Thursday 3 March 2016

Assignment - Year 4 (Semester 1 - January) KEUSAHAWANAN OUMM2103

1.PENGENALAN
Umum tidak mengetahui bahawa persekitaran makro boleh mempengaruhi keputusan organisasi yang dibuat untuk jangka masa yang panjang dan ianya merupakan unsur atau elemen yang tidak boleh dikawal. Memahami persekitaran makro atau persekitaran luaran di dalam menguruskan sesuatu organisasi adalah sangat penting dan menentukan kejayaan serta mempengaruhi keputusan dalam sesuatu perniagaan yang dijalankan. Persekitaran makro adalah persekitaran yang diluar kawalan organisasi tetapi organisasi perlulah sentiasa mengawasinya kerana persekitaran ini boleh memberi peluang dan ancaman kepada organisasi. Ekoran daripada kesukaran usahawan-usahawan untuk mengawal persekitaran yang ada, para usahawan perlulah bijak untuk menanganinya dengan memahami elemen-elemen persekitaran makro tersebut.

Bagi melihat kesan persekitaran makro terhadap sesebuah organisasi, organisasi yang telah dipilih adalah Nestlé. Hampir setiap dari rakyat Malaysia yang berusia lebih setengah abad pastinya mempunyai kenangan bersama Nestlé seawal zaman kanak-kanak mereka. Nestlé menjadi salah satu produk pemakanan yang popular di Malaysia sehinggalah kini. Makanan dan minuman memainkan peranan yang semakin penting dalam kehidupan manusia bukan sahaja kerana kepuasan dan kenikmatan sosial makan bersama tetapi lebih dari segi kesihatan dan nutrisi peribadi.

Nestlé ialah sebuah syarikat pembuat makanan berpakej multinasional yang ditubuhkan dan beribu pejabat di Switzerland. Penubuhannya timbul daripada satu gabungan pada tahun 1905 antara Anglo-Swiss Milk Company, sebuah syarikat susu yang ditubuhkan oleh adik-beradik Page di Cham, Switzerland pada tahun 1866 dan Farine Lactée Henri Nestlé Company yang didirikan pada tahun 1867 oleh Henri Nestlé yang menghasilkan produk makanan bayi. Sesetengah jenama Nestlé dikenali di seluruh dunia lalu menjadikannya peneraju pasaran sedunia dalam penghasilan sebilangan produk, termasuk susu, coklat, konfeksi, air botol, kopi, krimer, perasa makanan dan makanan haiwan.

Sementara itu, Nestlé bermula di Malaysia pada tahun 1912 sebagai Anglo-Swiss Condensed Milk Company di Pulau Pinang dan kemudian berkembang ke Kuala Lumpur perlu pada tahun 1939. Sejak tahun 1962 dengan kilang pertama di Petaling Jaya, Nestlé Malaysia kini mengeluarkan produk dalam 7 kilang-kilang dan beroperasi dari ibu pejabatnya di Mutiara Damansara. Syarikat Nestlé Malaysia telah disenaraikan di BSKL kini dikenali sebagai Bursa Malaysia Berhad pada 13 Disember 1989. Hari ini, syarikat ini mempunyai lebih daripada 5000 orang dan mengeluarkan serta memasarkan lebih daripada 300 produk halal di Malaysia. Antara jenama produk keluaran Nestlé seperti MILO, NESCAFÉ, MAGGI, NESPRAY dan KIT KAT  yang merupakan pilihan utama rakyat Malaysia.

Sebagai warga korporat yang bertanggungjawab, Nestlé di Malaysia mengilang, import dan mengedarkan hanya produk Halal yang telah disahkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan pihak berkuasa Islam yang diiktiraf yang berkaitan. Status Halal yang diperakui untuk semua produk Nestlé memberi jaminan bahawa produk Nestlé dihasilkan, diimport dan diedarkan di bawah kawalan yang ketat dari segi kebersihan dan kebersihan selaras dengan akidah Islam. Logo Halal dimasukkan dalam semua pembungkusan dan menunjukkan bahawa produk yang disediakan mengikut kehendak Islam yang ketat dan mematuhi tahap kebersihan, kualiti dan keselamatan yang ketat supaya dihargai oleh semua pengguna di Malaysia.

Nestlé di Malaysia berusaha untuk menawarkan produk-produk yang berkaitan dengan gaya hidup yang sentiasa berubah dan keperluan pengguna. Syarikat Nestlé melabur lebih daripada RM6 bilion setiap tahun pada R&D dan telah mengambil Inovasi berterusan dan pengubahsuaian untuk memastikan bahawa produk-produknya memenuhi keperluan. Pusat Penyelidikan Nestlé Consumers di Lausanne, Switzerland menggunakan Saintis, Pakar dan kakitangan sokongan teknikal yang berkhidmat di rangkaian 27 R&D Pusat di seluruh dunia.



2.ELEMEN-ELEMEN PERSEKITARAN MAKRO
Di dalam dunia perniagaan, terdapat empat elemen persekitaran makro yang terpaksa dan perlu dihadapi oleh semua organisasi iaitu elemen ekonomi, teknologi, kebudayaan sosial serta politik dan undang-undang.


2.1.Elemen Ekonomi
Persekitaran ekonomi dapat dilihat melalui faktor-faktor yang mempengaruhi kuasa beli pengguna dan corak perbelanjaan. Pemasar harus mengawasi pola utama pendapatan dan perubahan pola perbelanjaan pengguna. Sebarang perubahan sama ada dalam bentuk positif dan negatif di dalam pembolehubah utama ekonomi seperti kadar faedah, pola pendapatan, kos hidup, simpanan dan pinjaman akan memberi kesan terhadap pasaran. Kuasa membeli pengguna bergantung kepada harga, pendapatan semasa, kredit dan tabungan. Contohnya, syarikat Nestlé merupakan antara pilihan utama rakyat Malaysia dari segi menggunakan produk keluaran mereka.


2.2.Elemen Teknologi
Banyak teknologi baru telah dicipta bagi menggantikan teknologi lama. Kadar perubahan teknologi adalah cepat dan pantas pada masa kini. Melalui perubahan dan inovasi teknologi ini, lebih banyak peluang dan pasaran baru dapat diwujudkan. Contohnya, Nestlé membelanjakan sebanyak RM150 juta bagi fasa pertama kilang barunya, yang akan menggandakan kapasiti pengeluaran segmen sedia untuk diminum (RTD) di Malaysia. Teknologi canggih kilang itu akan mengoptimumkan kapasiti dan kecekapan, yang akan memastikan produktiviti tinggi. Kemudahan itu dilengkapkan dengan ciri-ciri reka bentuk mapan seperti sistem pemulihan haba dan air bagi mengurangkan penggunaan tenaga dan air di samping meminimumkan jejak karbon alam sekitar syarikat.


2.3.Elemen Kebudayaan Sosial
Elemen kebudayaan Sosial ini terdiri daripada institusi dan pengaruh lain yang mempengaruhi asas, persepsi, keutamaan serta gelagat sesebuah masyarakat. Individu yang dibesarkan dalam kelompok masyarakat membentuk nilai dan kepercayaan mereka berdasarkan norma masyarakat tersebut. Kebudayaan sosial terdiri daripada dua aspek iaitu aspek demografi dan aliran kebudayaan dalam masyarakat.

2.3.1.Aspek Demografi
Merangkumi ciri-ciri kependudukan, contohnya seperti umur, jantina, bilangan penduduk, kaum atau bangsa, taburan pendapatan, bandar atau luar bandar. Perubahan-perubahan ini akan membawa kepada perubahan pada permintaan, kuasa beli, sasaran, saiz pasaran dan sebagainya. Sebarang keputusan di dalam menjalankan perniagaan atau operasi perniagaan mestilah mengambil kira perubahan-perubahan ini.

2.3.2.Aspek Aliran Budaya
Merangkumi cara hidup dan nilai sosial masyarakat, kepercayaan, bahasa yang digunakan, gaya hidup keluarga, perubahan citarasa pengguna dan lain-lain lagi. Elemen-elemen ini pasti akan mengubah pola permintaan dan ianya akan mempengaruhi keputusan-keputusan yang akan dibuat oleh syarikat atau usahawan.

Sebagai contoh, Nestlé telah menerima pakai amalan Halal sejak awal tahun 1970 apabila kilangnya bermula bertapak di Malaysia. Nestlé komited mengimport dan mengedarkan hanya produk yang disahkan halal oleh badan pensijilan Islam yang diberi kuasa sejak tahun 1994 serta melaksanakan audit Halal dalaman dan sistem jaminan Halal sejak tahun 2008.


2.4.Elemen Politik Dan Undang-undang
Elemen ini merujuk kepada pelaksanaan dan penggubalan undang-undang oleh pihak kawalan organisasi yang memberi pengaruh atau had di dalam firma atau individu dalam masyarakat. Undang-undang di dalam persekitaran makro meliputi peraturan-peraturan yang diperuntukkan oleh pihak kerajaan seperti reka bentuk produk dan menetapkan harga terhadap barang kawalan, pengiklanan, upah dan persekitaran tempat kerja seperti rangka undang-undang yang diwujudkan yang memerlukan syarikat memenuhi atau mematuhi undang-undang yang ditetapkan.

Organisasi juga dikawal oleh undang-undang yang sedia ada seperti Undang-Undang Kontrak, Undang-Undang Jualan Barang-Barang, Undang-unang Sewa Beli, Undang-Undang Perkongsian, Undang-Undang Syarikat dan sebagainya. Syarikat tidak boleh sesuka hati melakukan sesuatu perkara bagi tujuan membaiki dan mengekalkan keadaan yang sedia ada. Contohnya syarikat Nestlé telah menetapkan undang-undang syarikat melalui matlamatnya di mana bertujuan untuk tidak menaikkan harga produk yang ditawarkan walaupun harga komoditi meningkat demi mengekalkan kesetiaan pelanggan. Nestlé juga sentiasa melakukan kajian mencari penyelesaian baru untuk tidak menaikkan harga melalui Nestlé Continuing Excellence Initiatives (NCEI). Nestlé memperkenalkan “Good Food, Good Life” sebagai slogan untuk menarik minat pelanggan menggunakan produk yang ditawarkan.



3.KESAN ELEMEN-ELEMEN PERSEKITARAN MAKRO KE ATAS NESTLE
3.1.Kesan Elemen Ekonomi
Kesan elemen ekonomi boleh mempengaruhi kuasa beli dan corak perbelanjaan pengguna. Faktor-faktor ekonomi adalah kebimbangan kepada firma pemasaran kerana boleh mempengaruhi permintaan, kos, harga dan keuntungan. Antara perubahan di dalam pendapatan iaitu apabila pendapatan meningkat, kuasa beli juga akan meningkat.


3.2.Kesan Elemen Teknologi
Teknologi merupakan tenaga yang paling dramatik yang memberi kesan kepada sesebuah organisasi. Dengan menukarkan teknologi boleh menjejaskan permintaan bagi produk dan perkhidmatan firma, proses pengeluaran dan bahan-bahan mentah serta turut menjejaskan proses dalam melaksanakan tugasan. Menurut Yusof et al (2004), beliau mengatakan bahawa tindakan organisasi membawa masuk teknologi yang baru ke dalam organisasi yang mempunyai teknologi yang lebih rendah, akan memberi kesan kejutan kepada organisasi tersebut. Tindakan ini akan menyebabkan kesukaran kepada organisasi untuk saling menyesuaikan diri terutamanya jika perubahan bertentangan dengan polisi atau objektif sebenar organisasi.

Perubahan ini mengakibatkan pembaziran dari segi masa, pengangguran, tenaga, wang dan juga sumber-sumber lain. Ia juga mengancam survival produk, firma atau industri. Perubahan teknologi telah menyebabkan lebih banyak peluang dan ancaman kepada pemasar. Ini kerana peningkatan dalam teknologi banyak mempengaruhi dunia pemasaran. Teknologi juga telah mengubah proses pengeluaran sesebuah organisasi. Dengan penggunaan mesin berteknologi tinggi dan canggih akan dapat mengurangkan kesilapan manusia dan menurunkan kos pengeluaran. Namun begitu teknologi juga boleh mengubah dan menghapuskan perniagaan ataupun industri yang sedia ada.


3.3.Kesan Elemen Kebudayaan Sosial
Kesan elemen kepada Nestlé ialah kebudayaan sosial sama ada melalui demografi atau kebudayaan. Elemen persekitaran demografi boleh mempengaruhi pemasar dalam strategi pemasaran meliputi jumlah kuantiti produk yang akan dikeluarkan, produk yang sesuai dikeluarkan dan sebagainya. Sekiranya strategi yang digunakan tidak sesuai, ini akan merugikan syarikat. Menurut Kotler et el  (2011),  melalui kebudayaan, institusi dan kuasa-kuasa lain memberi kesan kepada nilai-nilai asas masyarakat, persepsi, keutamaan dan tingkah laku.

Elemen persekitaran ini boleh memberi ancaman dan peluang kepada organisasi terutama dari aspek keperluan dan kehendak pelanggan. Contohnya, sesetengah amalan perniagaan Nestlé pernah diselubungi kontroversi, terutamanya kes yang mana susu bayi dipasarkan di negara-negara membangun, lalu mencetuskan pemboikotan Nestlé.


3.4.Kesan Elemen Politik Dan Undang-undang
Politik dan undang-undang yang dibuat merupakan sebahagian daripada persekitaran makro di mana setiap kumpulan yang berlainan akan bersaing dengan tujuan untuk memperolehi perhatian dan sumber. Keadaan ini berlaku kerana para usahawan atau majikan telah menggunakan kekuatan politik yang mereka ada. Para usahawan perlu menerima dan mematuhi polisi, undang-undang dan peraturan di mana perniagaan tersebut dijalankan. Usahawan terpaksa menerima unsur-unsur politik dan undang-undang yang dibuat atau telah di buat bagi tujuan pelaburan. Antaranya,  merujuk kepada berlakunya rasuah, ketidakstabilan dan keganasan di kawasan di mana perniagaan dijalankan.

Di kawasan yang risiko politik adalah tinggi, adalah sukar dan mempunyai kos yang tinggi untuk usahawan membeli, melindungi dan mengatur sumber yang menyebabkan berlakunya penambahan kos untuk pelaburan baru. Undang-undang penting yang dilihat yang boleh menjejaskan perniagaan atau pelaburan termasuklah undang-undang dalam bidang kepenggunaan, hubungan pekerja, alam sekitar dan amalan yang kompetitif. Persekitaran ini boleh mempengaruhi sesebuah organisasi khususnya mempengaruhi objektif organisasi, dasar, keputusan, sekatan undang-undang dan juga undang-undang berkaitan cukai. Melalui undang-undang halangan perdagangan dan tariff yang dikenakan terhadap perkhidmatan dan barangan yang didagangkan dalam pasaran antarabangsa. Keadaan ini bukan sahaja menyekat, malah menghalang sumber aliran bebas dari negara lain.




4.CARA UNTUK MENGURUSKAN ELEMEN-ELEMEN PERSEKITARAN MAKRO DALAM NESTLE
4.1.Aspek Ekonomi
Nestlé perlu membuat analisa dan kajian terhadap dasar ekonomi, sistem ekonomi dan persekitaran ekonomi sama ada pada tahap tempatan, nasional dan global di mana operasi dan perkhidmatan mereka dijalankan. Ini kerana persekitaran ekonomi memainkan peranan penting di dalam kegagalan dan kejayaan sesebuah organisasi. Nestlé perlu mengenalpasti tahap keadaan ekonomi yang akan atau memberi lebih kesan kepada organisasi serta harus meninjau, memantau, meramal dan mentafsir persekitaran ekonomi sama ada diperingkat domestik atau dunia. Sementara itu, Nestlé bukan sahaja perlu mengkaji suasana persekitaran semasa memulakan perniagaan tetapi juga semasa perniagaan sedang berkembang. Persekitaran ekonomi merangkumi semua produk dan penghasilan dalam perkhidmatan, pengedaran, penjualan dan penggunaan. Menurut Cheng Soon (2009), beliau menyatakan bahawa setiap organisasi perlu saling berhubungkait antara satu sama lain.


4.2.Aspek Teknologi
Dalam bercakap soal aspek teknologi, penggunaan teknologi baru dilihat lebih konsisten dan efisen. Nestlé perlu membuat perubahan kecil terhadap reka bentuk, produk formulasi dan pengeluaran serta bahan dan pengedaran. Melalui ini, penciptaan teknologi baru selalunya mempunyai nilai ekonomi dan tiada saingan pada peringkat awal serta dimonopoli oleh sesebuah organisasi tertentu. Nestlé juga perlu bijak dalam mengawal dan memantau perubahan teknologi serta mengesan penggunaan teknologi untuk membantu mengisi keperluan manusia supaya produk yang lebih inovatif dapat dicipta dan diterima dipasaran sasaran seterusnya mengurangkan kos dan meningkatkan kualiti dalam pengeluaran produk dan membawa kepada inovasi.



4.3.Aspek Kebudayaan Sosial
Sesebuah organisasi seperti Nestlé perlu membuat pemantauan dan penyelidikan sama ada dalam aspek lokasi, saiz, kepadatan, bilangan penduduk, kelas sosial dan statistik lain berhubung populasi penduduk dalam sesebuah kawasan. Ini kerana secara tidak langsung mempengaruhi perkembangan sesebuah organisasi terutama dalam aspek jumlah kuantiti produk yang akan dikeluarkan atau produk yang sesuai dikeluarkan kerana populasi membentuk pasaran. Ini dapat dilihat melalui populasi penduduk di mana peningkatan populasi menyebabkan kuasa beli akan menjadi semakin besar.

Selain itu, kesemua unsur ini menjadi faktor sumbangan kepada kehendak pengguna, kuasa membeli dan kapasiti organisasi. Dengan ini sesebuah organisasi perlu melihat terlebih dahulu faktor-faktor demografi sebelum membuka atau memulakan operasi dalam perniagaan mereka. Sementara itu, Nestlé juga perlu menilai dan memantau pertukaran cara hidup masyarakat bagi tujuan untuk mengenalpasti peluang perniagaan.


4.4.Aspek Politik Dan Undang-undang
Nestlé terutamanya perlu menilai dan mengawasi persekitaran politik sepenuhnya untuk mengenalpasti ancaman dan peluang yang ada. Nestlé juga perlu mengawasi apa yang sedang dan akan berlaku kerana ianya akan memberi kesan, samaada secara langsung atau tidak langsung kepada syarikat. Ini bertujuan agar tindakan yang dilakukan tidak mendatangkan sebarang masalah iaitu dengan membuat perancangan produk dan program pemasaran syarikat. Keadaan ini dapat mewujudkan persaingan yang sihat di dalam organisasi dan ianya juga memberi peluang untuk memulakan dan mengembangkan perniagaan mereka sendiri.

Menurut Hogan et al (1999), memperbaiki pengurusan persekitaran undang-undang iaitu dengan cara meningkatkan dan menetapkan peraturan, garis panduan dan dasar-dasar dalam sesebuah organisasi wajib dipatuhi. Selain itu, ianya bertujuan mewujudkan atau mengenakan kawalan untuk menghadkan keuntungan yang berlebihan serta menggalakkan penggunaan oleh para pelanggan. Selain bertujuan untuk menggalakkan pelanggan atau pembekal membayar kos penuh dan mengenakan kawalan untuk mencegah tingkah laku yang jahat serta memantau dan menguruskan prestasi dan kualiti bagi memastikan standard yang boleh diterima.



5.KESIMPULAN
Persekitaran merujuk kepada faktor yang memberi kesan positif atau negatif kepada keupayaan organisasi untuk terus beroperasi dan berkembang di samping mengekalkan urus niaganya dengan para pembeli dan pengguna sasaran. Perubahan sentiasa berlaku dalam persekitaran samaada secara mendadak, perlahan atau tidak menentu. Keadaan ini juga mampu memberi kesan yang mendalam dan mengejut kepada organisasi. Oleh itu, apa yang dapat dirumuskan adalah organisasi berada di dalam satu persekitaran yang luas. Dalam persekitaran ini, wujud kuasa-kuasa yang boleh dikawal dan tidak boleh dikawal yang mana akan memberi peluang serta ancaman kepada keupayaan organisasi untuk terus beroperasi. Apabila sesebuah organisasi mula beroperasi, ianya tidak berada dalam satu keadaan yang strategik atau tidak berubah.

Untuk berjaya dengan lebih kehadapan berbanding dengan organisasi lain, Nestlé perlu mematuhi strategi persekitaran organisasi serta di mana ianya beroperasi atau dapat membentuk semula organisasi tersebut dengan lebih baik melalui pilihan strategi yang berkesan. Apa yang dapat dilihat disini adalah langkah yang perlu di ambil untuk mengurus elemen ini ialah dengan membuat perancangan yang baik di mana sesebuah organisasi perlu memahami persekitaran makro terlebih dahulu. Ini kerana, sesebuah organisasi bukan sahaja perlu mengkaji suasana persekitaran semasa memulakan operasi organisasi, malah perlu juga mengkaji semasa operasi organisasi sedang berkembang. Sesebuah organisasi dilihat gagal apabila strategi organisasinya tidak sesuai dengan persekitaran di mana organisasi tersebut beroperasi.

Dalam erti kata lain, sesebuah organisasi boleh dipengaruhi oleh persekitaran ini namun, organisasi tidak boleh mempengaruhi persekitaran ini. Sesebuah organisasi itu perlu mengetahui strategi perancangan yang perlu diselaraskan agar organisasi boleh mendapatkan dan mengekalkan syarikat tersebut terutama dalam aspek berdaya saing. Justeru, persekitaran makro terdiri daripada kuasa-kuasa yang berada di luar organisasi dan secara amnya dan tidak boleh diubah oleh tindakan organisasi tersebut. Persekitaran ini dilihat berhubung secara tidak langsung dengan organisasi.

Setelah mengawasi serta mengetahui peranan dan pengaruh persekitaran makro kepada sesebuah organisasi terdapat kesan secara langsung dan tidak langsung yang boleh memberikan peluang dan ancaman untuk jangka waktu pendek atau panjang dan menjadikan organisasi semakin kukuh atau sebaliknya bergantung kepada tindakan dan pendekatan yang di ambil oleh organisasi tersebut. Oleh itu, sesebuah organisasi perlulah mengawasi sebarang perubahan yang berlaku di dalam elemen-elemen tersebut agar tidak memberi kesan yang buruk kepada organisasi itu sendiri.



2496 Perkataan



APENDIKS
6.RUJUKAN / REFERENSI
Macro Environment Forces. (n.a.). [Online].
Environment-Elements-734276.html. [2014, Februari 16].

Macro Environment Elements. (n.a.). [Online].
[2014, Februari 17].

Mengenalpasti Faktor-faktor Persekitaran Makro Yang Mempengaruhi Aktiviti Perniagaan Syarikat. (n.a.). [Online].

Keusahawanan. (2009). [Online].
keusahawanan.html. [2014, Februari 17].

Persekitaran Perniagaan. (n.a.). [Online].
persekitaran-perniagaan/. [2014, Februari 18].

Impact Of Macro Environment Forces On The Components Of The Core Marketing System. (n.a.).                 [Online].
Macro-Environment-Forces-On/162521. [2014, Februari 18].

Nestlé. (n.a). [Online].
Available : http://www.nestle.com.my/. [2014, Februari 19].

Sejarah Nestlé. (n.a.). [Online].
[2014, Februari 19].

Nestle Tambah Jumlah Pelaburan Di Malaysia. (20110 [Online].
pelaburandiMalaysia/Article. [2014, Februari 19].

Komitmen Nestle Malaysia Diiktiraf. (2013). [Online].

malaysia-diiktiraf-1.216044. [2014, Februari 19].

1 comment:

  1. PERKHIDMATAN PEMBIAYAAN LE-MERIDIAN. syarikat pinjaman yang memberi saya pinjaman sebanyak 5,000,000.00 USD Apabila pelabur-pelabur lain yang lain telah mengabaikan tawaran saya tetapi Le_Meridian Funding Service memberi saya pinjaman yang memuaskan. langsung ke pembiayaan pinjaman dan projek dari segi pelaburan. mereka menyediakan penyelesaian pembiayaan kepada syarikat dan individu yang mencari akses kepada dana pasaran modal, mereka dapat membantu anda membiayai projek anda atau mengembangkan perniagaan anda. Hubungi E-mel :::: lfdsloans@lemeridianfds.com Juga lfdsloans@outlook.com atau Tulis pada Whatsapp Nombor pada 1- (989-394-3740) Berpikir Baik,

    ReplyDelete