1.PENGENALAN
Dewasa ini, Malaysia dilihat berjaya dari aspek keusahawanan tetapi
terdapat beberapa isu dan agenda yang berkaitan masih perlu diberi perhatian. Justeru,
dalam menuju abad ke-21, umum dapat menyaksikan peranan usahawan sebagai
penggerak utama ekonomi di negara ini. Dalam erti kata lain, peranan usahawan adalah
sangat besar dalam membantu perkembangan dan kemajuan ekonomi Malaysia. Ada
pendapat yang menyatakan bahawa usahawan ialah orang yang sentiasa bergerak ke
hadapan, bijak mencari peluang yang baru, sentiasa membawa perubahan mempunyai
modal serta sumber dan berusaha untuk lebih maju. Usahawan juga dikenal pasti sebagai seorang
yang mempunyai tingkah laku berinovatif dan akan mempraktikkan pengurusan
strategik dalam perniagaanya.
Sementara keusahawanan pula bermaksud satu strategi dalam membangunkan
sesebuah negara. Berperanan dalam menyediakan
pelbagai peluang pekerjaan, merangsang serta
menjadi pencetus inovasi dan juga dilihat sebagai faktor kestabilan ekonomi dan
sosial sesebuah negara. Menurut Kuratko&Hodgetts (1992), mereka menerangkan
dengan lebih lanjut mengenai definisi keusahawanan iaitu dengan menyatakannya
sebagai salah satu penciptaan baru melalui
empat dimensi utama yang mana ianya melibatkan individu, organisasi,
proses dan persekitaran yang di bantu oleh rangkaian kerjasama dalam kerajaan,
insitusi dan pendidikan. Mereka turut menyatakan ‘entrepreneur is one who undertakes to organize, manage and assume the
risks of business”.
Walaupun terdapat banyak pendapat yang membincangkan tentang
usahawan dan keusahawanan, namun kedua-duanya melibatkan enam elemen psikologi
usahawan yang terdiri daripada bakat, minat, nilai, motivasi, sikap dan personaliti.
Dalam tugasan kali ini, saya akan membincangkan tentang keenam-enam elemen
tersebut serta kesesuaiannya dalam membangunkan usahawan di Malaysia dan
bagaimana elemen tersebut menyumbang kepada kejayaan seorang usahawan Malaysia
iaitu Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary.
2.ENAM ELEMEN PSIKOLOGI
USAHAWAN
Elemen psikologi usahawan memainkan peranan penting bagi seseorang
usahawan dalam menerajui sesuatu perniagaan yang diceburi dan mempengaruhi
tindakan seseorang usahawan itu.
2.1.Bakat
Bakat merupakan salah satu dari kemampuan manusia yang diperoleh
secara semula jadi atau melalui pembelajaran serta pengalaman. Bakat terdiri
dari dua jenis iaitu bakat umum dan bakat khusus. Bakat umum merupakan
kemampuan yang berpotensi dasar yang bersifat umum dimana setiap orang
memilikinya. Sementara bakat khusus pula merupakan kemampuan yang berpotensi
khusus dimana tidak semua orang memiliki misalnya seperti bakat seni, pemimpin,
penceramah, olahragawan dan sebagainya.
Dalam membincangkan elemen bakat dalam psikologi usahawan, ada yang
berpendapat bahawa perniagaan adalah satu bentuk kemahiran yang bermaksudnya
semua orang dapat dilatih menguasai teknik teknik perniagaan. Dan ada pula yang
berpendapat bahawa untuk menjalankan perniagaan kita perlukan bakat dimana bakat
ini tidak dimiliki oleh semua orang. Sepertimana tidak semua orang boleh berpidato,
tidak semua orang boleh berpolitik atau tidak semua orang boleh bersukan.
Begitu juga dengan dunia keusahawanan, tidak semua orang boleh menjadi
usahawan.
Pada pandangan saya, saya bersetuju dengan kedua-dua pendapat
tersebut. Ini kerana seseorang yang tidak memiliki bakat perniagaan, sekiranya beliau
dilatih dengan baik, beliau mampu menjadi seorang usahawan yang berjaya tetapi
pasti akan ada ‘limitation’ atau had
tersendiri dan langkahnya bakal dipenuhi dengan pelbagai cabaran dan dugaan. Manakala
usahawan yang sememangnya mempunyai bakat semulajadi, langkahnya dilihat mudah
dan perkembangannya cepat serta segala strategi perniagaannya menjadi. Justeru,
semua orang boleh berniaga cuma yang membezakannya adalah ada yang menyinar,
ada yang sederhana dan ada yang biasa sahaja.
2.2.Minat
Minat adalah suatu keadaan dimana seseorang mempunyai perhatian
terhadap sesuatu dan disertai keinginan untuk mengetahui serta mempelajarinya. Dalam
erti kata lain, minat adalah kecenderungan seseorang pada bidang-bidang
tertentu dan merasa senang berkecimpung dalam bidang tersebut. Terdapat tiga
faktor yang menyebabkan timbulnya minat seseorang itu iaitu faktor dorongan,
faktor motif sosial dan faktor emosional.
Menurut Johanes (1999), beliau menyatakan bahawa minat tergolong
kepada dua jenis iaitu minat intrinsik dan ektrinsik. Minat intrinsik adalah
minat yang wujud dari dalam diri individu itu sendiri tanpa pengaruh dari luar.
Sementara minat ekstrinsik adalah minat yang wujud dari pengaruh luar. Berdasarkan
pendapat beliau, dapat disimpulkan bahawa minat intrinsik wujud kerana pengaruh
sikap, persepsi, prestasi belajar, bakat, jantina dan termasuk juga pekerjaan. Minat
ekstrinsik pula wujud kerana pengaruh latar belakang status sosial iaitu ekonomi
ibu bapa, minat ibu bapa, informasi, lingkungan dan sebagainya.
Minat merupakan asas bagi memulakan sesuatu perniagaan dan sebab
itulah, seseorang usahawan perlu memastikan minat itu wujud dalam dirinya untuk
terus kekal dalam perniagaan yang diceburi. Secara tidak langsung, seseorang
usahawan yang berjaya itu akan mendorong orang lain untuk turut berminat untuk
memulakan sesuatu perniagaan.
2.3.Nilai
Nilai adalah sesuatu yang berharga, bermutu, menunjukkan kualiti dan
berguna bagi manusia. Dalam erti kata lain, nilai ialah sesuatu yang berharga
atau berguna bagi kehidupan manusia. Menurut Djahiri (1999), beliau menyifatkan
nilai adalah harga, makna, isi dan pesan, semangat atau jiwa yang tersurat dan
tersirat dalam fakta, konsep dan teori. Selain itu, nilai difungsikan untuk
mengarahkan, mengendalikan dan menentukan kelakuan seseorang dan kerana itulah nilai
dijadikan sebagai asas perilaku.
Menurut Dato’ Ramlan Othman (2011), beliau menegaskan bahawa
mengamalkan nilai-nilai murni keusahawanan adalah amat penting bagi memastikan
perniagaan seseorang itu berjaya. Nilai dan akhlak tidak dapat dipisahkan
daripada keusahawanan. Ianya merupakan asas pembentukan peribadi setiap
individu muslim termasuklah golongan usahawan. Golongan usahawan tidak hanya
dipandang mulia malah dijanjikan dengan balasan yang baik di akhirat sekiranya
mereka memenuhi tuntutan agama.
2.4.Motivasi
Motivasi adalah suatu perubahan tenaga dalam diri seseorang dengan
wujudnya perasaan dan reaksi untuk mencapai sesuatu tujuan. Motivasi juga
adalah suatu proses untuk mengiatkan motif menjadi perbuatan untuk memenuhi
keperluan dan mencapai tujuan dalam diri individu yang mendorong tingkah
lakunya untuk berbuat sesuatu dalam mencapai tujuan.
Untuk menjadi seorang usahawan,
seseorang individu itu perlu mempunyai tahap motivasi yang tinggi. Motivasi
penting bagi usahawan kerana ianya memberi kesan ke atas produktiviti mereka. Bayangkan
jika seorang usahawan tidak mempunyai sebarang keinginan yang tinggi untuk
berjaya, nescaya apa sahaja yang cuba beliau lakukan adalah sia-sia. Motivasi
yang tinggi dalam diri seorang usahawan adalah sumber pembakar semangat bagi
mereka meneruskan perjuangan perniagaan.
2.5.Sikap
Sikap adalah pernyataan evaluatif terhadap objek, orang atau
peristiwa dimana ianya mencerminkan
perasaan seseorang terhadap sesuatu, sedangkan perilaku adalah sebuah gerakan
yang dapat diamati dari luar. Sementara itu, sikap atau ‘attitude’ adalah suatu konsep paling penting dalam pergaulan sosial.
Seseorang yang mahu menjadi usahawan yang berjaya, beliau perlulah
memupuk dan memiliki sikap sebagai usahawan yang berjaya. Sikap-sikap ini boleh
dibentuk dari didikan cara berfikir dan bertindak sebagai usahawan dalam
golongan usahawan atau hasil pergaulan sekian lama dengan golongan usahawan. Keusahawanan
memerlukan satu bentuk pemikiran yang berbeza dan bentuk pemikiran ini juga
tidak sama dengan cara orang politik berfikir, merasa dan bertindak. Oleh itu,
untuk menjadi seorang usahawan, seseorang bakal usahawan digalakkan untuk
berkawan dengan seberapa ramai usahawan yang berjaya serta pakar-pakar yang
boleh memberikan pandangan dan nasihat mengenai perniagaan serta belajar cara
dan sikap mereka dalam menangani sesuatu cabaran yang dihadapi.
2.6.Personaliti
Personaliti memberi maksud keperibadian dan perwatakan. Penting bagi
seorang usahawan mempunyai personaliti yang baik supaya dapat memberi respon
yang positif kepada perniagaannya. Disamping dengan mempunyai personaliti yang
baik, seorang usahawan itu akan mendapat kepercayaan sama ada dari rakan kongsi
mahupun para pelanggannya.
3.KESESUAIAN ELEMEN
PSIKOLOGI DALAM PEMBANGUNAN USAHAWAN
Setiap perniagaan yang diusahakan oleh seseorang usahawan itu
mempunyai harapan yang tinggi agar perniagaannya terus maju dan berjaya serta dapat
mengubah masa depan agar tidak ditindas pihak lain. Tiada sesiapa yang
mengharap perniagaan yang dijalankan musnah dengan wang ringgit yang
dikeluarkan. Namun, tidak semua perniagaan yang diusahakan mampu menetapkan
jumlah pelanggan di dalam atau di luar negara. Tidak kira sebarang jenis
perniagaan yang dijalankan samada melibatkan penjualan produk, servis, nasihat
dan sebagainya.
Sementara itu, kecekalan dan semangat yang kental diperlukan bagi
memastikan cita-cita yang diimpikan tercapai. Perniagaan ini bukan sesuatu yang
boleh dicapai dengan mudah. Ini adalah kerana ianya mengambil masa dan tempoh
yang agak panjang untuk mengusahakannya. Sambutan pelanggan dalam perniagaan
yang dijalankan mempunyai beberapa cara untuk dicapai.
Dalam membincangkan soal kesesuaian elemen tersebut dalam
pembangunan usahawan, apa yang boleh saya kata disini ialah keenam-enam elemen
yang dihuraikan di atas masing-masing memainkan peranan penting dalam
pembangunan setiap usahawan yang ingin berjaya dalam bidang keusahawanan. Elemen
pertama iaitu bakat adalah sangat penting dalam pembangunan seorang usahawan.
Ini kerana dengan bakat jugalah perniagaan seseorang usahawan dapat meningkat
maju kerana secara tidak langsung seseorang usahawan itu dapat mengembangkan
idea yang ada dalam perniagaannya. Seseorang individu itu dilihat gagal apabila
beliau tiada bakat untuk menjadi seorang usahawan selain menunjukkan kelemahan
dalam pengurusan perniagaan yang diusahakannya.
Pada pendapat saya, bakat dalam pembangunan usahawan boleh diukur
melalui genetik. Ini dapat dibuktikan lagi melalui keadaan disekeliling dimana
sekiranya kita memiliki ibu bapa atau saudara yang berjaya di dalam perniagaan,
secara tidak langsung peluang kita untuk berjaya di dalam perniagaan juga
tinggi. Hakikatnya, apabila kita dibesarkan dengan suasana yang dekat dengan
dunia perniagaan, pemikiran kita akan masuk ke dalam jiwa kita dan akhirnya
membentuk diri kita ke arah menjadi usahawan yang berjaya.
Sementara itu, elemen minat juga memainkan peranan penting selain
dari elemen bakat. Dalam pembangunan usahawan, seseorang itu perlu mempunyai
minat yang mendalam untuk memulakan sesuatu perniagaan. Ini kerana, melalui
minat yang tinggi dapat menjadi seseorang individu itu berusaha untuk terus
maju dan meningkatkan kebolehannya dalam bidang keusahawanan. Minat itu
mestilah berkekalan dan bukan hanya sekadar sementara waktu sahaja. Tanpa
minat, sudah tentu apa yang dilakukan seseorang usahawan atau bakal usahawan
itu tidak sampai ke tahap yang dikehendaki. Dengan minat juga akan mendorong
seorang bakal usahawan terutamanya untuk bersaing secara sihat dengan
usahawan-usahawan yang sedia ada di Malaysia.
Seterusnya kesesuaian elemen nilai dimana dalam pembangunan
usahawan, nilai dilihat sebagai kepercayaan yang mendorong seseorang usahawan
untuk bertindak mengikut pemilihan yang berasaskan nilai-nilai utama
masyarakat. Sebagai seorang usahawan, nilai-nilai asas perlu ada dalam diri.
Antara nilai-nilai yang tergolong dalam kelompok ini ialah amanah,
bertanggungjawab, ikhlas, berdedikasi, berdisiplin, bekerjasama, bersih,
sederhana dan tekun. Sebagai usahawan juga, seseorang itu perlu mengamalkan
nilai-nilai seperti berazam meningkatkan mutu perniagaan, berniaga dengan penuh
tanggungjawab, berusaha mengikis sikap mementingkan diri, berniaga dengan penuh
muhibbah dan kemesraan, berniaga ke arah memajukan diri dan masyarakat,
bekerjasama dalam meningkatkan jaringan perniagaan dan berpegang teguh kepada
ajaran dan amalan agama.
Seterusnya kesesuaian elemen motivasi dalam pembangunan usahawan merupakan
faktor utama kepada pembentukan seseorang individu untuk menjadi seorang
usahawan. Sekiranya seseorang usahawan itu merasakan dirinya tidak memerlukan
sebarang motivasi, secara tidak langsung beliau telah menidakkan satu lagi
potensi besar yang ada dalam dirinya. Justeru, agak mustahil bagi seseorang
usahawan itu dapat bertahan lama dalam apa jua yang lakukan sekiranya beliau
tidak menitikberatkan soal motivasi sama ada dalaman atau luaran. Motivasi ini
akan terbentuk daripada pelbagai sudut serta keadaan dan ianya terbentuk secara
semula jadi atau dari keadaan.
Sebagai contoh, motivasi amat diperlukan bila mana kita menghadapi
saat-saat genting apabila berhadapan dengan masalah yang besar seperti
pelanggan yang sedia ada sudah beralih kepada pesaing kita, harga yang kita
tawarkan jauh lebih tinggi berbanding dengan harga yang ditawarkan para pesaing
atau wujudnya persaingan yang tidak sihat dimana pesaing cuba menjatuhkan kita dengan
memburukkan nama baik yang kita bina selama ini. Sebab beginilah motivasi amat
penting dan diperlukan bagi mereka iaitu para usahawan yang menghadapi keadaan sedemikian.
Seorang usahawan tidak boleh sewenang-wenangnya menamatkan sisa-sisa
perjuangannya dalam bidang perniagaan dengan begitu sahaja hanya disebabkan
kurangnya motivasi dalam menghadapi cabaran yang mendatang.
Kesesuaian elemen seterusnya dalam pembangunan usahawan adalah
sikap. Bukan mudah nak jadi usahawan berjaya. Sebab itu kajian demi kajian
dilakukan untuk mengenal pasti kenapa sesetengah golongan usahawan berjaya
sedangkan ada yang gagal. Hal ini berkait dengan sikap seorang usahawan sama
ada untuk terus maju, terus kekal atau sebaliknya. David Rockefeller ada
menyatakan bahawa ‘Success in business
requires training, discipline and hardwork. But if you’re not frightened by
these things, the opportunities are just as great as they ever were’.
Jika seseorang usahawan itu tidak takut atau gentar mendengar
perkataan berlatih, disiplin dan kerja keras, maka beliau dilihat mempunyai peluang
yang terbuka luas di hadapannya untuk meraih kejayaan dalam perniagaan. Sikap
sebegini perlu ada dalam setiap usahawan dalam pembangunan usahawan. Sebagai
contoh, menurut satu badan bukan kerajaan (NGO) iaitu ‘SCORE’, terdapat empat
sikap yang ada pada para usahawan yang berjaya di Malaysia iaitu pengalaman
dalam kerjaya, perancangan perniagaan, perwatakan yang positif dan mentor.
Kesesuaian yang terakhir ialah personaliti. Dalam pembangunan
usahawan, perniagaan yang mempunyai personaliti sering kali lebih mendapat
sambutan berbanding dengan perniagaan yang tidak mengetengahkan seseorang
personaliti. Sebagai contoh, jika sesebuah perniagaan yang baru atau ingin
meningkat naik, maka seseorang usahawan itu perlu mempunyai personaliti yang
baik dari dalam dan luar termasuklah dari segi yang lain seperti rangkaian perniagaan
serta para pekerjanya.
Sementara itu, antara ciri-ciri personaliti usahawan yang berjaya
ialah komitmen dan keazaman, berinisiatif dan bertanggungjawab, sentiasa
melihat dan merebut peluang yang ada, tolenrasi terhadap risiko, kekaburan
serta ketidakpastian, berfikiran kreatif dan berinovasi, berkeyakinan tinggi
dan bersifat optimistik, sanggup belajar daripada kesilapan dan kegagalan,
berwawasan tinggi, berupaya memimpin dan kehendak kepada respon atau maklum
balas segera. Dengan mempunyai personaliti yang dinyatakan, secara tidak
langsung akan menjadikan perniagaan seorang usahawan itu popular dan terkenal.
4.KEJAYAAN TAN SRI SYED MOKHTAR
ALBUKHARY DAN KAITANNYA DENGAN ELEMEN-ELEMEN PSIKOLOGI
Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary merupakan seorang usahawan bumiputera
yang berjaya dan terkenal. Beliau dilahirkan pada 12 Disember 1951 dan
merupakan anak ketiga dari tujuh orang adik beradik. Banyak pengetahuan dan
pengalaman beliau perolehi melalui pengalaman keusahawanan sendiri semasa zaman
mudanya walaupun hanya mendapat pendidikan sehingga tingkatan lima. Beliau kini
memiliki banyak kepentingan dalam pelbagai bidang perniagaan termasuk
pengangkutan dan logistik, perladangan, pembangunan hartanah, pertahanan dan
gudang senjata serta generasi kejuruteraan dan kuasa. Kejayaan yang dikecapi
oleh beliau didorong oleh elemen psikologi yang terdiri daripada bakat, minat,
nilai, motivasi, sikap dan personaliti.
Walaupun berasal dari keluarga susah, namun tidak menghalang beliau
untuk terus berusaha dalam kehidupannya. Bakat dan minat dalam bidang usahawan
yang boleh dilihat semasa beliau mula membantu bapanya berniaga lembu sekitar
tahun 1960. Namun, perniagaan lembu
mereka tidak bertahan lama ekoran wabak penyakit yang melanda pada ternakan
mereka. Oleh yang demikian, berbekalkan keuntungan yang disimpan pada
tahun-tahun sebelumnya, bapanya mengubah haluan dengan membuka kebun getah di
Pokok Sena. Tan Sri Syed Mokhtar secara tidak langsung mempelajari bidang baru.
Dari segi elemen nilai yang ditunjukkan oleh Tan Sri Syed Mokhtar,
beliau terus berusaha dan memutuskan untuk memulakan perniagaan selepas
terpaksa berhenti sekolah. Berbekalkan wang simpanan hasil perniagaan lembunya dahulu,
beliau menceburi bidang perniagaan daging. Beliau membeli lebihan daging murah
sebelah malam dan menyimpannya dalam bilik sejuk sebelum menghantar kepada
pembekal dengan menggunakan khidmat lori-lori dari Thailand untuk dihantar ke
Alor Setar. Beliau juga banyak membantu masyarakat dengan sumbangan sosialnya seperti
Yayasan Al-Bukhary, menaja kelas tuisyen untuk pelajar melayu, pengindahan
masjid negara, memberi sumbangan 1 juta untuk tabung Tsunami, menaja setiap
tahun penghantaran rakyat Malaysia yang tak mampu untuk tunaikan haji dan
sebagainya.
Dari segi motivasi pula, beliau seorang yang mudah menerima nasihat
dan pandangan terutamanya dari ibunya. Menurut Tan Sri Syed Mokhtar, sehingga
kini beliau masih meminta nasihat dari ibunya dan beliau juga menyatakan bahawa
ibunya tidak pernah sesekali menyecewakannya. Pada tahun 1985, semasa
kemelesetan ekonomi telah memberi beliau satu pengajaran penting iaitu jangan
sesekali melakukan sesuatu di luar kemampuan kewangan diri. Motivasi yang
ditunjukkan oleh beliau dalam perniagaan adalah mudah iaitu jika beliau hendak
melakukan sesuatu, beliau akan bertindak dahulu baru beliau akan bersuara.
Sebagai seorang usahawan yang terkenal, sifat murni yang dipupuk
sejak kecil oleh kedua ibu bapanya menjadikan Tan Sri Syed Mokhtar seorang yang
sentiasa rendah diri dan tidak pernah lokek dengan ilmu serta rahsia
kejayaannya di dalam bidang perniagaan. Dalam buku biografi Syed Mokhtar
Albukhary, beliau ada menyatakan bahawa ‘Ibu
saya mengajar kami bahawa kita tidak memiliki apa-apa sehinggalah kita
memberinya dengan sepenuh hati, dengan harapan ia akan membuatkan hidup orang
lain menjadi lebih baik’. Ternyata sikap rendah diri amat dititikberatkan
oleh beliau apabila beliau berkata, ‘Pengajaran
bagi saya adalah bahawa kita mesti sentiasa ingat asal-usul kita, dari mana
kita datang dan merendah diri apabila dikurniakan nasib yang baik. Jika tidak,
kita mungkin jatuh’.
Personaliti yang ditunjukkan oleh Tan Sri Syed Mokhtar juga amat
disenangi oleh orang disekelilingnya. Beliau bukan seorang yang lupa diri.
Beliau tidak malu dalam soal meminta pertolongan dan berusaha untuk terus
menjaga hubungan dengan mereka yang pernah menolongnya. Menurut beliau sehingga
hari ini, ada di antara mereka yang pernah menolongnya bekerja dengan
syarikat-syarikatnya. Dalam erti kata lain, beliau adalah seorang tokoh
simbolik yang memegang falsafah bahawa ‘pendidikan tidak menjamin kejayaan
dalam hidup, tetapi kerja keras’.
5.KESIMPULAN
Keusahawanan boleh menyumbang kepada pembangunan. Implikasi
pembangunan ialah kehidupan yang selesa. Rezeki yang mencukupi dan melebihi,
menyumbang ke arah kehidupan dan kemakmuran bersama. Keusahawanan juga
meningkatkan kualiti kehidupan dengan penemuan demi penemuan dan ini meluaskan
pilihan pengguna. Keusahawanan membanyakkan peluang mata pencarian dan menyumbang
ke arah produktiviti negara. Selain itu keusahawanan juga membantu ke arah
pengagihan pendapatan yang lebih saksama seterusnya membawa kebaikan sosial
melalui pengembalian sejumlah pendapatan kepada negara dalam bentuk pengembalian
wajib seperti cukai, zakat atau secara sukarela. Dalam Islam sendiri menyatakan
‘sembilan dari sepuluh rezeki itu datang dari perniagaan.
Malah usahawan juga memainkan peranan penting dalam perniagaan. Seorang
usahawan itu juga mestilah seorang yang tidak takut menghadapi cabaran. Sehingga
kini, tiada satu definisi yang tepat terhadap istilah usahawan. Ini kerana,
terdapat pelbagai definisi yang telah diberikan ke atas usahawan dan
keusahawanan. Dalam bahasa mudah difahami, usahawan membawa maksud seseorang
yang mengusahakan sesuatu perniagaan dan sanggup mengambil risiko perniagaan
yang diceburinya.
Selain itu, usahawan merupakan individu atau kumpulan individu yang
menubuhkan atau menerajui perniagaan sendiri serta mengembangkannya dari semasa
ke semasa demi kemakmuran masyarakat dan negaranya. Dan enam elemen psikologi
keusahawanan seperti yang dinyatakan di atas memainkan peranan dan saling
berkait dalam pembangunan usahawan di Malaysia.
Seperti Tan Sri Syed Mokhtar, beliau merupakan salah seorang
usahawan bumiputera yang berani menanggung risiko dan merupakan seorang
usahawan yang suka membantu dalam sumbangan dan kebajikan masyarakat melayu
khususnya. Pada beliau, setiap kali melakukan kebajikan, hatinya tersentuh. Ia
tiada kena-mengena dengan tanggungjawab sosial korporat. Ini adalah perasan
ambil berat dan sesuatu yang datang dari hati. Harapan beliau juga supaya
mereka yang mempunyai wang akan membantu mereka yang kurang bernasib baik
supaya dunia ini menjadi lebih adil dan saksama kepada semua. Tan Sri Syed
Mokhtar juga percaya bahawa ‘Kekayaan
mesti diagih. Apabila anda membuat wang, anda harus juga memberi’. Beliau
juga ada berkata bahawa ‘Takwa adalah lebih daripada sembahyang lima kali
sehari dan berpuasa pada bulan Ramadan, kedua-duanya nikmat yang cukup besar
untuk saya. Takwa juga berkaitan dengan mengelakkan apa yang dilarang dan
melakukan apa yang diperintahkan. Bagi Tan Sri Syed Mokhtar, beliau hanyalah
penjaga kekayaan yang harus dibelanjakan untuk kebaikan manusia.
2973 Perkataan
APENDIKS
6.RUJUKAN / REFERENSI
Mohanlall, P.
(2012). Biografi: Syed Mokhtar Albukhary.
Malaysia: PVM Communication Sdn. Bhd.
Definisi Usahawan Dan Keusahawanan. (2012.). [Online].
Available : http://www.crewusahawan.com/definisi-usahawan
-dan-keusahawanan/. [2014, September 20].
Konsep Keusahawanan.
(n.a.). [Online].
Available : http://usahawanbistari.blogspot.com/2009/04/
konsep-keusahawan.html. [2014, September 20].
The Elements Of Entrepreneurship. (2014). [Online].
[2014, September 20].
Usahawan Perlu Patuh Lima Aspek Pengurusan Jika Mahu
Berjaya. (2010). [Online].
perlu-patuh-lima-aspek.html. [2014, September 20].
Definisi Usahawan. (n.a.).
[Online].
[2014, September 20].
Teori&Falsafah Keusahawanan. (2011). [Online].
Available : http://ymb.org.my/teori-falsafah-keusahawanan/.
[2014, September 20].
Teori Keusahawanan Mengikut Pendekatan Psikologi. (2009). [Online].
Available : http://abdulwahabms.blogspot.com/2009/04/teori-
keusahawanan-mengikut-pendekatan_1103.html. [2014, September 20].
Konsep Dan Teori Keusahawan : Sejarah Keusahawanan. (n.a.). [Online].
[2014, September 20].
Ada bakat usahawan?.
(20130. [Online].
[2014, September 22].
Suburkan Minat Dalam Bidang Usahawan. (2012). [Online].
Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_02.htm. [2014, September
22].
7 Ciri
Cemerlang Orang Positif. (n.a.). [Online].
Available : http://www.ugmc.bizland.com/ak-positif.html.
[2014, September 22].
Aplikasi Nilai-Nilai Murni Dalam Diri Usahawan. (2012). [Online].
-nilai-nilai-murni-dalam-diri.html. [2014, September 22].
4 Jenis Stail Personaliti Yang Perlu Anda Ketahui. (2011). [Online].
manusia-4-jenis-stail-personaliti-yang-perlu-anda-ketahui/. [2014,
September 22].
Personaliti Dalam Perniagaan. (n.a.). [Online].
-dalam-perniagaan/. [2014, September 22].
Usahawan Berjaya Kerana Hebat Sikapnya. (n.a.). [Online].
kerana-hebat-sikapnya.html. [2014, September 22].
Pembangunan Usahawan.
(n.a.). [Online].
article&id=199%3Apembangunan-usahawan&catid=94%3Aprogram-pembangunan&Itemid=337&lang=bm.
[2014, September 23].
7 Tips Memajukan Perniagaan. (n.a.) [Online].
Available : http://www.usahawan.com/strategi-bisnes/7-tips-
memajukan-perniagaan.html. [2014, September 23].
10 Tips Kejayaan Perniagaan. (n.a.). [Online].
Available : http://niagainfo.blogspot.com/2013/08/10-tips-
kejayaan-perniagaan.html. [2014, September 23].
Motivasi Usahawan - Kisah Kejayaan Tan Sri Syed
Mokhtar Al-Bukhary. (n.a.) [Online].
usahawan-kisah-kejayaan-tan.html. [2014, September 23].
25 Ciri Usahawan Berjaya.
(n.a.). [Online].
[2014, September 23].
Faktor Kejayaan Dan Kegagalan Usahawan. (2009). [Online].
-dan-kegagalan-usahawan.html. [2014, September 23].
Rahsia Kejayaan Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary. (n.a.) [Online].
-tan-sri-syed-mokhtar-al-bukhary.html. [2014, September 23].
PERKHIDMATAN PEMBIAYAAN LE-MERIDIAN. syarikat pinjaman yang memberi saya pinjaman sebanyak 5,000,000.00 USD Apabila pelabur-pelabur lain yang lain telah mengabaikan tawaran saya tetapi Le_Meridian Funding Service memberi saya pinjaman yang memuaskan. langsung ke pembiayaan pinjaman dan projek dari segi pelaburan. mereka menyediakan penyelesaian pembiayaan kepada syarikat dan individu yang mencari akses kepada dana pasaran modal, mereka dapat membantu anda membiayai projek anda atau mengembangkan perniagaan anda. Hubungi E-mel :::: lfdsloans@lemeridianfds.com Juga lfdsloans@outlook.com atau Tulis pada Whatsapp Nombor pada 1- (989-394-3740) Berpikir Baik,
ReplyDelete