Wednesday 2 March 2016

Assignment - Year 3 (Semester 3 - September) PENGENALAN KEPADA PSIKOLOGI KESIHATAN ABPG2103

1.PENGENALAN
Umum mengetahui bahawa gaya hidup yang sihat merupakan kunci utama kepada kesejahteraan insan. Justeru, kesihatan amat penting dalam menjamin keceriaan hidup. Kesihatan juga merujuk kepada satu keadaan di mana tubuh badan yang tidak mengalami sebarang masalah atau mudah diserang penyakit berjangkit yang lain. Terdapat pelbagai langkah yang boleh diamalkan oleh seseorang individu untuk memiliki tahap kesihatan yang baik.

Ramai dikalangan kita sendiri yang mengambil mudah akan kesihatan diri dan mengambil tindakan hanya apabila menghadapi masalah kesihatan dan bila mana berada pada peringkat yang serius. Ini juga merupakan salah satu tabiat buruk yang wujud dalam masyarakat dewasa ini. Benarlah seperti kata pepatah, mencegah lebih baik daripada mengubati. Setiap penyakit mempunyai gejala-gejala serta tanda awal sebelum menjadi serius dan merebak. Sekiranya dapat ditangani dengan lebih awal, maka secara tidak langsung ianya akan dapat dicegah. Sementara itu, melalui pengetahuan asas mengenai penyakit dan rawatan akan dapat membantu kita membuat rawatan awal dan membuat pencegahan.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kesihatan merupakan suatu keadaan yang sempurna dari segi fizikal, mental dan sosial bukan semata-mata ketiadaan penyakit sahaja. Kesihatan termasuk juga cara hidup seharian individu itu sendiri. Kesihatan berkait rapat dengan cara bagaimana kita memberi maklum balas terhadap orang lain, persekitaran dan cabaran-cabaran kehidupan seharian. Kesihatan terbahagi kepada beberapa cabang iaitu kesihatan fizikal, kesihatan sosial, kesihatan mental, kesihatan emosi, kesihatan persekitaran dan kesihatan rohani.

Kesihatan Fizikal iaitu di mana individu yang mencapai tahap kesihatan fizikal mempunyai ketahanan terhadap sebarang penyakit yang boleh menjejaskan fungsi tubuh serta tahap kecergasan yang optimum dan berupaya melakukan aktiviti seharian dengan baik. Sementara kesihatan sosial pula merujuk kepada keupayaan individu untuk memenuhi hubungan interpersonal yang membawa kesan yang baik ketika berinteraksi dengan masyarakat. Seterusnya, kesihatan mental di mana tahap keupayaan intelektual. berupaya berfikir secara rasional. Kesihatan emosi melibatkan keupayaan untuk mengawal emosi. Ianya membolehkan seseorang individu itu menghadapi tekanan hidup dengan tenang. Dalam pada itu, kesihatan persekitaran merujuk kepada keupayaan individu memainkan peranan untuk melindungi persekitaran dengan baik. Dan yang terakhir pula merupakan kesihatan rohani di mana keupayaan individu untuk mengamalkan prinsip-prinsip hidup yang positif yang kebiasaannya dikaitkan dengan aspek-aspek kerohanian seperti falsafah hidup, kepercayaan dan keyakinan diri.

Dalam erti kata lain, kesihatan amat penting dalam menjalani kehidupan seharian. Jika tubuh tidak mempunyai tahap kesihatan yang baik, nescaya segala kegiatan atau aktiviti tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna. Oleh itu bagi menjamin kesejahteraan dalam kesihatan, kita tidak perlu mengejar kekayaan dan mengabaikan aktiviti yang berfaedah seperti bersukan dalam kegiatan seharian.



2.PSIKOLOGI KESIHATAN
Psikologi kesihatan sering dikaitkan dengan perubatan tingkahlaku (Behavioral Medicine) di mana ianya memberi kesan di luar bidang psikologi. Psikologi kesihatan adalah sebahagian dari psikologi klinikal yang memfokuskan kepada kajian dan fungsi kesihatan individu terhadap diri dan persekitarannya termasuklah penyebab dan faktor-faktor yang dikaitkan dengan permasalahan kesihatan individu. Menurut Matarazzo (1980), psikologi kesihatan adalah suatu agregat dari specific educational dan kontribusi saintifik professional dari disiplin psikologi untuk memajukan atau memelihara  kesihatan termasuk juga dalam menangani penyakit dan aspek-aspek lain yang berkait dengannya. Sementara itu, menurut Rice (1998), lahirnya psikologi kesihatan itu didasari oleh adanya dua persprektif yang bersangkutan dengan kesihatan iaitu tradisi biomedis dan prespektif psikologi.

Dalam erti kata lain, psikologi kesihatan dibangunkan untuk memahami pengaruh psikologi terhadap bagaimana seseorang itu menjaga dirinya agar tetap sihat, dan mengapa mereka menjadi sakit selain menerangkan apa yang mereka lakukan ketika mereka jatuh sakit. Psikologi kesihatan tidak mendefinisikan ‘sihat’ sebagai tidak sakit. Sehat dilihat sebagai pencapaian yang melibatkan keseimbangan antara kesejahteraan fizikal, mental dan sosial. Psikologi kesihatan mempelajari selruh aspek kesihatan dan sakit sepanjang rentang hidup. Psikologi kesihatan tumpuan pada pemeliharaan dan peningkatan kesihatan, seperti bagaimana mendorong anak mengembangkan kebiasaan hidup sihat, bagaimana meningkatkan aktiviti fizikal dan bagaimana merancang suatu kempen yang boleh mendorong orang lain memperbaiki pola pemakanannya.

Psikologi kesihatan juga mempelajari aspek-aspek psikologi dari pencegahan dan rawatan sakit. Seorang psikologi kesihatan contohnya, membantu mereka yang bekerja di persekitaran yang mempunyai tahap stress yang tinggi untuk menguruskan stress dengan berkesan, sehingga tekanan yang dialami di persekitaran kerja tidak menjejaskan kesihatan mereka. Seorang ahli psikologi kesihatan juga boleh bekerja dengan mereka yang sedang menderita suatu penyakit agar dapat menyesuaikan mental dan fizikal mereka dengan penyakit tersebut atau untuk mematuhi rawatan yang direka oleh doktor yang merawatnya.

Psikologi kesihatan juga fokus pada etiologi dan kaitannya dengan kesihatan, sakit dan disfungsi. Etiologi merujuk pada asal dan penyebab sakit dan psikologi kesihatan secara khusus tertarik pada faktor-faktor perilaku dan sosial yang menyumbang kesihatan dan sakit dan disfungsi. Faktor-faktor tersebut meliputi kebiasaaan seperti pengambilan alkohol, merokok, sukan, mengenakan sabuk keselamatan dan cara-cara 'berkawan' dengan stress. Dalam pada itu juga, psikologi kesihatan menganalisa dan berusaha meningkatkan sistem penjagaan kesihatan dan merumuskannya dalam dasar kesihatan. Psikologi kesihatan mempelajari kesan institusi kesihatan dan tenaga perubatan dan paramedis terhadap tingkah laku seseorang dan mengembangkan cadangan untuk meningkatkan penjagaan kesihatan.


3.KEPENTINGAN PSIKOLOGI KESIHATAN KEPADA MASYARAKAT
Apabila kita bercakap mengenai kesihatan, ianya tidak hanya kira-kira satu badan yang sihat matlamat aussi tentang kesihatan mental yang baik. Kesihatan yang baik boleh digambarkan sebagai keadaan di mana badan serta minda kita berfungsi dengan baik. Punca utama disebalik keadaan kesihatan yang teruk adalah disebabkan oleh penyakit, tabiat pemakanan yang tidak seimbang dan berhasiat, kecederaan, tekanan perasaan dan mental, pengabaian kebersihan diri dan persekitaran, gaya hidup yang tidak sihat dan sebagainya.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, gaya hidup kita telah berubah dan kita cenderung mengabaikan kepentingan cara hidup yang sihat walau apa cara sekalipun tanpa memikirkan kesan yang bakal dihadapi. Terdapat beberapa faktor kepentingan psikologi kesihatan kepada masyarakat seperti perubahan corak penyakit, perkhidmatan penjagaan kesihatan diperluaskan, peningkatan penerimaan perubatan dan kemajuan dalam penyelidikan.

Dalam perubahan corak penyakit, kita dapat lihat akhir-akhir ini corak penyakit yang sentiasa berubah-ubah. Terdapat penyakit yang tidak berjangkit seperti penyakit jantung, kanser dan kencing manis yang mana ianya menyumbang kepada kematian dan hilang upaya berbanding dengan penyakit berjangkit seperti batuk kering dan radang paru-paru. faktor utama yang menyumbang kepada penyakit tidak berjangkit adalah gaya hidup dan faktor sosial. Dalam faktor kedua pula menekankan bahawa pencegahan adalah lebih baik daripada mengubati. Hal ini kerana, kos penjagaan kesihatan untuk rawatan penyakit dewasa ini semakin meningkat.

Oleh itu, penjagaan dari segi pencegahan untuk penyakit-penyakit biasa mesti menjadi penekanan utama dalam mengatasi sebarang penyakit. Sementara itu, dalam peningkatan penerimaan perubatan ahli psikologi kesihatan diterima sebagai sebahagian daripada profesion perubatan bagi negara-negara lain. Namun di Malaysia, sumbangan ahli psikologi kesihatan kepada perkhidmatan penjagaan perubatan masih dilihat agak terhad. Akhir sekali, dari segi kemajuan dalam penyelidikan pula lebih banyak penyelidikan psikologi diperlukan untuk menyumbang kepada bidang perubatan.

Terdapat beberapa maafaat kehidupan yang sihat dalam mempersoalkan tentang kepentingan psikologi kesihatan  dalam masyarakat. Tubuh badan kita bebas dari pelbagai bentuk gangguan kesihatan dan secara tidak langsung juga kehidupan kita menjadi lebih lama. Seseorang individu itu boleh hidup tanpa mengalami apa-apa kesakitan, kecederaan atau berada dalam keadaan tidak selesa jika mereka pandai mengurus serta menjaga kesihatan mereka. Dalam setiap perincian kehidupan, seseorang individu itu mampu melaksanakan keupayaan menjaga kesihatan sendiri dengan sebaik-baiknya.

Dengan melakukan kerja-kerja yang baik seperti bersenam dan sebagainya akan membantu kita menjadi seorang individu yang sihat dan berkualiti. Selain itu, apabila seseorang individu sihat dari segi fizikal, maka akan terlihat secara tidak langsung di wajahnya. Namun begitu, jika seseorang individu itu mempunyai bentuk tubuh badan yang tidak menarik mereka juga bole menjalani kehidupan yang aktif jika mengamalkan diet dan senaman fizikal secara berkesan walaupun meningkat usia. Pendek kata, kesihatan dan kesejahteraan membawa kepada satu peningkatan yang drastik dalam kualiti keseluruhan kehidupan kita.

Kepentingan psikologi kesihatan juga dapat dilihat apa kita berada di tempat kerja. Ini kerana sebagai seorang pekerja, kita seharusnya menjaga baik kesihatan diri sama ada di tempat kerja mahupun di rumah. Ini akan membuat kita lebih bertenaga dan mampu melakukan melakukan tugas-tugas yang berat tanpa memaksa diri sendiri secara keterlaluan. Selain itu, kita akan bersikap positif dalam mengendalikan tugasan harian di tempat kerja apabila minda dan tubuh badan kita bebas dari tekanan kerja dan tekanan mental.

Justeru, kita akan  lebih bermotivasi menyiapkan segala tugasan yang diberikan. Dengan ini, fikiran kita secara semulajadi cenderung memberi tumpuan kepada perkara yang positif berbanding perkara yang negatif. Dan yang paling penting, pada penghujung hari kita dapat berehat secukupnya dan memulakan hari seterusnya dengan ceria dan bertenaga. Hasilnya, kita akan menjadi seorang pekerja contoh di tempat kerja dengan menunjukkan aura dan sikap yang positif.

Sementara itu, kepentingan psikologi kesihatan kepada masyarakat dapat dilihat di kalangan kanak-kanak. Adalah penting untuk kanak-kanak kekal sihat dalam  pertumbuhan dan perkembangan minda serta tubuh badan mereka . Mereka memerlukan tenaga yang cukup untuk belajar di sekolah terutamanya. Mereka perlu memberi  tumpuan di dalam kelas dan menyertai sepenuhnya dalam aktiviti-aktiviti yang diadakan seperti sukan di padang. Dengan ini, mereka perlu pemakanan yang seimbang termasuk karbohidrat, protein, kalsium, mineral dan lain-lain.

Namun, hari ini kebanyakan ibu bapa mempunyai pengetahuan asas pemakanan dan kesihatan anak-anak mereka. Bagaimanapun, mereka seringkali gagal mengambil berat akan rutin kesihatan harian anak-anak mereka dengan membawa anak-anak melakukan pemeriksaan di klinik atau hospital sama ada perkembangan dari segi ketinggian dan berat badan atau pemeriksaan pergigian serta pemeriksaan mata. Jika mereka prihatin, secara tidak langsung dapat menghalang sebarang masalah kepada kesihatan anak-anak mereka kelak.



4.PERANAN AHLI PSIKOLOGI KESIHATAN
Untuk menjadi seorang ahli psikologi kesihatan, amat penting bekerja dengan baik dalam persekitaran berpasukan. Bagi ahli psikologi kesihatan yang bercita-cita untuk bekerja secara langsung dalam rawatan pesakit, mereka memerlukan emosi yang stabil dan dapat menyesuaikan diri dengan situasi yang berbeza serta mampu untuk menanganiya secara berkesan dengan para pesakit.

Ahli psikologi kesihatan membantu para pelanggannya untuk mengatasi permasalahan-permasalahan yang dihadapinya. Ada diantaranya menderita masalah emosional atau kesihatan mental seperti kemurungan atau skizofrenia. Sebahagian lagi menderita pada pemikirannya yang seringkali disebut masalah kognitif. Selain itu, terdapat banyak lagi aspek kehidupan yang dapat dibantu oleh seorang ahli psikologi kesihatan. Termasuklah dalam membantu pelanggan menguruskan dan mengatasi keadaan kesihatannya seperti kanser atau penyakit kronik yang lain, mengatasi duka, membantu mereka yang mempunyai masalah dengan hubungan interpersonal dan sebagainya.

Adakalanya ahli psikologi kesihatan ini membantu pelanggan-pelanggannya secara langsung. Misalnya dengan mengadakan pertemuan-pertemuan secara peribadi dan menjamin segala kerahasiaan di bilik kaunseling selama beberapa sesi. Kadang-kadang ahli psikologi klinikal juga merujuk pelanggan-pelanggannya ke ahli psikologi kesihatan lain yang boleh membantu dengan lebih terperinci lagi mengikut situasi tertentu pelanggannya.

Sementara itu, antara tugas profesional seorang ahli psikologi kesihatan adalah melaksanakan prinsip asas psikologi kesihatan sebagai ilmu terapan. Terdapat beberapa peranan yang dimainkan oleh ahli psikologi kesihatan  seperti terapi, penilaian, mengajar dan perundingan. Dalam terapi ianya dikenali sebagai psikoterapi di mana pada umumnya terapi ini menampilkan empat perkara penting iaitu membantu hubungan murni yang bersifat memelihara hubungan antara ahli terapi dengan pelanggan, membantu pelanggan melakukan eksplorasi atau  perubahan diri, ahli terapi dan pelanggan bersama-sama bekerjasama menyelesaikan masalah dan membantu pelanggan untuk mengurangkan stress.

Penilaian merupakan proses yang digunakan oleh ahli psikologi kesihatan untuk mengamati dan menilai masalah sosial dan psikologi para pelanggan baik dari segi kekurangan mahupun kelebihannya. Selain itu, mengajar pula bermaksud memberikan maklumat dan latihan mengenai topik-topik yang termasuk ruang lingkup pengetahuan yang berlandaskan professionnya seperti psikologi klinikal, psikologi abnormal, psikologi kaunseling dan sebagainya kepada umum selain para pelanggannya. Dalam perundingan pula, ahli psikologi kesihatan memberikan bimbingan bagi perseorangan, kumpulan atau organisasi untuk membangunkan kualiti diri. Ianya disebut sebagai perundingan kerana tujuan psikologi kesihatan dalam hal ini membantu pelanggan atau klien melalui pekerjaan serta permasalahan mereka.

Selain itu, sebagai seorang ahli psikologi kesihatan, mereka perlu menggunakan teknik-teknik yang berbeza-beza dari model bioperubatan dan model biopsikososial. Menurut  Markus (2007), bioperubatan adalah model konsep penyakit psikologi kesihatan mungkin yang tidak termasuk sosial dan psikologi dan hanya termasuk faktor-faktor biologi dalam usaha untuk memahami penyakit dalam perubatan individu. Dalam model bioperubatan juga, kesihatan merupakan kebebasan dari penyakit, sakit atau kecacatan. Dengan menggunakan kaedah saintifik penyelidikan dan penggunaan pengetahuan saintifik yang sangat dihormati dan model ini banyak digunakan oleh ahli psikologi kesihatan yang bekerja di klinikal asas seperti bekerja di hospital. Akan tetapi model ini mendapat beberapa kritikan kerana ahli profesional kesihatan berkata ianya hanya memberi tumpuan kepada penyakit dan bukannya individu.

Dalam pada itu, menurut Yaniv&Michaela (2008), biopsikososial adalah model yang mencadangkan biologi, sosial, faktor-faktor psikologi untuk diagnosis dan rawatan model biopsikososial juga termasuk faktor emosi seperti takut akan rawatan dan faktor tingkah laku faktor seperti merokok, diet, bersenam atau penggunaan alkohol. Semua faktor-faktor ini memainkan peranan penting dalam fungsi manusia dalam konteks penderitaan kesihatan atau penyakit. Model ini juga memerlukan ahli psikologi kesihatan mengakui dan memahami keadaan mana-mana individu. Menurut Ogden (2007), model biopsikososial adalah berbeza dengan model bioperubatan yang mencadangkan bahawa setiap prosedur penyakit dapat dijelaskan dari segi fungsi seperti genetik, patogen, kelainan perkembangan atau kecederaan.

Selain itu, antara peranan ahli psikologi kesihatan ialah menggunakan teori-teori psikologi dan campur tangan untuk pencegahan asas dan kesihatan yang berkaitan dengan perubahan tingkah laku dalam persekitaran masyarakat dan tempat kerja untuk mengurangkan risiko kesihatan dan tingkah laku yang merosakkan, menyiasat proses kognitif yang menjadi pengantara dan menentukan kesihatan dan tingkah laku penyakit, mengambil kira kesan psikologi terhadap penyakit akut dan kronik ke atas individu dan keluarga mereka untuk meningkatkan kualiti hidup serta mengurangkan kecacatan dan menjalankan penyelidikan yang boleh memberi kesan polisi dalam penjagaan kesihatan individu.



5.KESIMPULAN
Psikologi kesihatan menjadi semakin popular dan ruang kerjaya yang semakin meningkat. Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, penekanan kepada kesihatan menjadi amat penting bagi masyarakat. Kesihatan amat penting dalam menjamin keceriaan hidup setiap individu. Namun, tiada orang yang benar-benar mengambil berat akan permasalahan ini. Apabila berbicara mengenai kesihatan, sudah tentu banyak hal yang dapat dibicarakan. Salah satunya adalah tentang bagaimana kita dapat menjaga dan juga meningkatkan kualiti kesihatan kita. Umum mengetahui bahawa idea untuk makanan yang bergizi, senaman yang teratur dan rehat yang cukup merupakan usaha tunggal untuk kekal sehat. Namun, ada satu lagi aspek penting yang berpengaruh pada kualiti kesihatan kita iaitu keadaan psikologi kita sendiri.

Sebab itulah psikologi kesihatan memainkan peranan penting dalam kehidupan kita untuk menghadapi dunia yang serba moden ini. Psikologi Kesihatan juga mempelajari aspek-aspek psikologi dari pencegahan dan rawatan. Seseorang ahli psikologi kesihatan misalnya, membantu individu yang bekerja yang memiliki tingkat stress yang tinggi untuk mengatasi stress dengan efektif sehingga tekanan yang dialaminya di tempat kerja tidak mempengaruhi kesihatan mereka.


Antara cara meningkatkan kualiti psikologi kesehatan kita adalah dengan memperhatikan kualiti pemikiran kita. Pemikiran mengenai kesihatan tentu tidak hanya terbentuk dari diri kita malah melalui persekitaran. Dengan ini kita seharusnya tahu bahawa teman, keluarga atau siapa pun di sekeliling kita pasti akan memberikan kesan pada kita dalam  membentuk pemikiran mengenai tahap kesihatan.

Sementara itu, bergaul dengan kumpulan atau komuniti tertentu di mana terdiri dari individu-individu yang mempunyai tahap kesihatan yang sihat akan membuatkan kita lebih bermotivasi untuk meningkatkan kualiti kesihatan kita di samping membuatkan orang di sekeliling kita juga turut terangsang untuk menjaga kesihatan. Dari perkembangan batasan kesihatan seperti tersebut diatas dapat disimpulkan bahawa kesihatan masyarakat itu bermula dari kebersihan, teknik kebersihan, ilmu perubatan kuratif, ilmu perubatan pencegahan sehinggalah ilmu sosial dan itulah meliputi ilmu kesihatan masyarakat. Dalam erti kata lain, tidak kira di mana tahap kesihatan kita, terdapat banyak pilihan corak tingkah laku yang dapat kita lakukan menuju ke arah kesihatan dan kualiti hidup yang lebih baik tetapi hanya diri kita yang dapat menentukan pilihan kita sendiri. Jadi pilihlah dengan bijak dan nikmati pilihan tersebut supaya kita kekal sihat dan dapat meneruskan kehidupan yang serba mencabar ini.




2540 Perkataan




APENDIKS

6.RUJUKAN / REFERENSI
Kesihatan. (n.a.). [Online].
Available : http://ms.wikipedia.org/wiki/Kesihatan. [2013, Oktober 10].

Apa itu 'KESIHATAN'?. (2011). [Online].
[2013, Oktober 10].

Definisi Kesihatan. (2011). [Online].
[2013, Oktober 10].

What Is Health? What Does Good Health Mean?. (n.a.). [Online].
            Available : http://www.medicalnewstoday.com/articles/150999.php.
            [2013, Oktober 12].

What is health?. (2011). [Online].
            Available : http://www.bmj.com/content/343/bmj.d4817?tab=responses.
            [2013, Oktober 13].

Psikologi Kesihatan. (2012). [Online].
[2013, Oktober 13].

Memahami Psikologi Kesihatan. (2010). [Online].
[2013, Oktober 13].

Psikologi Kesehatan. (2012). [Online].
Available : http://amtorwairisal.blogspot.com/. [2013, Oktober 13].

Psikologi Kesehatan Dan Pengobatan Keperilakuan. (n.a.) [Online].
-dan-pengobatan.html. [2013, Oktober 13].

Apa Itu Psikologi Kesehatan?. (2013). [Online].
[2013, Oktober 13].

Health Psychology. (n.a.). [Online].
Available : http://en.wikipedia.org/wiki/Health_psychology. [2013, Oktober 13].


Health Psychology Center Presents: What is Health Psychology. (n.a.). [Online].
[2013, Oktober 13].

What is Health Psychology?. (n.a.). [Online].
[2013, Oktober 13].

Definition of Health Psychology. (n.a.). [Online].
[2013, Oktober 13].

Why is Public Health Important?. (n.a.). [Online].
[2013, Oktober 13].

Psikologi Dalam Kesehatan. (2012). [Online].
[2013, Oktober 13].

Psikologi Dan Dunia Kesehatan. (2012). [Online].
kesehatan-un-edited-version/. [2013, Oktober 13].

Tugas Psikologi Kesehatan. (2012). [Online].
[2013, Oktober 13].

Peran Psikolog Klinis dalam Setting Sosial dan Perkembangan. (n.a.). [Online].
dalam-setting.html. [2013, Oktober 13].

Roles of a health psychologist. (n.a.). [Online].
psychologist.php. [2013, Oktober 13].

What are the roles and duties of a health psychologist?. (n.a.). [Online].
duties-of-a-health-psychologist.html#chitika_close_button. [2013, Oktober 13].

Current Functions Of Clinical And Health Psychologist. (n.a.). [Online].
           Available : http://www.cop.es/english/docs/current.htm. [2013, Oktober 13].



No comments:

Post a Comment