Wednesday 2 March 2016

Assignment - Year 3 (Semester 3 - September) PENYELIDIKAN METODOLOGI BBRC4103

1.PENGENALAN
Umum mengetahui bahawa penyelidikan merupakan suatu usaha yang dilakukan sama ada secara individu atau secara berkumpulan bagi menyelesaikan sesuatu permasalahan yang ingin di kaji. Namun begitu, penyelidikan yang ingin difahami adalah bergantung kepada ruang lingkup atau bidang yang diceburi oleh seseorang penyelidik itu. Penyelidik yang baik adalah mereka yang menggabungkan semua teknik yang ada di dalam ilmu penyelidikan khas bagi memastikan setiap jawapan atau jalan penyelesaian adalah bertepatan dan sesuai untuk diguna pakai oleh para pengkaji lain pada masa hadapan. Dalam erti kata lain, menjalankan kajian penyelidikan bermaksud mencari maklumat dengan lebih lanjut mengenai sesuatu perkara, menyelami lebih lanjut, menjalankan kajian menyeluruh atau menyiasat dengan lebih mendalam.

Menurut Salkind (2000), penyelidikan merupakan satu proses bagi menghasilkan satu pengetahuan baru. Dalam menjalankan sesebuah penyelidikan, metodologi penyelidikan merupakan elemen penting yang perlu diambil berat kerana ianya merupakan kaedah bagaimana sesebuah penyelidikan itu dijalankan. Metodologi penyelidikan dapat membantu di dalam memastikan penyelidikan dapat dijalankan secara tersusun dan seterusnya menghasilkan keputusan penyelidikan yang baik. Terdapat pelbagai metodologi penyelidikan yang boleh digunakan dan bergantung kepada jenis penyelidikan yang dijalankan sama ada ianya tergolong dalam bidang saintifik, kesusasteraan, sosiologi, teknologi dan sebagainya.

Terdapat dua metodologi yang sering diguna pakai dalam menjalankan penyelidikan iaitu kaedah kuantitatif dan kualitatif. Kedua-dua kaedah ini memerlukan fakta dan data untuk dianalisis menurut Cresswell (1994). Bagi penyelidikan ini, kedua-dua kaedah iaitu kaedah kualitatif dan kaedah kuantitatif telah digunakan. Gabungan kedua jenis kaedah ini dikenali sebagai kaedah rangkaian segi tiga (triangulation method). Kaedah rangkaian segi tiga dipilih berdasarkan permasalahan penyelidikan yang lebih berbentuk tertutup. Menurut Fellows dan Liu (2003), dengan menggunakan kaedah rangkaian segi tiga, keputusan yang tepat akan diperolehi kerana kekurangan dan kelebihan kedua jenis kaedah ini akan melengkapi diantara satu sama lain. Namun begitu kedua-dua kaedah itu mempunyai kelebihan dan kelemahan masing-masing. Antaranya adalah kaedah kuantitatif dan kaedah kualitatif.

Kaedah kuantitatif melibatkan kaedah saintifik selepas sedikit kajian teori dan literatur dijalankan bagi menguji hipotesis. Ia melibatkan pungutan data dari berbagai sumber dan akan dianalisis secara formula bergantung kepada jenis statistik yang dipilih. Terdapat pelbagai kaedah statistik yang ada boleh dipilih dan digunakan mengikut kesesuaian penyelidikan. Antara kaedah-kaedah tersebut ialah ujian bukan parametrik, ujian parametrik, regressi dan kolerasi, jangkaan masa dan nombor indeks.

Manakala kaedah kualitatif pula adalah penyelidikan yang dijalankan tanpa menggunakan sebarang formula. Ia hanya dilakukan dengan memahami topik penyelidikan diikuti dengan pungutan fakta dan data di mana teorinya akan membantu di dalam mendapatkan keputusan penyelidikan. Kaedah ini dianggap mudah kerana ianya tidak memerlukan sebarang kaedah matematik dan statistik ketika analisis data dilakukan. Oleh kerana ianya tidak menggunakan pengiraan matematik, maka keputusan analisis perlulah dibuat dengan bijak berdasarkan semua teori yang ada.

Sementara itu, proses kajian penyelidikan pula setiap penyelidikan akan melalui proses yang tersendiri bergantung kepada bidang dan jenis penyelidikan yang dijalankan. Kronologi yang berlaku pada setiap penyelidikan juga adalah berbeza namun pada dasarnya perlulah dimulai dengan menentukan tajuk penyelidikan dan diakhiri dengan menulis laporan penyelidikan. Namun begitu, setiap langkah tidak perlu diselesaikan sebelum langkah seterusnya diambil. Menurut Mohd Sheffie Abu Bakar (1987), ada ketikanya sesuatu langkah itu mengambil masa yang terlalu lama yang jika ditunggu, akan mengganggu perjalanan keseluruhan penyelidikan.

Dalam kajian penyelidikan, hipotesis merupakan suatu ramalan terhadap kemungkinan dapatan di dalam penyelidikan seperti yang dinyatakan oleh Fraenkel (1993). Namun menurut Ahmad Mahdzan Ayob (1992), beliau menyatakan bahawa hipotesis merupakan saranan sementara tentang hubungan antara dua angkubah (atau lebih) yang didapati melalui deduksi. Sementara itu, menurut Maleske (1995), hipotesis ialah merupakan peramalan terhadap apa yang akan berlaku pada masa hadapan. Ianya berbeza dengan teori yang merupakan penerangan tentatif berkaitan kenapa sesuatu tingkah laku itu berlaku.

Antara jenis-jenis hipotesis yang utama ialah hipotesis induktif dan hipotesis deduktif. Hipotesis induktif dibentuk dibentuk melalui proses cerapan. Dalam hipotesis ini, penyelidik akan menentukan susur galur dan kemungkinan hubungan antara pemboleh ubah yang dikaji. Sementara itu, hipotesis deduktif dibentuk daripada teori. Ianya akan mendorong penyelidikan ke arah sistem pengetahuan yang lebih umum.

Selain itu, terdapat juga jenis-jenis pembolehubah dalam kajian penyelidikan. Antaranya ialah pembolehubah bebas, pembolehubah bersandar, pembolehubah aktif, pembolehubah penyumbang, pembolehubah discrete, pembolehubah berterusan, pembolehubah terkawal, pembolehubah tidak terkawal, pembolehubah kualitatif, pembolehubah discrete dichotomous, pembolehubah kategori terhad, pembolehubah kaetgori pelbagai, pembolehubah random dan pembolehubah constant.


2.MODEL  KOGNITIF DEDUKTIF
Deduktif berasal dari bahasa Inggeris ‘deduction’ yang bererti penarikan kesimpulan dari keadaan–keadaan yang umum kemudian menemukan yang khusus dari hal abstrak kepada hal yang nyata dan dari konsep-konsep yang astrak kepada contoh-contoh yang konkrit seterusnya dari sebuah premis menuju ke kesimpulan yang logis.  Dalam erti kata lain, kognitif deduktif adalah cara berpikir dimana dari pernyataan yang bersifat umum ditarik kesimpulan yang bersifat khusus. Penarikan kesimpulan secara deduktif biasanya mempergunakan pola berpikir yang dinamakan silogismus. Silogismus disusun dari dua buah pernyataan dan sebuah kesimpulan. Menurut dalam Wikipedia, model kognitif deduktif adalah model kognitif yang menerapkan hal-hal yang umum terlebih dahulu untuk seterusnya dihubungkan dalam bagian-bagiannya yang khusus.

Penalaran deduktif menggunakan bentuk bernalar deduksi. Deduksi yang berasal dari kata ‘de dan ducere’ yang bererti proses penyimpulan pengetahuan khusus dari pengetahuan yang lebih umum. Perihal khusus tersebut secara implisit terkandung dalam yang lebih umum. Maka, deduktif merupakan proses berpikir dari pengetahuan umum ke individual. Seterusnya menurut Suriasumantri (2001), penalaran deduktif adalah kegiatan berpikir yang sebaliknya dari penalaran induktif. Deduktif adalah cara berpikir di mana dari pernyataan yang bersifat umum ditarik suatu kesimpulan yang bersifat khusus.

Pendekatan model kognitif deduktif (deductive approach) adalah pendekatan yang menggunakan logika untuk menarik satu atau lebih kesimpulan (conclusion) berdasarkan seperangkat premis yang diberikan. Dalam sistem deduktif yang kompleks, peneliti dapat menarik lebih dari satu kesimpulan. Metode deduktif sering digambarkan sebagai pengambilan kesimpulan dari sesuatu yang umum ke sesuatu yang khusus (going from the general to the specific).

Menurut Setyosari (2010) menyatakan bahawa model kognitif deduktif merupakan proses berfikir yang didasarkan pada pernyataan-pernyataan yang bersifat umum ke hal-hal yang bersifat khusus dengan menggunakan logika tertentu. Pendekatan deduktif adalah proses penalaran yang bermula dari keadaaan umum ke keadaan yang khusus sebagai pendekatan pengajaran yang bermula dengan menyajikan aturan, prinsip umum diikuti dengan contoh-contoh khusus atau penerapan aturan, prinsip umum itu ke dalam keadaan khusus. Sementara menurut Yamin (2008) menyatakan bahawa pendekatan deduktif merupakan pemberian penjelasan tentang prinsip-prinsip isi pelajaran, kemudian dijelaskan dalam bentuk penerapannya atau contoh-contohnya dalam situasi tertentu. Dalam pendekatan deduktif menjelaskan hal yang berbentuk teori ke bentuk realiti atau menjelaskan hal-hal yang bersifat umum ke yang bersifat khusus.

Di samping itu, model kognitif deduktif pada fahaman saya adalah kaedah yang sesuai digunakan apabila kita ingin mencari kebenaran tentang sesuatu perkara. Maksudnya sesuatu perkara atau hipotesis itu dinyatakan terlebih dahulu barulah data dikumpulkan untuk memastikan hipotesis yang dinyatakan di awal penyelidikan. Seperti kata Popper (1972), kaedah deduktif adalah apabila data dikutip berdasarkan suatu pandangan dan jangkaan tertentu. Hipotesis digunakan untuk mengutip data dan memberi arah tuju kepada pengumpulan data itu. Data tidak hanya boleh diperhatikan secara lansung, sebaliknya perlu disesuaikan dengan teori awal yang dibina.

Terdapat tujuh langkah hipotesis dalam model kognitif deduktif iaitu pegamatan, pengumpulan data awal, perumusan teori, penyusunan hipotesis, pengumpulan data lanjutan, analisis data dan deduksi yang dihuraikan seperti di bawah.

Pengamatan
Pengamatan adalah suatu proses atau objek dengan maksud merasakan dan kemudian memahami pengetahuan dari sebuah fenomena berdasarkan pengetahuan dan gagasan yang sudah diketahui sebelumnya untuk mendapatkan maklumat-maklumat yang diperlukan untuk meneruskan suatu penyelidikan.

Pengumpulan Data Awal
Pengumpulan data dilakukan untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan dalam rangka mencapai tujuan penyelidikan. Tujuan yang diungkapkan dalam bentuk hipotesis merupakan jawapan sementara terhadap soalan penyelidikan.

Perumusan Teori
Pada peringkat ini, penyelidik mencuba merumuskan teori-teori mana yang akan dipakai dalam melakukan penyelidikan. Teori yang telah dirumuskan tersebut menjadi alat dalam mengkaji suatu fenomena yang akan diteliti. Oleh kerana itu, tahap kaitan teori yang dirumuskan dengan masalah yang akan diteliti menjadi sangat penting dalam menunjang keberhasilan suatu penyelidikan.

Penyusunan Hipotesis
Hipotesis atau hipotesa adalah jawapan sementara terhadap masalah yang masih bersifat praduga kerana masih harus dibuktikan kebenarannya. Hipotesis merupakan langkah pertama sebelum menjalankan penyelidikan, ia dirumuskan terlebih dahulu sebagai pedoman dalam mengambil kesimpulan.

Pengumpulan Data Lanjutan
Pengumpulan data lanjutan diperlukan untuk menunjang dari hipotesis yang telah disusun. Sebagai bahan pelengkap untuk meneruskan ke proses analisis data. Pada tahap ini adalah bahagian melengkapi dari pengumpulan data awal.

Analisis Data
Analisis data adalah suatu kegiatan untuk meneliti, memeriksa, mempelajari, membandingkan data yang ada dan membuat tafsiran yang diperlukan. Selain itu, analisis data boleh digunakan untuk mengindentifikasi ada tidaknya masalah. Analisa data juga merupakan proses mengatur susunan data, mengorganisasikannya kedalam suatu pola, kategori dan satuan uraian dasar. Data yang diperoleh data dari pengumpulan data sebelumnya ditambah dengan hipotesis yang telah dibina.

Deduksi
Deduksi adalah kesimpulan akhir dari analisa yang telah disusun. Deduksi bermakna penarikan kesimpulan dari keadaan yang umum atau penemuan yang khusus dari yang umum. Kaedah deduksi akan membuktikan suatu kebenaran baru berasal dari kebenaran-kebenaran yang sudah ada dan diketahui sebelumnya (berkesinambungan). Kaedah deduksi umumnya dipakai pada bidang matematik untuk membuat turunan-turunan formula yang lebih ringkas.



3.MODEL KOGNITIF INDUKTIF
Terdapat tiga perkata dalam induktif iaitu ‘collect, research, conclude’. Melalui kaedah ini, langkah pertama untuk membuat sesuatu kajian adalah dengan mengumpulkan segala bahan yang hendak dikaji terlebih dahulu. Selepas semua maklumat diperolehi, barulah penyelidikan dijalankan terhadap bahan kajian terbabit dan kesimpulan akan dibuat berdasarkan kajian yang telah dijalankan. Pendekatan induktif pada awalnya dikemukakan oleh ahli falsafah Inggeris iaitu Perancis Bacon yang menghendaki agar penarikan kesimpulan berdasarkan fakta-fakta yang konkrit sebanyak mungkin. Sistem ini dipandang sebagai sistem yang paling baik pada abad pertengahan iaitu cara induktif disebut juga sebagai dogmatif ertinya bersifat mempercayai begitu sahaja tanpa diteliti secara rasional. Pada dasarnya model kognitif induktif ialah suatu proses dalam berfikir yang berlangsung dari khusus menuju ke yang umum.

Model ini juga berdasarkan model kognitif induktif oleh Hilda Taba. Seperti yang dijelaskan oleh Sagala (2010), yang mengatakan bahawa dalam konteks pembelajaran pendekatan induktif adalah pendekatan pengajaran yang bermula dengan menyajikan sejumlah keadaan khusus kemudian dapat disimpulkan menjadi suatu prinsip atau aturan. Sementara itu, menurut Yamin (2008) menyatakan bahawa pendekatan induktif bermula dengan pemberian kes, fakta, contoh atau sebab yang mencerminkan suatu konsep atau prinsip. Mengajar dengan pendekatan induktif adalah cara mengajar dengan cara penyajian kepada pelajar dari suatu contoh yang khusus untuk kemudian dapat disimpulkan menjadi suatu aturan prinsip atau fakta yang pasti.

Dalam erti kata lain, model kognitif induktif menekankan pada pengamatan dahulu, lalu menarik kesimpulan berdasarkan pengamatan tersebut. Model ini sering disebut sebagai sebuah pendekatan pengambilan kesimpulan dari khusus menjadi umum (going from specific to the general). Dalam model kognitif induktif ini juga, pemerhatian dibuat untuk menghasilkan satu konsep awal dalam memberikan pemahaman fenomena yang lebih jelas. Konsep ini kemudiannya digunakan untuk menjana soalan-soalan penyelidikan yang lebih relevan untuk pengumpulan data selanjutnya. Penemuan ini telah digunakan untuk mengesahkan konsep awal. Konsep yang disahkan digunakan sebagai asas bagi pembangunan teori baru. Seterusnya, teori dibandingkan dengan teori yang sedia ada. Jika teori-teori baru dan sedia ada adalah sama maka teori yang sedia ada ditakrifkan sebagai disahkan atau diperkukuhkan. Jika ada apa-apa kelainan dalam perbandingan, teori yang sedia ada akan  diubah suai dengan sewajarnya.

Antara ciri-ciri model kognitif induktif seperti matlamat bagi membentuk kebiasaan, guna deria bagi mendapatkan pengetahuan, mementingkan kekerapan ulangan, menekankan pengajaran konkrit, selaras dengan linguistik, struktural dan teori ‘Behavioris’, belajar dengan bimbingan guru, melibatkan penglibatan pelajar, bersifat saintifik serta penekanan terhadap aspek lisan. Selain itu, jenis-jenis pula adalah membentuk satu generalisasi dari pada contoh-contoh tertentu, membentuk satu prinsip dari uji kajian tertentu, membentuk satu hukum dari pernyataan-pernyataan tertentu dan mendapat satu teori dari urutan suatu pemikiran.

Namun menurut model kognitif induktif dari Hilda Taba, terdapat tiga faktor utama mengenai cara berfikir iaitu berfikir dapat dididik, berfikir adalah suatu transaksi aktif antara individu dan data serta proses berfikir lambat laun membentuk kaedah-kaedah berfikir. Dari beberapa pendapat di atas dapat disimpulkan bahawa pendekatan model kognitif induktif adalah pendekatan yang bermula dengan menyajikan sejumlah keadaan khusus kemudian dapat disimpulkan menjadi suatu kesimpulan, prinsip atau peraturan.



4.KESIMPULAN
Setiap penyelidikan akan melalui proses yang tersendiri bergantung kepada bidang dan jenis penyelidikan yang dijalankan. Kronologi yang berlaku pada setiap penyelidikan juga adalah berbeza namun pada dasarnya ia perlulah dimulai dengan menentukan tajuk penyelidikan dan diakhiri dengan menulis laporan penyelidikan. Namun begitu, setiap langkah tidak perlu diselesaikan sebelum langkah seterusnya diambil. Menurut Mohd Sheffie Abu Bakar (1987), ada ketikanya sesuatu langkah itu mengambil masa yang terlalu lama jika ditunggu ianya akan mengganggu perjalanan keseluruhan penyelidikan.

Brew (2001), telah menyenaraikan beberapa definisi yang dirasakan bertepatan dengan maksud kajian itu sendiri iaitu kajian merupakan pencarian sesuatu dan menyebarkannya kepada umum, kajian melengkapi cara penghasilan, pengujian dan pengesahan ilmu, kajian merupakan suatu proses sistematik kajian, kepentingan umumnya yang mana menyumbang kepada himpunan ilmu yang membentuk serta mendorong bidang akademik atau praktis serta kajian adalah mengenai ilmu lanjutan dan pemahaman.

Secara amnya, penyelidikan terbahagi kepada dua kategori iaitu penyelidikan tulen atau lebih dikenali sebagai penyelidikan asas dan penyelidikan gunaan. Bagi penyelidikan tulen atau asas, ianya lebih kepada mengembangkan pengetahuan sedia ada dan sering dijalankan oleh mereka yang berada di dalam bidang akademik dan bukannya penyelidikan yang spesifik bagi menyelesaikan masalah atau permasalahan. Bagi penyelidikan gunaan pula, ianya lebih merujuk kepada penyelidikan yang dijalankan bagi menyelesaikan masalah yang memang diketahui umum dan menjawab persoalan yang lebih spesifik dan selalunya pada akhir penyelidikan akan menghasilkan sesuatu yang boleh digunakan oleh orang ramai atau umum.

Dalam model kognitif deduktif, teori yang sedia ada digunakan untuk menyimpulkan hipotesis. Hipotesis ini kemudiannya diuji secara empirikal melalui data yang dikumpul. Data dianalisis dan hasilnya akan digunakan untuk mengesahkan hipotesis. Jika penemuan tidak sesuai hipotesis, maka hipotesis ini ditolak. Jika penemuan patut hipotesis, maka hipotesis diterima. Oleh itu, teori ini disemak menerusi hasilnya. Sementara itu, dalam model kognitif induktif pula meliputi dua komponen penting. Yang pertama terdiri dari pernyataan atau fakta yang mengakui untuk menyokong kesimpulan dan yang kedua ialah sebahagian daripada hujah tersebut.

Terdapat perbezaan antara  pendekatan model kognitif deduktif dengan model kognitif induktif. Teori normatif menggunakan pertimbangan nilai  yang mengandungi satu atau lebih premis menjelaskan cara yang seharusnya ditempuh. Sebagai contoh, premis yang menyatakan bahawa laporan perakaunan (accounting reports) seharusnya didasarkan kepada ukuran nilai aset bersih yang boleh merupakan premis dari teori normatif. Sebaliknya, teori deskriptif (descriptive theory) berupaya untuk mencari hubungan yang sebenarnya berlaku. Walaupun terdapat pengecualian, sistem deduktif umumnya bersifat normatif dan pendekatan induktif umumnya berupaya untuk bersifat deskriptif. Hal ini kerana kaedah deduktif pada dasarnya merupakan sistem yang tertutup dan nonempiris yang kesimpulannya secara ketat didasarkan kepada premis. Sebaliknya, ianya berupaya untuk mencari hubungan empiris iaitu pendekatan induktif bersifat deskriptif.

Salah satu soalan yang menarik adalah apakah penemuan penyelidikan empiris dapat bebas nilai atau neutral kerana pertimbangan nilai sesungguhnya mendasari bentuk dan isi penyelidikan tersebut. Walaupun penyelidikan empiris berupaya untuk deskriptif, penelitinya tidak mungkin sepenuhnya bersikap neutral dengan dipilihnya suatu permasalahan yang akan diteliti dan dirumuskannya definisi konsep yang berkaitan dengan permasalahan tersebut .

Perbezaan yang lebih ketara antara sistem deduktif dan induktif adalah  kandungan atau isi teori deduktif kadang-kadang bersifat global iaitu makro sedangkan teori induktif umumnya bersifat partikularistik iaitu mikro. Oleh kerana premis sistem deduktif bersifat total dan menyeluruh maka kesimpulannya pasti bersifat global. Sistem induktif, kerana didasarkan kepada fenomena empiris umumnya hanya tertumpu kepada sebahagian kecil daripada fenomena tersebut yang relevan dengan permasalahan yang diamatinya.

Meskipun pembedaan antara sistem deduktif dan induktif bermanfaat untuk maksud pengajaran dalam amalan penyelidikan pembedaan ini seringkali tidak berlaku. Dengan erti kata lain, kedua-duanya bukanlah pendekatan yang saling bersaing tetapi saling melengkapi dan seringkali digunakan secara bersama. Kaedah induktif boleh digunakan untuk menilai ketepatan premis yang pada mulanya digunakan dalam suatu sistem deduktif. Berdasarkan huraian dalam pembahasan di atas maka dapat disimpulkan bahawa strategi induktif merupakan strategi pembelajaran dari khusus kepada umum. Sedangkan strategi deduktif adalah strategi berfikir yang menerapkan hal-hal yang umum terlebih dahulu untuk seterusnya dihubungkan dalam bahagian-bahagiannya yang khusus.



2571 Perkataan





APENDIKS
5.RUJUKAN / REFERENSI
Apa Itu Penyelidikan?. (n.a.). [Online].
[2013, Oktober 28].

Definisi Kaedah Penyelidikan. (n.a.). [Online].
            [2013, Oktober 28].

Kajian Dan Penyelidikan. (n.a.). [Online].
Available : http://ustazkenali.wordpress.com/kajian-penyelidikan/.
[2013, Oktober 28].

Definisi Penyelidikan Dan Langkah Penyelidikan. (n.a.). [Online].
penyelidikan-dan-langkah.html. [2013, Oktober 28].

Kaedah Penyelidikan Kajian. (n.a.). [Online].
           penyelidikan_kajian.htm. [2013, Oktober 28].

Konsep Penyelidikan. (n.a.). [Online].
           [2013, Oktober 28].

Metodologi Penyelidikan. (n.a.). [Online].
           disertasi-phd-bab-4-metodologi.html. [2013, Oktober 28].

Pendekatan Deduktif. (n.a.). [Online].
           [2013, Oktober 28].

Definisi Dan Sejarah : Strategi Induktif Dan Deduktif. (n.a.). [Online].
           induktif-dan-deduktif/. [2013, Oktober 28].

Makalah Kemantapan Teori, Pola Berpikir Induktif Dan Deduktif. (2012). [Online].
           kemantapan-teoripola-berpikir.html. [2013, Oktober 28].


Teori Penjelasan Ilmiah: Deduktif-Nomologis. (2011). [Online].
           ilmiah-deduktif-nomologis. [2013, Oktober 28].

Pendekatan Induktif dan Deduktif. (2013). [Online].
          deduktif.html. [2013, Oktober 28].

Pendekatan Induktif dan Deduktif. (2012). [Online].

Hypothetico - Deductive Model. (n.a.). [Online].
          [2013, Oktober 28].

No comments:

Post a Comment