumat dari persekitarannya.

Kanta mata akan terfokus pada satu objek yang ditangkap oleh bahagian belakang mata apabila seseorang itu melihat yang disebut sebagai retina. Retina ini sebenarnya adalah bahagian dari otak yang berasingan dan berfungsi meneruskan isyarat-isyarat cahaya menjadi isyarat-isyarat saraf. Isyarat-isyarat ini diproses secara langsung oleh otak bermula dari retina ke saraf-saraf primer dan sekunder dari otak. Masalah utama dari persepsi visual ini tidak semata-mata apa yang dilihat oleh manusia melalui retina matanya tetapi ia lebih daripada itu.

Justeru, dalam usaha untuk menerima maklumat daripada persekitaran, kita dilengkapi dengan organ-organ deria seperti mata, telinga, hidung. Setiap organ rasa adalah sebahagian daripada sistem deria yang menerima input deria dan menghantar maklumat deria ke otak.

Satu masalah tertentu untuk ahli psikologi adalah untuk menerangkan proses di mana tenaga fizikal yang diterima oleh organ-organ deria membentuk asas pengalaman persepsi dan sejauh mana persepsi bergantung langsung pada maklumat yang hadir dalam rangsangan. Beberapa ahli psikologi juga berpendapat bahawa proses persepsi tidak langsung tetapi bergantung kepada jangkaan yang menerima dan pengetahuan sebelumnya serta maklumat yang ada dalam rangsangan sendiri.

Kontroversi ini turut dibincangkan dengan merujuk kepada Gibson (1966) yang telah mencadangkan teori persepsi yang merupakan 'bottom-up' manakala Gregory (1970) pula telah mencadangkan 'top-down '. Bottom-up juga dikenali sebagai pemprosesan data yang dipacu kerana persepsi bermula dengan rangsangan sendiri.

Pemprosesan dijalankan dalam satu arah dari retina ke korteks visual dengan setiap peringkat berturut-turut dalam laluan visual menjalankan analisis semakin kompleks input. Manakala Top-down pula merujuk kepada penggunaan maklumat kontekstual dalam pengiktirafan corak. Sebagai contoh memahami tulisan tangan yang sukar adalah lebih mudah apabila membaca ayat yang lengkap daripada apabila membaca perkataan tunggal dan terpencil. Ini adalah kerana makna perkataan disekitarnya menyediakan konteks untuk membantu kefahaman.

Memang tidak dinafikan salah satu daripada cara manusia untuk menyerap maklumat dari persekitaran adalah dengan cara visual iaitu penglihatan melalui kaedah menggunakan gambar. Belajar dengan gambar lebih meningkatkan daya ingat kita. Saya sendiri sehingga hari ini mengamalkannya kerana ianya lebih mudah bagi saya sebagai seorang pelajar separuh masa untuk belajar secara efektif dan berkesan.

Saya juga lebih suka menggunakan gambar ketika belajar dari tidak menggunakan gambar. Sebagai contoh, semasa saya di sekolah satu ketika dahulu saya boleh membezakan tatkala menerima maklumat dari guru yang menggunakan gambar dengan yang tidak menggunakan gambar. Dan ternyata penjelasan guru dengan menggunakan gambar jauh lebih mudah difahami daripada yang tanpa gambar.
Dengan gambar juga saya lebih menggunakan banyak deria untuk menerima bahan-bahan pelajaran sehingga ia lebih mudah mengingatnya. Selain itu, boleh menangkap maksud dari pelajaran yang saya dapat. Pepatah juga ada mengatakan "gambar boleh mewakili seribu kata". Memang benar juga apa yang dikatakan. Jadi secara tidak langsung gambar boleh menjelaskan lebih banyak hal dan mempunyai makna yang lebih meluas. Secara ilmiah dengan menggunakan persepsi visual seperti gambar bererti kita telah belajar sesuatu dengan menggunakan dua belahan otak iaitu otak kiri dan kanan. Dengan belajar menggunakan dua bahagian otak, daya ingat kita jauh lebih baik berbanding jika hanya menggunakan otak kiri semata-mata.


Gambar : Illusi Optikal; Satu Gambar Memberi Seribu Makna
Sumber : brainden.com




2.3.Domain Kognitif
Domain ini termasuk kandungan pengetahuan dan pembangunan kemahiran intelektual. Ini termasuklah pemulangan atau pengiktirafan fakta tertentu dan konsep yang berkhidmat membangunkan kebolehan intelek dan kemahiran. Terdapat enam kategori utama bermula dari tingkah laku yang paling mudah iaitu mengingatkan fakta kepada yang paling kompleks iaitu penilaian.

Dalam erti kata lain, domain kognitif berasaskan pengetahuan atau minda. Ia mempunyai tiga tahap pengajaran praktikal termasuk fakta, kefahaman dan aplikasi. Tahap sebenarnya adalah satu konsep yang tunggal dan menggunakan kata kerja seperti menentukan, mengenal pasti dan senarai. Tahap kefahaman meletakkan dua atau lebih konsep secara bersama. Kata kerja biasa untuk peringkat ini termasuk menerangkan, membandingkan dan kontras. Tahap aplikasi meletakkan dua atau lebih konsep bersama-sama untuk membentuk sesuatu yang baru. Kata kerja biasa di peringkat ini termasuk menjelaskan, mengaplikasi dan menganalisis.

Melalui domain ini, pembelajaran adalah dianggap sebagai satu proses pemikiran. Dalam proses dan strategi pembelajaran, saya sering berfikir dalam menyelesaikan masalah dan menggunakan akal fikiran melalui pelbagai kaedah peninjauan secara terperinci. Secara langsung ia menekankan kepentingan berfikir saya. Berpikir adalah proses dinamik yang dapat dilukiskan menurut prosesnya iaitu pembentukan pengertian, pembentukan pendapat, penarikan kesimpulan. Ada definisi lain tentang berpikir iaitu berkembangnya idea dan konsep dalam diri seseorang. Perlu diketahui bahawa kemampuan berpikir manusia adalah biasa sifatnya. Hal ini kerana ketika manusia dilahirkan dengan keadaan normal maka dengan sendirinya memiliki kemampuan untuk berpikir secara relatif berbeza dengan manusia yang lahir dalam keadaan abnormal.

Sebagai contoh dalam hal ini, suasana atau tempat belajar untuk proses pembelajaran haruslah dipergiat untuk membolehkan seseorang itu berfikir dengan sempurna. Logiknya, manusia harus disogokkan dengan pengalaman atau  sesuatu keadaan tertentu untuk menghasilkan gerak balas tertentu juga. Manusia perlu diberi peluang berfikir, menganalisis serta menilai data-data atau rangsangan-rangsangan yang diperoleh daripada dunia luar sebelum mereka mampu berinteraksi terhadapnya. Prinsip ini memberi perhatian berat kepada kebolehan intelektual, membina persepsi, ingatan, sensasi dan proses-proses lain yang terlibat dengan aktiviti mental.


Gambar : Setiap Individu Berfikir Dengan Cara Yang Tersendiri
Sumber : asiasociety.org




2.4.Domain Penyelesaian Masalah
Umum mengetahui bahawa penyelesaian masalah merupakan salah satu daripada proses kognitif dan pembelajaran yang dilakukan oleh makhluk hidup terutamanya manusia. Sebelum kita memahami dengan lebih lanjut akan konsep penyelesaian masalah dari sudut psikologi adalah lebih baik bagi kita memahami untuk memahami sedikit sebanyak mengenai kognisi dan pembelajaran. Hal ini disebabkan penyelesaian masalah sebenarnya mempunyai perkaitan yang rapat dengan keupayaan kognisi manusia serta pembelajaran yang diperolehi daripada pengalaman lalu. Menurut Clarke & Gillet (1997), kognisi lebih menekankan kepada perkembangan pengetahuan dan pemahaman. Dalam kata lain, kognisi merupakan satu proses intelektual di mana proses ini berlaku secara sistematik iaitu maklumat diperolehi, ditransformasi, disimpan, diambil semula dan akhirnya digunakan. Kadang kala konsep mengenai kognisi adalah sukar difahami oleh sesetengah orang dan sebagai jalan penyelesaiannya istilah mudah untuk merujuk kepada kognisi ialah “pemikiran”.

Manusia menurut Mahmood Nazar Mohamed (2004), biasanya menggunakan pemikiran dalam pelbagai bentuk tidak kira sama ada dalam bentuk yang baik ataupun buruk untuk menyelesaiakan masalah dan membuat keputusan. Begitu juga dalam menyelesaikan masalah, kita acapkali menggunakan pengalaman lalu yang diperolehi daripada proses pembelajaran untuk mencari cara mengatasi masalah pada situasi semasa. Dalam kehidupan sehari-harian, kita memerlukan cara untuk mengatasi masalah atau kesukaran yang kita hadapi. Cara yang diambil bagi mengatasi masalah tersebut disebut sebagai penyelesaian masalah.

Penyelesaian masalah ini penting bagi kita untuk menjadikan hidup kita menjadi sejahtera walaupun kadang-kadang tidak semua masalah yang dihadapi dapat diselesaikan secara menyeluruh, namun dengan adanya penyelesaian masalah, kesulitan hidup kita akan mampu dikurangkan sedikit sebanyak. Clarke & Gillet (1997) menyatakan bahawa, masalah boleh didefinisikan sebagai rintangan yang boleh menghalang seseorang daripada mencapai matlamat yang diinginkan. Dalam erti kata lain, jika kita berhasrat untuk mencapai sesuatu tetapi tidak mempunyai cara bagaimana untuk melakukannya, maka dalam hal ini kita dikatakan berada dalam keadaan yang bermasalah. Kesannya dapat dilihat apabila kita berhadapan dengan halangan dan kita akan menggunakan penyelesaian masalah yang memerlukan kita untuk berfikir serta berkebolehan untuk membuat keputusan yang bijak. Justeru, menyelesaikan masalah bermaksud kita memutuskan tindakan yang akan mengubah situasi menjadi lebih baik lagi.

Semasa menghadapi masalah ketika dalam proses pembelajaran, saya selalunya akan  merujuk kepada empat langkah utama dalam proses penyelesaian masalah iaitu seperti mengenal pasti masalah, membentuk strategi penyelesaian masalah yang betul, menilai penyelesaian serta memikirkan dan mendefinisikan semula masalah serta melakukan penyelesaian dari semasa ke semasa. Disamping itu, terdapat beberapa strategi dalam proses penyelesaian masalah seperti algoritma, heuristik, analisis submatlamat, Percubaan hipotesis dan celik akal. Namun, saya lebih merujuk kepada strategi heuristik apabila berhadapan dengan sesuatu masalah. Pada pendapat saya, strategi heuristik lebih bersesuaian dengan cara saya.  Dalam strategi heuristik, penyelesaian masalah dilakukan secara singkat iaitu dengan cara tekaan yang dirasakan paling tepat dan rasional, ianya biasa dilakukan dengan berpandukan pengetahuan dan pengalaman lalu. Secara tidak langsung, pendekatan strategi heuristik ini membantu saya untuk menyempitkan lagi alternatif penyelesaian untuk mendapatkan satu penyelesaian yang terbaik.

Gambar : Ketenangan Adalah Kepuasan Apabila Dapat Menyelesaikan Sesuatu Masalah
Sumber : freelancefolder.com




2.5.Domain Membuat Keputusan
Memang menjadi lumrah kehidupan manusia sering dibebani dengan persoalan yang memerlukan jawapan untuk diputuskan dengan membuat keputusan. Adakalanya membuat keputusan ini nampak sangat mudah hanya dengan sekelip mata saja. Namun, kadangkala ada masanya kita sendiri tidak dapat tidur kerana memikirkan apakah perkara sebaiknya hendak dilakukan bagi mengatasi masaalah yang mendatang.

Membuat keputusan ialah satu proses mental di mana seseorang itu bertindak untuk memilih satu pilihan yang terbaik daripada beberapa pilihan yang ada berdasarkan tujuan dan kriteria tertentu. Dalam erti kata lain, keputusan merujuk kepada pilihan yang dibuat melalui pelbagai alternatif yang sedia ada. Justeru, proses membuat keputusan merupakan proses yang paling penting untuk kesempurnaan. Ini kerana proses membuat keputusan bukan hanya wujud dalam bidang-bidang tertentu malah, ianya dihadapi oleh setiap individu, baik keputusan tentang diri sendiri, keluarga, di rumah atau di tempat kerja.

Begitu juga dengan perihal saya sebagai seorang yang juga kadang-kadang memerlukan suatu tindakan yang betul dalam membuat sesuatu keputusan berdasarkan perkara tertentu. Sebagai contoh, saya pernah mengalami satu situasi di mana saya perlu membuat keputusan yang tepat dalam menangani masalah dari segi pelajaran saya sama ada belajar secara ‘online’ ataupun mengikuti kelas mengikut jadual. Saya berjaya membuat keputusan yang tepat dalam perkara tersebut dengan mengambil kira semua altenatif yang ada.

Dari segi waktu belajar pula, saya lebih menumpukan sepenuhnya kepada tugasan yang diberikan walaupun saya juga mempunyai komitmen lain seperti bekerja. Dengan membuat keputusan yang bijak dapat menjadikan saya seorang yang lebih berdisiplin dalam pembelajaran. Waima, pelbagai halangan yang mendatang, saya tetap bertahan dalam menjalani proses pembelajaran saya. Ini secara tidak langsung menjadikan saya seorang yang positif dalam membuat keputusan.


Gambar : Kita Hendaklah Membuat Keputusan Yang Bijak Walau Apa Jua Situasi
Sumber : goodlifezen.com





3.KESIMPULAN
Pembelajaran dianggap sebagai perolehan maklumat dan pengetahuan, penguasaan kemahiran dan tabiat serta pembentukan sikap dan kepercayaan dalam diri setiap individu. Setiap individu mempunyai cara yang berbeza dengan individu yang lain. Oleh itu, proses dan strategi pembelajaran hendaklah diatur mengikut kehendak dan perkembangan seseorang  mengikut kemampuan serta tahap yang boleh dikecapi untuk lebih efektif.

Selain itu, pembelajaran juga dikatakan sebagai satu proses dengan melalui latihan atau pengalaman organisma dan seterusnya menghasilkan perubahan tingkah laku yang agak kekal. Secara ringkas, pembelajaran boleh dibahagi kepada dua. Pertama pembelajaran yang berlaku hasil daripada latihan atau pengalaman. Ini bermakna sebarang perubahan tingkah laku yang tidak pernah melaui latihan atau pengalaman tidak boleh disebut sebagai pembelajaran. Kedua, perubahan tingkah laku yang melalui pembelajaran mempunyai cirri-ciri kekal. Ini bermakna perubahan tingkah laku hanyalah sementara sahaja. Sementara itu, pembelajaran juga mula berlaku apabila tindak balas diadakan terhadap ransangan yang timbul malah ianya akan berterusan apabila motivasi yang berkaitan dikekalkan dan pembelajaran dikatakan berakhir apabila konsep baru dibentuk dan dikuasai sepenuhnya.

Oleh yang demikian, dengan mengambil kira beberapa domain yang telah saya huraikan seperti di atas, saya sendiri secara tidak langsung dapat menjadikan proses dan strategi saya dalam pembelajaran lebih efektif. Justeru, pada pendapat saya satu kajian saintifik yang lebih mendalam wajar dilakukan bagi melihat apakah pendekatan yang relevan serta mudah dilaksanakan khasnya dalam proses dan strategi belajar. Akhir kata, proses pembelajaran ialah suatu garis panduan mengenai bagaimana pembelajaran berlaku dan faktor-faktor yang mempengaruhi pembelajaran tersebut. Dengan itu, kita sendiri boleh merancang dengan lebih sempurna untuk melaksanakannya supaya lebih berkesan.




(2915 Perkataan)





APENDIKS
4.RUJUKAN / REFERENSI
Cognitive Learning Styles and Learning Strategies. (n.d.). [Online].
-learning-strategies-faq.htm. [2013, Jan 29].

Cognitive Processes and Learning. (n.d.). [Online.
            Available : http://www.cognitiveprocesses.com/UsesOfType
/Cognitive-Processes-And-Learning.cfm. [2013, Jan 29].

Apakah domain dalam psikologi?. (n.d.). [Online].
dalam-psikologi.html. [2013, Jan 29].

Cara Belajar Yang Efektif. (n.d.). [Online].
-efektif.html. [2013, Jan 29].

Proses Pembelajaran. (n.d.). [Online].
            Available : http://www.sabah.edu.my/itma128/ProsesPembelajaran.html.
            [2013, Jan 29].

Cognitive Psychology. (n.d.). [Online].

[2013, Jan 29].

Cognitive psychology. (n.d.). [Online].
            Available : http://www.rcrutcher.info/psy321b/. [2013, Jan 29].

What are the five major domains of psychology?. (n.d.). [Online].
Available :http://wiki.answers.com/Q/What_are_the_five_major_domains_of_ psychology. [2013, Jan 29].

What Is Cognitive Psychology?. (n.d.). [Online].
            [2013, Jan 29].

Cognitive Strategies. (n.d.). [Online].
            Available : http://www.education.com/reference/article/cognitive-strategies/.
            [2013, Jan 29].

Tips dan Trik Belajar yang Efektif. (n.d.). [Online].

yang-efektif/#.USzgCB1kTh5. [2013, Jan 30].

Tips-tips Belajar Dengan Berkesan. (2011). [Online].
            Available : http://pbasmkps.blogspot.com/2011/08/tips-tips-belajar-
dengan-berkesan-dr.html. [2013, Jan 30].

Psikologi Kognitif. (2011). [Online].
            Available : http://psy2073.blogspot.com/. [2013, Jan 30].

Konsep-konsep Dasar Psikologi Kognitif. (2011). [Online].
            Available : http://psychologymania.wordpress.com/2011/07/10/konsep-
konsep-dasar-psikologi-kognitif/. [2013, Jan 31].

Psikologi Kognitif : Memori. (2012). [Online].
            Available :http://psicho-fix.blogspot.com/2012/10/makalah-
psikologi-kognitif-memori.html. [2013, Jan 31].

Jenis-jenis Ingatan (Memori). (n.d.). [Online].
            Available : http://jalurilmu.blogspot.com/2011/11/jenis-jenis-
ingatan-memori.html. [2013, Jan 31].

Cara Belajar Efektif. (2010). [Online].
            [2013, Jan 31].

Cara Belajar yang Efektif Dan Efisien. (n.d.). [Online].
            Available : http://www.baak.unej.ac.id/index.php/8-berita/44-belajar-baik-efektif.
            [2013, Jan 31].

Sidek, N. (n.d.). Remaja Dan Proses Belajar. [Online].
&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_03.htm. [2013, Jan 31].

McLeod, S. (2007). Visual Perception Theory. [Online].
            [2013, Jan 31].

Kholid, A. (n.d.). Belajar Efektif Dan Efisien. [Online].
com_content &view=article&id=169&Itemid=187. [2013, Jan 31].

Moidunny. K. (n.d.). Taksonomi Bloom : Perubahan Yang Diperlukan?. [Online].
            Available : http://kamaruzamanmoidunny.blogspot.com/2012/09/
            taksonomi-bloom-perubahan-yang.html. [2013, Jan 31].



1 comment:

  1. salam asterina,

    saya nak tnya ada ke ABPK1203 child psyhcology & ABPK1203-COGNITIVE PSYCHOLOGY modul bahasa melayu. saya nak pinjam modul utk buat potocopy. sy pun merupakan pelajar psikologi. tkasih asterina

    ReplyDelete