Thursday 3 March 2016

Assignment - Year 4 (Semester 1 - January) KEMAHIRAN BERFIKIR DAN PENYELESAIAN MASALAH SBFS1103

1.PENGENALAN
Dewasa ini, kita tidak terlepas dari bercakap tentang GST dan secara tidak langsung menjadi topik perbualan yang hangat diperkatakan disetiap peringkat tetapi ramai yang tidak mengetahui apa maksud sebenar GST. GST atau dalam Bahasa Inggerisnya ‘Goods and Services Tax’ adalah sejenis cukai di mana apa sahaja barang dan perkhidmatan yang digunakan oleh pengguna mengandungi elemen cukai. Sebab itulah ianya juga dikenali sebagai cukai kepenggunaan ‘consumption tax’. Secara asas GST jauh lebih luas daripada Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan yang ada sekarang.

Memang diakui pengenalan GST bukan merupakan langkah yang disukai rakyat, namun pelaksanaannya bakal menambah kecekapan sistem percukaian negara di samping menghalang pengelakan cukai. GST juga membolehkan sistem kutipan cukai menjadi lebih telus di mana pada kadar 6 peratus, Kerajaan dijangka mengutip sekurang-kurangnya RM30 bilion lagi dalam bentuk cukai setiap tahun. Selain itu, GST merupakan satu ciri yang sinonim dengan negara maju seperti Singapura sementara Malaysia dan Brunei merupakan negara yang terakhir di rantau ASEAN dalam pelaksanaan GST ini.

Dalam erti kata lain, GST adalah cukai penggunaan dan ia berasaskan konsep nilai ditambah. GST dikutip daripada pelanggan untuk pihak kerajaan oleh organisasi perniagaan yang berdaftar dengan pihak berkuasa cukai. Lazimnya, pembekal atau penjual boleh mendaftar untuk mengutip GST jika jumlah jualan tahunan bagi produk atau perkhidmatan yang dibekal melebihi jumlah tertentu yang ditetapkan. GST diambil kira dalam setiap tahap urus niaga. Jumlah jualan barangan dan perkhidmatan juga dikenali sebagai bekalan merupakan jumlah nilai yang diterima oleh organisasi perniagaan dan tidak termasuk GST ke atas semua aktiviti yang dicukai.

Aktiviti yang dicukai merangkumi aktiviti yang dijalankan secara berterusan. Organisasi perniagaan yang berkenaan hendaklah membekal atau bersetuju untuk membekal barangan atau perkhidmatan kepada pengguna sama ada untuk tujuan mendapat untung atau tujuan lain seperti aktiviti perdagangan, pembuatan, kerjaya, persatuan atau kelab. Harga bekalan yang dijual ditetapkan selepas mengambil kira GST. Organisasi perniagaan juga boleh menuntut kredit cukai bagi setiap GST yang telah dimasuk kira dalam bekalan yang dibeli untuk tujuan mengendalikan perniagaan. Kredit cukai ini dikenali sebagai ‘Kredit Cukai Input’.

Dalam satu Majlis Perasmian Penutup Program Khidmat Mahasiswa Prihatin Dun Rantau di Masjid Jamek Rantau, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, kerajaan sudah fikir masak-masak untuk melaksanakan sistem itu agar tidak membebankan rakyat. Menurut beliau, sistem cukai sedia ada mempunyai 15 peratus berbanding yang baru hanya 6 peratus sahaja. Kita tarik 15 peratus dari pasaran dan sekarang kita untung 9 peratus. Selain itu, menurut beliau lagi GST adalah sistem cukai yang mantap, sekali gus menjadikan negara mempunyai sistem cukai yang tersusun dan GST hanya dikenakan kepada barangan mewah sahaja bukan barangan keperluan orang ramai.

Kerajaan telah menetapkan untuk melaksanakan GST di Malaysia mulai 1 April 2015. Sebelum tarikh pelaksanaan GST itu, pada masa kini Kerajaan sedang giat berusaha untuk memberi pendedahan dan kefahaman mengenai konsep dan kaedah pelaksanaan GST. Jika sekiranya GST dilaksanakan, Kerajaan akan memberi ruang masa yang mencukupi di antara 18 hingga 24 bulan kepada pihak industri dan peniaga untuk membuat persediaan bagi pelaksanaan GST.

Pada dasarnya, GST akan dikenakan ke atas semua jenis barang dan perkhidmatan yang dikeluarkan dalam negara termasuk yang diimport. Walaupun begitu, beberapa makanan asas seperti beras, gula, tepung, minyak masak, sayuran, ikan dan daging ternakan, telur dan kemudahan perkhidmatan asas seperti kesihatan dan pendidikan swasta, pengangkutan awam, rumah kediaman dan tanah pertanian adalah tidak dikenakan GST. Pengecualian ini adalah bertujuan untuk memastikan golongan berpendapatan rendah tidak dibebankan dengan GST.

Bagi memacu pertumbuhan ekonomi sesebuah negara, empat faktor utama yang menjadi penentu ialah penggunaan, pelaburan, perbelanjaan kerajaan dan eksport bersih. Perbelanjaan Kerajaan banyak bergantung kepada jumlah hasil cukai yang berjaya dikutip. Hasil cukai merupakan penyumbang utama kepada jumlah hasil Kerajaan. Jika hasil cukai meningkat, Kerajaan boleh melaksanakan pelbagai projek untuk menggerakkan pertumbuhan ekonomi.

Di Malaysia nisbah hasil cukai kepada KDNK adalah 19.5% pada tahun 2010. Jika dibandingkan dengan 34 buah negara maju, nisbah yang dicatat oleh Malaysia adalah terlalu rendah. Misalnya Denmark mencatat nisbah tertinggi 50%. Nisbah yang paling rendah bagi negara maju ialah 26.8%. Oleh yang demikian, nisbah hasil cukai/KDNK yang rendah bagi Malaysia menunjukkan bahawa Malaysia mengalami kekurangan hasil cukai bagi membiayai perbelanjaan pembangunan.

Apabila jumlah hasil Kerajaan tidak mencukupi, kedudukan kewangan kerajaan akan mengalami defisit. Bagi menampung defisit  tersebut, Kerajaan perlu membuat pinjaman untuk membiayai perbelanjaan pembangunan. Sistem percukaian Malaysia juga mempunyai asas yang sempit kerana pergantungan yang keterlaluan kepada cukai pendapatan. Sekiranya keuntungan syarikat berkurangan, jumlah kutipan cukai pendapatan juga berkurangan dan keadaan ini memberikan tekanan kepada hasil Kerajaan.


2.EMPAT MASALAH GST  YANG BERKAITAN DENGAN PENGGUNA
Umum mengetahui terdapat masalah-masalah mengenai GST yang saling berkaitan dengan pengguna terutamanya di Malaysia. Antaranya masalah bebanan kos sara hidup, kesediaan menerima pelaksanaan GST, kesesuaian masa dalam melaksanakan GST dan penyebab berlakunya punca kenaikan harga barang dan inflasi.

2.1.Masalah Bebanan Kos Sara Hidup
Bagi sesetengah orang berpendapat bahawa dengan adanya pelaksanaan GST di Malaysia secara tidak langsung akan menyebabkan bebanan kos sara hidup kepada pengguna terutamanya yang berpendapatan rendah yang terpaksa membayar cukai GST ini. Hal ini kerana golongan yang berpendapatan rendah belum bersedia dengan pelaksanaan GST berikutan perbelanjaan seharian yang semakin tinggi dan tiada kenaikan gaji yang selaras. Tidak semua pengguna yang mempunyai pendapatan yang selesa. Justeru, dengan pelaksanaan ini perlu mengambil kira keperluan pengguna agar tidak memberi kesan yang serius kepada mereka supaya tidak terbeban dengan peningkatan kos.

Dalam keadaan ini, mereka yang tidak dikenakan cukai pendapatan masih tetap membayar cukai jualan atau cukai perkhidmatan ke atas barang dan perkhidmatan yang digunakannya. Persoalannya, kebanyakan pengguna tidak menyedari bahawa harga barang atau perkhidmatan yang dijual oleh peniaga runcit telah termasuk elemen cukai. Pada hakikatnya, pengenaan GST tidak akan memberi sebarang perbezaan dalam aspek bebanan cukai yang ditanggung oleh mereka yang berpendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan sebagai contoh kerana pada masa ini mereka telah pun membayar cukai terhadap barang dan perkhidmatan tertentu yang digunakan.

2.2.Kesediaan Menerima Pelaksanaan GST
Merujuk kepada masalah kedua, adakah ekonomi Malaysia dan rakyat khususnya rakyat bersedia untuk menerima pelaksanaan GST? Pelaksanaan GST adalah merupakan sebahagian daripada program pembaharuan terhadap sistem percukaian negara sebagai langkah Kerajaan untuk meningkatkan keupayaan, keberkesanan dan ketelusan dalam pengurusan cukai. Justeru, dengan wujudnya GST ini boleh dilihat kebanyakan rakyat tidak bersedia menerimanya terutama dalam ekonomi Malaysia.

Namun begitu, Kerajaan mencadangkan kadar GST yang lebih rendah daripada kadar cukai semasa bagi tujuan mengimbangi impak GST terhadap rakyat dan pengguna supaya ianya tidak terlalu membebankan rakyat khususnya golongan yang berpendapatan rendah. Dengan mengenakan GST pada kadar yang lebih rendah, dijangka pengguna akan mendapat manfaat daripadanya oleh kerana kebanyakan barang dan perkhidmatan akan mengalami penurunan harga.

2.3.Kesesuaian Masa Dalam Melaksanakan GST
Dalam bercakap soal GST, Kerajaan telah menetapkan untuk melaksanakannya di Malaysia bermula pada 1 April 2015. Sebelum tarikh pelaksanaan GST itu, pada masa kini Kerajaan sedang giat berusaha untuk memberi pendedahan dan kefahaman mengenai konsep dan kaedah pelaksanaan GST. Jika sekiranya GST dilaksanakan, Kerajaan akan memberi ruang masa yang mencukupi di antara 18 hingga 24 bulan kepada pihak industri dan peniaga untuk membuat persediaan bagi pelaksanaan GST.

Walau bagaimanapun, setengah berpendapat ianya dilihat tidak relevan dengan situasi sekarang dimana tiada kenaikan gaji yang selaras dengan kemajuan yang dicapai. Sementara itu, menyentuh mengenai masa sesuai untuk kerajaan melaksanakan GST, perkara asas yang perlu diselesaikan terlebih dahulu termasuklah penyediaan sistem terancang serta reformasi sikap dalam pengurusan ekonomi dan politik dalam usaha mengurangkan kadar penyelewengan dan rasuah dalam negara yang akan membawa kepada kegagalan pelaksanaan. Begitu juga, dalam tempoh sekarang, tahap penyampaian maklumat yang lemah menyebabkan kegagalan masyarakat untuk memahami GST secara komprehensif dan membawa kepada kegagalan pelaksanaan kerana ketidakfahaman.

2.4. Penyebab Berlakunya Punca Kenaikan Harga Barang Dan Inflasi
Merujuk kepada pelaksanaan  GST, pengenalan GST boleh membawa peningkatan satu masa dalam kos sara hidup dan kebarangkalian membawa kepada inflasi yang tidak tinggi. GST boleh membawa kepada peningkatan dalam harga barang kepada pengguna pada peringkat awal pelaksanaan tetapi GST tidak akan mempunyai kesan besar ke atas inflasi menurut Singh (2007). Namun, implementasi Cukai Perkhidmatan dan Barangan akan memberikan kesan kepada golongan miskin dan sederhana di Malaysia terutamanya.

Negara yang lebih membangun seperti Singapura mampu menyerap cukai ini kerana pendapatan negaranya yang lebih tinggi. Cukai Perkhidmatan sudah diguna pakai di Britain, India, Hong Kong, Jepun dan Singapura. Akan tetapi ia bukan sebab untuk penguatkuasaannya di Malaysia. Status ekonomi dan cara bagaimana negara tersebut memperoleh pendapatan berbeza dari Malaysia. Pengenalan GST melalui pengurusan yang baik akan memberi impak besar kepada pendapatan negara melalui peningkatan kadar pematuhan cukai. Namun, dalam konteks semasa, apakah GST relevan untuk dilaksanakan sekarang.


3.PENDEKATAN MASALAH SEBAGAI SATU PELUANG
Kerajaan telah menerima pelbagai reaksi dan pandangan umum sejak membuat pengumuman rasmi mengenai cadangan pelaksanaan GST di Malaysia pada Pembentangan Bajet yang lalu. Sesetengah orang berpendapat dalam proses persediaan ini, kita perlu meningkatkan kualiti penyampaian kita. Peranan media sebenarnya amat besar untuk memastikan rakyat faham bahawa GST ini ada kebaikan dan keburukan. Impaknya pasti akan ada. Pada peringkat awal, harga barang mungkin turun bergantung kepada kadar. Namun dalam jangka masa yang panjang, ianya pasti akan naik.

Justeru, jika diteliti secara menyeluruh hampir kebanyakkan reaksi dan pandangan umum tersebut adalah bersifat negatif atau menolak pelaksanaan GST disebabkan salah faham mereka mengenai GST atau campur tangan politik. Manakala, pihak yang menerima dan menyokong pelaksanaan GST adalah mereka yang kebanyakkannya terdiri daripada wakil-wakil akademik, permain-pemain industri atau ahli-ahli ekonomi yang mempunyai asas pengetahuan yang mencukupi untuk memahami mekanisma GST.

Ramai yang tidak memahami sebenarnya apa kelebihan GST jika ianya dilaksanakan seperti yang dirancang. Antara kelebihan GST ialah tidak merangkumi makanan, bahan dan perkhidmatan asas selain ianya merupakan 'cukai kepenggunaan' (consumption tax). Maknanya sekiranya barangan atau perkhidmatan itu digunakan banyak kali, maka ianya berkadar terus. GST merupakan hasil kepada Kerajaan yang lebih langsung berbanding dengan cukai pendapatan, sama ada pada individu atau korporat yang hanya boleh dikutip setahun sekali apabila pengisytiharan dibuat kepada LHDN. Selain itu, ianya merupakan senjata dalam mengurangkan defisit tahunan bagi negara yang ekonominya sedang berkembang dan memerlukan lebih imbuhan sektor awam untuk memacu pertumbuhan dan imbangan bagi program pembangunan sosio-ekonomi.

Sesetengah berpendapat dan melihat jika situasi ekonomi Malaysia tanpa pelaksanaan GST masih berterusan, Kerajaan dijangka akan menghadapi tempoh masa yang sukar dalam menguruskan ekonomi negara pada masa hadapan. Antara cabaran yang terbesar adalah untuk menangani isu perubahan persekitaran ekonomi global serta kebarangkalian penyusutan sumber-sumber domestik yang terhad seperti minyak dan gas. Kesan kepada kekangan sumber hasil pada masa hadapan akan mengganggu momentum pertumbuhan sebuah negara Malaysia yang makmur dan maju. Pihak yang akan menjadi mangsa keadaan adalah Rakyat sendiri.

Justeru, bagi menangani isu penolakkan terhadap GST, Kerajaan perlu melipat gandakan usaha dalam memberikan kefahaman yang secukupnya mengenai GST kepada Rakyat. Masalah penyampaian maklumat GST menjadi kelemahan utama di pihak Kerajaan kerana sehingga kini tiada sebarang hebahan yang efektif untuk menarik penerimaan Rakyat terhadap GST. Sebaliknya, pengguna semakin bertambah keliru serta salah sangka mengenai GST.

Dalam pada itu, terdapat pelbagai manfaat yang GST boleh menawarkan kepada pengguna di Malaysia iaitu standard yang lebih baik daripada hidup, kos yang lebih rendah daripada menjalankan perniagaan, membina negara, keadilan dan kesaksamaan, sistem penyampaian dipertingkatkan, meningkatkan daya saing global, pematuhan dipertingkatkan, mengurangkan pita merah, harga adil kepada pengguna ketelusan yang lebih besar. Antara huraiannya seperti di bawah.

Standard yang lebih baik daripada hidup
Pendapatan daripada GST boleh digunakan untuk pelbagai tujuan pembangunan infrastruktur sosial seperti kemudahan kesihatan dan institusi, infrastruktur pendidikan dan kemudahan awam bagi meningkatkan lagi taraf hidup.

Kos yang lebih rendah daripada menjalankan perniagaan
Di bawah sistem semasa, sesetengah perniagaan membayar pelbagai cukai dan tahap yang lebih tinggi cukai atas cukai tetapi dengan adanya GST, perniagaan boleh mendapat manfaat daripada cukai input sekali gus mengurangkan kos menjalankan perniagaan.

Membina negara
Dalam membina negara, GST adalah satu kaedah yang lebih baik dan lebih cekap dalam pungutan hasil untuk kerajaan. Lebih banyak dana boleh disalurkan ke dalam projek-projek pembinaan negara untuk kemajuan ke arah mencapai negara berpendapatan tinggi.

Keadilan dan kesaksamaan
Dengan GST juga, cukai dikenakan secara adil di kalangan semua perniagaan yang terlibat, sama ada dalam sektor pembuatan, pemborongan, peruncitan mahupun perkhidmatan.

Sistem penyampaian dipertingkatkan
Dalam pada itu, GST akan ditadbir dalam persekitaran berkomputer sepenuhnya. Dengan ini boleh mempercepatkan lagi penyampaian terutamanya bagi menuntut bayaran balik. Secara tidak langsung, ini menjadikan ianya lebih cepat, lebih cekap dan boleh dipercayai.

Meningkatkan daya saing global
Harga eksport Malaysia akan menjadi lebih berdaya saing di peringkat global kerana tidak ada GST dikenakan ke atas barangan dan perkhidmatan yang dieksport, manakala GST yang dikenakan ke atas input boleh diperolehi semula di sepanjang rantaian bekalan. Ini akan mengukuhkan lagi industri eksport kita dan membantu kemajuan negara ini lebih jauh kehadapan.

Pematuhan dipertingkatkan
SST sekarang mempunyai banyak kelemahan yang wujud dalam pentadbiran. GST telah mekanisme dalam membuat pentadbiran cukai seterusnya akan mempertingkatkan pematuhan.

Mengurangkan pita merah
Di bawah SST sekarang, perniagaan perlu memohon untuk kelulusan untuk mendapatkan bahan-bahan bebas cukai dan juga untuk pengecualian khas bagi barangan modal. Di bawah GST, sistem ini dihapuskan sebagai perniagaan boleh mengimbangi GST pada input dalam pulangan mereka.

Harga adil kepada pengguna
Sementara itu, GST akan menghapuskan cukai dua kali di bawah SST. Pengguna akan membayar harga yang lebih adil untuk kebanyakan barangan dan perkhidmatan berbanding dengan SST yang telah wujud.

Ketelusan yang lebih besar
Berbeza dengan cukai jualan sekarang ini, pengguna akan mendapat manfaat di bawah GST kerana mereka akan tahu sama ada barang-barang yang diambil tertakluk kepada cukai dan jumlah yang mereka bayar.


4.KESIMPULAN
Dalam erti kata lain, selagi kita hidup di atas muka bumi ini hanya terdapat dua perkara yang mustahil untuk dielakkan iaitu kematian dan bayar cukai. Ini menunjukkan betapa sinonimnya isu percukaian dengan kehidupan manusia. Kita hanya menyedari cukai pendapatan yang dibayar terus kepada Kerajaan tanpa kita sedari bahawa kita juga membayar cukai yang dimasukkan terus dalam harga barangan dan perkhidmatan seperti pembelian kereta, pakaian, makanan  dan lain-lain barangan dan perkhidmatan yang melibatkan pengguna.

Bagi memacu pertumbuhan ekonomi sesebuah negara, empat faktor utama yang menjadi penentu ialah penggunaan, pelaburan, perbelanjaan kerajaan dan eksport bersih. Perbelanjaan Kerajaan banyak bergantung kepada jumlah hasil cukai yang berjaya dikutip. Hasil cukai merupakan penyumbang utama kepada jumlah hasil Kerajaan. Jika hasil cukai meningkat, Kerajaan boleh melaksanakan pelbagai projek untuk menggerakkan pertumbuhan ekonomi.

Apabila jumlah hasil Kerajaan tidak mencukupi, kedudukan kewangan kerajaan akan mengalami defisit. Bagi menampung defisit tersebut, Kerajaan perlu membuat pinjaman untuk membiayai perbelanjaan pembangunan. Sistem percukaian Malaysia juga mempunyai asas yang sempit kerana pergantungan yang keterlaluan kepada cukai pendapatan. Sekiranya keuntungan syarikat berkurangan, jumlah kutipan cukai pendapatan juga berkurangan dan keadaan ini memberikan tekanan kepada hasil Kerajaan.

GST tiada kumpulan sasar tertentu, sebaliknya GST akan melibatkan keseluruhan pengguna. Kerajaan tiada pilihan selain daripada memperbetulkan persepsi pengguna mengenai hakikat keperluan GST untuk pembinaan sebuah negara bangsa yang terbilang. Persepsi-persepsi negatif mengenai ketelusan, akauntabiliti dan sikap amanah di dalam pengurusan perbendaharaan negara perlu ditangani secara efisyen oleh Kerajaan.

Oleh yang demikian, GST tidak akan membebankan pengguna kerana ia menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan sedia ada. GST merupakan langkah kehadapan bagi menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju. Oleh sebab GST menggantikan cukai jualan dan cukai perkhidmatan sedia ada, maka pelaksanaan GST dijangka tidak akan menyebabkan berlakunya kenaikan harga barangan dan perkhidmatan, melainkan jika kadar cukai yang dikenakan adalah lebih tinggi daripada kadar cukai jualan dan perkhidmatan yang dikenakan pada masa ini.

Selain itu, pelaksanaan GST juga memerlukan kerjasama politik yang matang. Parti-parti politik di Malaysia perlulah meminggirkan kepentingan politik masing-masing buat seketika bagi membolehkan perkara yang betul mengenai masa depan ekonomi negara dapat dilakukan untuk kebaikan seluruh pengguna di Malaysia. Kritikan yang diberikan haruslah bersandarkan kepada ilmu pengetahuan yang menyeluruh mengenai GST bukan hanya semata-mata berdasarkan ilmu picisan yang dituntut di kedai-kedai kopi atau dipetik dari cogankata murahan di laman-laman sosial semata-mata. Jadilah pemimpin contoh yang adil dan beramanah demi masa depan negara Malaysia yang tercinta.


2567 Perkataan

  


APENDIKS
5.RUJUKAN / REFERENSI
Apa Itu GST?. (n.a.). [Online].
            Available : http://blog3dalam1.blogspot.com/2013/05/apa-itu-gst-
penerangan-ringkas-mudah.html. [2014, Januari 25].

GST sistem cukai lebih tersusun. (n.a.) [Online].
lebih-tersusun.html. [2014, Januari 25].

Apa itu GST dan Kesannya pada kita?. (2011). [Online].
apa-itu-gst-dan-kesannya-pada-kita/173218662732664. [2014, Januari 25].

Apakah Itu GST?. (2013). [Online].
itu-gst.html. [2014, Januari 25].

Apa Itu Goods & Services Tax (GST)?. (2013). [Online].
[2014, Januari 25].

Apa Itu GST. (2013). [Online].
[2014, Januari 26].

Apa Kesan GST Enam Peratus Kepada Pengguna. (2013). [Online].
/apa-kesan-gst-enam-peratus-kepada-pengguna/. [2014, Januari 26].

Apa Itu GST. (2010). [Online].
Available : http://pemikirkaya.com/kepenggunaan/apa-itu-gst/. [2014, Januari 26].

GST Perkemas Sistem Kewangan Negara. (n.a.). [Online].
faham-apa-itu-gst.html. [2014, Januari 26].

Frequent Asked Questions (FAQ). (n.a.). [Online].
[2014, Januari 26].

GST Mengatasi Masalah Elak Cukai Pendapatan. (2013). [Online].
masalah-elak-cukai-pendapatan/. [2014, Januari 26].

GST Atasi Masalah Peniaga Elak Cukai. (n.a.) [Online].
dn_06/GST-atasi-masalah-peniaga-elak-cukai. [2014, Januari 26].

INFO : Apa Itu Kelebihan GST Part 2. (2013). [Online].
kelebihan-gst-part-2.html. [2014, Januari 26].

GST Untuk Kebaikan. (n.a.). [Online].
[2014, Januari 26].

Abdul Wahab, M.I. (n.a.). Tiga Masalah Pelaksanaan GST Di Malaysia. [Online].
[2014, Januari 27].

Shokhawi, A. (2013). Pemahaman Mengenai Cukai, Asas Kepada Penerimaan GST.
            mengenai-cukai-asas-kepada.html. [2014, Januari 27].

No comments:

Post a Comment