1.PENGENALAN
Umum mengetahui bahawa gaya hidup yang sihat merupakan kunci utama
kepada kesejahteraan insan. Justeru, kesihatan amat penting dalam menjamin
keceriaan hidup. Kesihatan juga merujuk kepada satu keadaan di mana tubuh badan
yang tidak mengalami sebarang masalah atau mudah diserang penyakit berjangkit
yang lain. Terdapat pelbagai langkah yang boleh diamalkan oleh seseorang individu
untuk memiliki tahap kesihatan yang baik.
Ramai dikalangan kita sendiri yang mengambil mudah akan kesihatan
diri dan mengambil tindakan hanya apabila menghadapi masalah kesihatan dan bila
mana berada pada peringkat yang serius. Ini juga merupakan salah satu tabiat
buruk yang wujud dalam masyarakat dewasa ini. Benarlah seperti kata pepatah,
mencegah lebih baik daripada mengubati. Setiap penyakit mempunyai gejala-gejala
serta tanda awal sebelum menjadi serius dan merebak. Sekiranya dapat ditangani dengan
lebih awal, maka secara tidak langsung ianya akan dapat dicegah. Sementara itu,
melalui pengetahuan asas mengenai penyakit dan rawatan akan dapat membantu kita
membuat rawatan awal dan membuat pencegahan.
Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kesihatan merupakan
suatu keadaan yang sempurna dari segi fizikal, mental dan sosial bukan
semata-mata ketiadaan penyakit sahaja. Kesihatan termasuk juga cara hidup
seharian individu itu sendiri. Kesihatan berkait rapat dengan cara bagaimana kita
memberi maklum balas terhadap orang lain, persekitaran dan cabaran-cabaran
kehidupan seharian. Kesihatan terbahagi kepada beberapa cabang iaitu kesihatan
fizikal, kesihatan sosial, kesihatan mental, kesihatan emosi, kesihatan
persekitaran dan kesihatan rohani.
Kesihatan Fizikal iaitu di mana individu yang mencapai tahap
kesihatan fizikal mempunyai ketahanan terhadap sebarang penyakit yang boleh
menjejaskan fungsi tubuh serta tahap kecergasan yang optimum dan berupaya
melakukan aktiviti seharian dengan baik. Sementara kesihatan sosial pula
merujuk kepada keupayaan individu untuk memenuhi hubungan interpersonal yang
membawa kesan yang baik ketika berinteraksi dengan masyarakat. Seterusnya,
kesihatan mental di mana tahap keupayaan intelektual. berupaya berfikir secara
rasional. Kesihatan emosi melibatkan keupayaan untuk mengawal emosi. Ianya
membolehkan seseorang individu itu menghadapi tekanan hidup dengan tenang.
Dalam pada itu, kesihatan persekitaran merujuk kepada keupayaan individu
memainkan peranan untuk melindungi persekitaran dengan baik. Dan yang terakhir
pula merupakan kesihatan rohani di mana keupayaan individu untuk mengamalkan
prinsip-prinsip hidup yang positif yang kebiasaannya dikaitkan dengan
aspek-aspek kerohanian seperti falsafah hidup, kepercayaan dan keyakinan diri.
Dalam erti kata lain, kesihatan amat penting dalam menjalani
kehidupan seharian. Jika tubuh tidak mempunyai tahap kesihatan yang baik,
nescaya segala kegiatan atau aktiviti tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna.
Oleh itu bagi menjamin kesejahteraan dalam kesihatan, kita tidak perlu mengejar
kekayaan dan mengabaikan aktiviti yang berfaedah seperti bersukan dalam
kegiatan seharian.
2.PSIKOLOGI KESIHATAN
Psikologi kesihatan sering dikaitkan dengan perubatan tingkahlaku (Behavioral Medicine) di mana ianya
memberi kesan di luar bidang psikologi. Psikologi kesihatan adalah sebahagian
dari psikologi klinikal yang memfokuskan kepada kajian dan fungsi kesihatan
individu terhadap diri dan persekitarannya termasuklah penyebab dan faktor-faktor
yang dikaitkan dengan permasalahan kesihatan individu. Menurut Matarazzo (1980),
psikologi kesihatan adalah suatu agregat dari specific educational dan kontribusi saintifik professional dari
disiplin psikologi untuk memajukan atau memelihara kesihatan termasuk juga dalam menangani
penyakit dan aspek-aspek lain yang berkait dengannya. Sementara itu, menurut
Rice (1998), lahirnya psikologi kesihatan itu didasari oleh adanya dua
persprektif yang bersangkutan dengan kesihatan iaitu tradisi biomedis dan
prespektif psikologi.
Dalam erti kata lain, psikologi kesihatan dibangunkan untuk memahami
pengaruh psikologi terhadap bagaimana seseorang itu menjaga dirinya agar tetap
sihat, dan mengapa mereka menjadi sakit selain menerangkan apa yang mereka lakukan
ketika mereka jatuh sakit. Psikologi kesihatan tidak mendefinisikan ‘sihat’
sebagai tidak sakit. Sehat dilihat sebagai pencapaian yang melibatkan
keseimbangan antara kesejahteraan fizikal, mental dan sosial. Psikologi
kesihatan mempelajari selruh aspek kesihatan dan sakit sepanjang rentang hidup.
Psikologi kesihatan tumpuan pada pemeliharaan dan peningkatan kesihatan,
seperti bagaimana mendorong anak mengembangkan kebiasaan hidup sihat, bagaimana
meningkatkan aktiviti fizikal dan bagaimana merancang suatu kempen yang boleh
mendorong orang lain memperbaiki pola pemakanannya.
Psikologi kesihatan juga mempelajari aspek-aspek psikologi dari
pencegahan dan rawatan sakit. Seorang psikologi kesihatan contohnya, membantu
mereka yang bekerja di persekitaran yang mempunyai tahap stress yang tinggi
untuk menguruskan stress dengan berkesan, sehingga tekanan yang dialami di
persekitaran kerja tidak menjejaskan kesihatan mereka. Seorang ahli psikologi
kesihatan juga boleh bekerja dengan mereka yang sedang menderita suatu penyakit
agar dapat menyesuaikan mental dan fizikal mereka dengan penyakit tersebut atau
untuk mematuhi rawatan yang direka oleh doktor yang merawatnya.
Psikologi kesihatan juga fokus pada etiologi dan kaitannya dengan
kesihatan, sakit dan disfungsi. Etiologi merujuk pada asal dan penyebab sakit
dan psikologi kesihatan secara khusus tertarik pada faktor-faktor perilaku dan
sosial yang menyumbang kesihatan dan sakit dan disfungsi. Faktor-faktor
tersebut meliputi kebiasaaan seperti pengambilan alkohol, merokok, sukan,
mengenakan sabuk keselamatan dan cara-cara 'berkawan' dengan stress. Dalam pada
itu juga, psikologi kesihatan menganalisa dan berusaha meningkatkan sistem
penjagaan kesihatan dan merumuskannya dalam dasar kesihatan. Psikologi
kesihatan mempelajari kesan institusi kesihatan dan tenaga perubatan dan
paramedis terhadap tingkah laku seseorang dan mengembangkan cadangan untuk
meningkatkan penjagaan kesihatan.
3.KEPENTINGAN PSIKOLOGI
KESIHATAN KEPADA MASYARAKAT
Apabila kita bercakap mengenai kesihatan, ianya tidak hanya
kira-kira satu badan yang sihat matlamat aussi tentang kesihatan mental yang baik.
Kesihatan yang baik boleh digambarkan sebagai keadaan di mana badan serta minda
kita berfungsi dengan baik. Punca utama disebalik keadaan kesihatan yang teruk
adalah disebabkan oleh penyakit, tabiat pemakanan yang tidak seimbang dan
berhasiat, kecederaan, tekanan perasaan dan mental, pengabaian kebersihan diri
dan persekitaran, gaya hidup yang tidak sihat dan sebagainya.
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, gaya hidup kita telah berubah
dan kita cenderung mengabaikan kepentingan cara hidup yang sihat walau apa cara
sekalipun tanpa memikirkan kesan yang bakal dihadapi. Terdapat beberapa faktor
kepentingan psikologi kesihatan kepada masyarakat seperti perubahan corak
penyakit, perkhidmatan penjagaan kesihatan diperluaskan, peningkatan penerimaan
perubatan dan kemajuan dalam penyelidikan.
Dalam perubahan corak penyakit, kita dapat lihat akhir-akhir ini
corak penyakit yang sentiasa berubah-ubah. Terdapat penyakit yang tidak
berjangkit seperti penyakit jantung, kanser dan kencing manis yang mana ianya menyumbang
kepada kematian dan hilang upaya berbanding dengan penyakit berjangkit seperti
batuk kering dan radang paru-paru. faktor utama yang menyumbang kepada penyakit
tidak berjangkit adalah gaya hidup dan faktor sosial. Dalam faktor kedua pula
menekankan bahawa pencegahan adalah lebih baik daripada mengubati. Hal ini
kerana, kos penjagaan kesihatan untuk rawatan penyakit dewasa ini semakin
meningkat.
Oleh itu, penjagaan dari segi pencegahan untuk penyakit-penyakit
biasa mesti menjadi penekanan utama dalam mengatasi sebarang penyakit. Sementara
itu, dalam peningkatan penerimaan perubatan ahli psikologi kesihatan diterima
sebagai sebahagian daripada profesion perubatan bagi negara-negara lain. Namun
di Malaysia, sumbangan ahli psikologi kesihatan kepada perkhidmatan penjagaan
perubatan masih dilihat agak terhad. Akhir sekali, dari segi kemajuan dalam
penyelidikan pula lebih banyak penyelidikan psikologi diperlukan untuk
menyumbang kepada bidang perubatan.
Terdapat beberapa maafaat kehidupan yang sihat dalam mempersoalkan
tentang kepentingan psikologi kesihatan
dalam masyarakat. Tubuh badan kita bebas dari pelbagai bentuk gangguan
kesihatan dan secara tidak langsung juga kehidupan kita menjadi lebih lama.
Seseorang individu itu boleh hidup tanpa mengalami apa-apa kesakitan,
kecederaan atau berada dalam keadaan tidak selesa jika mereka pandai mengurus
serta menjaga kesihatan mereka. Dalam setiap perincian kehidupan, seseorang
individu itu mampu melaksanakan keupayaan menjaga kesihatan sendiri dengan
sebaik-baiknya.
Dengan melakukan kerja-kerja yang baik seperti bersenam dan
sebagainya akan membantu kita menjadi seorang individu yang sihat dan
berkualiti. Selain itu, apabila seseorang individu sihat dari segi fizikal,
maka akan terlihat secara tidak langsung di wajahnya. Namun begitu, jika
seseorang individu itu mempunyai bentuk tubuh badan yang tidak menarik mereka
juga bole menjalani kehidupan yang aktif jika mengamalkan diet dan senaman
fizikal secara berkesan walaupun meningkat usia. Pendek kata, kesihatan dan
kesejahteraan membawa kepada satu peningkatan yang drastik dalam kualiti
keseluruhan kehidupan kita.
Kepentingan psikologi kesihatan juga dapat dilihat apa kita berada
di tempat kerja. Ini kerana sebagai seorang pekerja, kita seharusnya menjaga
baik kesihatan diri sama ada di tempat kerja mahupun di rumah. Ini akan membuat
kita lebih bertenaga dan mampu melakukan melakukan tugas-tugas yang berat tanpa
memaksa diri sendiri secara keterlaluan. Selain itu, kita akan bersikap positif
dalam mengendalikan tugasan harian di tempat kerja apabila minda dan tubuh
badan kita bebas dari tekanan kerja dan tekanan mental.
Justeru, kita akan lebih
bermotivasi menyiapkan segala tugasan yang diberikan. Dengan ini, fikiran kita
secara semulajadi cenderung memberi tumpuan kepada perkara yang positif
berbanding perkara yang negatif. Dan yang paling penting, pada penghujung hari
kita dapat berehat secukupnya dan memulakan hari seterusnya dengan ceria dan
bertenaga. Hasilnya, kita akan menjadi seorang pekerja contoh di tempat kerja
dengan menunjukkan aura dan sikap yang positif.
Sementara itu, kepentingan psikologi kesihatan kepada masyarakat
dapat dilihat di kalangan kanak-kanak. Adalah penting untuk kanak-kanak kekal
sihat dalam pertumbuhan dan perkembangan
minda serta tubuh badan mereka . Mereka memerlukan tenaga yang cukup untuk belajar
di sekolah terutamanya. Mereka perlu memberi
tumpuan di dalam kelas dan menyertai sepenuhnya dalam aktiviti-aktiviti
yang diadakan seperti sukan di padang. Dengan ini, mereka perlu pemakanan yang seimbang
termasuk karbohidrat, protein, kalsium, mineral dan lain-lain.
Namun, hari ini kebanyakan ibu bapa mempunyai pengetahuan asas pemakanan
dan kesihatan anak-anak mereka. Bagaimanapun, mereka seringkali gagal mengambil
berat akan rutin kesihatan harian anak-anak mereka dengan membawa anak-anak
melakukan pemeriksaan di klinik atau hospital sama ada perkembangan dari segi
ketinggian dan berat badan atau pemeriksaan pergigian serta pemeriksaan mata. Jika
mereka prihatin, secara tidak langsung dapat menghalang sebarang masalah kepada
kesihatan anak-anak mereka kelak.
4.PERANAN AHLI PSIKOLOGI
KESIHATAN
Untuk menjadi seorang ahli psikologi kesihatan, amat penting bekerja
dengan baik dalam persekitaran berpasukan. Bagi ahli psikologi kesihatan yang bercita-cita
untuk bekerja secara langsung dalam rawatan pesakit, mereka memerlukan emosi
yang stabil dan dapat menyesuaikan diri dengan situasi yang berbeza serta mampu
untuk menanganiya secara berkesan dengan para pesakit.
Ahli psikologi kesihatan membantu para pelanggannya untuk mengatasi
permasalahan-permasalahan yang dihadapinya. Ada diantaranya menderita masalah
emosional atau kesihatan mental seperti kemurungan atau skizofrenia. Sebahagian
lagi menderita pada pemikirannya yang seringkali disebut masalah kognitif.
Selain itu, terdapat banyak lagi aspek kehidupan yang dapat dibantu oleh
seorang ahli psikologi kesihatan. Termasuklah dalam membantu pelanggan
menguruskan dan mengatasi keadaan kesihatannya seperti kanser atau penyakit
kronik yang lain, mengatasi duka, membantu mereka yang mempunyai masalah dengan
hubungan interpersonal dan sebagainya.
Adakalanya ahli psikologi kesihatan ini membantu
pelanggan-pelanggannya secara langsung. Misalnya dengan mengadakan
pertemuan-pertemuan secara peribadi dan menjamin segala kerahasiaan di bilik kaunseling
selama beberapa sesi. Kadang-kadang ahli psikologi klinikal juga merujuk
pelanggan-pelanggannya ke ahli psikologi kesihatan lain yang boleh membantu
dengan lebih terperinci lagi mengikut situasi tertentu pelanggannya.
Sementara itu, antara tugas profesional seorang ahli psikologi kesihatan
adalah melaksanakan prinsip asas psikologi kesihatan sebagai ilmu terapan.
Terdapat beberapa peranan yang dimainkan oleh ahli psikologi kesihatan seperti terapi, penilaian, mengajar dan
perundingan. Dalam terapi ianya dikenali sebagai psikoterapi di mana pada
umumnya terapi ini menampilkan empat perkara penting iaitu membantu hubungan
murni yang bersifat memelihara hubungan antara ahli terapi dengan pelanggan, membantu
pelanggan melakukan eksplorasi atau
perubahan diri, ahli terapi dan pelanggan bersama-sama bekerjasama
menyelesaikan masalah dan membantu pelanggan untuk mengurangkan stress.
Penilaian merupakan proses yang digunakan oleh ahli psikologi
kesihatan untuk mengamati dan menilai masalah sosial dan psikologi para
pelanggan baik dari segi kekurangan mahupun kelebihannya. Selain itu, mengajar
pula bermaksud memberikan maklumat dan latihan mengenai topik-topik yang
termasuk ruang lingkup pengetahuan yang berlandaskan professionnya seperti
psikologi klinikal, psikologi abnormal, psikologi kaunseling dan sebagainya
kepada umum selain para pelanggannya. Dalam perundingan pula, ahli psikologi
kesihatan memberikan bimbingan bagi perseorangan, kumpulan atau organisasi
untuk membangunkan kualiti diri. Ianya disebut sebagai perundingan kerana
tujuan psikologi kesihatan dalam hal ini membantu pelanggan atau klien melalui
pekerjaan serta permasalahan mereka.
Selain itu, sebagai seorang ahli psikologi kesihatan, mereka perlu
menggunakan teknik-teknik yang berbeza-beza dari model bioperubatan dan model
biopsikososial. Menurut Markus (2007), bioperubatan
adalah model konsep penyakit psikologi kesihatan mungkin yang tidak termasuk
sosial dan psikologi dan hanya termasuk faktor-faktor biologi dalam usaha untuk
memahami penyakit dalam perubatan individu. Dalam model bioperubatan juga,
kesihatan merupakan kebebasan dari penyakit, sakit atau kecacatan. Dengan menggunakan
kaedah saintifik penyelidikan dan penggunaan pengetahuan saintifik yang sangat
dihormati dan model ini banyak digunakan oleh ahli psikologi kesihatan yang
bekerja di klinikal asas seperti bekerja di hospital. Akan tetapi model ini
mendapat beberapa kritikan kerana ahli profesional kesihatan berkata ianya
hanya memberi tumpuan kepada penyakit dan bukannya individu.
Dalam pada itu, menurut Yaniv&Michaela (2008), biopsikososial
adalah model yang mencadangkan biologi, sosial, faktor-faktor psikologi untuk
diagnosis dan rawatan model biopsikososial juga termasuk faktor emosi seperti
takut akan rawatan dan faktor tingkah laku faktor seperti merokok, diet,
bersenam atau penggunaan alkohol. Semua faktor-faktor ini memainkan peranan
penting dalam fungsi manusia dalam konteks penderitaan kesihatan atau penyakit.
Model ini juga memerlukan ahli psikologi kesihatan mengakui dan memahami
keadaan mana-mana individu. Menurut Ogden (2007), model biopsikososial adalah
berbeza dengan model bioperubatan yang mencadangkan bahawa setiap prosedur
penyakit dapat dijelaskan dari segi fungsi seperti genetik, patogen, kelainan
perkembangan atau kecederaan.
Selain itu, antara peranan ahli psikologi kesihatan ialah menggunakan
teori-teori psikologi dan campur tangan untuk pencegahan asas dan kesihatan
yang berkaitan dengan perubahan tingkah laku dalam persekitaran masyarakat dan
tempat kerja untuk mengurangkan risiko kesihatan dan tingkah laku yang
merosakkan, menyiasat proses kognitif yang menjadi pengantara dan menentukan
kesihatan dan tingkah laku penyakit, mengambil kira kesan psikologi terhadap
penyakit akut dan kronik ke atas individu dan keluarga mereka untuk
meningkatkan kualiti hidup serta mengurangkan kecacatan dan menjalankan
penyelidikan yang boleh memberi kesan polisi dalam penjagaan kesihatan
individu.
5.KESIMPULAN
Psikologi kesihatan menjadi semakin popular dan ruang kerjaya yang
semakin meningkat. Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, penekanan kepada
kesihatan menjadi amat penting bagi masyarakat. Kesihatan amat penting dalam
menjamin keceriaan hidup setiap individu. Namun, tiada orang yang benar-benar
mengambil berat akan permasalahan ini. Apabila berbicara mengenai kesihatan, sudah
tentu banyak hal yang dapat dibicarakan. Salah satunya adalah tentang bagaimana
kita dapat menjaga dan juga meningkatkan kualiti kesihatan kita. Umum
mengetahui bahawa idea untuk makanan yang bergizi, senaman yang teratur dan rehat
yang cukup merupakan usaha tunggal untuk kekal sehat. Namun, ada satu lagi
aspek penting yang berpengaruh pada kualiti kesihatan kita iaitu keadaan
psikologi kita sendiri.
Sebab itulah psikologi kesihatan memainkan peranan penting dalam
kehidupan kita untuk menghadapi dunia yang serba moden ini. Psikologi Kesihatan
juga mempelajari aspek-aspek psikologi dari pencegahan dan rawatan. Seseorang
ahli psikologi kesihatan misalnya, membantu individu yang bekerja yang memiliki
tingkat stress yang tinggi untuk mengatasi stress dengan efektif sehingga
tekanan yang dialaminya di tempat kerja tidak mempengaruhi kesihatan mereka.
Antara cara meningkatkan kualiti psikologi kesehatan kita adalah
dengan memperhatikan kualiti pemikiran kita. Pemikiran mengenai kesihatan tentu
tidak hanya terbentuk dari diri kita malah melalui persekitaran. Dengan ini
kita seharusnya tahu bahawa teman, keluarga atau siapa pun di sekeliling kita
pasti akan memberikan kesan pada kita dalam
membentuk pemikiran mengenai tahap kesihatan.
Sementara itu, bergaul dengan kumpulan atau komuniti tertentu di
mana terdiri dari individu-individu yang mempunyai tahap kesihatan yang sihat
akan membuatkan kita lebih bermotivasi untuk meningkatkan kualiti kesihatan
kita di samping membuatkan orang di sekeliling kita juga turut terangsang untuk
menjaga kesihatan. Dari perkembangan batasan kesihatan seperti tersebut diatas
dapat disimpulkan bahawa kesihatan masyarakat itu bermula dari kebersihan,
teknik kebersihan, ilmu perubatan kuratif, ilmu perubatan pencegahan sehinggalah
ilmu sosial dan itulah meliputi ilmu kesihatan masyarakat. Dalam erti kata
lain, tidak kira di mana tahap kesihatan kita, terdapat banyak pilihan corak
tingkah laku yang dapat kita lakukan menuju ke arah kesihatan dan kualiti hidup
yang lebih baik tetapi hanya diri kita yang dapat menentukan pilihan kita
sendiri. Jadi pilihlah dengan bijak dan nikmati pilihan tersebut supaya kita
kekal sihat dan dapat meneruskan kehidupan yang serba mencabar ini.
2540 Perkataan
APENDIKS
6.RUJUKAN / REFERENSI
Kesihatan. (n.a.).
[Online].
Available : http://ms.wikipedia.org/wiki/Kesihatan.
[2013, Oktober 10].
Apa itu 'KESIHATAN'?.
(2011). [Online].
[2013, Oktober 10].
Definisi Kesihatan.
(2011). [Online].
[2013, Oktober 10].
What Is Health? What Does Good Health Mean?. (n.a.). [Online].
Available : http://www.medicalnewstoday.com/articles/150999.php.
[2013, Oktober 12].
What is health?. (2011).
[Online].
[2013, Oktober 13].
Psikologi Kesihatan.
(2012). [Online].
[2013, Oktober 13].
Memahami Psikologi Kesihatan. (2010). [Online].
[2013, Oktober 13].
Psikologi Kesehatan.
(2012). [Online].
Available : http://amtorwairisal.blogspot.com/.
[2013, Oktober 13].
Psikologi Kesehatan Dan Pengobatan Keperilakuan. (n.a.) [Online].
-dan-pengobatan.html. [2013, Oktober 13].
Apa Itu Psikologi Kesehatan?. (2013). [Online].
[2013, Oktober 13].
Health Psychology. (n.a.).
[Online].
Available : http://en.wikipedia.org/wiki/Health_psychology.
[2013, Oktober 13].
Health Psychology Center Presents: What is Health
Psychology. (n.a.). [Online].
[2013, Oktober 13].
What is Health Psychology?. (n.a.). [Online].
[2013, Oktober 13].
Definition of Health Psychology. (n.a.). [Online].
[2013, Oktober 13].
Why is Public Health Important?. (n.a.). [Online].
[2013, Oktober 13].
Psikologi Dalam Kesehatan.
(2012). [Online].
[2013, Oktober 13].
Psikologi Dan Dunia Kesehatan. (2012). [Online].
kesehatan-un-edited-version/. [2013, Oktober 13].
Tugas Psikologi Kesehatan. (2012). [Online].
[2013, Oktober 13].
Peran Psikolog Klinis dalam Setting Sosial dan
Perkembangan. (n.a.). [Online].
dalam-setting.html. [2013, Oktober 13].
Roles of a health psychologist. (n.a.). [Online].
psychologist.php. [2013, Oktober 13].
What are the roles and duties of a health
psychologist?. (n.a.). [Online].
duties-of-a-health-psychologist.html#chitika_close_button. [2013,
Oktober 13].
Current Functions Of Clinical And Health Psychologist. (n.a.). [Online].
Available : http://www.cop.es/english/docs/current.htm.
[2013, Oktober 13].
No comments:
Post a Comment