Thursday 3 March 2016

Assignment - Year 4 (Semester 2 - May) DINAMIKA PENYESUAIAN ABPC3103

1.PENGENALAN
Setiap yang hidup termasuk manusia akan mengalami satu kitaran kehidupan yang bermula dari proses persenyawaan, kelahiran, kehidupan di dunia serta diakhiri dengan kematian. Daripada proses kitaran kehidupan tersebut, kematian merupakan salah satu yang masih mengandung misteri besar dan ilmu pengetahuan masih belum berjaya merungkainya. Sudah menjadi fitrah setiap manusia ingin hidup sihat dari segi fizikal dan mental. Namun keinginan manusia itu tidak selalu dipenuhi kerana manusia terkadang akan sakit atau menderita sesuatu penyakit. Ada yang menderita penyakit yang berat atau sukar diubati dan ada pula yang menderita penyakit yang ringan atau mudah disembuhkan. Namun, cara kematian pula masing-masing berbeza. Dalam membincangkan topik mengenai ‘euthanasia’ ini, perlulah terlebih dahulu kita memahami maksud sebenarnya.

Masyarakat hanya mengetahui akan perihal ‘kematian yang baik’, namun tidak banyak yang mengetahui apa itu euthanasia. Euthanasia berasal dari perkataan Greek yang membawa maksud ‘kematian yang baik’ dimana ianya merupakan amalan menamatkan nyawa seseorang agar tidak terlalu menderita sakit. Euthanasia sering disebut juga sebagai ‘assisted suicide’ atau ‘mercy killing’. Terdapat 15 negara yang menghalalkan tindakan ini antaranya ialah Albania, Belgium, Canada, German, India, Ireland, Jepun, Luxembourg, Mexico, Belanda, New Zealand, Norway, Switzerland, United Kingdom dan Amerika Syarikat. Di Amerika Syarikat sebagai contoh, euthanasia dilakukan dengan menyuntik secara intravenous dadah yang sama digunakan untuk hukuman mati bagi banduan. Tindakkan dilakukan dengan menyuntik insulin secara ‘overdose’ dan pesakit akan koma akibat hipoglikemi lalu meninggal dunia.

Dalam euthanasia ada tiga jenis yang boleh dihuraikan antaranya ialah euthanasia aktif, euthanasia pasif dan ‘physician assisted suicide’. Euthanasia aktif bermaksud mengambil kehidupan seseorang untuk mengurangi penderitaan yang dialaminya. Terdapat aspek kesengajaan dalam menamatkan hayat seseorang, misalnya dengan menyuntik zat kimia tertentu untuk mempercepat proses kematiannya. Sementara Euthanasia pasif bermaksud membiarkan si mati secara alamiah tanpa bantuan alat bantu seperti pemberian ubat, makanan atau alat bantuan oksigen dan sebagainya. Euthanasia pasif dibezakan antara euthanasia pasif alamiah dengan euthanasia bukan alamiah. Euthanasia pasif alamiah bermaksud menghentikan pemberian keperluan hidup seperti makanan, minuman dan udara. Sedangkan euthanasia pasif bukan alamiah bermaksud menghentikan penggunaan alat bantuan mekanik dengan mencabut respirator (alat bantuan pernafasan) atau organ-organ buatan. Euthanasia pasif alamiah boleh diibaratkan sebagai pembunuhan dengan sengaja kerana membiarkan si mati tanpa makan atau minum. Dalam erti kata lain, membunuh secara pelahan-lahan. Terdapat satu lagi bentuk euthanasia yang dianggap sebagai kacukan antara euthanasia aktif dan pasif, iaitu ‘physician assisted suicide’ (PAS) atau sukarela pasif euthanasia atau pembunuhan belas kasihan. Dalam kes ini, doktor membekalkan maklumat yang diperlukan atau cara-cara untuk membunuh diri kepada individu yang berkenaan bagi membolehkan beliau untuk menamatkan nyawanya sendiri.



2.PENDAPAT SAYA TENTANG EUTHANASIA
Saya sering mendengar perkataan Euthanasia, meskipun pada awalnya saya tidak begitu memahami apa itu euthanasia. Secara umumnya, saya mendefinisikan euthanasia sebagai keupayaan dalam meringankan penderitaan pesakit dengan mempercepat kematiannya. Pengetahuan tentang euthanasia ini saya belajar secara pemerhatian dan pengalaman di mana anak kepada majikan saya mengalami keadaan ini. Anak majikan saya pada mulanya mengalami masalah lupa ingatan secara berperingkat iaitu tidak secara terus mendadak. Beliau ada mengadu kepada ibunya iaitu majikan saya akan kejadian yang menimpanya.

Ahli keluarga beliau tidak membawanya berjumpa doktor kerana menyangka ianya tidaklah serius yang disangkakan. Lama-kelamaan prestasi seharian beliau semakin teruk dan mengganggu tugasan seharian sebagai guru. Sejak dari peristiwa tersebut, beliau jatuh sakit dan tidak dapat memberi tumpuan terhadap pekerjaannya. Ade suatu ketika di mana beliau pengsan dan terus koma. Sejak itu, beliau tidak sedarkan diri. Doktor memberitahu kepada ahli keluarga beliau akan keadaannya jika disedar dari koma. Satu perkara yang tidak dapat dijangka di mana doktor memberitahu bahawa beliau mengalami masalah mati otak di mana otak beliau tidak dapat berfungsi seperti sedia kala.

Justeru, doktor mencadangkan kepada keluarga beliau untuk menamatkan hayatnya dengan memberhentikan alat bantuan pernafasan. Ibunya tidak dapat menerima tindakan tersebut pada mula akan tetapi setelah dinasihatkan tentang keadaan anaknya, beliau sebagai ibu bersetuju menjalani prosedur tersebut setelah mendapat persetujuan bersama ahli keluarga yang lain. Bayangkan, peristiwa yang berlaku kepada anaknya hanya mengambil masa sebulan selepas kali pertama mengadu tentang perkara tersebut.

Apa yang saya ingin katakan di sini mengenai euthanasia ialah ianya mempunyai pelbagai tanggapan dan apa yang saya paham tiga alasan utama mengapa euthanasia itu boleh dilakukan ialah kerana rasa sakit yang tidak tertahankan, hak untuk melakukan bunuh diri dan seseorang dipaksa untuk hidup. Antara huraiannya seperti penerangan dibawah.

Rasa Sakit Yang Tidak Tertahankan
Mungkin hujah terbesar dalam konflik euthanasia adalah jika pesakit tersebut mengalami rasa sakit yang amat besar. Namun dewasa ini, penemuan semakin menggalakkan untuk mengatasi rasa sakit tersebut yang secara langsung menyebabkan peratusan terjadinya ‘assisted suicide’ berkurang. Euthanasia memang sekilas merupakan jawaban dari stress yang disebabkan oleh rasa sakit yang semakin menjadi. Namun ada juga yang dinamakan ‘drugged state’ atau suatu saat dimana kita tak merasakan rasa sakit apa pun oleh kerana pengaruh ubat.

Hampir semua rasa sakit boleh dihilangkan sama ada yang parah atau sebaliknya Tapi euthanasia bukanlah jawapan dari masalah tersebut. penyelesaian terbaik untuk masalah ini adalah dengan meningkatkan mutu para profesional perubatan dan dengan menginformasikan pada setiap pesakit tentang apa saja hak-hak mereka sebagai seorang pesakit. Walau bagaimanapun, beberapa doktor tidak dibekalkan dengan ‘pain management’ atau cara perubatan bagi menghilangkan rasa sakit sehingga mereka tidak tahu bagaimana harus bertindak apabila seorang pesakit mengalami rasa sakit yang luar biasa. Jika hal ini terjadi, pesakit tersebut hendaklah mencari doktor lain yang merupakan seseorang yang akan mengawal rasa sakit itu dan bukan yang akan membunuh pesakit.


Hak Untuk Melakukan Bunuh Diri
Mungkin hal kedua bagi para pro-euthanasia adalah jika kita mengangkat hal paling penting iaitu ‘hak’. Tapi jika diteliti lebih secara mendalam adalah bukan memberi hak untuk seseorang yang dibunuh tetapi memberikan hak pada orang yang melakukan pembunuhan tersebut. Dengan erti kata lain, euthanasia bukanlah hak seseorang untuk mati tetapi hak untuk membunuh.


Seseorang Dipaksa Untuk Hidup
Tidak semestinya dan bahkan tidak ada hukum atau etika perubatan yang menyatakan bahawa apa sahaja akan dilakukan untuk mempertahankan pesakit untuk hidup. Desakan, melawan permintaan pesakit, menunda kematian dengan alasan hukum dan sebagainya juga boleh dinilai sebagai kejam dan tidak berperikemanusiaan. Sebab itulah rawatan lebih lanjut menjadi tindakan yang tanpa rasa kasihan, tidak bijak atau tidak terlihat sebagai perilaku perubatan. Perkara yang sepatutnya dilakukan adalah dengan menyediakan rawatan di rumah, bantuan dukungan emosional dan spiritual bagi pesakit dan membiarkan pesakit berasa tenang dengan saat akhir dalam hidupnya.



3.PEMAHAMAN TIGA RESPONDAN TERHADAP EUTHANASIA
Dalam tugasan ini, saya diminta untuk menemu ramah tiga respoden dari latar belakang yang berlainan tentang pengetahuan mereka mengenai euthanasia. Pandangan mereka mengenai euthanasia dihuraikan seperti di bawah.

3.1.Respondan Pertama
Merupakan seorang doktor pakar bedah dari kota tinggi yang merupakan rakan kepada kenalan saya. Menurut respondan pertama apabila saya mengajukan soalan kepada beliau mengenai euthanasia, beliau menjelaskan bahawa euthanasia merupakan tindakan mematikan pesakit dan perlu mendapat persetujuan dari keluarga pesakit. Menurut beliau, di Malaysia tindakan ini tidak dipersetujui kerana terdapat pro dan kontra. Ada beberapa negara yang membenarkan tindakan sedemikian dilakukan.

Menurut beliau lagi, masalah euthanasia adalah salah satu dari masalah etika yang dihadapi oleh profesion kedoktoran sekarang. Doktor mahupun tenaga dari para perubatan yang lain kadang-kadang menghadapi kes di mana seorang pesakit menderita penyakit yang tidak dapat disembuhkan lagi. Pesakit tersebut memohon dan mendesak agar doktor membantu untuk mengakhiri hidupnya.

Beliau juga ada memberikan contoh beberapa keadaan pesakit yang parah. Dalam kes pertama, seorang ibu yang tinggal bersama anaknya menghidapi pendarahan kecil dala otaknya. Sejak dua tahun terakhir, beliau sudah tidak mampu berbicara dan sudah tidak lagi boleh mendengar seperti biasa. Selain itu tak ada lagi komunikasi antara beliau dengan keluarganya. Dalam kes kedua pula, seorang wanita berusia 75 tahun telah menghidap penyakit kanser tulang tahap akhir. Tulang-tulang pada kedua kakinya berpecah-pecah. Wanita tua tersebut mengalami serangan di mana kedua-dua kaki beliau  bergementar dan menyebabkan tulang-tulang kakinya terbelah. Beliau tidak diubati lagi dan ingin mati. Suatu faktor yang amat penting dalam menghadapi kes-kes euthanasia adalah masalah dari hak untuk menetukan nasib sendiri. Apakah hak itu betul-betul bersifat individual ataukah masih merupakan suatu perjuangan dan itulah yang menjadi persoalannya.


3.2.Respondan Kedua
Merupakan seorang guru sains yang mengajar di sekolah menengah di kuala lumpur. Menurut respondan kedua, beliau menjelaskan bahawa euthanasia adalah euthanasia adalah proses membantu orang yang sakit parah atau selalu dalam keadaan kesakitan untuk mati. Dalam erti kata lain, euthanasia adalah pembunuhan dalam segi perubatan yang disengaja dengan aksi atau dengan penghilangan suatu hak rawatan yang seharusnya diterima oleh pesakit agar pesakit tersebut dapat meninggal secara wajar. Dengan menerangkan soal ini, perkataan ‘disengaja’ bermaksud jika aksi tersebut dilakukan dengan tidak sengaja maka secara tidak langsung ia  bukanlah euthanasia.

Menurut beliau lagi, euthanasia ini dilakukan secara sah menurut undang-undang di negara Belanda iaitu negara pertama di dunia yang bersetuju menjalankan euthanasia. Walau bagaimanapun, euthanasia dilakukan dengan sangat berhati-hati dan dengan mengambil kira pelbagai aspek. Namun, di Malaysia tiada undang-undang sah yang membenarkan tindakan ini dijalankan secara sah.
Walaubagaimanapun sebagai contoh dalam keadaan di mana pakar perubatan telah mengesahkan bahawa jika jantung atau otak pesakit telah berhenti berfungsi secara hakiki dan pesakit disahkan tidak ada lagi harapan untuk hidup dan hanya bergantung kepada alat bantuan sokongan pernafasan, muzakarah memutuskan bahawa tindakan memberhentikan alat bantuan sokongan pernafasan tersebut adalah dibenarkan dalam Islam. Ini adalah kerana pesakit telah disahkan mati oleh pakar perubatan dan sebarang rawatan tidak lagi diperlukan. Begitu juga dalam kes di mana pakar perubatan telah mengesahkan bahawa pesakit tiada harapan untuk sembuh dan pesakit telah dibenarkan pulang, maka tindakan memberhentikan rawatan utama dan hanya rawatan sokongan (conventional treatment) diteruskan adalah dibenarkan dalam Islam kerana keadaan seumpama ini tidak termasuk dalam amalan euthanasia yang diharamkan.


3.3.Respondan Ketiga
Merupakan seorang yang berpengalaman yang pernah melalui pengalaman tentang euthanasia. Apa yang beliau maklumkan kepada saya tentang euthanasia adalah pengakhiran kehidupan seseorang yang sedang dalam keadaaan sangat sakit untuk membebaskannya dari penderitaan. Euthanasia ditafsirkan sebagai tidak menimbulkan rasa sakit. Menurut beliau seseorang yang mengalami euthanasia biasanya memiliki keadaan penyakit yang tidak dapat disembuhkan. Tetapi ada kes di mana terdapat beberapa individu yang ingin hidupnya berakhir. Dalam kes tertentu, euthanasia dilakukan atas permintaan pesakit sendiri tetapi ada ketikanya pesakit mungkin terlalu sakit dan keputusan dibuat oleh keluarga terdekat, tenaga perubatan atau dalam beberapa kes melibatkan pengadilan undang-undang.

Beliau menyatakan bahawa Dr. Ricard Lamerton mentafsirkan euthanasia sebagai pembunuhan belas kasihan (mercy killing) yang berasal dari pembunuhan didasarkan pada hukum dan terdapat empat istilah euthanasia iaitu membiarkan seseorang mati (allowing someone to die), kematian belas kasihan (mercy death), pembunuhan belas kasihan (mercy killing) dan kematian otak (brain death).



4.PENILAIAN DAN KOMEN RESPONDAN SEKIRANYA EUTHANASIA DIJALANKAN  KE ATAS AHLI KELUARGA TERDEKAT
Dalam menjalankan temu ramah kepada tiga respondan mengenai euthanasia sekiranya dijalankan ke atas ahli keluarga terdekat mereka, masing-masing mempunyai pendapat tersendiri.

4.1.Respondan Pertama
Ketika diajukan soalan, respondan pertama menyatakan beliau bukanlah seorang yang menentang atau pun menyokong tindakan euthanasia ini. Bagi beliau, jika keadaan ini berlaku ke atas ahli keluarga terdekatnya, beliau akan mengambil kira pelbagai aspek sebelum bersetuju atau tidak bersetuju dalam tindakan tersebut. Jika penyakit yang dihadapi itu masih lagi boleh di rawat, beliau tetap menyatakan tidak untuk tindakan tersebut. Namun, jika keadaan sebaliknya berlaku, beliau akan berbincang dengan ahli keluarga lain dalam meneruskan tindakan tersebut. Beliau juga menyatakan adalah perlu mendapat persetujuan bersama ahli keluarga lain dalam kes euthanasia ini supaya tidak dipersoal kelak.

4.2.Respondan Kedua
Soalan yang sama diajukan kepada beliau dan beliau berkeras untuk tidak akan terima jika euthanasia dijalankan ke atas ahli keluarga terdekat beliau. Beliau juga ada menyatakan bahawa sakit dan menderita seteruk mana sekalipun, nyawa bukanlah hak manusia melainkan hak Allah S.W.T. Mungkin kita merasakan mati lebih baik namun Allah S.W.T itu lebih mengetahui dari kita. Berserah sahaja kepada Allah S.W.T selain berusaha untuk mengubatinya. Bunuh diri hanyalah penyelesaian sementara sedangkan masih ada alam yang bakal kita tempuhi selepas alam barzakh. Orang yang membunuh diri tidak akan sesekali masuk syurga melainkan neraka. Justeru, walau apa cara sekali pun, beliau tidak akan bersetuju dengan tindakan tersebut.

4.3.Respondan Ketiga
Beliau tidak menolak tindakan ini malah beliau menyatakan bahawa sekiranya berlaku ke atas keluarga terdekatnya, beliau bersetuju untuk menjalani euthanasia ini itupun setelah mengambil kira keadaan yang dialami oleh pesakit tersebut. Dalam erti kata lain, bergantung kepada keadaan jika teruk keadaannya beliau tidak teragak-agak untuk meneruskannya. Jika sebaliknya, beliau akan menjaga ahli keluarga tersebut selagi termampu.



5.CADANGAN KE ATAS PERATURAN (EUTHANASIA)
Dari perspektif saya, apa yang saya teliti euthanasia mempunyai perbezaan dari segi pendapat. Apa yang menjadi keutamaan adalah pesakit yang mengalami kesakitan yang tidak dapat ditanggung lagi. Justeru, terdapat pelbagai cara dalam menyembuhkan pesakit. Walau bagaimanapun, tindakan euthanasia ini tidak boleh diambil ringan. Ada cara tertentu dalam menjalani yang walaupun terdapat negara-negara yang tidak bersetuju dalam mempersoalkan euthanasia. Dan setengah berpendapat adalah tidak adil dalam menamatkan hayat hidup seseorang itu tanpa memberi peluang untuknya untuk terus hidup. Lainlah jika pesakit itu sendiri yang meminta untuk menamatkan hayatnya. Sungguh pun begitu, setiap tindakan yang dijalankan perlu ada pro dan kontranya supaya tidak terpesong dalam etika kedoktoran.

Namun dalam erti kata lain, penderitaan tidak boleh dibiarkan dan ianya haruslah mengikut prosedur yang betul. Sebagai contoh, jika seseorang pesakit itu mengalami keadaan di mana beliau sudah tidak dapat disembuhkan lagi seperti koma akibat dari mati otak secara tidak langsung euthanasia merupakan tindakan yang dilihat betul. Dan peraturan ketika menjalani tindakan ini memerlukan persetujuan dari ahli keluarganya walaupun tindakan ini tidak ada undang-undang khusus seperti ini di Malaysia. Seperti yang saya nyatakan di atas di mana, anak majikan saya berada dalam keadaan sedemikian dan kebenaran serta persetujuan dari ahli keluarganya amatlah penting supaya tidak melanggar etika. Ini adalah kerana mati otak dikategorikan sebagai tidak dapat diselamatkan lagi walaupun setelah pesakit tersedar dari koma yang dialami. Tidak ada cara yang dapat diselamatkan selain dari menamatkan hayatnya dengan memberhentikan alatan bantuan pernafasan ke atasnya.

Apa yang saya hendak tegaskan di sini adalah persetujuan itu penting dalam menjalani tindakan yang dimaksudkan. Tiada apa yang dapat dilakukan jika tidak mempunyai kebenaran dari ahli keluarga itu sendiri. Sementara itu, jika penyakit itu lihat tidaklah serius maka, euthanasia boleh diketagorikan sebagai pembunuh. Tidak dinafikan perkembangan pesat ilmu kedoktoran dan teknolognya masa kini telah memungkinkan untuk mempertahankan hidup seseorang, walaupun otak telah berhenti berfungsi dan orang tersebut hidup hanya oleh degupan jantung dan nafas secara autonomi. Namun,  pemdapat lain menyatakan bahawa kesedaran terhadaop hak-hak termasuk hak untuk mati juga semakin meningkat.

Konsep ‘mati’ dalam dunia kedoktoran adalah seperti degupan jantung berhenti, nadi tidak terasa tiada hembusan nafas dan berhenti atau kerosakan sistem saraf dengan istilah lain kematian otak dan sudah tidak bernafas lagi. Berdasarkan penelitian yang dijalankan oleh seorang doktor di Indonesia, beliau  menjelaskan bahawa mati boleh dibezakan kepada tiga jenis iaitu mati klinikal, mati biologi dan mati sosial.

Mati Klinikal
Suatu keadan dimana jantung dan paru-paru sudah berhenti bekerja yang ditandai dengan berhentinya prnafasan dan denyut nadi, namun system otak masih berfungsi yang ditandai dengan masih adanya reflek-reflek tubuh.

Mati Biologi
keadaan mati klinis yang berlanjut sehingga sistem otak juga turut mati.

Mati Sosial
Suatu keadaan dimana jantung dan paru-paru masih berfungsi walaupun dengan bantuan ubat-ubatan atau alat bantuan pernafasan dan sebagainya tetapi sistem otak telah mati atau tidak lagi berfungsi.



6.KESIMPULAN
Seperti yang dibincangkan di atas, euthanasia merupakan tindakan mematikan atau minta dimatikan hayat seseorang yang menderita sakit yang serius dan tidak dapat diubati dan disembuh lagi. Walaupun terdapat negara yang menghalalkannya dari segi undang-undang, namun tidak semua masyarakat yang boleh menerima keadaan sedemikian. Dan perlu mengambil kira keadaan tertentu dalam menjalaninya.

Dalam kebanyakkan agama juga melarang tindakan tersebut dijalankan ianya termasuklah agama kristian, hindu dan Buddha selain agama islam sendiri yang melarang umatnya bertindak membunuh diri walau dalam apa cara sekali pun. Apa yang boleh disimpulkan disini adalah euthanasia sukarela adalah apabila mendapat persetujuan dari pesakit dan euthanasia bukan sukarela ialah apabila pesakit itu tidak mempunyai kemampuan untuk membuat keputusan  bagi dirinya.

Jadi secara logiknya, euthanasia dapat ditafsirkan sebagai kematian dengan baik dan perkataan euthanasia sendiri berasal dari perkataan Greek. Mereka yang menentang tindakan ini beralasan demi keluhuran  hidup atau peluang untuk hidup bagi pesakit sementara bagi mereka yang berfikiran terbuka dalam menerima tindakan ini, mereka berpendapat euthanasia secara tidak langsung dapat mengurangkan penderitaan, integriti badan, penentuan sendiri dan kebebasan autonomi bagi mereka yang menderita akibat penyakit yang dihadapi yang tidak dapat disembuhkan lagi. Bagi mereka, ini merupakan tindakan yang wajar dilakukan untuk mengurangkan komplikasi kepada pesakit.



2659 Perkataan




APENDIKS
7.RUJUKAN / REFERENSI

Euthanasia. (n.a.). [Online].
Available : http://mytaste.wordpress.com/euthanasia/. [2014, Jun 8].

Euthanasia. (n.a.). [Online].
Available : http://id.truthfortheworld.org/euthanasia. [2014, Jun 8].

Apakah Itu Euthanasia?. (2011).
apakah-itu-euthanasia.html. [2014, Jun 8].

Euthanasia Killing. (2010). [Online].
euthanasia-killing/. [2014, Jun 8].

Euthanasia, Apa Itu?. (2011). [Online].
            Available : http://tulisanuul.blogspot.com/2011/11/euthanasia-apa-itu.html.
            [2014, Jun 8].

Bunuh Diri Dan Euthanasia. (2011). [Online].
            [2014, Jun 9].

Hukum Eutanasia Atau Mercy Killing. (2011). [Online].
-atau-mercy-killing. [2014, Jun 9].

Euthanasia Dalam Perspektif Islam. (2011). [Online].
            [2014, Jun 9].

Euthanasia Dalam Pandangan 5 Agama. (n.a.). [Online].
agama-terhadap.html. [2014, Jun 9].

What is Euthanasia? : Definitions and Law. (n.a.). [Online].
and-definitions. [2014, Jun 9].

Apakah Pandangan Islam Terhadap Euthanasia. (2012). [Online].
terhadap-euthanasia/. [2014, Jun 9].

Pandangan Masyarakat Terhadap Euthanasia. (n.a.). [Online].
            Available : https://tedjho.wordpress.com/tag/pandangan-masyarakat-
terhadap-euthanasia/. [2014, Jun 9].

Apa itu Euthanasia? : Legalitas Euthanasia di Berbagai Negara. (n.a.). [Online].
            euthanasia-di-berbagai-negara/. [2014, Jun 9].

No comments:

Post a Comment