Tuesday 1 March 2016

Assignment - Year 3 (Semester 2 - May) PSIKOLOGI DEWASA DAN ORANG TUA ABPD3103

PENGENALAN
Semua orang tahu bahawa kematian itu berlaku apabila pernafasan dan jantung berhenti berdenyut buat selama-lamanya. Tiada siapa yang boleh melepaskan diri dalam berhadapan dengan kematian walau siapa pun  kita. Kebanyakan orang cuba menghindari untuk berfikir tentang kematian. Dalam kehidupan yang serba canggih ini, seseorang biasanya menyibukkan dirinya dengan memikirkan hal-hal lain dari memikirkan tentang kematian.

Dalam pada itu, kehidupan boleh ditafsirkan sebagai sebuah proses kebiasaan yang dilakukan seharian. Membicarakan tentang kematian juga sering dielak oleh mereka yang merasa tidak selesa mendengarnya. Mereka menganggap bahawa kematian hanya akan terjadi ketika seseorang telah lanjut usia. Namun begitu haruslah diingat tiada yang dapat menjamin bahawa seseorang akan terus hidup dalam satu jam berikutnya. Setiap hari, kita dapat menyaksikan kematian orang lain disekeliling tetapi tidak memikirkan tentang hari ketika orang lain pula menyaksikan kematian kita tanpa kita sendiri menyangka bahawa kematian juga sedang menanti.

Walau bagaimanapun, kematian bukan hanya dihadapi oleh orang yang berusia tetapi kematian juga boleh berlaku melalui penyakit yang dihidapi seseorang. Justeru, dalam tugasan kali ini, saya akan menghuraikan tentang proses kematian dari aspek perubahan fisiologi dan psikologi, isu-isu yang dihadapi serta membantu orang yang berhadapan dengan kematian dan proses kematian. 

Gambar : Kematian
Sumber : ustadzmuslim.com



LIMA ASPEK FISIOLOGI DAN PSIKOLOGIKAL
Aspek Fisiologi
Fisiologi ialah kajian tentang fungsi struktur tubuh manusia seperti sistem pengaliran darah, sistem pernafasan, sistem saraf, sistem penghadaman dan sistem otot rangka. Dari
aspek fisiologi, saya akan menerangkan bagaimana seseorang itu menghadapi kematian dan proses kematian seperti dibawah.


Sistem Pengaliran Darah
Sistem pengaliran darah adalah salah satu sistem yang penting di dalam tubuh badan manusia. Sistem pengaliran darah manusia dikenali sebagai sistem pengaliran tertutup dan ganda dua atau ‘double closed and complete circulatory system’. Hal ini kerana, darah dalam tubuh manusia mengalir dalam salur darah berterusan melalui jantung sebanyak dua kali dalam satu peredaran lengkap atau ‘complete circulatory’. Sistem  pengaliran ganda dua pada manusia terdiri daripada dua sistem pengaliranyang utama iaitu sistem pengaliran pulmonari (pulmonary circulation) dan sistem pengaliran sistemik (systemic circulation).

Dengan yang demikian, apabila seseorang yang berhadapan dengan kematian keadaan pengaliran darahnya adalah tidak lancar. Ini disebabkan oleh saluran darah yang tersumbat dan kemungkinan mengalami masalah komplikasi dalaman yang teruk. Begitu juga semasa proses kematian di mana pengaliran darah akan terhenti dan secara tidak langsung jantungnya juga berhenti berfungsi.

Justeru, muka seseorang itu akan kelihatan pucat apabila berlaku keadaan di mana pengaliran darah terhenti dan secara tidak langsung menunjukkan bahawa seseorang itu mengalami kematian. Dalam erti kata lain, pengaliran darah yang lancar amat penting terhadap tubuh seseorang melainkan jika seseorang itu berhadapan kematian. Fungsi pengaliran darah itu sebagai alat pengangkut sari makanan dan O2 ke seluruh tubuh dan sisa-sisa metabolisme ke alat ekskresi dan mengedarkan air, selain mengedarkan sari makanan juga air yang berfungsi untuk reaksi enzimatis atau untuk menjaga tekanan osmosis tubuh manusia. 

Gambar : Sistem Pengaliran Darah Dalam Tubuh Manusia
Sumber : megasiana.com



Sistem Pernafasan
Sistem pernafasan adalah sistem biologi semua organisma yang membabitkan pertukaran gas. Sistem pernafasan manusia mengandungi saluran pernafasan (nasal passage) di mana udara dilembabkan dan tempat deria bau berfungsi. Semua orang tahu bahawa manusia telah dilengkapi oleh alat yang mampu menghirup udara sehingga memerlukan oksigen kerana tanpa oksigen aktiviti dalam tubuh manusia tidak dapat berlangsung.  

Terdapat dua jenis pernafasan iaitu pernafasan dada dan pernafasan perut. Semasa seseorang itu berhadapan dengan kematian, beliau akan mengalami beberapa kegagalan sistem pernafasan seperti asma, asbestosis, emfisema, pneumonia, pleuritis dan sebagainya. Kegagalan sistem pernafasan ini terjadi apabila pertukaran gas oleh paru paru menjadi tidak cukup seterusnya menyebabkan terjadinya ‘hypoxia’. Kegagalan sisitem pernafasan juga didefinisikan sebagai PaO2 < 60 mmHg. Kegagalan sistem pernafasan dibahagikan kepada dua pecahan besar iaitu Jenis 1 dan Jenis 2 mengikut paras Karbon dioksida dalam darah PaCO2. 

Gambar : Bantuan Pernafasan
Sumber : research.chop.edu



Sistem Saraf
Sistem Saraf  bertindak sebagai sistem koordinasi atau pengatur seluruh aktifitas tubuh manusia mempunyai tiga fungsi utama iaitu sebagai alat komunikasi, pengendali atau pengatur kerja dan pusat pengendali tanggapan. Sistem saraf juga sebagai alat komunikasi antara tubuh dan dunia di luar tubuh yang meliputi mata, hidung, telinga, lidah dan kulit. Dengan adanya  pancaindera, kita mudah mengetahui perubahan yang terjadi di luar tubuh kita.

Dalam aspek fisiologi, selalunya kita dapat melihat seseorang yang berhadapan dengan kematian atau semasa proses kematian biasanya akan menghidapi penyakit saraf terutamanya orang tua. Penyakit saraf ini merupakan salah satu penyakit yang paling ditakuti kerana gejalanya sangat cepat. Selain itu, otak merupakan bahagian terpenting dalam tubuh kerana ia berfungsi sebagai pengendali dalam tubuh dan fikiran kita. Jika tidak ada sistem saraf dalam otak kita, maka gerakan tubuh kita tidak akan normal.

Justeru, sistem saraf memainkan peranan penting dalam tubuh agar saling berhubung. Walau bagaimanapun, sistem saraf tidak luput dari sebarang penyakit. Sistem saraf terdiri daripada banyak jaringan sel khusus yang disebut sebagai sel neuron. Sel neuron terbahagi kepada empat kategori seperti sel sensoris, sel motoris, sel penghubung dan neuron adjustor.

Antara penyakit sistem saraf yang dihadapi oleh mereka yang berhadapan dengan kematian ialah seperti vertigo, alzheimer, bell’s palsy, disleksia, meningitis, parkinson, hidrosefalus, lumpuh otak, radang otak dan sebagainya.  Seseorang yang berhadapan dengan kematian ini biasanya mempunyai kelemahan daya ingatan kerana sistem saraf tidak berfungsi sepenuhnya. 

Gambar : Pesakit Alzheimer
Sumber : ppa.org.ph



Sistem Penghadaman
Sistem penghadaman manusia mengandungi beberapa organ dan kelenjar yang kompleks dalam proses ia menghadamkan makanan. Untuk memastikan makanan yang kita makan bermanfaat pada tubuh kita, tubuh mesti memecahkan makanan-makanan tersebut kepada molekul-molekul yang lebih kecil supaya lebih mudah diproses di samping untuk memudahkan perkumuhan.

Kebanyakan organ-organ penghadaman adalah berbentuk salur tiub dan mengandungi makanan sepanjang makanan tersebut memasuki tubuh manusia. Sistem penghadaman manusia adalah sangat panjang, salur-salur tiub yang berselirat ini bermula dari mulut hinggalah ke dubur dan termasuklah beberapa organ lain yang menghasilkan atau menyimpan enzim-enzim penghadaman. Dalam aspek fisiologi ini, sistem penghadaman seseorang itu gagal ketika berhadapan dengan kematian. Hal ini kerana kurangnya makanan yang berserat serta kurang pengambilan air dalam kuantiti yang sepatutnya.


Sistem Otot Rangka
Umum mengetahui bahawa pergerakan tubuh badan manusia berlaku hasil gabungan sistem rangka dan otot. Kajian menunjukkan reka bentuk struktur sendi dan sokongan yang tegar menyebabkan pergerakan dapat dilakukan. Pergerakan dihasilkan oleh penguncupan dan pemanjangan otot.  Otot juga menentukan magnitud pergerakan. Otot rangka merangkumi beberapa komponan iaitu fiber otot dan fungsi otot. Fiber otot adalah sel–sel otot. Sel–sel otot ini panjang, berbentuk silinder dan mempunyai banyak nukleus. Fiber otot rangka berjalur dan bersaiz besar. Diameternya diantara 10 um hingga 100 um dan panjangnya boleh mencapai sehingga 40 cm. Tisu penghubung terdiri daripada epimisium, perimisium dan endomisium.

Justeru, otot bukan sahaja digunakan bagi menghasilkan pergerakan tetapi otot juga berfungsi untuk mengekalkan postur menstabilkan sendi dan menghasilkan haba. Sebab itulah, semasa seseorang yang sedang berhadapan dengan kematian, selalunya otot rangka mereka akan kelihatan lebih dan tidak dapat bergerak. Hal ini kerana, keupayaan otot rangka mereka bertindak balas dengan keadaan mereka pada ketika itu yang dalam keadaan lemah. Kadang-kadang kebanyakan dari mereka ini tidak mampu lagi untuk bergerak dan lebih banyak memerlukan bantuan dari orang lain.

Gambar : Otot Rangka Manusia
Sumber : biosejati.wordpress.com



Aspek Psikologikal
Psikologikal ialah proses-proses dan struktur-struktur mental dan personaliti seseorang untuk menerangkan tentang kelakuan. Selain itu, dalam aspek psikologikal juga kita dapat lihat corak-corak personaliti yang tertentu dalam diri seeorang yang sedang berhadapan dengan kematian atau semasa proses kematian berlaku dan bagaimana  ciri-ciri tersebut mempengaruhi. Sebagai contoh personaliti yang agresif, peramah, pendiam, kelakuan berubah dan mudah tersentuh hati. Dalam aspek psikologikal ini, saya akan menghuraikan bagaimana ciri-ciri ini banyak mempengaruhi tingkah laku seseorang yang sedang  berhadapan dengan kematian ataupun semasa proses kematian seperti di bawah.


Agresif
Lazimnya, seseorang itu akan bertindak agresif apabila merasakan dirinya terancam atau berada dalam situasi yang munasabah. Begitu juga dengan seseorang yang berhadapan dengan kematian ataupun semasa proses kematian. Hal ini kerana, akibat pengawalan impuls dirinya yang rendah dan simptom-simptom penyakitnya yang serius. Dan kadang-kadang juga, kelakuan agresif ini adalah disebabkan mereka tidak boleh menerima hakikat yang mereka akan berhadapan dengan kematian akibat penyakit yang dialami.


Peramah
Jika dilihat dengan lebih teliti, kita akan rasa pelik apabila seseorang yang kita kenal tiba-tiba bersikap terlalu peramah. Ini akan menimbulkan lagi sikap ingin tahu kita terhadap mereka. Kadang-kadang tanpa kita sedar, seseorang yang terlalu peramah secara tiba-tiba sebenarnya mengetahui sesuatu perkara yang kita sendiri tidak tahu apa yang terjadi kepada mereka. Dari aspek psikologikal, apabila berhadapan dengan situasi seperti yang dinyatakan diatas, seseorang itu bertindak sedemikian kerana mereka dapat menerima keadaan mereka yang semakin singkat. Ini selalunya terjadi kepada mereka yang menyetahui akan penyakit yang dihadapi terutamanya orang tua.


Pendiam
Merupakan salah satu sebab mengapa mereka bertindak sedemikian. Keadaan ini berlaku kepada selalunya kepada mereka yang tidak dapat menerima hakikat dimana mereka akan meninggalkan dunia dalam masa terdekat. Keadaan sebegini amat bahaya kepada mereka sendiri kerana mereka tidak dapat membantu diri mereka untuk menghadapi hari-hari yang mendatang. Dan secara tidak langsung, mereka bersikap pendiam dan berusaha mengelakkan diri dari bercakap atau berbual dengan sesiapa walaupun ahli keluarga terdekat.



Saya sendiri pernah mengalami situasi di mana ahli keluarga terdekat iaitu datuk saya berkelakuan sedemikian apabila beliau tidak dapat menerima hakikat yang beliau menghidapi penyakit jantung dan masalah sebelah buah pinggang yang tidak dapat berfungsi sekaligus. Oleh yang demikian, beliau menjadi pendiam dan kurang bercakap dan bercakap bila perlu sehinggalah beliau menghembuskan nafas terakhir.


Kelakuan Berubah
Keadaan ini juga berlaku kepada individu yang berhadapan dengan kematian atau semasa proses kematian. Sikap dan kelakuan yang ditunjukkan tidak seperti kebiasaannya. Kadang-kadang boleh menjadi marah, terlalu gembira, periang, sedih dan sebagainya semata-mata untuk mendapatkan perhatian dari orang yang terdekat. Dalam erti kata lain, sikap dan kelakuan seseorang itu boleh berubah-ubah lebih-lebih lagi apabila mempunyai waktu yang singkat.


Mudah Tersentuh Hati
Emosi kita juga mudah tersinggung dan tersentuh walau siapa pun kita. Begitu juga dengan individu seperti yang dimaksudkan di mana  mudah tersentuh kerana selalu menilai dirinya kurang daripada kenyataan serta merasa diri terlalu lemah dari orang lain. Selain itu, terlalu berfikir yang diri sendiri tiada guna lagi untuk terus berjuang dalam kehidupan sehariannya.


ISU-ISU YANG BERKAITAN DENGAN KEMATIAN DAN PROSES KEMATIAN
Seseorang yang berhadapan dengan kematian mahupun dalam proses kematian mungkin mempunyai beberapa kebimbangan tertentu. Kebarangkalian ketakutan yang tidak diketahui atau bimbang tentang orang-orang di sekeliling dan ada sesetengah itu takut bersendirian di saat-saat akhir.


Isu Kerohanian
Keperluan rohani melibatkan mencari makna dalam kehidupan seseorang dan berakhir perbezaan pendapat dengan orang lain. Seseorang yang berhadapan dengan kematian dan dalam proses kematian ini mungkin mencari kedamaian dengan menyelesaikan isu-isu yang belum diselesaikan dengan rakan-rakan atau keluarga. Lawatan dari seorang pekerja sosial atau kaunselor juga dapat membantu. Kebanyakan orang mencari ketenangan melalui iman dalam kehidupan mereka seperti berdoa, bercakap dengan seseorang dari komuniti agama seseorang, membaca teks agama atau mendengar muzik agama boleh membawa keselesaan.

Berkongsi kenangan masa yang baik adalah cara lain sesetengah orang mencari kedamaian ketika menghampiri kematian. Dalam erti kata lain, cara ini juga adalah cara yang selesa. Sesetengah doktor berpendapat ini juga berkesan walaupun pesakit tidak sedarkan diri, dia mungkin masih boleh mendengar dan tidak terlambat untuk mengatakan bagaimana kita rasa atau untuk bercakap tentang kenangan dengannya.


Isu Ketakutan Dalam Pengasingan
Selalunya mereka ini berfikir bahawa masyarakat terutamanya ahli keluarga terdekat akan menjauhkan diri dari mereka. Secara tidak langsung, mereka akan bertindak mengasingkan diri mereka walaupun sebenarnya mereka amat takut untuk bersendirian.


Berfikir yang bukan-bukan sentiasa bermain dalam minda dan jiwa mereka. Sebab itulah, kita sebagai orang terdekat perlu memainkan peranan dalam kehidupan seharian mereka.


Isu Ketakutan Semasa Proses Kematian
Ini juga merupakan salah satu isu yang terjadi kepada seseorang yang berada dalam proses kematian di mana beliau merasakan bahawa kematian itu sesuatu yang menyakitkan dan tidak dapat menerima keadaan untuk menghadapinya. Dalam keadaan sebegini, kewarasan akal fikiran tidak dapatdibendung melainkan ahli keluarga terdekat memainkan peranan dan turut serta dalam merasakan keperitan yang dialaminya.


Isu Dalam Kehilangan Kawalan
Dalam keadaaan sebegini, seseorang itu akan menjadi hilang kawalan dalam kehidupannya. Malah beliau juga akan bertindak seolah-olah dia bukan lagi seperti yang sebelumnya. Hal ini terjadi di saat kematian semakin hampir dengannya dan perhatian dari ahli keluarga terdekat amat diperlukan untuk mengatasi keadaan yang sedemikian. Tambahan pula, jika tidak mendapat perhatian yang sewajarnya dikuatiri akan menjadi lebih teruk. Secara tidak langsung ini akan menyusahkan masyarakat di sekeliling dalam menjalani kehidupan bersamanya untuk menanti hari yang bakal tiba.


Isu Ketakutan Dalam Kehilangan Orang Yang Tersayang
Setiap manusia mempunyai orang yang amat di sayangi dalam hidup. Justeru tidak kiralah siapa pun kita, sifat kasih sayang memang wujud dalam diri kita. Begitu juga keadaan seperti yang dimaksudkan di mana jika seseorang yang berhadapan dengan kematian, sudah tentu beliau takut akan meninggalkan orang yang di sayanginya. Macam-macam yang difikirkan seperti ‘’apa yang akan berlaku kepada keluarga ku dan bolehkah mereka menguruskan kehidupan tanpa aku disisi?”. Persoalan yang terlalu rumit untuk dihuraikan oleh kita sendiri.


RANCANGAN UNTUK MEMBANTU
Membantu orang yang berhadapan dengan kematian dan proses kematian secara psikologi adalah merupakan perkara yang tidak boleh kita elakkan begitu sahaja. Ianya merupakan tanggungjawab kepada semua dalam menghadapi saat tersebut. Namun dalam keadaan sekarang ini, kesedaran di kalangan generasi muda untuk melaksanakan tanggungjawab ini amat tipis sekali. Bayangkanlah suatu hari nanti keluarga terdekat sedang berhadapan dengan kematian mahupun proses kematian tergamakkah kita membiarkan orang lain membantu sedangkan diri kita hanya melihat tanpa sebarang ilmu dan rasa tanggungjawab. Di bawah saya akan menghuraikan beberapa rancangan dalam membantu mereka yang memerlukan saat menghadapi kematian.


Menjauhkan Diri Dari Dunia Luar
Apabila berlaku keadaan sebegini apa yang boleh kita lakukan adalah dengan sentiasa bercakap lembut dan mengenalpasti bagaimana keadaannya sebelum bercakap sesuatu yang boleh menguris hati. Selain itu, gunakan sentuhan lembut dan berikan keyakinan yang secukupnya kepadanya. Umumnya, kematian ini memerlukan tenaga dan fokus. Justeru, cubalah untuk tidak mengganggunya semasa berhadapan dengan proses kematian serta memberikan masa untuknya dan mendiamkan diri. Ingatlah bahawa kita membantunya dalam keadaan sebegini.


Visi Dan Halusinasi
Visi dan halusinasi ialah ketika berlakunya persepsi dalam kondisi sadar tanpa adanya rangsang nyata terhadap pancaindera. Kualiti dari persepsi itu dirasakan oleh pesakit sangat jelas, substansial dan berasal dari luar ruangan nyatanya. Definisi ini boleh membezakan halusinasi dengan mimpi, berkhayal, ilusi dan pseudohalusinasi. Contoh daripada fenomena ini adalah dimana seseorang itu mengalami gangguan penglihatan, dimana beliau merasa melihat suatu objek, namun deria penglihatan orang lain tidak dapat menangkap objek yang sama.

Dalam erti kata lain, ia juga harus dibezakan dengan delusi tentang persepsi, dimana indera menangkap rangsang nyata, namun persepsi nyata yang diterimanya itu diberikan makna yang dan berbeza. Sehingga beliau mengalami delusi lebih percaya kepada hal-hal yang  tidak logik. Apa yang boleh kita lakukan ialah jangan menilai atau mengkritik apa yang berlaku. Hanya diam bersetuju dan memberi sokongan yang perlu.

Selain itu, elakkan dari memberi hujah yang sebenar tentang apa yang berlaku dan reality kepadanya. Ini merupakan realiti bagi mereka. Adalah penting untuk membezakan visi dari halusinasi atau "mimpi buruk" yang mungkin disebabkan oleh ubat-ubatan atau perubahan metabolik.


Hilangan Selera Makan
Memang tidak dinafikan hilang selera makan selalu terjadi terutamanya ketika sakit lebih-lebih lagi apabila seseorang itu berhadapan dengan kematian. Kadang-kadang selera makan langsung tiada dan menyebabkannya bertambah tidak bertenaga dan lemah. Apa yang boleh kita lakukan ialah elakkan dari memberi cecair atau makanan kecuali diminta. Basahkan bibir dan mulutnya dengan sedikit air, kiub ais atau dengan menggunakan span yang dicelup dengan air ke bibir dan mulutnya. Selain itu, Melindungi bibir dan mulutnya dari kekeringan dengan  pelembap bibir.


Perubahan Fungsi Usus Dan Pundi Kencing
Ini merupakan salah satu dari tanda akhir bagi seseorang itu. Apa yang boleh anda lakukan ialah memastikan bahawa kawasan yang terjejas bersih dan kering untuk mengelakkan ruam atau bedsores. Perhatikan juga tanda-tanda sembelit dan membantu melaporkan kepada doktor atau jururawat apabila berlaku sesuatu komplikasi.


Perubahan Pernafasan Dalam Paru-paru
Apa yang boleh kita lakukan ketika saat ini ialah jangan sesekali panik. Jika tidak, ini boleh meningkatkan lagi rasa takut kepadanya lebih-lebih lagi bila kematian semakin menghampiri. Sementara itu, membantunya mengangkat kepala katil untuk membantu pernafasan. Jika rembesan menjadi pengumpulan di dalam mulut segera memusingkan kepala dan meletakkan badannya supaya graviti yang boleh mengalirkan. Dalam keadaan ini penyedut bantuan penafasan jarang membantu dan tidak digalakkan. Jika perlu, lap mulutnya dengan kain yang lembut dan lembap untuk membersihkan rembesan yang berlebihan.


Perubahan Suhu Kulit dan Warna
Merupakan tanda akhir dalam proses kematian seseorang dan apa yang boleh kita lakukan ialah memastikannya seberapa selesa yang mungkin. Gunakan tuala lembap atau sejuk untuk menyejukkannya yang berasa terlalu panas. Menyelimutinya jika beliau berasa terlalu sejuk dan jangan gunakan selimut elektrik atau pad pemanasan kerana ini boleh membakar kulitnya.

Gambar : Berada Disisi Pesakit Disaat-saat Akhir
Sumber : healthportal.ca



KESIMPULAN
Setiap manusia tidak dapat lari dari kematian atau melihat kematian berlaku di depan mata walau siapa pun kita tanpa mengira umur dan taraf kehidupan. Kematian juga akan mengejar ke mana saja kita berada dan ia akan tiba pada bila-bila masa tanpa diundang. Justeru, kita sebagai manusia yang hanya hidup sementara di muka bumi ini perlulah bersedia dan sentiasa mengingati mati supaya kita lebih bermotivasi kelak. Tiada yang kekal di dunia melainkan yang Maha Esa.

Dalam kata lain, kematian adalah sesuatu yang pasti pada saat yang telah ditentukan tidak ada kaitan dengan perang atau damai, tempat yang kukuh atau yang sederhana dan keupayaan untuk mempercepat atau memperlambatnya. Jika maut itu datang, maka datanglah ia. Proses kematian ini memakan waktu yang berbeza untuk setiap orang dan tidak dapat dihitung dalam kiraan detik seperti hitungan waktu dunia. Sebagai contoh, kematian Mustafa Kamal Attaturk mengalami proses selama 6 bulan walaupun masyarakat dunia merasakan hanya beberapa detik saja kematiannya.

Rasa sakit semasa berhadapan dengan kematian atau proses kematian dialami oleh setiap manusia dengan pelbagai tahap rasa sakit dan  ini tidak terkait dengan tingkat keimanan atau kezaliman seseorang selama dia hidup.

Akhir kata, dengan peristiwa kematian ini seharusnya manusia tersedarkan bahawa dirinya bukanlah sekadar tubuh semata-mata melainkan jiwa yang dibungkus raga. Sesungguhnya manusia memiliki hal lain selain tubuhya iaitu jiwa. Kekuatan atau keindahan tubuh hendaknya tidak menjadi kebanggaan utama seseorang manusia tetapi keimanan, budi pekerti dan wawasan yang merupakan cermin jiwa seterusnya menjadi unsur yang harus diutamakan. Kekuatan atau keindahan tubuh yang sering dibanggakan ternyata hanya akan berakhir dengan kematian. Namun, jika mempunyai akhlak mulia dan amal soleh maka ia akan sentiasa menjadi kenangan yang tak akan pernah pudar walaupun selepas kematian kita.


2979 Perkataan




APENDIKS
RUJUKAN / REFERENSI
Mati Otak - Definisi Kematian Sebenar. (2004). [Online].
=Utusan_Malaysia&sec=Kesihatan&pg=kn_01.htm. [2013, Mei 28].

Definisi Mati. (n.a.). [Online].
Available : http://www.islam.gov.my/e-jenazah/definasi. [2013, Mei 28].

Penentuan Mati – Definisi Mati. (n.a.). [Online].

Apa itu Kematian ?. (n.a.). [Online].
kematian.html. [2013, Mei 28].

Apakah Kematian Itu?. (2010). [Online].
itu-88826.html. [2013, Mei 28].

Death, Dying and Grieving. (n.a.). [Online].
Available : http://www.losingtom.org/death/death.html. [2013,Mei 28].

Development in Late Adulthood. (n.a.). [Online].
developmental-psychology-age-13-to-65/development-in-late-adulthood.
[2013, Mei 28].

Sistem Peredaran Darah. (n.a.). [Online].
[2013, Mei 28].

Sistem Peredaran Darah Manusia. (2012). [Online].
darah-manusia.html. [2013, Mei 28].

Sistem Pernafasan Manusia. (n.a.). [Online].
pernafasan-manusia/. [2013, Mei 28].       

Mekanisme Pernafasan Manusia. (2011). [Online].
pernafasan-manusia.html. [2013, Mei 28].

Macam-macam Penyakit Sistem Pernafasan Manusia. (n.a.). [Online].
[2013, Mei 29].

Penyakit Pada Sistem Saraf. (n.a.) [Online].
[2013, Mei 29].

Sistem Saraf Manusia, Pembagian Dan Fungsinya. (n.a.). [Online].
Pembagian-dan-Fungsinya.html. [2013, Mei 29].

Sistem Saraf Manusia. (2010). [Online].
Available : http://pjthepioneering.blogspot.com/2010/11/sistem-saraf-
manusia.html. [2013.Mei 29].

Apa Masalah Susunan Saraf Itu?. (n.a.). [Online].
Available : http://spiritia.or.id/li/bacali.php?lino=504. [2013, Mei 29].

Sistem Saraf Pada Manusia (Artikel Lengkap). (n.a.). [Online].
manusia.html. [2013, Mei 29].

Tips Mengatasi Masalah Perut Buncit. (n.a.). [Online].
Perut-Buncit. [2013, Mei 29].

Sistem Otot Rangka. (20120. [Online].
rangka.html. [2013, Mei 29].

Treating Mental, Emotional and Spiritual Needs at the End of Life. (n.a.). [Online].
needs-150264.htm. [2013, Mei 29].

Late Stage and End-of-Life Care : Caregiving in the Final Stages of Life. (n.a.). [Online].
_caring_final_stage.htm. [2013, Mei 29].

Zakaria, M.Q. (2011). Hindari Sindrom Gangguan Usus. [Online].
Utusan_Malaysia&sec=Kesihatan&pg=kn_01.htm. [2013, Mei 29].

Grof, S. (n.a.). The Experience of Death and Dying: Psychological, Philosophical
and Spiritual Aspects. [Online].
            Available : http://talkingaboutdeath.co.uk/?page_id=80. [2013, Mei 29].

No comments:

Post a Comment