Thursday 3 March 2016

Assignment - Year 4 (Semester 2 - May) UJIAN DAN PENGUKURAN DALAM PSIKOLOGI ABPC1203

1.PENGENALAN
Setiap manusia mempunyai tingkah laku yang berbeza. Dan kadang-kadang akan bertindak jauh dari biasa apabila berada dalam keadaan tertentu. Seseorang yang berfikiran waras perlu tahu cara untuk mengawal tingkah lakunya dari bertindak sedemikian. Memang tidak dapat dinafikan kita sebagai manusia akan melakukan kesilapan sama ada secara sedar atau tidak. Tetapi apa yang penting adalah cara kita reaksi akan mempengaruhi orang-orang di sekeliling dan kehidupan kita sendiri.

Justeru, dalam tugasan kali ini. Saya akan membincangkan tentang kepentingan ujian dan pengukuran psikologi serta memfokuskan pada isu-isu ujian yang berkhaitan dengan psikopatologi dan neuropsikologi. Apa yang saya faham tentang ujian psikologi ialah satu kaedah pengukuran untuk melihat dan mengenalpasti ciri-ciri psikologikal seperti tret personaliti, kompetensi, konsep kendiri, tahap stres, kemurungan, komunikasi, tingkah laku dan sebagainya.

Dalam erti kata lain, ujian psikologi merupakan satu bentuk pengukuran yang menggambarkan penggunaan persampelan tingkah laku bagi membuat keputusan berhubung individu tertentu. Ia juga merupakan suatu instrumen yang bertujuan mengukur pelbagai watak atau personaliti yang berkait dengan tingkah laku manusia terutamanya tingkah laku interpersonal. Ujian psikologi juga beroperasi atas prinsip bahawa individu yang mempunyai personaliti tertentu akan menjawab soalan tertentu secara berbeza daripada individu yang kurang mempamerkan personaliti berkenaan. 

Umumnya, ujian psikologi boleh didefinisikan sebagai penggunaan satu atau lebih daripada alat pengukuran atau instrumen yang standard, prosedur yang direkodkan atau memerhatikan tingkahlaku manusia dan penggunaan data normatif yang bersesuaian bagi tujuan membuat interpretasi atau klasifikasi. Salah satu sebab ujian psikologi digunakan adalah kerana ianya menggunakan standard, jadi kurang dipengaruhioleh faktor bias atau berat sebelah. Terdapat kaedah untuk menentukan keberkesanan ujian psikologi. Sementara itu ujian psikologi dibuktikan lebih sah dan bagus berbanding  kaedah lain.

Sementara itu, psikopatologi adalah kajian tentang penyakit mental, tekanan mental dan perilaku maladaptif. Istilah ini paling sering digunakan dalam psikiatri dimana patologi merujuk pada proses penyakit. Psikologi abnormal adalah istilah yang sama digunakan lebih kerap di bidang psikologi non-perubatan. Menurut Atkinson terdapat enam criteria untuk menentukan kesihatan mental seseorang iaitu pertama; adanya persepsi yang realistik dan efisen dalam mereaksi atau menilai apa yang berlaku di dunia sekitar, kedua; mengenali diri sendiri, baik berkaitan dengan kesedaran atau motifnya, ketiga; kemampuan untuk mengawal tingkah laku secara sedar, seperti menahan perilaku impulsive dan agresif, keempat; mempunyai harga diri dan dirinya dapat diterima oleh lingkungan sekitarnya, kelima; kemampuan untuk membentuk ikatan kasih, seperti tidak menuntut berkelebihan pada orang lain dan dapat memuaskan orang lain bukan hanya memuaskan diri sendiri dan yang keenam; ada jiwa yang bersemangat yang mendorong seseorang untuk mencapai produktiviti.

Manakala, neuropsikologi adalah ilmu yang mempelajari hubungan antara otak dan tingkah laku seseorang. Neuropsikologi dapat diperhatikan dengan cara pengamatan naturalistik, kerana ianya sukar untuk mengamatinya dengan pengamatan kualitatif atau dengan pemberian angket terhadap suatu individu yang diteliti. Seorang ahli neuropsikologi tertarik pada banyak hal dari fungsi termasuklah kemampuan kognitif dan kemampuan motorik. Menurut Golden, Zillmer & Spiers (1992), neuropsikologi secara ringkas boleh ditakrifkan sebagai suatu kajian tentang hubungan antara fungsi otak dan tingkah laku. Hal ini berkaitan dengan pengertian, penilaian dan rawatan dalam tingkah laku secara langsung dengan fungsi otak.

Penilaian neuropsikologis merupakan kaedah non invasif yang menggambarkan fungsi otak berdasarkan prestasi pada ujian standard yang telah terbukti secara tepat dan peka terhadap otak/tingkah laku. Neuropsikologi juga berkaitan dengan penyakit yang sering disebut dengan skizofrenia. Sebagai contoh skizofrenia adalah penyakit yang menganggu sistem saraf otak. Penyakit itu dapat dilihat apabila seseorang individu yang tidak normal seperti orang gila, tidak menyedari apa yang telah dilakukannya selama mengalami gangguan tersebut atau boleh disebut juga sebagai gangguan mental. Penyakit lain yang berkaitan dengan ini melibatkan ciri-ciri emosi seperti kemampuan untuk menjelaskan dan memahami perasaan.



2.UJIAN NEUROPSIKOLOGI
Antara beberapa contoh ujian neuropsikologi ialah penilaian ke atas tumpuan dan daya fokus, ingatan, fungsian eksekutif dan sebagainya. Ujian neuropsikologi yang saya pilih ialah penilaian ke atas tumpuan dan daya fokus. Setiap manusia yang mempunyai sistem kognitif dan aset minda yang bermakna, kita mungkin sedang memandu kereta di sebuah jalanraya secara tenang dan bersahaja ambil mendengar alunan muzik di radio diiringi perbualan dengan seorang atau lebih penumpang dalam kereta yang kita pandu, serta dalam masa yang sama berfikir untuk berhenti di mana apabila tiba makan tengahari nanti. Dalam situasi itu, kita mengandaikan bahawa jalan adalah luas dan tiada masalah kesesakan yang menyesakkan hati dan jiwa malahan aktiviti-aktiviti di atas boleh dilakukan dengan skala ketegangan yang amat kecil. Ini adalah satu gambaran jelas bahawa berlakunya tumpuan yang menunjukkan tabiat pemanduan kereta sebenarnya antara satu aktiviti yang menuntut siri tumpuan kompleks dan luar biasa melalui proses mental yang berbeza dalam sistem kognitif.

Menurut William James (1890), iaitu tumpuan itu adalah terhad kerana manusia hanya mampu tertumpu pada satu perkara pada satu masa. Tumpuan itu juga adalah terpilih sifatnya kerana manusia boleh memilih satu tumpuan pada satu perkara dan penumpuan itu juga adalah berkait rapat dengan konsep kesedaran yang merupakan satu situasi yang kita sedar dalam apa juga masa. Malah William James juga menekankan kesedaran adalah satu falsafah yang mempunyai konsep sukar untuk diukur kerana berkait dengan konsep mengawal yang melawan proses automatik kognitif.

Tumpuan juga mungkin boleh diungkapkan sebagai perhatian yang bertugas dalam memberikan tumpuan terhadap tugas mental dengan mengetepikan rangsangan lain yang mengganggu. Ia turut membawa konotasi pada kesediaan menerima maklumat tertentu, contohnya arahan supaya individu memberikan perhatian pada satu pengumuman penting. Meskipun berbeza dari segi pemahaman namun, asasnya tetap sama iaitu tumpuan adalah sebahagian daripada aktiviti mental yang ada kaitan dengan pengkategorian, pembentukan konsep, penyelesaian masalah dan membuat keputusan. Tumpuan dapat diperolehi dengan cara memfokuskan perhatian kita terhadap sesuatu rangsangan. Pemilihan ini berlaku berdasarkan perkara-perkara penting yang diperlukan pada ruang dan masa tertentu.

Kajian dimensi tumpuan adalah salah satu daripada elemen disiplin sains yang merangkumi psikologi kognitif. Ia juga adalah satu proses yang berterusan dan kesinambungannya adalah sehingga ke saat ini. Perkara utama didebatkan ialah tentang bagaimana manusia belajar memperuntukkan ruang dalam minda untuk tumpuan. Terdapat teori yang mencadangkan tumpuan ditempatkan di tahap awal proses mental manakala lain-lain cadangan menetapkan tumpuan di tahap akhir proses mental. Ini menggambarkan tentang usaha minda menempatkan ruang untuk proses kognitif penumpuan berdasarkan tempoh masa tertentu.

Walau bagaimanapun, terdapat kajian yang akhirnya menyedari tentang kesan pada perbezaan kaji selidik yang membawa kepada perbezaan hasil atau keputusan kerana penempatan tumpuan dalam minda adalah sesuatu yang sebenarnya perlu memiliki daya sensitif yang tinggi. Terdapat dua konsep utama tumpuan terpilih seperti elemen perkongsian masa (The Elements of Time Sharing) iaitu menyambung proses maklumat dari satu situasi ke situasi lain. Dan elemen kemampuan kapasiti iaitu kapasiti minda terhad tetapi semua rangsangan boleh diproses ke satu tahap secara sehala.

Dari segi kehidupan kita, tumpuan sebagai salah satu daripada proses melibatkan kognitif kombinasi penggunaan deria, bukanlah sesuatu yang boleh dipandang remeh kerana bermula daripada situasi penumpuan, seseorang individu akan mampu memperolehi sesuatu yang bermakna dalam kehidupan melingkupi pelbagai aspek. Maka secara hakikinya, mungkin amat perlu jika realistik penumpuan ini dapat dihayati kepentingannya dan diamalkan mengikut unsur yang mempunyai nilai dan motif yang boleh membawa kebaikan yang berpanjangan.

Apa yang dapat dikatakan di sini, sistem kognitif dalam minda manusia adalah amat kompleks. Ciptaan manusia sememangnya tidak dapat menandingi kehebatan minda ciptaan daripada Tuhan. Manusia sendiri tidak berupaya memberikan penumpuan kepada semua rangsangan yang memasuki kawasan sistem deria dan kognitifnya. Untuk manusia mempersepsikan sesuatu dengan sebaiknya dan lebih bermakna, manusia harus membuat pemilihan yang tepat. Ini adalah suatu perhatian terhadap sesuatu fenomena. Lazimnya manusia akan hanya dapat memberikan penumpuan mutlak kepada satu bentuk rangsangan yang didaftarkan oleh satu organ deria.

Hanya terdapat satu rangsangan sahaja akan berlaku dalam keadaan sedar dan satu lagi berkemungkinan besar dalam keadaan separa sedar. Kajian demi kajian mentafsirkan bahawa realistik keupayaan manusia untuk mengagihkan dan menggunakan sumber perhatian yang terbatas. Menggunakan eksperimen penumpuan terbahagi, manusia perlu memberikan penumpuan terhadap beberapa tugas berbeza. Akan tetapi, melalui pendekatan penumpuan terpilih pula, manusia perlu untuk memberikan penumpuan kepada hanya satu tugasan.



3.UJIAN PSIKOLOGI UNTUK MENGUKUR TAHAP STRES
Setiap orang pasti akan mengalami stres sama ada berkaitan dengan keluarga, saudara mara, dalam pergaulan di tempat kerja, hasrat yang tidak kesampaian, gagal dalam percintaan dan sebagainya. Namun begitu, tahap stres seseorang adalah berbeza dengan orang lain walaupun situasi dan faktor yang menyebabkan stres tersebut adalah serupa. Ini juga berkait rapat dengan tahap emosi, kekuatan minda, daya fikiran, semangat, dan cara seseorang itu menghadapi masalah atau sesuatu kejadian yang di luar jangkaan. Seseorang yang berjiwa kuat tidak mudah stres kerana ianya mampu mengendalikan emosinya dengan baik. Seseorang itu boleh mengukur sejauh mana stres yang ditanggungnya dan mengenal pasti faktor yang menyebabkan stres tersebut. Dengan itu, dapatlah ia mengendalikan stres tersebut dengan berkesan.

Menurut Dr. Hans Selye iaitu pengasas kepada teori stress atau tekanan perasaan telah mendefinisikan stress sebagai suatu reaksi yang tidak spesifik oleh diri seseorang disebabkan oleh sesuatu bebanan yang menimpanya. Sementara itu, menurut Dr. David B. Posen yang merupakan ‘Lifestyle Counselor and Psychotherapist Stress’, beliau menyatakan ‘Bebanan’ ini boleh wujud di dalam bentuk ancaman, cabaran ataupun apa-apa perubahan di dalam hidup seseorang yang memerlukan pengubahsuaian yang selari dengannya. Ada tekanan perasaan yang baik lagi positif dan ianya dinamakan sebagai ‘eustress’ dan ada pula yang buruk lagi negatif dan ia dinamakan sebagai ‘distress’.

Tekanan yang positif amat perlukan di dalam kehidupan untuk menjadikan kita lebih berhati-hati, terangsang, kreatif dan lebih memberikan tumpuan dan perhatian kepada apa yang sedang kita lakukan. Sebenarnya banyak penemuan dan ciptaan oleh saintis-saintis telah berlaku di saat mereka tertekan dengan masalah-masalah tertentu. Contohnya, ketika Alexander Graham Bell sedang berusaha untuk membantu tunangnya, Mable Hubbard yang telah hilang pendengarannya, beliau telah berjaya mencipta telefon yang telah meledakkan sistem telekomunikasi pada hari ini.

Walau bagaimanapun ketika stress, badan kita akan mengeluarkan satu hormon rangsangan yang dikenali sebagai ‘adrenaline’ ke dalam saluran darah kita. Hormon ini bersama-sama dengan beberapa hormon yang lain akan menyebabkan beberapa perubahan berlaku di dalam tubuh kita sebagai persiapan untuk melindungi kita. Di antara perubahan-perubahan itu ialah denyutan jantung bertambah laju dan tekanan darah akan meningkat, gula dan lemak serta kolesterol di dalam darah akan bertambah,  pernafasan seseorang akan lebih laju dan begitulah seterusnya. Perubahan-perubahan ini berlaku secara tabii selari dengan keperluan tubuh kita ketika itu. Namun, jika stres atau tekanan berpanjangan di dalam hidup kita dan kita pula tidak bijak untuk mengurusnya maka ianya akan bertukar menjadi ‘distress’ yang boleh menyebabkan penyakit-penyakit tertentu menimpa kita.



4.PROSES PERLAKSANAAN DAN ULASAN UJIAN KE ATAS TIGA ORANG RESPONDAN
Dalam membincangkan soal ujian neuropsikologi seperti yang diterangkan di atas, tiga respondan yang masing-masing mempunyai masalah berbeza telah dijalankan ujian ke atas mereka. Dalam pada itu, stres merupakan salah satu punca penyebab berlakunya pelbagai gejala dan gangguan terhadap seseorang individu itu. Huraian adalah seperti di bawah.


Respondan Pertama
Merupakan seorang pekerja swasta yang telah bekerja selama 15 tahun. Menurut respondan, beliau kadang-kadang mengalami keadaan yang tidak dapat digambarkan apabila berdepan dengan sesuatu kerja yang diberikan kepadanya. Menurut beliau lagi, keadaan dan orang disekelilingnya menjadi punca beliau menjadi sedemikian. Apa yang boleh dikatakan disini ialah beliau mengalami tahap stres yang sebenarnya dapat dikawal.

Respondan Kedua
Merupakan seorang suri rumah yang baru dua bulan berhenti bekerja untuk menjaga anak-anaknya kerana orang gajinya telah melarikan diri. Menurut beliau, keadaan yang sebegini memang tidak boleh diterima apatah lagi beliau merupakan seorang eksekutif di sebuah syarikat ternama yang biasa berhadapan dengan tugasan yang diminatinya. Apabila menjadi suri rumah secara mendadak, keadaan ini menyebabkan beliau mengalami stress dengan karenah anak-anaknya. Menurut beliau lagi, beliau merupakan seorang yang aktif semasa kerja dan tidak dapat terima apabila terpaksa tinggal di rumah.


Respondan Ketiga
Merupakan seorang pelajar tahun akhir di sebuah universiti tempatan. Tekanan yang diberikan untuknya dalam menyiapkan kajian amatlah memeningkannya. Ini adalah kerana beliau baru sembuh dari sakit akibat pembedahan di lutut kirinya. Beliau menyatakan kadang-kadang beliau stress dan tidak dapat memenuhi rutian hariannya seperti biasa kerana perlu menyiapkan kajian yang telah diberikan dalam masa yang singkat.

Ketiga-tiga respondan ini diberikan satu gambar bercorak abstrak yang sama untuk menguji tumpuan dan daya fokus dalam mengukur tahap stress masing-masing. Apa yang dapat dikatakan disini adalah setiap mereka mempunyai masing-masing tahap stressyang berbeza. Tumpuan dan daya fokus respondan pertama menunujukkan beliau mengalami tahap stress yang kritikal. Ini kerana menurut beliau, gambar yang diberikan seolah-olah bergerak dengan laju apabila dipandang. Sementara respondan kedua pula menyatakan bahawa beliau melihat gambar tersebut bergerak tapi agak perlahan. Dan yang terakhir iaitu respondan ketiga pula menyatakan bahawa gambar yang dilihatnya seolah-olah berpusing dalam bulatan dari kiri ke kanan dan dari kanan ke kiri.

Apa yang dapat disimpulkan di sini ialah semakin lama gambar bercorak abstrak tu lihat bergerak dengan laju, maka tahap stress seseorang individu itu berada dalam keadaan kritikal. Manakala, jika gambar bercorak abstrak tu lihat bergerak agak perlahan, ini menunjukkan bahawa tahap stress individu kurang. Di bawah ini merupakan keputusan tahap stress yang dialami oleh ketiga-tiga individu yang diuji.

RESPONDAN
PERATUSAN TAHAP STRES
Pertama
60 %
Kedua
22%
ketiga
18%




5.KESIMPULAN
Secara keseluruhannya, ujian psikologi melibatkan isu-isu yang berkaitan antaranya ialah Isu silang budaya, isu profesional, isu sosial, isu moral dan isu etika serta perundangan. Dalam isu silang budaya melibatkan masalah penterjemahan, masalah percanggahan makna gagasan dan kriteria, bentuk rangsangan verbal dan bukan verbal, pengimportan norma luar set-set gerak balas, kecenderungan membuat interpretasi yang keterlaluan kesesuaian dan motif mengambil ujian. Dalam isu professional ianya melibatkan Ketepatan, isu teoritikal dan isu kecukupan. Selain itu, dalam isu sosial pula melibatkan kegunaan alat ujian, bias, dehumanization dan keupayaan mengguna perkhidmatan ujian. Sementara itu, isu moral pula melibatkan hak manusia, isu melabel dan pelanggaran rahsia peribadi. Dan yang terakhir isu etika dan perundangan melibatkan ujian yang berbeza memerlukan aras kebolehan dan pengetahuan yang berbeza untuk mentadbir, membuat pemarkatan, membentuk profil dan interpretasi.

Justeru dalam membincangkan soal stres menurut Rice (1999), stres dapat didefinisikan berdasarkan tiga aspek iaitu pertama merujuk kepada rangsangan peristiwa atau persekitaran yang menjadi penyebab seseorang individu merasa tertekan. Dengan kata lain ia boleh dianggap sebagai faktor luaran. Kedua, stres merujuk kepada gerak balas subjektif dan ianya juga boleh dianggap sebagai faktor dalaman iaitu aspek mental. Proses emosi, defensif dan daya tindak stres berlaku dalam diri seseorang individu. Sesetengah proses dalaman ini menghasilkan kematangan fikiran dan ada juga menghasilkan ketegangan mental. Aspek ketiga merujuk kepada reaksi fizikal tubuh badan. Fungsi bagi reaksi fizikal ini merujuk kepada cara mengatasi stres melalui kaedah tingkah laku dan psikologikal.

Keadaan stres yang kronik membawa maksud suatu keadaan negatif seperti merasa keletihan, penyakit dan kematian. Sementara keadaan positif merujuk kepada cabaran fisiologikal yang baik. Menurut Lahey (2001), beliau mentakrifkan stres sebagai satu keadaan yang tidak selesa dan ancaman yang tidak sihat kepada seseorang individu. Sementara menurut McNamara (2000) pula, stres merujuk kepada faktor dalaman individu, peristiwa luaran atau interaksi antara individu dengan persekitarannya.

Selain itu, stres adalah sebahagian daripada masalah yang sering dihadapi oleh kita. Ia adalah satu perasaan yang dialami oleh seseorang individu apabila mengalami tekanan. Stres adalah tindakan tidak spesifik badan terhadap sebarang tuntutan misalnya, rangsangan dalaman seperti rangsangan kognitif atau rangsangan luaran seperti rangsangan persekitaran seperti suhu,kelembapan, kebisingan dan lain-lain. Oleh demikian, stres adalah suatu tindak balas seseorang individu terhadap sesuatu keadaan atau suasana yang mengganggu serta memerlukan penyesuaian dari segi sistem tubuh badan atau pemikiran. Ia juga merujuk kepada keadaan dalaman individu yang dipersepsikan sebagai ancaman terhadap kesejahteraan fisiologi dan psikologi. Perangsang yang menyebabkan stres dikenali sebagai ‘stressor’.

Dalam erti kata lain, stres merupakan suatu cara badan manusia melindungi seseorang. Apabila ia melakukan sesuatu fungsinya, ia dapat membantu seseorang fokus, bertenaga, dan cergas. Dalam keadaan kecemasan, tekanan dapat menyelamatkan nyawa seseorang dan memberikan seseorang tenaga yang berlebihan untuk mempertahankan diri (Belmonte, 2008). Tambahan pula, tindak balas stres juga dapat memotivasikan seseorang untuk menghadapi suatu cabaran.


2545 Perkataan



APENDIKS
6.RUJUKAN / REFERENSI
Ujian Psikologi. (2009). [Online].
            Available : http://nashriza.wordpress.com/2009/01/25/ujian-psikologi/.
[2014, Jun 8].

Pengukuran Psikologi. (2011). [Online].
            psikologi-defenisi-sejarah-dan-langkah-langkah-menyusun-alat-tes/.
            [2014, Jun 8].

Paradigma Psikopatologi. (2013). [Online].
            [2014, Jun 9].

Psikopatologi. (2013). [Online].
false-en-us-x-none.html. [2014, Jun 9].

Psikopatologi Sebagai Salah Satu Obyek Psikoterapi Islam. (n.a.). [Online].
            Available : http://bagusarmono.blogspot.com/. [2014, Jun 9].

Psikopatologi : Gangguan Pada Mental. (n.a.). [Online].
Psikologi%20Umum-Psikopatologi:%20gangguan%20pada%20mental.html
[2014, Jun 9].

Psikopatologi. (2011). [Online].
            [2014, Jun 10].

Psikopatologi, Jenis dan Proses Terjadinya Gangguan Jiwa. (2011). [Online].
            proses.html. [2014, Jun 10].

Kategori : Pentaksiran Neuropsikologi. (n.a.). [Online].
            [2014, Jun 10].

Neuropsikologi. (2013). [Online].
            [2014, Jun 10].

Neuropsikologi Itu Apa?. (2014). [Online].
            662871.html. [2014, Jun 10].

Neuropsikologi Klinis. (2010). [Online].
            [2014, Jun 10].

No comments:

Post a Comment