Tuesday 1 March 2016

Assignment - Year 3 (Semester 2 - May) SUBSTANCE ABUSE & SOCIAL DEVIANCE ABPC3203

PENGENALAN
Dewasa ini, masalah keruntuhan akhlak di kalangan pelbagai masyarakat di negara kita amat mencemaskan dan menjadi semakin rumit untuk ditangani. Salah satu masalah sosial yang agak meruncing adalah penyalahgunaan dadah di kalangan masyarakat khususnya. Penyalahgunaan dadah adalah penggunaan dadah yang bertentangan dengan kepentingan rawatannya. Secara umumnya, dadah bermaksud sebarang bahan kimia yang psikoaktif, sama ada ianya berbentuk asli atau tiruan apabila dimasukkan kedalam tubuh badan secara disuntik, dihidu, dihisap atau dimakan boleh mengubah fungsi tubuh badan seseorang atau organisma dari segi fizikal atau mental.

Kadang-kadang kita sendiri tanpa sedar telah menggunakan beberapa jenis dadah dalam kehidupan kita. Ubat-ubatan seperti "paracetamol" dan "antibiotic" membantu menyembuhkan sekiranya kita tidak sihat. Dalam pada itu, beberapa jenis dadah yang dilarang pengambilannya kerana dadah ini mengakibatkan ketagihan dan masalah-masalah kesihatan, sosial, ekonomi dan sebagainya. Kerajaan telah menyenaraikan dadah ini dalam Akta Dadah Berbahaya (1952) untuk mengharamkan penanaman, pengeluaran, pengedaran, import, eksport, pemilikan dan penyalahgunaan dadah seumpana ini. Jenis-jenis dadah seperti seperti kokain, ganja, heroin, syabu, ’ecstasy’ dan sebagainya.

Penyalahgunaan dadah ini sebenarnya merupakan masalah sejagat. Terdapat laporan yang menunjukkan aktiviti penghasilan pelbagai jenis bahan dadah sentiasa meningkat dari semasa ke semasa. Hal ini disokong dengan permintaan yang tinggi dari pengedar mahupun penagih. Perubahan dari segi senario politik antarabangsa dengan berakhirnya perang dingin antara kuasa-kuasa besar dunia telah membawa kesan negatif dalam usaha-usaha dalam membanteras kegiatan dadah dan penyalahgunaan dadah. Ini kerana dunia dianggap tidak lagi mempunyai sempadan dan kebanyakan orang berpengaruh keluar masuk ke sesebuah negara tanpa banyak sekatan. Tambahan pula, dengan sistem komunikasi dan pengangkutan yang semakin canggih membantu dalam melicinkan pergerakan   mereka  dalam   penyeludupan  dadah.  Justeru,  bagi  mereka-mereka yang terlibat dengan kegiatan penyeludupan dadah, perkembangan sebegini sememangnya dinantikan kerana operasi mereka menjadi lebih lancar dan meluas ke serata dunia.

Sebagai sebuah rantau Asia yang dikatakan banyak menerima perubahan serta pembangunan, negara kita turut mengalami penyalahgunaan dadah yang amat membimbangkan dan masih belum dapat diselesaikan. Apa yang lebih membimbangkan ialah penggunaan dadah berkait rapat dengan penyakit sosial seperti pelacuran, lepak dan perjudian. Perkara inilah yang banyak menggugat dan memudaratkan keadaan sesebuah negara sama ada dalam bidang ekonomi, sosio-budaya, politik mahu pun keselamatan. Dalam erti kata lain, kemajuan serta pembangunan yang kita kecapi selama ini tidak akan berkekalan sekiranya masalah dadah tidak dapat diatasi segera.


Dalam tugasan kali ini, saya akan menghuraikan dan membincangkan tiga teori  etiologikal dalam penyalahgunaan dadah, menilai dan mengulas serta memberi pendapat dan menggariskan beberapa komponen penting.

Gambar : Pokok Ganja
Sumber : upload.wikimedia.org/


TIGA TEORI ETIOLOGIKAL SERTA KEBAIKAN DAN KEBURUKAN
Teori Etiologikal
Terdapat pelbagai sebab mengapa setiap perbincangan mengenai etiologi penyalahgunaan dadah mesti menjadi agak spekulatif. Ini kerana banyak data yang terkumpul merupakan retrospektif dalam alam semula jadi, iaitu terkumpul selepas penggunaan dadah bermula. Oleh itu, adalah sukar untuk menyelesaikan punca-punca yang berpotensi dalam mengambil ubat-ubatan daripada kesan-kesan yang mungkin telah digunakan oleh seseorang individu yang mengambil dadah.

Menurut Daley&Marlatt (2006), adalah penting bagi kita untuk memahami beberapa teori etiologikal penyalahgunaan dadah. Kefahaman ini boleh membantu kita dalam menjelaskan fenomena dan sebab-sebab penyalahgunaan dadah. Pengetahuan dan kefahaman kita mengenai teori penyalahgunaan dadah boleh membantu meningkatkan keberkesanan penyampaian perkhidmatan psikologi yang berkaitan dengan campur tangan penyalahgunaan dadah seperti penilaian penyalahgunaan dadah, pembangunan pelan rawatan, penilaian keberkesanan rawatan dan juga mengaplikasi untuk membangunkan pendidikan dan pencegahan penggunaan dadah serta program penyalahgunaan dadah. Antara tiga teori etiologikal yang saya akan huraikan ialah teori moral, teori penyakit dan teori sosobudaya . Ketiga-tiga teori etiologikal ini mempunyai kebaikan dan keburukan.


TEORI MORAL
Teori moral ini telah wujud sejak tahun 1850 dan membentuk konsep salah satu teori-teori awal penyalahgunaan dadah. Teori ini juga mencadangkan bahawa penyalahgunaan dadah adalah hasil daripada kelemahan moral dan kecacatan atau kelemahan dalam sesuatu watak. Idea teori ini terletak pada tanggapan bahawa seseorang individu itu mempunyai pilihan bebas dan bertanggungjawab untuk setiap tingkah lakunya. Menurut teori   ini, seseorang  individu   itu  mempunyai  pilihan untuk berhenti  dalam penagihan dadah tetapi gagal untuk berbuat demikian kerana terdapat kecacatan peribadi dalam dirinya. Contoh kecacatan peribadi ini termasuklah kekurangan tekad, kemalasan moral dan watak dalaman yang lemah. Sementara itu, teori ini mencadangkan bahawa pemulihan daripada penyalahgunaan dadah boleh dicapai apabila seseorang individu itu mampu menunjukkan tekad, disiplin dan penglibatan dalam gaya hidup yang berakhlak mulia. Walau bagaimanapun, teori ini dikritik kerana ianya cenderung untuk melihat manusia dan penyalahgunaan dadah secara negatif. Had ini boleh menghalang perubahan dan membantu dalam  mencari keperibadian di kalangan penagih dadah.


TEORI PENYAKIT
Teori penyakit juga dikenali sebagai teori perubatan yang telah dicadangkan pada tahun 1810. Seperti teori moral, ia adalah salah satu teori-teori awal dalam membentuk konsep penyalahgunaan dadah menurut Coombs&Howatt (2005). Teori ini telah digunakan secara meluas dalam rawatan awal perubatan yang berkaitan dengan penyalahgunaan dadah. Dalam perspektif teori penyakit, penyalahgunaan dadah adalah dianggap sebagai penyakit dan bukannya penyakit mental atau kegagalan moral.

Konsep penyalahgunaan dadah adalah berdasarkan bukti bahawa kecenderungan wujud dalam komposisi genetik penagih dadah. Menurut teori ini, kecenderungan sebegini memberi kesan kepada tindak balas pada laluan saraf di dalam sistem otak penagih dadah. Ini menjadikan otak penagih dadah lebih berkesan daripada seseorang individu yang biasa dalam mewujudkan tindak balas laluan yang neural.

Sementara itu, teori ini juga menunjukkan bahawa penyalahgunaan dadah adalah disebabkan oleh defisit fisiologi yang membuatkan penagih dadah tidak dapat menolak dengan ketagihan dadah. Oleh itu, penyalahgunaan dadah bukan sahaja dianggap satu bentuk penyakit, tetapi jika tidak dirawat dari peringkat awal ianya akan melarat serta tidak boleh diubati, menjadi progresif dan boleh membawa maut. Teori ini mencadangkan bahawa satu-satunya rawatan untuk penyalahgunaan dadah adalah dengan menahan diri. Penyalahgunaan dadah juga dilihat sebagai gangguan bio tingkah laku kerana ianya melibatkan komponen biologi dan merupakan tingkah laku tidak dapat dipisahkan.


TEORI SOSIOBUDAYA
Teori sosiobudaya menganggap bahawa kesemua faktor-faktor sosial dan budaya mempunyai potensi untuk menjadi risiko atau faktor pelindung penyalahgunaan dadah. Teori ini menjadi faktor pelindung apabila ianya mengurangkan peluang dalam penggunaan penyalahgunaan dadah. Sebaliknya, teori ini menjadi faktor risiko apabila ianya mempunyai potensi untuk mendedahkan penggunaan dan meningkatkan peluang penyalahgunaan dadah kepada umum.

Terdapat beberapa penentu sosiobudaya atau faktor-faktor penyalahgunaan dadah yang menonjol seperti faktor keluarga, pengaruh rakan sebaya, persekitaran sosial, status sosio-ekonomi dan kewujudan dadah.


Faktor Keluarga
Keluarga memainkan peranan penting dalam menentukan sama ada penyalahgunaan dadah diperkenalkan. Sikap ibu bapa dan ahli keluarga terhadap penyalahgunaan dadah boleh mempengaruhi anak-anak mereka. Ibu bapa yang cenderung dalam penyalahgunaan dadah akan menyebabkan sikap sedemikian dicontohi oleh anak mereka sendiri. Hal ini biasanya terdapat dalam suasana keluarga yang mempunyai masalah ketagihan alkohol dan penyalahgunaan dadah yang serius.

Gambar : Perpecahan Keluarga Merupakan Antara Faktor Penyebab
Sumber : thehealthage.com


Pengaruh Rakan Sebaya
Ini merupakan salah satu faktor penting yang boleh menjejaskan penyalahgunaan dadah di kalangan anak muda dan seseorang individu itu. Pengaruh rakan sebaya mempunyai kesan yang amat besar kerana boleh menjejaskan sosialisasi, semangat kekitaan dan pembentukan identiti sosial. Kadang-kadang, tabiat  penyalahgunaaan dadah ini  terbentuk dalam kumpulan rakan sebaya. Dalam keadaan tertentu, penyalahgunaan dadah ini boleh menjadi sebahagian daripada identiti kumpulan di kalangan anak muda yang sesat dan tersasar dari landasan kehidupan.

Persekitaran Sosial
Kawalan sosial dan ikatan adalah aspek persekitaran sosial. Kawalan sosial
adalah sangat penting dalam mencegah dan mengurangkan peluang untuk penyalahgunaan dadah. Persekitaran sosial seperti keluarga, sekolah atau masyarakat boleh meningkatkan peluang penyalahgunaan dadah dalam masyarakat tertentu atau budaya. Sebaliknya, ikatan sosial ini yang boleh mencegah penyalahgunaan dadah bergantung kepada kualiti bon. Ikatan sosial yang lemah boleh menggalakkan penyalahgunaan dadah manakala ikatan sosial yang kuat boleh menghalang penyalahgunaan dadah dalam masyarakat.


Status Sosioekonomi
Status sosioekonomi (SES) boleh menjadi satu faktor risiko untuk penyalahgunaan dadah. Latar belakang sosioekonomi yang lemah dan tahap pendidikan rendah dikaitkan dengan penyalahgunaan dadah tetapi kesannya menghasilkan penemuan bercampur-campur. Kajian telah menunjukkan bahawa seseorang individu yang rendah SES cenderung untuk menjadi seseorang individu yang terlibat dalam penyalahgunaan dadah serta menghadapi masalah peribadi dan tekanan kerja. Namun begitu, kajian lain menunjukkan bahawa SES yang rendah dikaitkan dengan kurangnya penyalahgunaan dadah. Walau apa pun alasan yang diberikan, penyalahgunaan dadah tetap menyebabkan masalah sosial dalam setiap lapisan masyarakat.


Kewujudan Dadah
Dalam sesuatu budaya tertentu, terdapat beberapa jenis dadah yang mudah didapati.
Dengan demikian, akses kepada bahan-bahan terlarang tersebut amat mudah diperoleh dengan apa cara sekalipun. Hal ini disebabkan dan disumbangkan oleh sesuatu tradisi budaya yang saling berkaitan dengan penyalahgunaan dadah sebagai contoh candu atau daun koka dalam budaya tertentu terutamanya di negara dunia ketiga.


Secara keseluruhan, berdasarkan teori sosiobudaya semua faktor di atas boleh memberi kesan penyalahgunaan dadah. Sifat dan tahap penyalahgunaan dadah, menurut teori ini dipengaruhi oleh persekitaran sosial, status sosio-ekonomi, bulatan sosial seperti tekanan rakan sebaya dan dasar-dasar yang berkaitan dengan penyalahgunaan.

Kebaikan
Dalam ketiga-tiga teori di atas, kita dapat lihat setiap satunya ada kelebihan tersendiri.
Dalam teori moral, kita dapat lihat di mana seseorang individu itu mempunyai pilihan dalam menentukan baik buruk hidupnya. Sama ada mahu atau tidak untuk berhenti dalam penyalahgunaan dadah. Sementara itu, dalam teori penyakit pula, menahan diri merupakan salah satu rawatan rawatan penyelesaian terbaik.ini kerana penyalahgunaan dadah dianggap sebagai penyakit dan bukannya penyakit mental atau kegagalan moral yang disalah tafsir oleh sesetengah pihak. Dan dalam teori sosiobudaya pula, merupakan faktor pelindung walaupun terdapat potensi untuk meningkatkan peluang penyalahgunaan dadah. Ini kerana ianya dapat menggurangkan peluang seseorang individu itu untuk terjerebak dalam situasi tersebut.

Keburukan
Dan kita mengetahui bahawa teori moral wujud hasil dari kelemahan moral dalam diri seseorang individu yang terlibat. Justeru, dengan kelemahan yang ada membuatkannya gagal mengatasi masalah ini secara berterusan. Sementara, dalam teori penyakit dikatakan merupakan suatu gangguan bio tingkah laku yang tidak dapat dipisahkan dan jika tida dirawat akan membawa maut. Manakala teori sosiobudaya pulamembuatkan umum lebih mengetahui akan penyalahgunaan dadah dan secara tidak langsung meningkatkan peluang untuk mencuba. Faktor keluarga dan pengaruh rakan sebaya merupakan antara faktor penyebab dan menggalakan penyalahgunaan dadah ini berlaku.



PENGETAHUAN TENTANG FAKTOR-FAKTOR ETIOLOGIKAL DALAM PENYALAHGUNAAN DADAH
Salah satu cara untuk meningkatkan pengetahuan tentang faktor-faktor etiologikal dalam penyalahgunaan dadah ialah dengan sikap ambil tahu atau prihatin. Masyarakat kita selalunya lebih bersikap lepas tangan. Ini kerana sesetengah orang berpendapat tiada guna untuk masuk campur dalam hal orang lain yang tiada kena mengena dalam hidup mereka. Sebab itulah masalah penyalahgunaan dadah ini masih tiada jalan penyelesaian kerana tiada pencegahan awal yang bermula dari kita sendiri. Dalam erti kata lain, sikap ambil tahu atau prihatin terhadap seseorang individu yang terjerebak dalam penyalahgunaan dadah untuk membantunya keluar dari dunianya yang gelap tiada dalam diri kita.

Sifat sebegini perlu dibuang dalam diri kita supaya gejala sedemikian dapat diatasi dari peringkat akar umbi lagi. Takkanlah kita akan bersikap lepas tangan apabila ada ahli keluarga terdekat kita yang mengalami masalah sama dibiarkan hidupnya terus melarat tanpa apa-apa bantuan yang sepatutnya kita berikan kepadanya. Sikap ambil tahu dan keprihatinan yang ada ini akan membuatkan seseorang individu yang terlibat untuk berubah atau sembuh dengan lebih kuat lagi. Ini kerana, sokongan yang ada menjadikan mereka lebih bersemangat lagi untuk bangkit mengatasi masalah yang berpunca dari mereka sendiri khususnya mahupun dari faktor persekitaran mereka.

Selain itu, menjadi seseorang yang prihatin dalam mengatasi masalah ini secara tidak langsung menjadikan kita seorang yang mempunyai rasa tanggungjawab dalam masyarakat tanpa mengira bangsa dan agama. Dalam dunia yang serba moden kini, kadang-kadang memang tidak dapat dielakkan di mana kesibukan kita memerlukan komitmen yang tinggi dan masa untuk membantu insan-insan yang memerlukan pertolongan. Apa yang penting adalah tanggungjawab sosial dalam  diri kita dan tekad untuk membantu. Dalam pada itu, untuk meningkatkan lagi pengetahuan kita tentang faktor-faktor etiologikal ini kita perlulah mempunyai pengetahuan yang tinggi dan faham apa yang sebenarnya diperlukan dalam membantu penyalahgunaan dadah ini. Dengan adanya pengetahuan, ianya boleh membantu kita dalam menjelaskan fenomena dan sebab-sebab atau punca yang berlaku terhadap segelintir masyarakat yang dikesan dalam penyalahgunaan dadah di setiap peringkat umur.

Gambar : Penyalahgunaan Dadah Boleh Membawa Maut
Sumber : kl-today.com


PENDEKATAN TEORI INTEGRASI
Pada pendapat saya, pendekatan teori integrasi adalah penting dalam menyediakan rawatan berkesan penyalahgunaan dadah kerana ianya merupakan langkah awal dalam menangani masalah tersebut dari berleluasa tanpa kawalan. Justeru, Terdapat beberapa program intervensi dan rawatan yang boleh dilakukan mengikut beberapa peringkat iaitu pada peringkat individu, keluarga, sekolah, dan komuniti. Pada peringkat individu, teknik kauseling  individu  khas  merupakan   teknik yang paling efektif  di mana  ianya  dapat membantu seseorang individu itu mengembangkan strategik daya tindakannya, kemahiran kehidupan dan strategik membuat keputusan dalam mencegah penagihan berulang berbanding dengan terapi-terapi lain.

Intervensi lain dalam kaunseling juga merupakan intervensi yang efektif iaitu ‘Motivational Interviewing’ (MI). MI menggunakan idea atau prinsip di mana penyalahgunaan dadah itu harus diberikan masa bersedia untuk berubah sebelum benar-benar berubah. Intervensi ini juga memfokuskan dalam membantu penyalahgunaan dadah untuk mengenalpasti kesan negatif berbanding kesan positif ke atas sesuatu tingkah laku mereka dan kaunselor sentiasa memberi sokongan kepada mereka sepanjang proses intervesi MI ini dijalankan.

Selain itu, pada peringkat keluarga juga harus dilakukan terapi keluarga bagi menyediakan keluarga penyalahgunaan dadah ini memperbaiki atau mengembangkan strategik daya tindak, kemahiran kehidupan dan strategik membuat keputusan yang lebih baik. Sementara itu, rakan sebaya merupakan orang yang paling terdekat bagi golongan remaja maka terapi ‘cross-age peer group’ juga merupakan terapi yang berkesan kerana ianya melibatkan kerjasama diantara rakan sebaya yang tidak terlibat dengan penyalahgunaan dadah. Dalam erti kata lain, terapi ini lebih berkonsepkan rakan sebaya sebagai ‘role-model’.

Dalam pada itu, aktiviti kaunseling dirangka berasaskan kepada objektif kaunseling yang ditentukan mengikut fasa. Objektif kaunseling pada fasa pertama ialah memberi kefahaman dan meningkatkan kesediaan klien untuk mengikuti program pemulihan dan membantu klien untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran pemulihan iaitu membantu klien menyedari masalah yang dialaminya dan menyediakan rancangan pemulihan kepada klien. Objektif kaunseling pada fasa kedua ialah membolehkan klien mengatasi masalah yang dialaminya secara positif dan kreatif iaitu mempereratkan perhubungan dan meningkatkan kemesraan klien dan keluarga dan objekif seterusnya mewujudkan kesedaran  untuk  membantu  klien  membuat  perancangan  kerjaya yang sesuai apabila keluar kelak. Objektif kaunseling pada fasa ketiga ialah membina kemahiran daya tindak untuk mencegah penyalahgunaan dadah semula iaitu membolehkan klien menguruskan tekanan dengan berkesan dan memberi kemahiran kepada klien dalam aspek pengurusan diri. Manakala, objektif kaunseling pada fasa terakhir iaitu fasa keempat pula adalah untuk mengukuhkan ‘coping skill’ untuk mencegah penagihan semula, mengintegrasi semula klien ke dalam masyarakat, membantu klien membuat perancangan hidup selepas menjalani pemulihan dan membantu klien menjadi seorang individu yang produktif dan berguna.

Gambar : Kaunseling Individu Terhadap Penyalahgunaan Dadah
Sumber : drugrehabcounselor.net



MODEL DAN KOMPONEN PENTING
Pemikiran terkini dalam penyalahgunaan dadah mengintegrasikan beberapa tepri terpilih. Teori integrasi mengenai penyalahgunaan dadah memberikan perspektif holistik tentang penyalahgunaan dadah. Dalam menggunakan teori tunggal, kita cenderung untuk memberi tumpuan kepada punca tunggal atau penjelasan tentang penyalahgunaan dadah. Sebagai contoh, apabila kita menggunakan penyakit atau teori moral, kita cenderung untuk mengabaikan sistem tingkah laku dan aspek-aspek sosio-budaya penyalahgunaan dadah.

Konsep terhad ini memberi kesan kepada pembangunan pendidikan yang efektif dan program-program pencegahan dan pelan rawatan dalam penyalahgunaan dadah. Sebagai penyalahgunaan dadah ianya merupakan kompleks dan konteks, di mana ianya penting untuk mengintegrasikan teori penyalahgunaan dadah kerana kedua-dua sebab iaitu untuk meningkatkan ahli psikologi dan membantu dari segi pengetahuan golongan professional dalam memahami masalah penyalahgunaan dadah serta meningkatkan keberkesanan penilaian tentang penyalahgunaan dadah termasuk pendidikan dan pencegahan dalam rawatan penyalahgunaan dadah.

Dalam usaha untuk memenuhi keperluan pelanggan dan meningkatkan keberkesanan rawatan, pendekatan integrasi ini digalakkan dalam pendidikan kesihatan dan kesihatan awam. Selain mempromosikan pemahaman yang holistik fenomena penyalahgunaan dadah, ianya dapat membantu untuk dipadankan dengan rawatan untuk keperluan individu dan budaya dan latar belakang pelanggan dalam menyampaikan perkhidmatan pemulihan yang berkesan. Satu contoh teori integrasi dipanggil teori bio-psikososial atau ‘adaptive’ di mana ia menggabungkan prinsip-prinsip model penyakit dan model tingkah laku. Teori ini juga meliputi aspek-aspek biologi, psikologi dan sosial untuk memahami penyalahgunaan dadah secara.

Campur tangan penyalahgunaan dadah berdasarkan teori biopsikososial atau ‘adaptive’ memberi tumpuan kepada perubatan dan lain-lain aspek psikososial dan tidak terhad kepada isu-isu kesihatan mental, kognisi, tingkah laku afektif, trauma zaman kanak-kanak dan persekitaran social. Ini bermakna bahawa campur tangan itu tidak mengabaikan mana-mana aspek kehidupan atau persekitaran penyalahgunaan dadah. Justeru, dengan pelaksanaan yang betul pendekatan ini boleh meningkatkan peluang pemulihan dan mengurangkan peluang untuk berulang kembali.



KESIMPULAN
Secara kesimpulannya, pada masa kini dadah semakin mudah didapati. Malahan kita sendiri dengan mudah membeli ubat-ubatan (dadah) di kedai-kedai ubat atau farmasi yang semakin bertambah dewasa kini. Terdapat beberapa kategori dadah yang telah dikenalpasti berguna dalam bidang perubatan. Namun, apabila fungsi dadah ini disalahgunakan dan pengambilan jumlah atau dos yang berlebihan, ianya menjadi bahan yang berbahaya kepada sistem biologi manusia terutama otak dan sistem saraf.

Selain itu, keyakinan diri seseorang individu yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dengan penyalahgunaan dadah ini juga semakin rendah ekoran daripada pandangan masyarakat bahawa penyalahgunaan dadah merupakan sampah masyarakat dan tidak berguna. Walaupun bagaimanapun, pandangan atau streotaip masyarakat ini secara tidak langsung membantu seseorang untuk tidak terlibat dengan penagihan dadah tetapi ianya juga memberi kesan negatif terutamanya kepada bekas-bekas penagih dadah yang telah sembuh.

Sebab itulah kita perlu memahami dengan lebih mendalam enam teori etiologikal selain yang diterangkan di atas seperti teori biologi, teori sistem dan teori kelakuan supaya dapat membantu kita dalam menjelaskan sebab-sebab penyalahgunaan dadah secara lebih efektif dan berkesan.



2781 Perkataan




APENDIKS
RUJUKAN / REFERENSI
What Causes Substance Abuse?. (n.a). [Online].
content&view=article&id=52&Itemid=59. [2013, Jun 28].

Dadah Dalam Kehidupan. (n.a.). [Online].
Available : http://www.pulihdadah.com/dadah.html. [2013, Jun 28].

Definisi Dadah. (n.a.). [Online].
dan-jenis-dadah/. [2013, Jun 28].

What Is Substance Abuse? : The Difference Between Substance Use and Abuse. (2011).
kosmik/1995/kosmik1.html. [2013, Jun 28].

The Etiology of Substance Abuse. (n.a.). [Online].

Pengurusan Dalam Penyalahgunaan Dadah. (n.a.). [Online].
dalam-penyalahgunaan-dadah. [2013, Jun 28].

Langkah-Langkah Mengatasi Penyalahgunaan Dadah. (n.a.). [Online].
langkah-mengatasi-penyalahgunaan-dadah/. [2013, Jun 28].

Punca Penyalahgunaan Dadah. (n.a). [Online].
penyalahgunaan-dadah/. [2013, Jun 28].

Remaja, Anak-anak Muda Dan Penyalahgunaan Dadah. (n.a.). [Online].
dadah_2.pdf. [2013, Jun 29].

Hamzah, M.B. (2011). Apakah Penyalahgunaan Dadah.[online].
            penyalahgunaan-dadah.html#axzz2Z63XZgNu. [2013, Jun 29].



No comments:

Post a Comment