PENGENALAN
Semua orang tahu bahawa kematian itu berlaku
apabila pernafasan dan jantung berhenti berdenyut buat selama-lamanya. Tiada
siapa yang boleh melepaskan diri dalam berhadapan dengan kematian walau siapa
pun kita. Kebanyakan orang cuba menghindari
untuk berfikir tentang kematian. Dalam kehidupan yang serba canggih ini,
seseorang biasanya menyibukkan dirinya dengan memikirkan hal-hal lain dari
memikirkan tentang kematian.
Dalam pada itu, kehidupan boleh ditafsirkan
sebagai sebuah proses kebiasaan yang dilakukan seharian. Membicarakan tentang
kematian juga sering dielak oleh mereka yang merasa tidak selesa mendengarnya.
Mereka menganggap bahawa kematian hanya akan terjadi ketika seseorang telah
lanjut usia. Namun begitu haruslah diingat tiada yang dapat menjamin bahawa
seseorang akan terus hidup dalam satu jam berikutnya. Setiap hari, kita dapat
menyaksikan kematian orang lain disekeliling tetapi tidak memikirkan tentang hari
ketika orang lain pula menyaksikan kematian kita tanpa kita sendiri menyangka bahawa
kematian juga sedang menanti.
Walau bagaimanapun, kematian bukan hanya dihadapi
oleh orang yang berusia tetapi kematian juga boleh berlaku melalui penyakit
yang dihidapi seseorang. Justeru, dalam tugasan kali ini, saya akan
menghuraikan tentang proses kematian dari aspek perubahan fisiologi dan
psikologi, isu-isu yang dihadapi serta membantu orang yang berhadapan dengan
kematian dan proses kematian.
Gambar : Kematian
Sumber : ustadzmuslim.com
LIMA ASPEK FISIOLOGI DAN
PSIKOLOGIKAL
Aspek Fisiologi
Fisiologi ialah kajian tentang fungsi struktur tubuh manusia seperti
sistem pengaliran darah, sistem pernafasan, sistem saraf, sistem penghadaman
dan sistem otot rangka. Dari
aspek fisiologi, saya akan menerangkan bagaimana seseorang itu
menghadapi kematian dan proses kematian seperti dibawah.
Sistem Pengaliran Darah
Sistem pengaliran darah adalah salah satu sistem yang penting di
dalam tubuh badan manusia. Sistem pengaliran darah manusia dikenali sebagai
sistem pengaliran tertutup dan ganda dua atau ‘double closed and complete circulatory system’. Hal ini kerana,
darah dalam tubuh manusia mengalir dalam salur darah berterusan melalui jantung
sebanyak dua kali dalam satu peredaran lengkap atau ‘complete circulatory’. Sistem pengaliran ganda dua pada manusia terdiri daripada dua sistem pengaliranyang
utama iaitu sistem pengaliran pulmonari (pulmonary
circulation) dan sistem pengaliran sistemik (systemic circulation).
Dengan yang demikian, apabila seseorang yang berhadapan dengan
kematian keadaan pengaliran darahnya adalah tidak lancar. Ini disebabkan oleh
saluran darah yang tersumbat dan kemungkinan mengalami masalah komplikasi
dalaman yang teruk. Begitu juga semasa proses kematian di mana pengaliran darah
akan terhenti dan secara tidak langsung jantungnya juga berhenti berfungsi.
Justeru, muka seseorang itu akan kelihatan pucat apabila berlaku
keadaan di mana pengaliran darah terhenti dan secara tidak langsung menunjukkan
bahawa seseorang itu mengalami kematian. Dalam erti kata lain, pengaliran darah
yang lancar amat penting terhadap tubuh seseorang melainkan jika seseorang itu
berhadapan kematian. Fungsi pengaliran darah itu sebagai alat pengangkut sari
makanan dan O2 ke seluruh tubuh dan sisa-sisa metabolisme ke alat ekskresi dan
mengedarkan air, selain mengedarkan sari makanan juga air yang berfungsi untuk
reaksi enzimatis atau untuk menjaga tekanan osmosis tubuh manusia.
Gambar
: Sistem Pengaliran Darah Dalam Tubuh Manusia
Sumber : megasiana.com
Sistem Pernafasan
Sistem pernafasan adalah sistem biologi semua organisma yang
membabitkan pertukaran gas. Sistem pernafasan manusia mengandungi saluran
pernafasan (nasal passage) di mana
udara dilembabkan dan tempat deria bau berfungsi. Semua orang tahu bahawa manusia
telah dilengkapi oleh alat yang mampu menghirup udara sehingga memerlukan
oksigen kerana tanpa oksigen aktiviti dalam tubuh manusia tidak dapat
berlangsung.
Terdapat dua jenis pernafasan iaitu pernafasan dada dan pernafasan
perut. Semasa seseorang itu berhadapan dengan kematian, beliau akan mengalami
beberapa kegagalan sistem pernafasan seperti asma, asbestosis, emfisema, pneumonia,
pleuritis dan sebagainya. Kegagalan sistem pernafasan ini terjadi apabila
pertukaran gas oleh paru paru menjadi tidak cukup seterusnya menyebabkan terjadinya
‘hypoxia’. Kegagalan sisitem pernafasan
juga didefinisikan sebagai PaO2 < 60 mmHg. Kegagalan sistem pernafasan
dibahagikan kepada dua pecahan besar iaitu Jenis 1 dan Jenis 2 mengikut paras
Karbon dioksida dalam darah PaCO2.
Gambar
: Bantuan Pernafasan
Sumber : research.chop.edu
Sistem Saraf
Sistem Saraf bertindak
sebagai sistem koordinasi atau pengatur seluruh aktifitas tubuh manusia
mempunyai tiga fungsi utama iaitu sebagai alat komunikasi, pengendali atau
pengatur kerja dan pusat pengendali tanggapan. Sistem saraf juga sebagai alat
komunikasi antara tubuh dan dunia di luar tubuh yang meliputi mata, hidung,
telinga, lidah dan kulit. Dengan adanya
pancaindera, kita mudah mengetahui perubahan yang terjadi di luar tubuh
kita.
Dalam aspek fisiologi, selalunya kita dapat melihat seseorang yang
berhadapan dengan kematian atau semasa proses kematian biasanya akan menghidapi
penyakit saraf terutamanya orang tua. Penyakit saraf ini merupakan salah satu
penyakit yang paling ditakuti kerana gejalanya sangat cepat. Selain itu, otak
merupakan bahagian terpenting dalam tubuh kerana ia berfungsi sebagai
pengendali dalam tubuh dan fikiran kita. Jika tidak ada sistem saraf dalam otak
kita, maka gerakan tubuh kita tidak akan normal.
Justeru, sistem saraf memainkan peranan penting dalam tubuh agar
saling berhubung. Walau bagaimanapun, sistem saraf tidak luput dari sebarang
penyakit. Sistem saraf terdiri daripada banyak jaringan sel khusus yang disebut
sebagai sel neuron. Sel neuron terbahagi kepada empat kategori seperti sel
sensoris, sel motoris, sel penghubung dan neuron adjustor.
Antara penyakit sistem saraf yang dihadapi oleh mereka yang
berhadapan dengan kematian ialah seperti vertigo, alzheimer, bell’s palsy,
disleksia, meningitis, parkinson, hidrosefalus, lumpuh otak, radang otak dan
sebagainya. Seseorang yang berhadapan
dengan kematian ini biasanya mempunyai kelemahan daya ingatan kerana sistem saraf
tidak berfungsi sepenuhnya.
Gambar
: Pesakit Alzheimer
Sumber : ppa.org.ph
Sistem Penghadaman
Sistem penghadaman manusia mengandungi beberapa organ dan kelenjar
yang kompleks dalam proses ia menghadamkan makanan. Untuk memastikan makanan
yang kita makan bermanfaat pada tubuh kita, tubuh mesti memecahkan
makanan-makanan tersebut kepada molekul-molekul yang lebih kecil supaya lebih
mudah diproses di samping untuk memudahkan perkumuhan.
Kebanyakan organ-organ penghadaman adalah berbentuk salur tiub dan
mengandungi makanan sepanjang makanan tersebut memasuki tubuh manusia. Sistem
penghadaman manusia adalah sangat panjang, salur-salur tiub yang berselirat ini
bermula dari mulut hinggalah ke dubur dan termasuklah beberapa organ lain yang
menghasilkan atau menyimpan enzim-enzim penghadaman. Dalam aspek fisiologi ini,
sistem penghadaman seseorang itu gagal ketika berhadapan dengan kematian. Hal
ini kerana kurangnya makanan yang berserat serta kurang pengambilan air dalam
kuantiti yang sepatutnya.
Sistem Otot Rangka
Umum mengetahui bahawa pergerakan tubuh badan manusia berlaku hasil
gabungan sistem rangka dan otot. Kajian menunjukkan reka bentuk struktur sendi
dan sokongan yang tegar menyebabkan pergerakan dapat dilakukan. Pergerakan
dihasilkan oleh penguncupan dan pemanjangan otot. Otot juga menentukan magnitud pergerakan. Otot
rangka merangkumi beberapa komponan iaitu fiber otot dan fungsi otot. Fiber
otot adalah sel–sel otot. Sel–sel otot ini panjang, berbentuk silinder dan
mempunyai banyak nukleus. Fiber otot rangka berjalur dan bersaiz besar. Diameternya
diantara 10 um hingga 100 um dan panjangnya boleh mencapai sehingga 40 cm. Tisu
penghubung terdiri daripada epimisium, perimisium dan endomisium.
Justeru, otot bukan
sahaja digunakan bagi menghasilkan pergerakan tetapi otot juga berfungsi untuk
mengekalkan postur menstabilkan sendi dan menghasilkan haba. Sebab itulah,
semasa seseorang yang sedang berhadapan dengan kematian, selalunya otot rangka
mereka akan kelihatan lebih dan tidak dapat bergerak. Hal ini kerana, keupayaan
otot rangka mereka bertindak balas dengan keadaan mereka pada ketika itu yang
dalam keadaan lemah. Kadang-kadang kebanyakan dari mereka ini tidak mampu lagi
untuk bergerak dan lebih banyak memerlukan bantuan dari orang lain.
Gambar
: Otot Rangka Manusia
Sumber : biosejati.wordpress.com
Aspek Psikologikal
Psikologikal ialah proses-proses dan struktur-struktur mental dan
personaliti seseorang untuk menerangkan tentang kelakuan. Selain itu, dalam
aspek psikologikal juga kita dapat lihat corak-corak personaliti yang tertentu
dalam diri seeorang yang sedang berhadapan dengan kematian atau semasa proses
kematian berlaku dan bagaimana ciri-ciri
tersebut mempengaruhi. Sebagai contoh personaliti yang agresif, peramah,
pendiam, kelakuan berubah dan mudah tersentuh hati. Dalam aspek psikologikal
ini, saya akan menghuraikan bagaimana ciri-ciri ini banyak mempengaruhi tingkah
laku seseorang yang sedang berhadapan
dengan kematian ataupun semasa proses kematian seperti di bawah.
Agresif
Lazimnya, seseorang itu akan bertindak agresif apabila merasakan
dirinya terancam atau berada dalam situasi yang munasabah. Begitu juga dengan seseorang
yang berhadapan dengan kematian ataupun semasa proses kematian. Hal ini kerana,
akibat pengawalan impuls dirinya yang rendah dan simptom-simptom penyakitnya
yang serius. Dan kadang-kadang juga, kelakuan agresif ini adalah disebabkan
mereka tidak boleh menerima hakikat yang mereka akan berhadapan dengan kematian
akibat penyakit yang dialami.
Peramah
Jika dilihat dengan lebih teliti, kita akan rasa pelik apabila
seseorang yang kita kenal tiba-tiba bersikap terlalu peramah. Ini akan
menimbulkan lagi sikap ingin tahu kita terhadap mereka. Kadang-kadang tanpa
kita sedar, seseorang yang terlalu peramah secara tiba-tiba sebenarnya mengetahui
sesuatu perkara yang kita sendiri tidak tahu apa yang terjadi kepada mereka. Dari
aspek psikologikal, apabila berhadapan dengan situasi seperti yang dinyatakan
diatas, seseorang itu bertindak sedemikian kerana mereka dapat menerima keadaan
mereka yang semakin singkat. Ini selalunya terjadi kepada mereka yang
menyetahui akan penyakit yang dihadapi terutamanya orang tua.
Pendiam
Merupakan salah satu sebab mengapa mereka bertindak sedemikian. Keadaan
ini berlaku kepada selalunya kepada mereka yang tidak dapat menerima hakikat
dimana mereka akan meninggalkan dunia dalam masa terdekat. Keadaan sebegini
amat bahaya kepada mereka sendiri kerana mereka tidak dapat membantu diri
mereka untuk menghadapi hari-hari yang mendatang. Dan secara tidak langsung, mereka
bersikap pendiam dan berusaha mengelakkan diri dari bercakap atau berbual
dengan sesiapa walaupun ahli keluarga terdekat.
Saya sendiri pernah mengalami situasi di mana ahli keluarga terdekat
iaitu datuk saya berkelakuan sedemikian apabila beliau tidak dapat menerima
hakikat yang beliau menghidapi penyakit jantung dan masalah sebelah buah
pinggang yang tidak dapat berfungsi sekaligus. Oleh yang demikian, beliau
menjadi pendiam dan kurang bercakap dan bercakap bila perlu sehinggalah beliau
menghembuskan nafas terakhir.
Kelakuan Berubah
Keadaan ini juga berlaku kepada individu yang berhadapan dengan
kematian atau semasa proses kematian. Sikap dan kelakuan yang ditunjukkan tidak
seperti kebiasaannya. Kadang-kadang boleh menjadi marah, terlalu gembira,
periang, sedih dan sebagainya semata-mata untuk mendapatkan perhatian dari orang
yang terdekat. Dalam erti kata lain, sikap dan kelakuan seseorang itu boleh
berubah-ubah lebih-lebih lagi apabila mempunyai waktu yang singkat.
Mudah Tersentuh Hati
Emosi kita juga mudah tersinggung dan tersentuh walau siapa pun
kita. Begitu juga dengan individu seperti yang dimaksudkan di mana mudah tersentuh kerana selalu menilai dirinya kurang
daripada kenyataan serta merasa diri terlalu lemah dari orang lain. Selain itu,
terlalu berfikir yang diri sendiri tiada guna lagi untuk terus berjuang dalam
kehidupan sehariannya.
ISU-ISU YANG BERKAITAN
DENGAN KEMATIAN DAN PROSES KEMATIAN
Seseorang yang berhadapan dengan kematian mahupun dalam proses
kematian mungkin mempunyai beberapa kebimbangan tertentu. Kebarangkalian ketakutan
yang tidak diketahui atau bimbang tentang orang-orang di sekeliling dan ada sesetengah
itu takut bersendirian di saat-saat akhir.
Isu Kerohanian
Keperluan rohani melibatkan mencari makna dalam kehidupan seseorang
dan berakhir perbezaan pendapat dengan orang lain. Seseorang yang berhadapan
dengan kematian dan dalam proses kematian ini mungkin mencari kedamaian dengan
menyelesaikan isu-isu yang belum diselesaikan dengan rakan-rakan atau keluarga.
Lawatan dari seorang pekerja sosial atau kaunselor juga dapat membantu. Kebanyakan
orang mencari ketenangan melalui iman dalam kehidupan mereka seperti berdoa,
bercakap dengan seseorang dari komuniti agama seseorang, membaca teks agama
atau mendengar muzik agama boleh membawa keselesaan.
Berkongsi kenangan masa yang baik adalah cara lain sesetengah orang
mencari kedamaian ketika menghampiri kematian. Dalam erti kata lain, cara ini
juga adalah cara yang selesa. Sesetengah doktor berpendapat ini juga berkesan walaupun
pesakit tidak sedarkan diri, dia mungkin masih boleh mendengar dan tidak
terlambat untuk mengatakan bagaimana kita rasa atau untuk bercakap tentang
kenangan dengannya.
Isu Ketakutan Dalam Pengasingan
Selalunya mereka ini berfikir bahawa masyarakat terutamanya ahli
keluarga terdekat akan menjauhkan diri dari mereka. Secara tidak langsung,
mereka akan bertindak mengasingkan diri mereka walaupun sebenarnya mereka amat
takut untuk bersendirian.
Berfikir yang bukan-bukan sentiasa bermain dalam minda dan jiwa
mereka. Sebab itulah, kita sebagai orang terdekat perlu memainkan peranan dalam
kehidupan seharian mereka.
Isu Ketakutan Semasa
Proses Kematian
Ini juga merupakan salah satu isu yang terjadi kepada seseorang yang
berada dalam proses kematian di mana beliau merasakan bahawa kematian itu
sesuatu yang menyakitkan dan tidak dapat menerima keadaan untuk menghadapinya.
Dalam keadaan sebegini, kewarasan akal fikiran tidak dapatdibendung melainkan
ahli keluarga terdekat memainkan peranan dan turut serta dalam merasakan
keperitan yang dialaminya.
Isu Dalam Kehilangan
Kawalan
Dalam keadaaan sebegini, seseorang itu akan menjadi hilang kawalan
dalam kehidupannya. Malah beliau juga akan bertindak seolah-olah dia bukan lagi
seperti yang sebelumnya. Hal ini terjadi di saat kematian semakin hampir dengannya
dan perhatian dari ahli keluarga terdekat amat diperlukan untuk mengatasi
keadaan yang sedemikian. Tambahan pula, jika tidak mendapat perhatian yang
sewajarnya dikuatiri akan menjadi lebih teruk. Secara tidak langsung ini akan
menyusahkan masyarakat di sekeliling dalam menjalani kehidupan bersamanya untuk
menanti hari yang bakal tiba.
Isu Ketakutan Dalam
Kehilangan Orang Yang Tersayang
Setiap manusia mempunyai orang yang amat di sayangi dalam hidup.
Justeru tidak kiralah siapa pun kita, sifat kasih sayang memang wujud dalam
diri kita. Begitu juga keadaan seperti yang dimaksudkan di mana jika seseorang yang
berhadapan dengan kematian, sudah tentu beliau takut akan meninggalkan orang
yang di sayanginya. Macam-macam yang difikirkan seperti ‘’apa yang akan berlaku kepada keluarga ku dan bolehkah mereka
menguruskan kehidupan tanpa aku disisi?”. Persoalan yang terlalu rumit
untuk dihuraikan oleh kita sendiri.
RANCANGAN UNTUK MEMBANTU
Membantu orang yang berhadapan dengan kematian dan proses kematian
secara psikologi adalah merupakan perkara yang tidak boleh kita elakkan begitu
sahaja. Ianya merupakan tanggungjawab kepada semua dalam menghadapi saat
tersebut. Namun dalam keadaan sekarang ini, kesedaran di kalangan generasi muda
untuk melaksanakan tanggungjawab ini amat tipis sekali. Bayangkanlah suatu hari
nanti keluarga terdekat sedang berhadapan dengan kematian mahupun proses
kematian tergamakkah kita membiarkan orang lain membantu sedangkan diri kita hanya
melihat tanpa sebarang ilmu dan rasa tanggungjawab. Di bawah saya akan
menghuraikan beberapa rancangan dalam membantu mereka yang memerlukan saat
menghadapi kematian.
Menjauhkan Diri Dari Dunia
Luar
Apabila berlaku keadaan sebegini apa yang boleh kita lakukan adalah
dengan sentiasa bercakap lembut dan mengenalpasti bagaimana keadaannya sebelum
bercakap sesuatu yang boleh menguris hati. Selain itu, gunakan sentuhan lembut
dan berikan keyakinan yang secukupnya kepadanya. Umumnya, kematian ini memerlukan
tenaga dan fokus. Justeru, cubalah untuk tidak mengganggunya semasa berhadapan
dengan proses kematian serta memberikan masa untuknya dan mendiamkan diri. Ingatlah
bahawa kita membantunya dalam keadaan sebegini.
Visi Dan Halusinasi
Visi dan halusinasi ialah ketika berlakunya persepsi dalam kondisi
sadar tanpa adanya rangsang nyata terhadap pancaindera. Kualiti dari persepsi
itu dirasakan oleh pesakit sangat jelas, substansial dan berasal dari luar
ruangan nyatanya. Definisi ini boleh membezakan halusinasi dengan mimpi,
berkhayal, ilusi dan pseudohalusinasi. Contoh daripada fenomena ini adalah
dimana seseorang itu mengalami gangguan penglihatan, dimana beliau merasa
melihat suatu objek, namun deria penglihatan orang lain tidak dapat menangkap
objek yang sama.
Dalam erti kata lain, ia juga harus dibezakan dengan delusi tentang
persepsi, dimana indera menangkap rangsang nyata, namun persepsi nyata yang
diterimanya itu diberikan makna yang dan berbeza. Sehingga beliau mengalami
delusi lebih percaya kepada hal-hal yang
tidak logik. Apa yang boleh kita lakukan ialah jangan menilai atau
mengkritik apa yang berlaku. Hanya diam bersetuju dan memberi sokongan yang
perlu.
Selain itu, elakkan dari memberi hujah yang sebenar tentang apa yang
berlaku dan reality kepadanya. Ini merupakan realiti bagi mereka. Adalah
penting untuk membezakan visi dari halusinasi atau "mimpi buruk" yang
mungkin disebabkan oleh ubat-ubatan atau perubahan metabolik.
Hilangan Selera Makan
Memang tidak dinafikan hilang selera makan selalu terjadi
terutamanya ketika sakit lebih-lebih lagi apabila seseorang itu berhadapan
dengan kematian. Kadang-kadang selera makan langsung tiada dan menyebabkannya
bertambah tidak bertenaga dan lemah. Apa yang boleh kita lakukan ialah elakkan
dari memberi cecair atau makanan kecuali diminta. Basahkan bibir dan mulutnya
dengan sedikit air, kiub ais atau dengan menggunakan span yang dicelup dengan
air ke bibir dan mulutnya. Selain itu, Melindungi bibir dan mulutnya dari
kekeringan dengan pelembap bibir.
Perubahan Fungsi Usus Dan
Pundi Kencing
Ini merupakan salah satu dari tanda akhir bagi seseorang itu. Apa
yang boleh anda lakukan ialah memastikan bahawa kawasan yang terjejas bersih
dan kering untuk mengelakkan ruam atau bedsores. Perhatikan juga tanda-tanda sembelit
dan membantu melaporkan kepada doktor atau jururawat apabila berlaku sesuatu
komplikasi.
Perubahan Pernafasan Dalam
Paru-paru
Apa yang boleh kita lakukan ketika saat ini ialah jangan sesekali
panik. Jika tidak, ini boleh meningkatkan lagi rasa takut kepadanya lebih-lebih
lagi bila kematian semakin menghampiri. Sementara itu, membantunya mengangkat
kepala katil untuk membantu pernafasan. Jika rembesan menjadi pengumpulan di
dalam mulut segera memusingkan kepala dan meletakkan badannya supaya graviti
yang boleh mengalirkan. Dalam keadaan ini penyedut bantuan penafasan jarang
membantu dan tidak digalakkan. Jika perlu, lap mulutnya dengan kain yang lembut
dan lembap untuk membersihkan rembesan yang berlebihan.
Perubahan Suhu Kulit dan
Warna
Merupakan tanda akhir dalam proses kematian seseorang dan apa yang
boleh kita lakukan ialah memastikannya seberapa selesa yang mungkin. Gunakan
tuala lembap atau sejuk untuk menyejukkannya yang berasa terlalu panas.
Menyelimutinya jika beliau berasa terlalu sejuk dan jangan gunakan selimut
elektrik atau pad pemanasan kerana ini boleh membakar kulitnya.
Gambar
: Berada Disisi Pesakit Disaat-saat Akhir
Sumber : healthportal.ca
KESIMPULAN
Setiap manusia tidak dapat lari dari kematian atau melihat kematian
berlaku di depan mata walau siapa pun kita tanpa mengira umur dan taraf
kehidupan. Kematian juga akan mengejar ke mana saja kita berada dan ia akan
tiba pada bila-bila masa tanpa diundang. Justeru, kita sebagai manusia yang
hanya hidup sementara di muka bumi ini perlulah bersedia dan sentiasa
mengingati mati supaya kita lebih bermotivasi kelak. Tiada yang kekal di dunia
melainkan yang Maha Esa.
Dalam kata lain, kematian adalah sesuatu yang pasti pada saat yang
telah ditentukan tidak ada kaitan dengan perang atau damai, tempat yang kukuh
atau yang sederhana dan keupayaan untuk mempercepat atau memperlambatnya. Jika
maut itu datang, maka datanglah ia. Proses kematian ini memakan waktu yang
berbeza untuk setiap orang dan tidak dapat dihitung dalam kiraan detik seperti
hitungan waktu dunia. Sebagai contoh, kematian Mustafa Kamal Attaturk mengalami
proses selama 6 bulan walaupun masyarakat dunia merasakan hanya beberapa detik
saja kematiannya.
Rasa sakit semasa berhadapan dengan kematian atau proses kematian
dialami oleh setiap manusia dengan pelbagai tahap rasa sakit dan ini tidak terkait dengan tingkat keimanan
atau kezaliman seseorang selama dia hidup.
Akhir kata, dengan peristiwa kematian ini seharusnya manusia tersedarkan
bahawa dirinya bukanlah sekadar tubuh semata-mata melainkan jiwa yang dibungkus
raga. Sesungguhnya manusia memiliki hal lain selain tubuhya iaitu jiwa.
Kekuatan atau keindahan tubuh hendaknya tidak menjadi kebanggaan utama
seseorang manusia tetapi keimanan, budi pekerti dan wawasan yang merupakan
cermin jiwa seterusnya menjadi unsur yang harus diutamakan. Kekuatan atau
keindahan tubuh yang sering dibanggakan ternyata hanya akan berakhir dengan kematian.
Namun, jika mempunyai akhlak mulia dan amal soleh maka ia akan sentiasa menjadi
kenangan yang tak akan pernah pudar walaupun selepas kematian kita.
2979 Perkataan
APENDIKS
RUJUKAN / REFERENSI
Mati
Otak - Definisi Kematian Sebenar. (2004). [Online].
=Utusan_Malaysia&sec=Kesihatan&pg=kn_01.htm.
[2013, Mei 28].
Definisi
Mati. (n.a.). [Online].
Available : http://www.islam.gov.my/e-jenazah/definasi.
[2013, Mei 28].
Penentuan
Mati – Definisi Mati. (n.a.). [Online].
Available : http://penentuanmati.webs.com/definisimati.htm.
[2013, Mei 28].
Apa
itu Kematian ?. (n.a.). [Online].
kematian.html.
[2013, Mei 28].
Apakah
Kematian Itu?. (2010). [Online].
itu-88826.html.
[2013, Mei 28].
Death,
Dying and Grieving. (n.a.). [Online].
Available : http://www.losingtom.org/death/death.html.
[2013,Mei 28].
Development
in Late Adulthood. (n.a.). [Online].
developmental-psychology-age-13-to-65/development-in-late-adulthood.
[2013, Mei
28].
Sistem
Peredaran Darah. (n.a.). [Online].
[2013, Mei
28].
Sistem
Peredaran Darah Manusia. (2012). [Online].
darah-manusia.html.
[2013, Mei 28].
Sistem
Pernafasan Manusia. (n.a.). [Online].
pernafasan-manusia/. [2013, Mei 28].
Mekanisme
Pernafasan Manusia. (2011). [Online].
pernafasan-manusia.html.
[2013, Mei 28].
Macam-macam
Penyakit Sistem Pernafasan Manusia. (n.a.). [Online].
Available : http://www.debbyzalina.com/blogs/?p=265.
[2013, Mei
29].
Penyakit
Pada Sistem Saraf. (n.a.) [Online].
[2013, Mei
29].
Sistem
Saraf Manusia, Pembagian Dan Fungsinya. (n.a.).
[Online].
Pembagian-dan-Fungsinya.html.
[2013, Mei 29].
Sistem
Saraf Manusia. (2010). [Online].
Available :
http://pjthepioneering.blogspot.com/2010/11/sistem-saraf-
manusia.html.
[2013.Mei 29].
Apa
Masalah Susunan Saraf Itu?. (n.a.). [Online].
Available : http://spiritia.or.id/li/bacali.php?lino=504.
[2013, Mei 29].
Sistem
Saraf Pada Manusia (Artikel Lengkap). (n.a.).
[Online].
manusia.html.
[2013, Mei 29].
Tips
Mengatasi Masalah Perut Buncit. (n.a.). [Online].
Available : https://www.rc.my/Thread-Tips-Mengatasi-Masalah-
Perut-Buncit.
[2013, Mei 29].
Sistem
Otot Rangka. (20120. [Online].
rangka.html.
[2013, Mei 29].
Treating
Mental, Emotional and Spiritual Needs at the End of Life. (n.a.). [Online].
needs-150264.htm.
[2013, Mei 29].
Late
Stage and End-of-Life Care : Caregiving in the Final Stages of Life. (n.a.). [Online].
_caring_final_stage.htm. [2013, Mei 29].
Zakaria, M.Q. (2011). Hindari Sindrom Gangguan Usus. [Online].
Utusan_Malaysia&sec=Kesihatan&pg=kn_01.htm.
[2013, Mei 29].
Grof, S. (n.a.). The Experience of Death and Dying: Psychological, Philosophical
and Spiritual Aspects. [Online].
Available : http://talkingaboutdeath.co.uk/?page_id=80.
[2013, Mei 29].
No comments:
Post a Comment