1.PENGENALAN
Setiap manusia mempunyai tingkah laku yang berbeza. Dan
kadang-kadang akan bertindak jauh dari biasa apabila berada dalam keadaan
tertentu. Seseorang yang berfikiran waras perlu tahu cara untuk mengawal
tingkah lakunya dari bertindak sedemikian. Memang tidak dapat dinafikan kita
sebagai manusia akan melakukan kesilapan sama ada secara sedar atau tidak.
Tetapi apa yang penting adalah cara kita reaksi akan mempengaruhi orang-orang
di sekeliling dan kehidupan kita sendiri.
Justeru, dalam tugasan kali ini. Saya akan membincangkan tentang
kepentingan ujian dan pengukuran psikologi serta memfokuskan pada isu-isu ujian
yang berkhaitan dengan psikopatologi dan neuropsikologi. Apa yang saya faham
tentang ujian psikologi ialah satu kaedah pengukuran untuk melihat dan
mengenalpasti ciri-ciri psikologikal seperti tret personaliti, kompetensi,
konsep kendiri, tahap stres, kemurungan, komunikasi, tingkah laku dan
sebagainya.
Dalam erti kata lain, ujian psikologi merupakan satu bentuk
pengukuran yang menggambarkan penggunaan persampelan tingkah laku bagi membuat
keputusan berhubung individu tertentu. Ia juga merupakan suatu instrumen yang
bertujuan mengukur pelbagai watak atau personaliti yang berkait dengan tingkah laku
manusia terutamanya tingkah laku interpersonal. Ujian psikologi juga beroperasi
atas prinsip bahawa individu yang mempunyai personaliti tertentu akan menjawab
soalan tertentu secara berbeza daripada individu yang kurang mempamerkan personaliti
berkenaan.
Umumnya, ujian psikologi boleh didefinisikan sebagai penggunaan satu
atau lebih daripada alat pengukuran atau instrumen yang standard, prosedur yang
direkodkan atau memerhatikan tingkahlaku manusia dan penggunaan data normatif
yang bersesuaian bagi tujuan membuat interpretasi atau klasifikasi. Salah satu
sebab ujian psikologi digunakan adalah kerana ianya menggunakan standard, jadi
kurang dipengaruhioleh faktor bias atau berat sebelah. Terdapat kaedah untuk
menentukan keberkesanan ujian psikologi. Sementara itu ujian psikologi
dibuktikan lebih sah dan bagus berbanding
kaedah lain.
Sementara itu, psikopatologi adalah kajian tentang penyakit mental,
tekanan mental dan perilaku maladaptif. Istilah ini paling sering digunakan
dalam psikiatri dimana patologi merujuk pada proses penyakit. Psikologi
abnormal adalah istilah yang sama digunakan lebih kerap di bidang psikologi
non-perubatan. Menurut Atkinson terdapat enam criteria untuk menentukan
kesihatan mental seseorang iaitu pertama; adanya persepsi yang realistik dan
efisen dalam mereaksi atau menilai apa yang berlaku di dunia sekitar, kedua;
mengenali diri sendiri, baik berkaitan dengan kesedaran atau motifnya, ketiga;
kemampuan untuk mengawal tingkah laku secara sedar, seperti menahan perilaku
impulsive dan agresif, keempat; mempunyai harga diri dan dirinya dapat diterima
oleh lingkungan sekitarnya, kelima; kemampuan untuk membentuk ikatan kasih,
seperti tidak menuntut berkelebihan pada orang lain dan dapat memuaskan orang
lain bukan hanya memuaskan diri sendiri dan yang keenam; ada jiwa yang
bersemangat yang mendorong seseorang untuk mencapai produktiviti.
Manakala, neuropsikologi adalah ilmu yang mempelajari hubungan
antara otak dan tingkah laku seseorang. Neuropsikologi dapat diperhatikan
dengan cara pengamatan naturalistik, kerana ianya sukar untuk mengamatinya
dengan pengamatan kualitatif atau dengan pemberian angket terhadap suatu individu
yang diteliti. Seorang ahli neuropsikologi tertarik pada banyak hal dari fungsi
termasuklah kemampuan kognitif dan kemampuan motorik. Menurut Golden, Zillmer
& Spiers (1992), neuropsikologi secara ringkas boleh ditakrifkan sebagai
suatu kajian tentang hubungan antara fungsi otak dan tingkah laku. Hal ini
berkaitan dengan pengertian, penilaian dan rawatan dalam tingkah laku secara
langsung dengan fungsi otak.
Penilaian neuropsikologis merupakan kaedah non invasif yang
menggambarkan fungsi otak berdasarkan prestasi pada ujian standard yang telah
terbukti secara tepat dan peka terhadap otak/tingkah laku. Neuropsikologi juga berkaitan
dengan penyakit yang sering disebut dengan skizofrenia. Sebagai contoh skizofrenia
adalah penyakit yang menganggu sistem saraf otak. Penyakit itu dapat dilihat apabila
seseorang individu yang tidak normal seperti orang gila, tidak menyedari apa
yang telah dilakukannya selama mengalami gangguan tersebut atau boleh disebut juga
sebagai gangguan mental. Penyakit lain yang berkaitan dengan ini melibatkan
ciri-ciri emosi seperti kemampuan untuk menjelaskan dan memahami perasaan.
2.UJIAN NEUROPSIKOLOGI
Antara beberapa contoh ujian neuropsikologi ialah penilaian ke atas
tumpuan dan daya fokus, ingatan, fungsian eksekutif dan sebagainya. Ujian
neuropsikologi yang saya pilih ialah penilaian ke atas tumpuan dan daya fokus. Setiap
manusia yang mempunyai sistem kognitif dan aset minda yang bermakna, kita
mungkin sedang memandu kereta di sebuah jalanraya secara tenang dan bersahaja
ambil mendengar alunan muzik di radio diiringi perbualan dengan seorang atau
lebih penumpang dalam kereta yang kita pandu, serta dalam masa yang sama
berfikir untuk berhenti di mana apabila tiba makan tengahari nanti. Dalam
situasi itu, kita mengandaikan bahawa jalan adalah luas dan tiada masalah
kesesakan yang menyesakkan hati dan jiwa malahan aktiviti-aktiviti di atas
boleh dilakukan dengan skala ketegangan yang amat kecil. Ini adalah satu
gambaran jelas bahawa berlakunya tumpuan yang menunjukkan tabiat pemanduan
kereta sebenarnya antara satu aktiviti yang menuntut siri tumpuan kompleks dan
luar biasa melalui proses mental yang berbeza dalam sistem kognitif.
Menurut William James (1890), iaitu tumpuan itu adalah terhad kerana
manusia hanya mampu tertumpu pada satu perkara pada satu masa. Tumpuan itu juga
adalah terpilih sifatnya kerana manusia boleh memilih satu tumpuan pada satu
perkara dan penumpuan itu juga adalah berkait rapat dengan konsep kesedaran
yang merupakan satu situasi yang kita sedar dalam apa juga masa. Malah William
James juga menekankan kesedaran adalah satu falsafah yang mempunyai konsep
sukar untuk diukur kerana berkait dengan konsep mengawal yang melawan proses
automatik kognitif.
Tumpuan juga mungkin boleh diungkapkan sebagai perhatian yang
bertugas dalam memberikan tumpuan terhadap tugas mental dengan mengetepikan
rangsangan lain yang mengganggu. Ia turut membawa konotasi pada kesediaan
menerima maklumat tertentu, contohnya arahan supaya individu memberikan
perhatian pada satu pengumuman penting. Meskipun berbeza dari segi pemahaman
namun, asasnya tetap sama iaitu tumpuan adalah sebahagian daripada aktiviti
mental yang ada kaitan dengan pengkategorian, pembentukan konsep, penyelesaian
masalah dan membuat keputusan. Tumpuan dapat diperolehi dengan cara memfokuskan
perhatian kita terhadap sesuatu rangsangan. Pemilihan ini berlaku berdasarkan
perkara-perkara penting yang diperlukan pada ruang dan masa tertentu.
Kajian dimensi tumpuan adalah salah satu daripada elemen disiplin
sains yang merangkumi psikologi kognitif. Ia juga adalah satu proses yang
berterusan dan kesinambungannya adalah sehingga ke saat ini. Perkara utama
didebatkan ialah tentang bagaimana manusia belajar memperuntukkan ruang dalam
minda untuk tumpuan. Terdapat teori yang mencadangkan tumpuan ditempatkan di
tahap awal proses mental manakala lain-lain cadangan menetapkan tumpuan di
tahap akhir proses mental. Ini menggambarkan tentang usaha minda menempatkan
ruang untuk proses kognitif penumpuan berdasarkan tempoh masa tertentu.
Walau bagaimanapun, terdapat kajian yang akhirnya menyedari tentang
kesan pada perbezaan kaji selidik yang membawa kepada perbezaan hasil atau
keputusan kerana penempatan tumpuan dalam minda adalah sesuatu yang sebenarnya
perlu memiliki daya sensitif yang tinggi. Terdapat dua konsep utama tumpuan
terpilih seperti elemen perkongsian masa (The
Elements of Time Sharing) iaitu menyambung proses maklumat dari satu
situasi ke situasi lain. Dan elemen kemampuan kapasiti iaitu kapasiti minda
terhad tetapi semua rangsangan boleh diproses ke satu tahap secara sehala.
Dari segi kehidupan kita, tumpuan sebagai salah satu daripada proses
melibatkan kognitif kombinasi penggunaan deria, bukanlah sesuatu yang boleh
dipandang remeh kerana bermula daripada situasi penumpuan, seseorang individu
akan mampu memperolehi sesuatu yang bermakna dalam kehidupan melingkupi
pelbagai aspek. Maka secara hakikinya, mungkin amat perlu jika realistik
penumpuan ini dapat dihayati kepentingannya dan diamalkan mengikut unsur yang
mempunyai nilai dan motif yang boleh membawa kebaikan yang berpanjangan.
Apa yang dapat dikatakan di sini, sistem kognitif dalam minda
manusia adalah amat kompleks. Ciptaan manusia sememangnya tidak dapat
menandingi kehebatan minda ciptaan daripada Tuhan. Manusia sendiri tidak berupaya
memberikan penumpuan kepada semua rangsangan yang memasuki kawasan sistem deria
dan kognitifnya. Untuk manusia mempersepsikan sesuatu dengan sebaiknya dan
lebih bermakna, manusia harus membuat pemilihan yang tepat. Ini adalah suatu
perhatian terhadap sesuatu fenomena. Lazimnya manusia akan hanya dapat
memberikan penumpuan mutlak kepada satu bentuk rangsangan yang didaftarkan oleh
satu organ deria.
Hanya terdapat satu rangsangan sahaja akan berlaku dalam keadaan
sedar dan satu lagi berkemungkinan besar dalam keadaan separa sedar. Kajian
demi kajian mentafsirkan bahawa realistik keupayaan manusia untuk mengagihkan
dan menggunakan sumber perhatian yang terbatas. Menggunakan eksperimen
penumpuan terbahagi, manusia perlu memberikan penumpuan terhadap beberapa tugas
berbeza. Akan tetapi, melalui pendekatan penumpuan terpilih pula, manusia perlu
untuk memberikan penumpuan kepada hanya satu tugasan.
3.UJIAN PSIKOLOGI UNTUK
MENGUKUR TAHAP STRES
Setiap orang pasti akan mengalami stres sama ada berkaitan dengan
keluarga, saudara mara, dalam pergaulan di tempat kerja, hasrat yang tidak
kesampaian, gagal dalam percintaan dan sebagainya. Namun begitu, tahap stres
seseorang adalah berbeza dengan orang lain walaupun situasi dan faktor yang
menyebabkan stres tersebut adalah serupa. Ini juga berkait rapat dengan tahap
emosi, kekuatan minda, daya fikiran, semangat, dan cara seseorang itu
menghadapi masalah atau sesuatu kejadian yang di luar jangkaan. Seseorang yang
berjiwa kuat tidak mudah stres kerana ianya mampu mengendalikan emosinya dengan
baik. Seseorang itu boleh mengukur sejauh mana stres yang ditanggungnya dan
mengenal pasti faktor yang menyebabkan stres tersebut. Dengan itu, dapatlah ia
mengendalikan stres tersebut dengan berkesan.
Menurut Dr. Hans Selye iaitu pengasas kepada teori stress atau
tekanan perasaan telah mendefinisikan stress sebagai suatu reaksi yang tidak
spesifik oleh diri seseorang disebabkan oleh sesuatu bebanan yang menimpanya.
Sementara itu, menurut Dr. David B. Posen yang merupakan ‘Lifestyle Counselor and Psychotherapist Stress’, beliau menyatakan
‘Bebanan’ ini boleh wujud di dalam bentuk ancaman, cabaran ataupun apa-apa
perubahan di dalam hidup seseorang yang memerlukan pengubahsuaian yang selari
dengannya. Ada tekanan perasaan yang baik lagi positif dan ianya dinamakan
sebagai ‘eustress’ dan ada pula yang
buruk lagi negatif dan ia dinamakan sebagai ‘distress’.
Tekanan yang positif amat perlukan di dalam kehidupan untuk
menjadikan kita lebih berhati-hati, terangsang, kreatif dan lebih memberikan
tumpuan dan perhatian kepada apa yang sedang kita lakukan. Sebenarnya banyak
penemuan dan ciptaan oleh saintis-saintis telah berlaku di saat mereka tertekan
dengan masalah-masalah tertentu. Contohnya, ketika Alexander Graham Bell sedang
berusaha untuk membantu tunangnya, Mable Hubbard yang telah hilang
pendengarannya, beliau telah berjaya mencipta telefon yang telah meledakkan
sistem telekomunikasi pada hari ini.
Walau bagaimanapun ketika stress, badan kita akan mengeluarkan satu
hormon rangsangan yang dikenali sebagai ‘adrenaline’
ke dalam saluran darah kita. Hormon ini bersama-sama dengan beberapa hormon
yang lain akan menyebabkan beberapa perubahan berlaku di dalam tubuh kita
sebagai persiapan untuk melindungi kita. Di antara perubahan-perubahan itu
ialah denyutan jantung bertambah laju dan tekanan darah akan meningkat, gula
dan lemak serta kolesterol di dalam darah akan bertambah, pernafasan seseorang akan lebih laju dan
begitulah seterusnya. Perubahan-perubahan ini berlaku secara tabii selari
dengan keperluan tubuh kita ketika itu. Namun, jika stres atau tekanan
berpanjangan di dalam hidup kita dan kita pula tidak bijak untuk mengurusnya
maka ianya akan bertukar menjadi ‘distress’
yang boleh menyebabkan penyakit-penyakit tertentu menimpa kita.
4.PROSES PERLAKSANAAN DAN
ULASAN UJIAN KE ATAS TIGA ORANG RESPONDAN
Dalam membincangkan soal ujian neuropsikologi seperti yang
diterangkan di atas, tiga respondan yang masing-masing mempunyai masalah
berbeza telah dijalankan ujian ke atas mereka. Dalam pada itu, stres merupakan salah
satu punca penyebab berlakunya pelbagai gejala dan gangguan terhadap seseorang
individu itu. Huraian adalah seperti di bawah.
Respondan Pertama
Merupakan seorang pekerja swasta yang telah bekerja selama 15 tahun.
Menurut respondan, beliau kadang-kadang mengalami keadaan yang tidak dapat
digambarkan apabila berdepan dengan sesuatu kerja yang diberikan kepadanya.
Menurut beliau lagi, keadaan dan orang disekelilingnya menjadi punca beliau
menjadi sedemikian. Apa yang boleh dikatakan disini ialah beliau mengalami
tahap stres yang sebenarnya dapat dikawal.
Respondan Kedua
Merupakan seorang suri rumah yang baru dua bulan berhenti bekerja untuk
menjaga anak-anaknya kerana orang gajinya telah melarikan diri. Menurut beliau,
keadaan yang sebegini memang tidak boleh diterima apatah lagi beliau merupakan
seorang eksekutif di sebuah syarikat ternama yang biasa berhadapan dengan
tugasan yang diminatinya. Apabila menjadi suri rumah secara mendadak, keadaan
ini menyebabkan beliau mengalami stress dengan karenah anak-anaknya. Menurut
beliau lagi, beliau merupakan seorang yang aktif semasa kerja dan tidak dapat
terima apabila terpaksa tinggal di rumah.
Respondan Ketiga
Merupakan seorang pelajar tahun akhir di sebuah universiti tempatan.
Tekanan yang diberikan untuknya dalam menyiapkan kajian amatlah memeningkannya.
Ini adalah kerana beliau baru sembuh dari sakit akibat pembedahan di lutut
kirinya. Beliau menyatakan kadang-kadang beliau stress dan tidak dapat memenuhi
rutian hariannya seperti biasa kerana perlu menyiapkan kajian yang telah
diberikan dalam masa yang singkat.
Ketiga-tiga respondan ini diberikan satu gambar bercorak abstrak
yang sama untuk menguji tumpuan dan daya fokus dalam mengukur tahap stress
masing-masing. Apa yang dapat dikatakan disini adalah setiap mereka mempunyai
masing-masing tahap stressyang berbeza. Tumpuan dan daya fokus respondan
pertama menunujukkan beliau mengalami tahap stress yang kritikal. Ini kerana
menurut beliau, gambar yang diberikan seolah-olah bergerak dengan laju apabila
dipandang. Sementara respondan kedua pula menyatakan bahawa beliau melihat
gambar tersebut bergerak tapi agak perlahan. Dan yang terakhir iaitu respondan
ketiga pula menyatakan bahawa gambar yang dilihatnya seolah-olah berpusing
dalam bulatan dari kiri ke kanan dan dari kanan ke kiri.
Apa yang dapat disimpulkan di sini ialah semakin lama gambar
bercorak abstrak tu lihat bergerak dengan laju, maka tahap stress seseorang
individu itu berada dalam keadaan kritikal. Manakala, jika gambar bercorak
abstrak tu lihat bergerak agak perlahan, ini menunjukkan bahawa tahap stress
individu kurang. Di bawah ini merupakan keputusan tahap stress yang dialami
oleh ketiga-tiga individu yang diuji.
RESPONDAN
|
PERATUSAN TAHAP STRES
|
Pertama
|
60 %
|
Kedua
|
22%
|
ketiga
|
18%
|
5.KESIMPULAN
Secara keseluruhannya, ujian psikologi melibatkan isu-isu yang
berkaitan antaranya ialah Isu silang budaya, isu profesional, isu sosial, isu moral
dan isu etika serta perundangan. Dalam isu silang budaya melibatkan masalah penterjemahan,
masalah percanggahan makna gagasan dan kriteria, bentuk rangsangan verbal dan
bukan verbal, pengimportan norma luar set-set gerak balas, kecenderungan
membuat interpretasi yang keterlaluan kesesuaian dan motif mengambil ujian. Dalam
isu professional ianya melibatkan Ketepatan, isu teoritikal dan isu kecukupan.
Selain itu, dalam isu sosial pula melibatkan kegunaan alat ujian, bias, dehumanization dan keupayaan mengguna
perkhidmatan ujian. Sementara itu, isu moral pula melibatkan hak manusia, isu
melabel dan pelanggaran rahsia peribadi. Dan yang terakhir isu etika dan
perundangan melibatkan ujian yang berbeza memerlukan aras kebolehan dan
pengetahuan yang berbeza untuk mentadbir, membuat pemarkatan, membentuk profil
dan interpretasi.
Justeru dalam membincangkan soal stres menurut Rice (1999), stres
dapat didefinisikan berdasarkan tiga aspek iaitu pertama merujuk kepada
rangsangan peristiwa atau persekitaran yang menjadi penyebab seseorang individu
merasa tertekan. Dengan kata lain ia boleh dianggap sebagai faktor luaran.
Kedua, stres merujuk kepada gerak balas subjektif dan ianya juga boleh dianggap
sebagai faktor dalaman iaitu aspek mental. Proses emosi, defensif dan daya
tindak stres berlaku dalam diri seseorang individu. Sesetengah proses dalaman
ini menghasilkan kematangan fikiran dan ada juga menghasilkan ketegangan
mental. Aspek ketiga merujuk kepada reaksi fizikal tubuh badan. Fungsi bagi
reaksi fizikal ini merujuk kepada cara mengatasi stres melalui kaedah tingkah
laku dan psikologikal.
Keadaan stres yang kronik membawa maksud suatu keadaan negatif
seperti merasa keletihan, penyakit dan kematian. Sementara keadaan positif
merujuk kepada cabaran fisiologikal yang baik. Menurut Lahey (2001), beliau mentakrifkan
stres sebagai satu keadaan yang tidak selesa dan ancaman yang tidak sihat
kepada seseorang individu. Sementara menurut McNamara (2000) pula, stres
merujuk kepada faktor dalaman individu, peristiwa luaran atau interaksi antara
individu dengan persekitarannya.
Selain itu, stres adalah sebahagian daripada masalah yang sering
dihadapi oleh kita. Ia adalah satu perasaan yang dialami oleh seseorang
individu apabila mengalami tekanan. Stres adalah tindakan tidak spesifik badan
terhadap sebarang tuntutan misalnya, rangsangan dalaman seperti rangsangan
kognitif atau rangsangan luaran seperti rangsangan persekitaran seperti
suhu,kelembapan, kebisingan dan lain-lain. Oleh demikian, stres adalah suatu
tindak balas seseorang individu terhadap sesuatu keadaan atau suasana yang
mengganggu serta memerlukan penyesuaian dari segi sistem tubuh badan atau
pemikiran. Ia juga merujuk kepada keadaan dalaman individu yang dipersepsikan
sebagai ancaman terhadap kesejahteraan fisiologi dan psikologi. Perangsang yang
menyebabkan stres dikenali sebagai ‘stressor’.
Dalam erti kata lain, stres merupakan suatu cara badan manusia
melindungi seseorang. Apabila ia melakukan sesuatu fungsinya, ia dapat membantu
seseorang fokus, bertenaga, dan cergas. Dalam keadaan kecemasan, tekanan dapat
menyelamatkan nyawa seseorang dan memberikan seseorang tenaga yang berlebihan
untuk mempertahankan diri (Belmonte, 2008). Tambahan pula, tindak balas stres
juga dapat memotivasikan seseorang untuk menghadapi suatu cabaran.
2545 Perkataan
APENDIKS
6.RUJUKAN / REFERENSI
Ujian Psikologi. (2009).
[Online].
[2014, Jun 8].
Pengukuran Psikologi.
(2011). [Online].
psikologi-defenisi-sejarah-dan-langkah-langkah-menyusun-alat-tes/.
[2014, Jun 8].
Paradigma Psikopatologi.
(2013). [Online].
[2014, Jun 9].
Psikopatologi. (2013).
[Online].
false-en-us-x-none.html. [2014, Jun 9].
Psikopatologi Sebagai Salah Satu Obyek Psikoterapi
Islam. (n.a.). [Online].
Available : http://bagusarmono.blogspot.com/.
[2014, Jun 9].
Psikopatologi : Gangguan Pada Mental. (n.a.). [Online].
Psikologi%20Umum-Psikopatologi:%20gangguan%20pada%20mental.html
[2014, Jun 9].
Psikopatologi. (2011).
[Online].
[2014, Jun 10].
Psikopatologi, Jenis dan Proses Terjadinya Gangguan
Jiwa. (2011). [Online].
proses.html. [2014, Jun 10].
Kategori : Pentaksiran Neuropsikologi. (n.a.). [Online].
[2014, Jun 10].
Neuropsikologi. (2013).
[Online].
[2014, Jun 10].
Neuropsikologi Itu Apa?.
(2014). [Online].
662871.html. [2014, Jun 10].
Neuropsikologi Klinis.
(2010). [Online].
[2014,
Jun 10].
No comments:
Post a Comment