Thursday 3 March 2016

Assignment - Year 4 (Semester 1 - January) PSIKOLOGI INDUSTRI DAN ORGANISASI ABPS3203

1.PENGENALAN
Dalam kehidupan ini, semua manusia perlu bekerja kerana pekerjaan itu merupakan salah satu keperluan yang amat penting dalam kehidupan manusia. Pekerjaan menawarkan pendapatan untuk ditukarkan dengan pelbagai keperluan yang diperlukan oleh manusia untuk terus hidup. Menurut Brown (1974), beliau menjelaskan bahawa pekerjaan ialah alat pertukaran antara kebolehan fizikal dengan mental seseorang manusia dengan ganjaran yang disediakan oleh pihak organisasi. Ganjaran yang diperolehi inilah yang akan ditukarkan kepada keperluan-keperluan yang lain sepeti makanan, pakaian, penginapan dan sebagainya supaya mereka yang bekerja itu boleh meneruskan kehidupan. Oleh sebab pentingnya pekerjaan kepada manusia secara tidak langsung menyebabkan manusia telah menghabiskan sebahagian besar masanya dalam pekerjaan.

Sementara itu, psikologi industri dan organisasi (I/O) ialah salah satu daripada bidang psikologi yang membincangkan perkara-perkara yang berkaitan dengan dengan pekerja dan pekerjaan. Tumpuan bidang ini adalah untuk meningkatkan kecekapan pekerja dalam pekerjaan supaya dapat memenuhi matlamat industri dan organisasi. Dalam sesuatu pekerjaan, terdapat banyak faktor sama ada faktor fizikal atau psikologikal yang boleh menghalang kepada peningkatan kecekapan pekerja. Justeru, ahli-ahli psikologi (I/O) telah mengenal pasti beberapa ciri-ciri pekerjaan yang kemungkinan penting kepada pekerja. Sebelum membincangkan kepentingan pekerjaan, adalah perlu untuk mengetahui apa itu pekerjaan. Walau dari apa jua sudut sekalipun, dapat disimpulkan bahawa pekerjaan ialah sumber untuk memuaskan kehidupan. Walaupun sesetengah manusia suka menganggur tetapi hakikatnya mereka tidak menafikan bahawa mereka perlu bekerja untuk memperoleh kesenangan dalam kehidupan. Justeru, kepentingan pekerjaan kepada manusia boleh dilihat kepada keperluan-keperluan yang diperlukan oleh manusia sendiri.

Sementara itu, menurut Steer dan Porter (1975), telah mengenal pasti kepentingan pekerjaan kepada manusia dapat dilihat pada empat perkara iaitu pekerjaan sebagai alat pertukaran dengan ganjaran atau pendapatan supaya manusia mampu memiliki keperluan-keperluan yang dikehendaki, pekerjaan membolehkan manusia membentuk hubungan sosial, setiap pekerjaan mempunyai statusnya sendiri dan pekerjaan sebagai sumber identiti dan penghormatan kepada manusia.

Oleh sebab pekerjaan itu dilihat amat penting, maka manusia secara tidak langsung mahu mengelak daripada pengangguran kerana ianya menyukarkan manusia untuk terus hidup. Hal ini boleh dilihat setelah manusia kehilangan pekerjaan. Kajian yang dilakukan oleh Bekke (1981), mendapati bahawa orang yang tidak mempunyai pekerjaan akan mengalami tekanan, kekecewaan dan agresif. Selain itu, psikologikal mereka juga tidak stabil seperti cepat marah, hilang kewarasan, kurang pertimbangan dan sebagainya. Mereka juga merasakan bahawa cara hidupnya telah hilang. Tingkah laku dan emosi ini wujud disebabkan oleh manusia sudah hilang peranannya sebagai pekerja yang boleh memberi faedah atau pengeluar kepada masyarakat dan negara.

Tingkah laku ialah tindakan yang dilakukan oleh seseorang manusia sama ada dalam bentuk perbuatan, percakapan ataupun penulisan. Dari segi pekerjaan, tingkah laku terbahagi kepada dua iaitu tingkah laku positif dan tingkah laku negatif. Apa pun jenis pekerjaan memerlukan tingkah laku positif daripada pekerja supaya ianya boleh dilaksanakan dengan berkesan dan seterusnya boleh menghasilkan sesuatu barangan atau perkhidmatan. Antara tingkah laku positif seperti rajin, bertanggungjawab dan sebagainya. Walau bagaimanapun, tingkah laku positif ini boleh bertukar menjadi tingkah laku negatif sekiranya organisasi tidak menyediakan  keperluan-keperluan pekerja. Tingkah laku negatif merupakan tindakan mengelak seseorang pekerja daripada bekerja. Seseorang pekerja akan bertindak mencari pelbagai cara dan alas an supaya dapat mengelak daripada bekerja. Tingkah laku negatif dalam sesuatu pekerjaan boleh dilakukan dalam tiga cara iaitu tidak mahu bekerja, memilih pekerjaan dan mengabaikan pekerjaan. Tingkah laku kerja yang negatif ini sekiranya tidak dicegah boleh memusnahkan masa depan sesebuah industri. Dalam tugasan kali ini, saya akan menerangkan tentang ciri-ciri pekerjaan serta keputusan tinjauan yang telah dijalankan ke atas sepuluh orang secara rawak.



2.KEPUTUSAN TINJAUAN
Sebanyak sepuluh orang dipilih secara rawak tanpa mengira jantina terlibat dalam tinjauan kepentingan ciri-ciri pekerjaan yang telah dijalankan bagi mendapatkan keputusan dari pelbagai perspektif. Dalam tinjauan yang dijalankan, mereka perlu menyusun kepentingan ciri-ciri pekerjaan mengikut kesesuaian dan kehendak mereka. Terdapat lima ciri-ciri pekerjaan yang diutarakan, antaranya ialah pekerjaan yang mencabar dan menarik, gaji yang baik, peluang untuk peningkatan / kemajuan, jaminan kerja (tiada risiko diberhentikan kerja atau dibuang kerja) dan rakan sekerja yang sesuai. Jadual kekerapan dan peratusan akan ditunjukan seperti dibawah :

Bil
Ciri-ciri Pekerjaan
Peserta Tinjauan
(Lelaki/Perempuan)
Kekerapan
Peratusan

1
(L)
2
(P)
3
(L)
4
(P)
5
(P)
6
(P)
7
(L)
8
(L)
9
(P)
10
(P)

1.
Pekerjaan yang mencabar dan menarik
2
5
5
1
3
2
4
3
3
5
3
15%
2.
Gaji yang baik
1
3
1
3
1
1
1
2
2
1
6
40%
3.
Peluang untuk peningkatan / kemajuan
4
2
4
2
5
3
2
1
1
3
3
20%
4.
Jaminan kerja (tiada risiko diberhentikan atau dibuang kerja)
5
1
2
5
2
5
3
4
4
2
3
20%
5.
Rakan sekerja yang sesuai
3
4
3
4
4
4
5
5
5
4
5
5%


Dalam jadual yang ditunjukkan di atas, dapat disimpulkan bahawa gaji yang baik menjadi pilihan yang utama para peserta tinjauan. Diikuti dengan pekerjaan yang mencabar dan menarik, peluang untuk peningkatan / kemajuan, jaminan kerja serta rakan sekerja yang sesuai. Jika dianalisis dengan lebih mendalam didapati peluang untuk peningkatan / kemajuan dan jaminan kerja dimana tiada risiko diberhentikan atau dibuang kerja menjadi pilihan yang penting selain gaji yang baik. Sementara itu, pekerjaan yang mencabar dan menarik berada di kedudukan keempat mengikut susunan kepentingan ciri-ciri pekerjaan. Dan pada kedudukan kelima pula merupakan rakan sekerja yang sesuai  yang menjadi pilihan terakhir para peserta tinjauan dan secara tidak langsung menjadi yang paling tidak penting dalam ciri-ciri pekerjaan.

Sebagai contoh dari jadual yang ditunjukkan, apa yang dapat dikatakan disini ialah peserta tinjauan 1, 3, 5, 6, 7 dan 10 memilih gaji yang baik untuk ciri pekerjaan mereka dan peratusan menunjukan sebanyak 40% dicatatkan. Cuma apa yang boleh dikatakan di sini terdapat empat orang yang tidak memilih gaji yang baik di mana dua daripadanya memilih pada kedudukan yang kedua. Sementara dua lagi memilih gaji yang baik pada kedudukan yang ketiga.

Jika dihuraikan dengan lebih teliti dalam jadual yang ditunjukkan, peluang untuk peningkatan / kemajuan dan jaminan kerja (tiada risiko diberhentikan atau dibuang kerja) mencatat kekerapan yang sama penting dalam tinjauan yang dijalankan dimana peratusannya masing-masing mencatat sebanyak 20% dan kekerapan sebanyak 3. Dalam peluang untuk peningkatan / kemajuan, cuma seorang peserta tinjauan memilih pada kedudukan kelima, tiga orang memilih pada kedudukan kedua, dua orang memilih pada kedudukan ketiga, dua orang memilih kedudukan keempat dan dua orang lagi memilih pada kedudukan pertama. Sementara bagi  jaminan kerja (tiada risiko diberhentikan atau dibuang kerja), sebanyak tiga orang memilih pada keduduka kelima, dua orang memilih pada kedudukan keempat, seorang memilih pada kedudukan ketiga, tiga orang memilih pada kedudukan kedua dan hanya seorang memilih kedudukan pertama.

Selain itu, pekerjaan yang mencabar dan menarik juga mencatatkan 15% dan kekerapannya ialah 3. Ini dapat dihuraikan lagi dengan seorang memilih pekerjaan yang mencabar dan menarik sebagai kedudukan pertama, dua orang memilih pada kedudukan kedua, tiga orang memilih pada kedudukan ketiga, seorang memilih pada kedudukan keempat dan sebanyak tiga orang memilih pada kedudukan yang kelima.  

Sementara itu, bagi ciri-ciri pekerjaan yang seterusnya iaitu rakan sekerja yang sesuai mencatat hanya 5% walaupun mempunyai kekerapan yang kedua paling tinggi sebanyak 5. Dalam jadual yang ditunjukkan di atas, kesimpulan untuk ciri-ciri ini menyatakan bahawa walaupun mempunyai kekerapan kedua yang terbanyak selain gaji yang baik tetapi dari segi pilihan para peserta, mereka tidak memilih ciri ini kerana lebih mengutamakan ciri-ciri yang lain seperti yang ditunjukkan dalam jadual. Dalam menghuraikan dengan lebih lanjut, didapati sebanyak tiga orang memilih pada kedudukan kelima, lima orang memilih pada kedudukan keempat dan hanya seorang memilih pada kedudukan ketiga.

Justeru, dalam menghuraikan secara keseluruhan ciri-ciri kepentingan pekerjaan ini, apa yang dapat saya katakan bahawa gaji yang baik menjadi pilihan utama para peserta tinjauan. Diikuti dengan peluang untuk peningkatan / kemajuan di tempat kedua dan jaminan kerja (tiada risiko diberhentikan atau dibuang kerja) berada di tempat ketiga. Seterusnya, tempat keempat jatuh kepada pekerjaan yang mencabar dan menarik yang menjadi pilihan majoriti peserta tinjauan dan yang terakhir merupakan rakan sekerja yang sesuai. Ini dapat dibuktikan lagi di mana jadual menunjukkan sebilangan besar majoriti para peserta tinjauan tidak memilih ciri ini untuk kedudukan yang tertinggi dalam pemilihan mereka. Walaupun mencatat kekerapan yang tinggi tetapi kekerapan itu hanya mewakili ketidakpentingan ciri rakan sekerja yang sesuai bagi para peserta tinjauan.



3.PERBINCANGAN HASIL TINJAUAN
Melalui jadual tentang ciri-ciri kepentingan pekerjaan di atas, kita boleh membuat kesimpulan awal di mana sesiapa pun akan memilih gaji yang baik walau apa jenis pekerjaan sekali pun. Umum mengetahui gaji adalah suatu bentuk bayaran berkala dari seorang majikan pada pekerjanya yang dinyatakan dalam suatu kontrak kerja. Dari sudut pandang pelaksanaan perniagaan, gaji boleh dianggap sebagai kos yang diperlukan untuk mendapatkan sumber manusia untuk menjalankan operasi, dan dengan itu disebut dengan kos kakitangan atau bayaran gaji. Dalam perakaunan, gaji dicatat dalam akaun gaji. Sesetengah orang berpendapat bahawa gaji memainkan peranan penting dalam kehidupan seharian, ini disebabkan oleh taraf kehidupan yang semakin menyesakan masyarakat. Secara tidak langsung, gaji memainkan peranan walau apa jenis pekerjaan yang dikerjakan oleh seseorang bergantung kepada setiap oranisasi itu sendiri dalam bagaimana memberi ‘reward’ atau gaji kepada pekerjanya.

Menurut Sastro Hadiwiryo (1998), beliau menyatakan bahawa gaji boleh berperanan dalam meningkatkan motivasi para pekerja untuk bekerja lebih berkesan, meningkatkan prestasi, meningkatkan produktiviti dalam syarikat serta mengimbangi kekurangan dan penglibatan komitmen yang menjadi ciri angkatan kerja masa kini. Pernyataan di atas juga disokong oleh pendapat Mathis dan Lackson (2002), di mana gaji adalah suatu bentuk pampasan yang dikaitkan dengan prestasi individu, kumpulan ataupun prestasi organisasi.

Dalam pada itu, peranan gaji menurut Poerwono (1982) pula dapat ditinjau dari dua aspek iaitu aspek pemberi kerja (majikan) dan aspek penerima kerja. Dalam aspek pemberi kerja, gaji merupakan unsur utama dalam mengira kos pengeluaran dan komponen dalam menentukan harga yang boleh menentukan kesinambungan nyawa syarikat. Apabila suatu syarikat memberikan gaji terlalu tinggi, maka akan mengakibatkan perbelanjaan dalam pemberian gaji yang tinggi dan bila gaji yang diberikan terlalu rendah pula akan mengakibatkan syarikat mengalami kesulitan mencari tenaga kerja. Sementara itu, dalam aspek penerima kerja pula gaji merupakan pendapatan yang diterima oleh seseorang individu dan digunakan untuk memenuhi keperluannya. Gaji bukanlah merupakan satu-satunya motivasi pekerja dalam berprestasi tetapi gaji merupakan salah satu motivasi penting yang ikut mendorong pekerja untuk berprestasi sehingga tinggi rendahnya gaji yang diberikan akan memberi kesan kepada prestasi dan kesetiaan pekerja serta mengikut taraf kehidupan dewasa ini.

Selain itu, dalam mempersoalkan tentang tiga ciri terpenting iaitu peluang untuk peningkatan / kemajuan, jaminan kerja (tiada risiko diberhentikan atau dibuang kerja) dan pekerjaan yang mencabar dan menarik adalah menarik untuk dibincangkan. Ketiga-tiga ciri ini saling berkait rapat antara satu sama lain dan merupakan ciri yang penting dalam kehidupan seseorang individu yang bekerja. Sebagai contoh, apabila seseorang yang inginkan sesuatu pekerjaan, sudah tentulah beliau akan mengambil kira ciri-ciri ini dalam mencari sesuatu pekerjaan. Ini kerana dalam peluang peningkatan, kebarangkalian untuk menaikkan taraf seperti kenaikan pangkat apabila sudah lama bekerja dilihat sesuatu yang penting dalam meningkatkan kemajuan sesuatu tahap pekerjaan bukannya hanya berada di satu tempat yang statik. Selain itu, jaminan kerja juga merupakan ciri yang memang menjadi harapan  dan impian seseorang individu apabila sudah bekerja dalam satu tempoh yang lama atau baru bermula untuk bekerja. Ciri seterusnya ialah pekerjaan yang mencabar dan menarik tidaklah dilihat sangat penting jika dibandingkan dengan kedua-dua ciri yang diterangkan tadi. Kadang-kadang tidak semua orang seronok dan gembira dalam menghadapi sesuatu pekerjaan. Justeru, dikatakan tidak semua orang boleh menerima sesuatu cabaran yang baru dalam pekerjaan yang dikerjakan.

Ciri yang terakhir pula ialah rakan sekerja yang sesuai di mana jika dilihat balik dari jadual di atas, boleh dikatakan majoriti memilihan rakan sekerja yang sesuai sebagai pilihan terakhir dalam kepentingan ciri-ciri pekerjaan. Hal ini kerana, keempat-empat ciri yang telah diterangkan tadi lebih diutamakan jika dibandingkan dengan rakan sekerja yang sesuai. Ini bukanlah bermaksud bahawa rakan sekerja yang sesuai tidak penting, cuma faktor keperluan yang lain lebih diutamakan. Oleh itu, dari segi tinjauan yang dijalankan kebanyakkan dari para peserta meletakkan rakan sekerja yang sesuai di tempat terakhir.



4.KESIMPULAN
Dalam dunia yang serba mencabar ini, semua orang pastinya memerlukan wang untuk menjalani kehidupan mereka dan satu cara untuk mendapatkan wang hanya dengan bekerja. Pekerjaan yang dimaksudkan tidak kiralah sama ada dari sektor kerajaan atau swasta mahupun bekerja sendiri. Akan tetapi kebanyakan orang selalunya dihinggapi rasa bosan dalam pekerjaan yang diceburinya apatah lagi kalau pekerjaan itu terlalu membebankan seperti tiada kenaikan gaji yang setimpal dan sebagainya.

Justeru, pada akhir abad ke-20 muncul satu konsep di mana pengurusan pekerjaan yang saintifik yang telah dikemukakan oleh Frederick W. Taylor. Dalam prinsip pengurusan pekerjaan ini ada menekankan bahawa ganjaran perlu disediakan oleh pihak organisasi sekiranya inginkan pekerja bekerja dengan cekap dan kuat. Pengurusan pekerjaan saintifik yang dikemukakan oleh Frederick W. Taylor ini mengkehendaki organisasi itu memberi lebih tumpuan yang lebih kepada ganjaran psikologikal supaya pekerja boleh bekerja dengan berkesan.

Antara prinsip pengurusan pekerjaan saintifik itu ialah kaedah mereka membentuk pekerjaan secara saintifik bagi melahirkan pekerja yang cekap, pemilihan pekerja yang baik dan membangunkan mereka menerusi program latihan-latihan yang disediakan, mewujudkan semangat kerjasama antara pekerja dengan pihak pengurusan dan berkongsi tanggungjawab dalam mereka bentuk kerja antara pihak pengurusan dan pekerja.

Dalam pada itu, perekrutan merupakan satu proses untuk menarik mereka yang berkelayakan memohon sesuatu pekerjaan yang ditawarkan oleh sesebuah organisasi. Dengan lain perkataan, perekrutan ialah usaha-usaha yang dijalankan oleh pihak organisasi untuk mencari calon-calon yang berkebolehan dan berpotensi untuk mengisi kekosongan sesuatu kerja. Perekrutan merupakan proses dua hala antara pihak organisasi dengan pemohon pekerjaan. Pihak organisasi cuba mendapatkan pemohon yang berkelayakan manakala pemohon pula cuba mendapatkan organisasi yang diminatinya. Dengan kata lain, pekerja yang diingini oleh organisasi mencari organisasi yang mengingininya. Oleh yang demikian, pihak organisasi perlu membuat penampilan yang terbaik supaya pemohon memohon kerja yang ditawarkan. Pemohon pula perlu bersedia dengan penampilan yang terbaik supaya organisasi berminat memilihnya.

Dalam proses perekrutan ini, bilangan pemohon menjadi penentu kejayaan atau kegagalan proses tersebut. Bilangan pemohon yang sedikit akan mengurangkan peluang organisasi memperoleh calon yang terbaik. Dalam erti kata lain, semakin ramai bilangan pemohon, perekrutan  tersebut dikira berjaya. Perkara yang penting dalam perekrutan ialah mengenal pasti kaedah-kaedah yang terbaik untuk menarik perhatian pemohon-pemohon supaya memohon kerja yang ditawarkan.

Bagi memotivasikan pekerja, perekrutan perlu dijalankan dalam organisasi khususnya bagi tujuan kenaikan pangkat. Walau bagaimanapun, tidak ramai pekerja dalaman yang mempunyai ciri-ciri peribadi yang dapat memenuhi keperluan kerja. Justeru, perekrutan perlu dijalankan dikalangan pemohon luar organisasi. Ada pelbagai kaedah yang boleh digunakan bagi mendapatkan pemohon-pemohon dari luar organisasi. Antaranya ialah pengiklanan, agensi pekerjaan, institusi pendidikan, organisasi profesional, pameran kerjaya dan sebagainya.

Walau apa pun yang diutarakan, yang paling penting setiap orang akan mempunyai pekerjaan selepas tamat belajar atau sebaliknya dan 50% daripadanya berkemungkinan akan berhenti kerja setelah bekerja selam tiga hingga empat tahun di sesebuah organisasi. Ini kerana mereka akan cuba mengaitkan dengan pelbagai masalah yang terdapat dalam sesuatu pekerjaan. Mereka mungkin menyatakan bahawa pekerjaan tersebut tidak memberi kepuasan kerja dan beralasan mengatakan maklumat pekerjaan yang diterima daripada organisasi pada masa pengambilan berbeza dengan pekerjaan yang mereka perlu lakukan sekarang.

Walau apa jua alasan yang diberi, yang pasti kedua-dua pihak iaitu organisasi dan pekerja yang akan rugi. Pekerja akan hilang pendapatan manakala pihak organisasi terpaksa memperuntukkan perbelanjaan yang lebih untuk mengambil dan melatih pekerja baru. Secara tidak langsung, ini akan menjelaskan betapa pentingnya pemilihan pekerja dijalankan dengan menggunakan prinsip-prinsip yang betul. Pengambilan pekerja yang tidak memenuhi keperluan pekerjaan misalnya kemahiran yang dipunyai oleh pekerja itu tidak memenuhi ciri-ciri yang dituntut oleh pekerjaan, boleh membawa kepada ketidakpuasan kerja pekerja terhadap pekerjaan dan akhirnya pekerjaan tersebut dilaksanakan secara tidak berkesan.


2513 Perkataan 



APENDIKS
5.RUJUKAN / REFERENSI
10 Ciri Pekerjaan Akan Membunuh Anda. (2011). [Online].
article&id=220776:10-ciri-pekerjaan-akan-membunuh-anda&catid=54:
gaya-hidup&Itemid=84. [2014, Februari 26].

Apa Itu Pekerjaan?. (n.a.). [Online].
[2014, Februari 26].

What Is Job Description?. (n.a.). [Online].
[2014, Februari 28].

Peluang Kerja Kerajaan & Kelebihannya. (n.a.). [Online].
[2014, Februari 28].

Arti Pekerjaan Menurut Saya. (n.a.). [Online].
[2014, Februari 28].

Difference Between Job And Career. (n.a.). [Online].
            and-career. [2014, Mac 1].



No comments:

Post a Comment