Wednesday 24 February 2016

Assignment - Year 2 (Semester 3 - September) PSIKOLOGI REMAJA ABPD1303

1.PENGENALAN
Psikologi remaja merupakan cawangan utama psikologi iaitu psikologi perkembangan yang juga merupakan psikologi kanak-kanak dan dewasa. Menurut Hurlock (1981), remaja adalah mereka yang berada pada usia 12-18 tahun. Tetapi bagi Monks (2000),  memberi batasan usia remaja adalah dari umur 12-21 tahun. Namun menurut Stanley Hall (2003) pula, usia remaja berada pada peringkat 12-23 tahun. Justeru, berdasarkan batasan-batasan yang diberikan oleh mereka, kita boleh lihat bahawa masa zaman remaja adalah sama tetapi berakhirnya masa remaja sangat bervariasi.

Kita sering mendengar masalah serebrum seperti skizofrenia, gangguan makan dan kemurungan juga boleh timbul semasa remaja. Keadaan emosi di kalangan sesetengah remaja juga kemungkinan cenderung menyebabkan kejadian jenayah. Masalah yang sering dihadapi remaja ialah mereka dilihat mencari identiti tersendiri dan ingin mencari sesuatu yang baru dalam hidup mereka tanpa disedari kadang-kadang ianya bertentangan dengan kehendak diri sendiri. Hal ini adalah biasa bagi remaja untuk meluahkan keinginan mereka dalam menjadi seperti model pujaan, bintang pop dan penghibur televisyen.

Seiring dengan perubahan-perubahan yang terjadi dalam diri remaja, mereka juga berhadapan akan tugas-tugas yang berbeza dari tugas pada zaman kanak-kanak mereka. Ini kerana dalam setiap peringkat perkembangan termasuk pada masa remaja, individu memiliki tugas-tugas perkembangan yang harus dipenuhi. Apabila tugas-tugas tersebut diselesaikan dengan cara yang baik maka akan tercapailah kepuasan, kebahagian dan penerimaan dari lingkungan umur mereka. Keberkesanan seseorang individu memenuhi tugas-tugas itu juga akan menentukan keberkesanan individu itu sendiri dalam memenuhi tugas-tugas perkembangan pada peringkat berikutnya iaitu dewasa.

Dalam pada itu, menurut Thornburgh dimana beliau membahagikan usia remaja kepada tiga kelompok iaitu remaja awal, remaja pertengahan dan remaja akhir. Pada usia tersebut, tugas-tugas perkembangan yang harus dipenuhi remaja adalah seperti mencapai hubungan yang baru dan lebih matang, mencapai peranan sosial, menerima keadaan fizikal, memperolehi rangkaian sistem nilai dan etika sebagai pedoman tingkah laku dan sebagainya. Namun, tidak semua remaja dapat memenuhi tugas-tugas tersebut dengan baik. Menurut Hurlock (1973), ada beberapa masalah yang dialami remaja dalam memenuhi tugas-tugas tersebut seperti masalah peribadi iaitu masalah-masalah yang berhubungan dengan situasi dan keadaan di rumah, sekolah, fizikal, penampilan, emosi, penyesuaian sosial, tugas dan nilai-nilai serta masalah khas remaja seperti masalah pencapaian kendiri, salah faham atau penilaian berdasarkan stereotip yang keliru.

Justeru, dalam tugasan kali ini, saya akan menghuraikan bagaimana faktor-faktor persekitaran seperti  keluarga, sekolah, rakan sebaya dan kerja separuh masa akan memberi kesan terhadap remaja dalam kehidupan mereka. Di samping itu, saya akan mengemukakan dua temu bual tentang kehidupan seorang remaja dan seorang yang berusia lebih dari 60 tahun serta membincangkan secara terperinci salah satu teori perkembangan yang berkaitan.


Gambar : Peringkat Tumbesaran Seseorang Perempuan
Sumber : vecto.rs



2.PELBAGAI ASPEK DARI SEGI PEMBANGUNAN REMAJA
Terdapat pelbagai aspek yang terlibat dalam kehidupan remaja yang saling berkaitan antara satu sama lain yang saya akan huraikan seperti di bawah.

2.1.Keluarga
Keluarga merupakan orang yang kita sayang. Keluarga juga merupakan tempat kita merasakan serta wujudnya cinta dalam diri kita dan antara satu sama lain. Peranan sebuah keluarga adalah sangat besar bagi kelangsungan hidup seseorang. Cinta yang wujud  di dalamnya akan menyebar luas hingga menciptakan keamanan dalam diri. Menurut Salvicion dan Celis (1998), di dalam sesebuah keluarga terdapat dua atau lebih peribadi yang tergabung melalui hubungan darah, hubungan perkahwinan atau panggilan atau pangkat dalam dalam  rumah tangga. Di mana  kita dapat berinteraksi antara satu sama lain dan mempunyai peranan masing-masing dalam  mencipta serta mempertahankan suatu kebudayaan yang ada atau wujud sejak turun temurun.

Selain itu, berdasarkan antropologi dan sosiologi, fungsi utama sesebuah keluarga ialah untuk menambah bilangan anggota masyarakat melalui perkahwinan. Oleh itu, seseorang akan merasai perubahan perasaan berkeluarga misalnya anak. Justeru, dalam aspek psikologi remaja kita dapat lihat bahawa keluarga memainkan peranan penting dalam peringkat dan tumbesaran remaja.

Jika baik dicorak ketika masih kecil maka baiklah jadinya dan begitulah sebaliknya. Memiliki sebuah keluarga yang penyayang dapat menjadikan mereka bertindak mengikut peraturan yang ditetapkan seperti juga mempunyai sifat-sifat yang penyayang bila berhadapan dengan masyarakat luar sebagai contoh. Jika mempunyai masa-masa yang kritikal seperti masalah sosial si kalangan remaja, keluargalah yang menjadi pendorong yang kuat untuk membantu remaja dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi. Dan disinilah kita dapat lihat keutuhan kekeluargaan wujud dalam diri remaja terbabit selain dapat mempengaruhi kehidupan remaja itu sendiri.


Gambar : Keluarga Bahagia
Sumber : mit.irr.org



2.2.Sekolah
Sekolah adalah sebuah bangunan yang berfungsi untuk memberikan ilmu kepada para pelajar. Sekolah juga selalunya mempunyai  tenaga pengajar atau guru untuk mendidik dan membimbing para pelajar. Selain itu, sekolah juga memainkan peranan penting dalam kehidupan remaja. Hal ini kerana, sekolah akan memberi kesan sama ada negatif atau positif selain dari rumah.

Dewasa ini, sekolah dilihat banyak mendatangkan keburukkan kepada remaja terutamanya. Hal ini kerana, terdapat banyak faktor yang menyumbang berlakunya kejadian sedemikian seperti faktor rakan sebaya, keadaan sekolah itu sendiri dan faktor-faktor luaran iaitu media massa. Dalam pada itu, sekolah juga menjadi tempat di mana perkembangan zaman remaja seseorang bermula. Jika dilihat dengan lebih mendalam, sekolah merupakan tempat kedua penting selain di rumah. Di sekolah guru merupakan orang yang terpenting dalam mendidik para pelajar dan juga mempunyai pengaruh yang kuat dalam diri remaja. Melalui zaman remaja di sekolah dapat menjadikan kehidupan remaja lebih terbuka luas dalam pergaulan dengan rakan sebaya yang harus mereka lalui selain pembelajaran. Jika tiada keadaan yang sedemikian, tidak sempurna zaman remaja mereka kerana mereka tidak merasakan kehangatan yang sepatutnya mereka lalui dengan rakan sebaya mereka.

Gambar : Sekolah Merupakan Tempat Mendapatkan Ilmu
Sumber : sekolah.mmu.edu.my


2.3.Rakan Sebaya
Rakan sebaya ialah rakan yang sama usia atau seusia dan biasanya terdiri daripada tiga hingga sepuluh orang atau lebih yang boleh juga dipanggil kumpulan rakan sebaya. Dalam psikologi remaja, kita dapat lihat rakan sebaya dikatakan dapat mempengaruhi perwatakan seseorang remaja itu. Hubungan yang rapat antara sesama rakan sebaya menjadi faktor utama berlakunya perkara seperti ini. Selain itu, remaja akan lebih cenderung untuk menceritakan masalah atau sesuatu perkara yang berlaku terhadap diri mereka  kepada rakan sebaya. Hal ini kerana, raka sebaya dianggap lebih memahami sikap dan perasaan remaja berbanding ahli keluarga sendiri selain dapat merahsiakan segala-gala yang diceritakan. Namun, tidak semua rakan sebaya yang betul-betul ikhlas dalam menyimpan rahsia yang diketahui. Sikap sebeginilah yang kadang-kadang menyebabkan seseorang remaja itu bertindak untuk menikam belakang yang membawa maksud mengkhianati rakan mereka sendiri.

Secara tidak langsung, remaja yang dikhianati akan bersikap menjauhi diri dari rakan sebaya mereka. Ini kerana, kepercayaan yang diberikan telah dikhianati. Justeru, rakan sebaya banyak mempengaruhi perkembangan zaman remaja seseorang sama ada baik atau buruk. Ini semua merupakan pembelajaran dalam pergaulan yang normal bagi para remaja dalam kehidupan mereka tidak kira dimana mereka berada. Selain itu, seseorang yang bergaul dengan rakan sebaya yang baik pula akan secara langsung mempunyai sikap-sikap positif seperti rakan sebayanya. Biasanya mereka ini akan saling bantu-membantu, nasihat menasihati sama ada dari segi pelajaran dan hal-hal lain. Sebaliknya, bergaul dengan rakan sebaya yang tidak baik atau mempunyai kelakuan yang buruk akan mempengaruhi remaja dalam melakukan perkara-perkara yang negatif. Dalam erti kata lain, rakan sebaya memainkan peranan penting dalam membentuk dan menentukan arah kehidupan seseorang remaja itu. Oleh itu, sebaik-baiknya remaja perlu berhati-hati dalam memilih rakan sebaya yang sesuai yang boleh berkongsi suka duka selain menjadi teman rapat yang boleh melindungi diri mereka.

Gambar : Kerahsiaan Dalam Rakan Sebaya
Sumber : kidspot.com.au



2.4.Kerja Sambilan
Dewasa ini, kebanyakkan remaja melakukan kerja sambilan. Dalam erti kata lain, kerja sambilan merujuk kepada kerja sementara yang biasanya dilakukan oleh golongan remaja terutama ketika musim cuti sekolah yang biasa kita lihat kini. Dan sememangnya kerja sambilan ini wajar dilakukan oleh remaja kerana sudah menjadi satu gaya hidup moden tetapi dalam masa yang sama gaya ini turut mencetuskan pelbagai impak terhadap remaja. Memang tidak dinafikan kerja sambilan memberi satu pengajaran berguna kepada remaja dalam kehidupan. Jadi, pengalaman kerja sambilan menjadi alat untuk menjelaskan erti kehidupan sebenar kepada remaja sebelum mereka benar-benar melaluinya.

Malah dengan demikian remaja mampu membentuk personaliti yang menarik menerusi kerja sambilan ini. Tugas di tempat kerja dapat membina jati diri remaja yang baru kerana kerja tersebut memerlukan mereka untuk menepati masa, rajin bekerja, menurut arahan dan menggunakan minda ketika berinteraksi dengan pelanggan. Remaja yang dahulunya malas, tiada wawasan, tidak yakin diri dan sebagainya pasti berubah sebaik sahaja mereka bekerja secara sambilan ini.

Selain itu, kelebihan yang ketara bekerja secara sambilan ini ialah aspek kewangan. Remaja akan mempunyai wang mereka sendiri yang memberi sedikit kepuasan dalam hidup. Perasaan mampu membeli sesuatu atas kemampuan kewangan sendiri sememangnya membawa satu perasaan yang tidak dapat dihuraikan. Jelaslah, kerja sambilan memberi satu kepuasan kewangan yang begitu tinggi kepada remaja.


Cuma dalam keghairahan remaja bekerja secara sambilan ini, aspek impak negatifnya harus diberi pertimbangan sewajarnya. Remaja akan menjadi individu yang terlalu sibuk, mementingkan kewangan, lupa tugas belajar mereka dan mungkin terlalu angkuh sehingga menganggap mereka sudah mampu hidup sendiri tanpa bantuan keluarga. Sikap terlalu rapat dengan rakan sekerja yang lebih dewasa turut mampu menjerumuskan remaja ke arah budaya yang tidak sihat. Semua ini tidak akan berlaku jika mereka menjaga batas-batas yang ditetapkan dalam menempuh kehidupan seharian mereka.

Gambar : Pekerjaan Yang Sering Menjadi Pilihan Remaja Dalam Mencari Pengalaman
Sumber : kfc.com.my



3.PERSAMAAN DAN PERBEZAAN KEDUA-DUA RESPONDEN
Temu bual antara kedua-dua responden telah dijalankan yang saya huraikan seperti di bawah.

3.1.Sinopsis Dari Temu bual Responden Pertama
Rashid merupakan anak lelaki tunggal dan mempunyai seorang adik perempuan yang berusia 10 tahun. Rashid sendiri berusia 16 tahun selain merupakan anak orang kenamaan yang bersekolah di salah sebuah sekolah di ibu kota. Kehidupan remaja Rashid tidak seperti remaja yang sebaya dengannya. Ini kerana apa sahaja yang diinginkan oleh Rashid dipenuhi oleh ayahnya. Segala-galanya kelihatan sempurna. Dalam keluarga Rashid, walaupun kedua-dua  ibu bapanya sibuk mereka tidak mengabaikan kehendak dan keinginan anak-anak mereka. Ini menjadikan Rashid hidup dalam keadaan serba mewah. Selain itu, Rashid memberitahu beliau tidak perlu mencari kerja sambilan selepas menunggu keputusan SPM. Beliau juga memberitahu yang beliau selesa dengan gaya hidupnya kini. Rakan sebayanya juga terdiri dari kelompok anak orang berada di mana mereka semua tidak mengenali erti kesusahan. Semua yang diinginkan berada di  depan mata. Di sekolah, Rashid merupakan salah seorang dari pelajar yang cemerlang. Tetapi sikap beliau yang kadang-kadang agak nakal yang menyebabkan guru-guru di sekolah kurang senang dengan beliau. Pernah juga satu ketika Rashid dikatakan terlibat dengan masalah disiplin dan beliau di rotan oleh guru disiplin di sekolah. Perkara ini di beritahu kepada ayahnya dan keesokkan harinya ayahnya datang ke sekolah berjumpa dengan guru yang memukul anaknya memarahi tanpa terlebih dahulu mendengar penjelasan dari guru itu sendiri. Sejak peristiwa itu, guru-guru di sekolah tidak berani menegur Rashid akan sikapnya ketika di sekolah.


3.2.Sinopsis Dari Temu bual Responden Kedua
Pak Amin berusia 66 tahun mempunyai 4 orang anak dan 10 orang cucu. Beliau merupakan seorang bekas pengurus di salah sebuah bank di Kuala Lumpur dan kini mempunyai bisnes katering dan penyajian. Sepanjang perjalanan kehidupan Pak Amin, beliau berasal dari keluarga yang serba kekurangan. Beliau merupakan anak sulung dari 6 orang adik beradik. Ibu bapanya ketika itu amat mementingkan pelajaran anak-anak walaupun mereka bukanlah dari keluarga yang senang. Sikap ibu bapa Pak Amin itu menjadikan beliau seorang yang amat mementingkan pelajarannya. Di sekolah, beliau juga merupakan seorang pelajar yang cemerlang dan pernah mewakili sekolah di peringkat negeri dalam pertandingan berpidato selama 3 tahun berturut-turut. Pak Amin juga mempunyai rakan sebaya yang juga merupakan teman sejak kecil yang banyak membantu beliau dalam pelajaran. Pak Amin juga ada menceritakan pengalaman beliau ketika di sekolah rendah. Pernah suatu ketika, Pak Amin bergaduh dengan rakan sebaya di kelas. Apabila guru mendapat tahu, beliau di rotan sebanyak 2 kali di belakang. Setibanya di rumah, beliau menceritakan hal tersebut kepada ibu dan ayahnya dan menerangkan perkara yang sebenar walaupun beliau sebenarnya tidak bersalah. Tetapi ayahnya terus mengambil rotan dan terus merotan Pak Amin serta memberi amaran supaya tidak lagi menimbulkan masalah di sekolah. Sejak itu, Pak Amin tidak lagi bergaduh dan menumpukan sepenuhnya terhadap pelajaran sehinggalah beliau meningkat remaja. Selepas tamat persekolah dan menunggu keputusan untuk melanjutkan pelajarannya, Pak Amin bekerja sambilan di buah kedai buku dan pada malamnya beliau membantu perniagaan pak cik saudaranya  dalam majlis-majlis perkahwinan. Katanya untuk mencari pengalaman disamping mendapatkan duit untuk membantu keluarga dan adik beradiknya yang masih bersekolah ketika itu. Sikap dan tingkah laku Pak Amin yang banyak membantu dan penyayang ini menjadikan Pak Amin seorang yang bersikap positif ketika zaman remajanya.

Dalam temu bual di atas kita dapat lihat banyak persamaan dan perbezaan dari kedua-dua responden melalui pengalaman yang diceritakan walaupun berlainan zaman remaja mereka. Persamaan yang ada seperti kedua-duanya merupakan anak sulung bertanggungjawab terhadap adik-adik mereka. Mereka juga merupakan pelajar cemerlang di sekolah dan berjaya.

Perbezaan yang dapat dilihat pula ialah sikap kedua ibu bapa mereka. Sebagai contoh, ibu bapa Rashid terlalu menyayangi anaknya sehinggakan menidakkan kelakuan anak mereka di sekolah. Tetapi tidak pada ibu bapa Pak Amin yang bersikap memahami dan tidak terlalu terburu-buru menilai kelakuan anak mereka. Dan kita dapat melihat cara kedua-dua ibu bapa mereka menyayangi anak masing-masing dengan cara tersendiri.

Pengalaman dengan rakan sebaya juga berbeza dimana Pak Amin mempunyai rakan sebaya yang banyak membantu beliau dalam pelajaran. Sebaliknya Rashid hanya mempunyai rakan sebaya yang hanya dalam lingkungan golongan yang setaraf dengan kehidupannya sahaja. Dalam masa yang sama dari segi kerja sambilan pula, Pak Amin lebih menikmati zaman remajanya iaitu beliau mencari pengalaman dalam pekerjaan sambil untuk mengisi masa lapang selepas tamatnya peperiksaan. Beliau tidak membuang masa sebaliknya melakukan kerja yang berfaedah. Tetapi berlainan pula dengan Rashid yang berpendapat bahawa beliau lebih selesa dengan kehidupannya yang serba mewah dan bergantung harap dengan ayahnya.



4.TEORI PERKEMBANGAN
Dalam huraian yang telah dibentang di atas, teori perkembangan yang sesuai dengannya ialah teori jangka hayat.

4.1.Teori Jangka Hayat
Teori jangka hayat telah ditubuhkan oleh PB Baltes dan rakan-rakannya, (Baltes et al., 1980; Hultsch & Deutsch, 1981). Dalam temu bual yang dibentangkan seperti diatas, kita dapat lihat bagaimana kehidupan Rashid dan Pak Amin dapat memberi mereka pengalaman hidup sejak mereka kecil sehingga sekarang terutamanya kehidupan yang dicerita oleh Pak Amin sendiri. Oleh itu, seseorang bukan sahaja membangunkan prenatally di zaman kanak-kanak dan remaja malah sepanjang keseluruhan kehidupannya contoh seperti temu bual dari Rashid dan Pak Amin.

Ciri-ciri lain yang dikaitkan dengan perspektif jangka hayat ialah ianya tidak termasuk dalam takrif yang disediakan oleh Hultsch dan Deutsch (1981) konsep daripada embeddedness; pengaruh gred umur normatif dan gred sejarah dan peristiwa nonnormative serta kesan persepsi seseorang masa depan pada pembangunan. Ini kerana pembangunan seseorang itu tidak boleh dipisahkan daripada konteks seseorang. Kehidupan seseorang individu itu saling berkait rapat termasuklah masa lalu, sekarang, dan masa depan mereka.



5.KESIMPULANNYA
Psikologi remaja melibatkan pelbagai pendekatan seperti disiplin, biologi, sosiologi dan sebagainya dalam kehidupan remaja. Zaman remaja dikatakan bermula dari akil baligh dan berakhir apabila memasuki alam dewasa. Ia merupakan satu tempoh  peralihan dalam pusingan hidup yang melibatkan banyak perubahan yang berlaku sama ada dari segi perkembangan fizikal, emosi dan kognitif di mana ia mula minat hubungan dengan rakan sebaya dan mulai belajar peranan kerja, peranan dalam keluarga dan sebagai warga masyarakat. Zaman remaja dikatakan satu proses untuk  mencapai atau memperolehi sikap dan kepercayaan bagi penglibatan yang berkesan dalam masyarakat.

Dalam masa yang sama keluarga, sekolah, rakan sebaya dan kerja sambilan juga memainkan peranan yang penting dalam perkembangan seseorang remaja. Mereka perlu bijak menangani permasalahan dalam keluarga di rumah supaya tidak menimbulkan masalah lain bila berhadapan dengan masyarakat luar. Ketika di sekolah pula, mereka perlulah belajar mematuhi peraturan selain pandai bergaul dengan rakan-rakan di sekolah supaya masa remaja yang mereka lalui berjalan lancar.

Memang tidak dinafikan, perubahan besar berlaku dalam cara mendidik anak-anak terutamanya remaja. Hal ini kerana, zaman remaja sekarang tidak sama dengan zaman remaja terdahulu. Banyak faktor yang menyumbang berlakunya sedemikian. Salah satunya ialah wujudnya teknologi terkini, arus permodenan dan taraf kehidupan kini selain pergaulan bebas antara lekaki dan perempuan. Justeru, kita tidak boleh menyalahkan seratus peratus kepada ibu bapa disamping mengambil kira faktor-faktor lain yang menjadi penyebabnya.

Selain itu, pemilihan rakan sebaya yang baik juga amat penting. Ini kerana, rakan sebaya merupakan sumber utama dalam meniru gaya dan tingkahlaku dan aspirasi. Menurut Seltzer dan Waterman (1996), mereka menjelaskan bahawa remaja membuat perbandingan tingkah laku dengan remaja lain dalam membuat sebarang keputusan. Maka wujud satu fenomena kebimbangan di kalangan remaja tentang kejelasan masa hadapan mereka dan bagaimana mencapainya cita-cita dan aspirasi sedemikian.  Di damping itu, perkembangan kognitif pada remaja juga boleh membawa kepada  pembentukan personaliti remaja. Kerja sambilan juga dapat menjadikan seseorang remaja itu berpengalaman dalam tindakan yang ada dalam kehidupan mereka. Kerja sambilan juga dapat mengajar mereka sikap bertanggungjawab di samping belajar menepati masa kerja seperti yang ditetapkan. Dalam erti kata lain, kerja sambilan sememangnya wajar dilakukan oleh remaja tetapi harus secara bertanggungjawab. Remaja harus menimbang dengan mendalam sebelum menyertai kerja sambilan. Bukan sahaja atas kebenaran ibu bapa penting tetapi remaja juga harus bertanya kepada diri sendiri, adakah ini sesuatu yang ingin mereka lakukan atau mereka perlu penuhkan masa cuti mereka dengan aktiviti berfaedah yang lain.

Dalam pada itu, temu bual pada kedua-dua responden yang dijalankan dapat membuka mata kita tentang dua zaman remaja yang berbeza iaitu kini dan terdahulu. Perbezaan yang amat ketara dapat dilihat menerusi kedua-dua responden ini di mana mereka hidup dalam keadaan dan taraf yang berbeza serta melalui banyak pengalaman yang mematangkan mereka terutamanya pengalaman Pak Amin sendiri. Oleh yang demikian, kita dapat simpulkan bahawa kehidupan seseorang remaja itu berbeza walaupun mereka sama-sama pernah mengalami zaman remaja mereka.

Gambar : Permainan Tarik Upih Yang Dimainkan Satu Ketika Dahulu
Sumber : zainudins.blogspot.com



2901 Perkataan





APENDIKS
6.RUJUKAN / REFERENSI
Adolescent Psychology : Adolescence. (n.d.). [Online].
            psychology/adolescent-psychology. [2012, October 28].

Adolescent Psychology. (n.d.). [Online].
[2012, October 28].

Development in Adolescence. (n.d.). [Online].

Adolescent Day School. (n.d.). [Online].
clinical-services/adolescent-day-school/. [2012, October 28].

School Performance Problems. (n.d.). [Online].
performance.html. [2012, Octber 28].

School Problems in Adolescents. (n.d.). [Online].
Available : http://www.merckmanuals.com/home/childrens_health_issues/ problems_in_adolescents/school_problems_in_adolescents.html.
[2012, October 28].

What is a Family?. (n.d.). [Online].
[2012, October 28].

Developmental Theory. (n.d.). [Online].
developmental_theory.htm. [2012, October 29].

Mwale, M. (n.d.). Adolescence And Adolescent Psychology: Introductory.  [Online].
Available : http://researchcooperative.org/profiles/blogs/
adolescence-and-adolescent. [2012, October 29].

Atwater, E. (1992). Adolescence (Third edition). Prentice Hall.

Steinberg, L. (1993). Adolescence (Third Edition). McGraw Hill.




7.LAMPIRAN

7.1.Temu bual Responden Pertama
Saya                : Hai, boleh ceritakan serta sedikit atau berkongsi tentang diri dan
                          pengalaman anda?

Responden 1   : Sudah tentu. Saya Rashid berumur 16 tahun. Saya merupakan anak
                          Tunggal dari dua adik beradik iaitu seorang perempuan yang berumur
                          10 tahun. Ayah saya merupakan orang kenamaan dan ibu daya pula
                          Bekerja sendiri. Walaupun masing-masing sibuk, namun mereka tidak
                          Pernah mengabaikan saya dan adik. Kehidupan saya serba mewah, apa
                          yang saya inginkan selalunya saya akan perolehi. Ibu dan ayah amat
                          mempercayai saya yang saya katakan. Dan saya bersekolah di salah
                          sebuah sekolah di ibu kota.

Saya                : Menarik. Boleh ceritakan dengan lebih lanjut tentang pengalaman anda
                          ketika di sekolah?

Responden 1   : Saya merupakan pelajar cemerlang di sekolah. Saya akui saya agak
                           agak nakal ketika di sekolah. Pernah satu ketika itu saya terlibat
                           dengan masalah disiplin dan saya dirotan. Apabila pulang ke rumah,
                           saya memaklumkan hal tersebut kepada ayah. Dan ayah berjanji akan
                           ke sekolah. Pada keesokkan harinya, ayah ada berjumpa dengan guru
                           disiplin itu. Ayah terus menyalahkan guru tersebut tanpa mendengar
                           penjelasannya. Sejak peristiwa tersebut, guru-guru di sekolah tidak
                           berani lagi menegur sikap saya di sekolah.

Saya                  : Bagaimana pula dengan pergaulan dengan rakan sebaya anda?     

Responden 1   : Saya tiada masalah dengan rakan sebaya. Rakan sebaya saya hanya
                          terdiri dari golongan yang berada. Mereka ini tidak tahu erti kesusahan.
                          Hal ini kerana, semua yang mereka inginkan berada di depan mata dan
                          tersedia.

Saya                : Apa pendapat anda tentang kerja sambilan yang kini dilihat menjadi
                          pilihan remaja sambil menantikan keputusan peperiksaan?

Responden 1  : Bagi saya, saya tidak perlukan semua itu. Mengapa saya perlu bersusah
                         payah sedangkan apa yang saya inginkan akan saya perolehi. Saya juga
                         selesa dengan keadaan sekarang (sambil tersenyum).

Saya                : Terima kasih kerana sudi berkongsi maklumat dan pengalaman anda dengan
  saya.

Responden 1  : Sama-sama.


___________________________________________________________________________


7.2.Temu bual Responden Kedua
Saya                : Hai, boleh ceritakan serta sedikit atau berkongsi tentang diri dan
                          pengalaman anda?

Responden 2   : Panggil saja saya Pak Amin. Umur saya menjangkau 66 tahun. Saya
                          mempunyai 4 orang anak dan 10 orang cucu. Saya dulunya seorang
                          pengurus bank di Kuala Lumpur. Kini saya memiliki perniagaan sendiri
                          iaitu perniagaan katering dan  penyajian. Saya ini sebenarnya bukan
                          berasal dari keluarga yang senang tetapi dari keluarga serba kekurangan.
                          Menjadi anak sulung dari 6 orang adik beradik merupakan satu
                          tanggungjawab yang berat. Ibu bapa saya amat tegas dan mementingkan
                          pelajaran anak-anak.

Saya                : Boleh Pak Amin ceritakan dengan lebih lanjut tentang pengalaman
                          ketika di sekolah?

Responden 2   : Di zaman persekolahan saya dahulu, saya merupakan seorang pelajar
                          cemerlang dan pernah mewakili sekolah di peringkat negeri dalam
                          pertandingan berpidato selama 3 tahun berturut-turut dan menjadi
                          harapan sekolah. Zaman dahulu, guru-guru amat tegas dan dihormati.
                          Saya ingat lagi semasa di sekolah rendah, saya pernah dirotan sebanyak
                          2 kali kerana kesalahan bergaduh dengan rakan sekelas. Apabila pulang
                          dan menceritakan kepada ibu dan ayah, saya pula yang kena rotan
                          dengan ayah walaupun sebenarnya saya tidak bersalah.

Saya                : Bagaimana pula dengan pergaulan dengan rakan sebaya Pak Amin?

Responden 2   : Saya mempunyai rakan sebaya yang baik dan saling membantu dalam
                          pelajaran. Beliau juga adalah rakan sejak dari kecil.

Saya                : Apa pendapat Pak Amin tentang kerja sambilan yang kini dilihat menjadi
                          pilihan remaja sambil menantikan keputusan peperiksaan?

Responden 2   : Saya pernah kerja sambilan selepas tamat persekolah disamping
                          menunggu keputusan peperiksaan untuk melanjutkan pelajaran iaitu
                          bekerja sebagai pembantu di kedai buku dan membantu pak cik saudara
                          dalam majlis-majlis perkahwinan pada malam hari. Bagi saya, ini semua
                          pengalaman disamping mendapatkan rezeki yang halal dan dapat
                          membantu keluarga dan adik beradik yang masih bersekolah ketika itu.
                          saya juga seorang yang bersikap positif dalam setiap kehidupan seharian
                          saya.

Saya                : Terima kasih kerana sudi berkongsi maklumat dan pengalaman Pak Amin  dengan
            saya.

Responden 2   : Terima kasih kembali. 


No comments:

Post a Comment