1.PENGENALAN
Setiap yang hidup termasuk manusia akan mengalami satu kitaran
kehidupan yang bermula dari proses persenyawaan, kelahiran, kehidupan di dunia serta
diakhiri dengan kematian. Daripada proses kitaran kehidupan tersebut, kematian
merupakan salah satu yang masih mengandung misteri besar dan ilmu pengetahuan masih
belum berjaya merungkainya. Sudah menjadi fitrah setiap manusia ingin hidup
sihat dari segi fizikal dan mental. Namun keinginan manusia itu tidak selalu dipenuhi
kerana manusia terkadang akan sakit atau menderita sesuatu penyakit. Ada yang
menderita penyakit yang berat atau sukar diubati dan ada pula yang menderita
penyakit yang ringan atau mudah disembuhkan. Namun, cara kematian pula
masing-masing berbeza. Dalam membincangkan topik mengenai ‘euthanasia’ ini,
perlulah terlebih dahulu kita memahami maksud sebenarnya.
Masyarakat hanya mengetahui akan perihal ‘kematian yang baik’, namun
tidak banyak yang mengetahui apa itu euthanasia. Euthanasia berasal dari
perkataan Greek yang membawa maksud ‘kematian yang baik’ dimana ianya merupakan
amalan menamatkan nyawa seseorang agar tidak terlalu menderita sakit. Euthanasia
sering disebut juga sebagai ‘assisted
suicide’ atau ‘mercy killing’. Terdapat
15 negara yang menghalalkan tindakan ini antaranya ialah Albania, Belgium,
Canada, German, India, Ireland, Jepun, Luxembourg, Mexico, Belanda, New
Zealand, Norway, Switzerland, United Kingdom dan Amerika Syarikat. Di Amerika
Syarikat sebagai contoh, euthanasia dilakukan dengan menyuntik secara
intravenous dadah yang sama digunakan untuk hukuman mati bagi banduan. Tindakkan
dilakukan dengan menyuntik insulin secara ‘overdose’
dan pesakit akan koma akibat hipoglikemi lalu meninggal dunia.
Dalam euthanasia ada tiga jenis yang boleh dihuraikan antaranya
ialah euthanasia aktif, euthanasia pasif dan ‘physician assisted suicide’. Euthanasia aktif bermaksud mengambil
kehidupan seseorang untuk mengurangi penderitaan yang dialaminya. Terdapat
aspek kesengajaan dalam menamatkan hayat seseorang, misalnya dengan menyuntik
zat kimia tertentu untuk mempercepat proses kematiannya. Sementara Euthanasia
pasif bermaksud membiarkan si mati secara alamiah tanpa bantuan alat bantu seperti
pemberian ubat, makanan atau alat bantuan oksigen dan sebagainya. Euthanasia
pasif dibezakan antara euthanasia pasif alamiah dengan euthanasia bukan
alamiah. Euthanasia pasif alamiah bermaksud menghentikan pemberian keperluan
hidup seperti makanan, minuman dan udara. Sedangkan euthanasia pasif bukan
alamiah bermaksud menghentikan penggunaan alat bantuan mekanik dengan mencabut
respirator (alat bantuan pernafasan) atau organ-organ buatan. Euthanasia pasif
alamiah boleh diibaratkan sebagai pembunuhan dengan sengaja kerana membiarkan
si mati tanpa makan atau minum. Dalam erti kata lain, membunuh secara
pelahan-lahan. Terdapat satu lagi bentuk euthanasia yang dianggap sebagai
kacukan antara euthanasia aktif dan pasif, iaitu ‘physician assisted suicide’
(PAS) atau sukarela pasif euthanasia atau pembunuhan belas kasihan. Dalam kes
ini, doktor membekalkan maklumat yang diperlukan atau cara-cara untuk membunuh
diri kepada individu yang berkenaan bagi membolehkan beliau untuk menamatkan nyawanya
sendiri.
2.PENDAPAT SAYA TENTANG
EUTHANASIA
Saya sering mendengar perkataan Euthanasia, meskipun pada awalnya
saya tidak begitu memahami apa itu euthanasia. Secara umumnya, saya mendefinisikan
euthanasia sebagai keupayaan dalam meringankan penderitaan pesakit dengan
mempercepat kematiannya. Pengetahuan tentang euthanasia ini saya belajar secara
pemerhatian dan pengalaman di mana anak kepada majikan saya mengalami keadaan
ini. Anak majikan saya pada mulanya mengalami masalah lupa ingatan secara
berperingkat iaitu tidak secara terus mendadak. Beliau ada mengadu kepada
ibunya iaitu majikan saya akan kejadian yang menimpanya.
Ahli keluarga beliau tidak membawanya berjumpa doktor kerana
menyangka ianya tidaklah serius yang disangkakan. Lama-kelamaan prestasi
seharian beliau semakin teruk dan mengganggu tugasan seharian sebagai guru.
Sejak dari peristiwa tersebut, beliau jatuh sakit dan tidak dapat memberi
tumpuan terhadap pekerjaannya. Ade suatu ketika di mana beliau pengsan dan terus
koma. Sejak itu, beliau tidak sedarkan diri. Doktor memberitahu kepada ahli
keluarga beliau akan keadaannya jika disedar dari koma. Satu perkara yang tidak
dapat dijangka di mana doktor memberitahu bahawa beliau mengalami masalah mati
otak di mana otak beliau tidak dapat berfungsi seperti sedia kala.
Justeru, doktor mencadangkan kepada keluarga beliau untuk menamatkan
hayatnya dengan memberhentikan alat bantuan pernafasan. Ibunya tidak dapat
menerima tindakan tersebut pada mula akan tetapi setelah dinasihatkan tentang
keadaan anaknya, beliau sebagai ibu bersetuju menjalani prosedur tersebut
setelah mendapat persetujuan bersama ahli keluarga yang lain. Bayangkan,
peristiwa yang berlaku kepada anaknya hanya mengambil masa sebulan selepas kali
pertama mengadu tentang perkara tersebut.
Apa yang saya ingin katakan di sini mengenai euthanasia ialah ianya
mempunyai pelbagai tanggapan dan apa yang saya paham tiga alasan utama mengapa
euthanasia itu boleh dilakukan ialah kerana rasa sakit yang tidak tertahankan, hak
untuk melakukan bunuh diri dan seseorang dipaksa untuk hidup. Antara huraiannya
seperti penerangan dibawah.
Rasa Sakit Yang Tidak
Tertahankan
Mungkin hujah terbesar dalam konflik euthanasia adalah jika pesakit
tersebut mengalami rasa sakit yang amat besar. Namun dewasa ini, penemuan
semakin menggalakkan untuk mengatasi rasa sakit tersebut yang secara langsung
menyebabkan peratusan terjadinya ‘assisted
suicide’ berkurang. Euthanasia memang sekilas merupakan jawaban dari stress
yang disebabkan oleh rasa sakit yang semakin menjadi. Namun ada juga yang
dinamakan ‘drugged state’ atau suatu
saat dimana kita tak merasakan rasa sakit apa pun oleh kerana pengaruh ubat.
Hampir semua rasa sakit boleh dihilangkan sama ada yang parah atau
sebaliknya Tapi euthanasia bukanlah jawapan dari masalah tersebut. penyelesaian
terbaik untuk masalah ini adalah dengan meningkatkan mutu para profesional perubatan
dan dengan menginformasikan pada setiap pesakit tentang apa saja hak-hak mereka
sebagai seorang pesakit. Walau bagaimanapun, beberapa doktor tidak dibekalkan
dengan ‘pain management’ atau cara
perubatan bagi menghilangkan rasa sakit sehingga mereka tidak tahu bagaimana
harus bertindak apabila seorang pesakit mengalami rasa sakit yang luar biasa.
Jika hal ini terjadi, pesakit tersebut hendaklah mencari doktor lain yang
merupakan seseorang yang akan mengawal rasa sakit itu dan bukan yang akan
membunuh pesakit.
Hak Untuk Melakukan Bunuh
Diri
Mungkin hal kedua bagi para pro-euthanasia adalah jika kita
mengangkat hal paling penting iaitu ‘hak’. Tapi jika diteliti lebih secara mendalam
adalah bukan memberi hak untuk seseorang yang dibunuh tetapi memberikan hak
pada orang yang melakukan pembunuhan tersebut. Dengan erti kata lain,
euthanasia bukanlah hak seseorang untuk mati tetapi hak untuk membunuh.
Seseorang Dipaksa Untuk
Hidup
Tidak semestinya dan bahkan tidak ada hukum atau etika perubatan
yang menyatakan bahawa apa sahaja akan dilakukan untuk mempertahankan pesakit untuk
hidup. Desakan, melawan permintaan pesakit, menunda kematian dengan alasan
hukum dan sebagainya juga boleh dinilai sebagai kejam dan tidak
berperikemanusiaan. Sebab itulah rawatan lebih lanjut menjadi tindakan yang tanpa
rasa kasihan, tidak bijak atau tidak terlihat sebagai perilaku perubatan.
Perkara yang sepatutnya dilakukan adalah dengan menyediakan rawatan di rumah,
bantuan dukungan emosional dan spiritual bagi pesakit dan membiarkan pesakit berasa
tenang dengan saat akhir dalam hidupnya.
3.PEMAHAMAN TIGA RESPONDAN
TERHADAP EUTHANASIA
Dalam tugasan ini, saya diminta untuk menemu ramah tiga respoden
dari latar belakang yang berlainan tentang pengetahuan mereka mengenai
euthanasia. Pandangan mereka mengenai euthanasia dihuraikan seperti di bawah.
3.1.Respondan Pertama
Merupakan seorang doktor pakar bedah dari kota tinggi yang merupakan
rakan kepada kenalan saya. Menurut respondan pertama apabila saya mengajukan
soalan kepada beliau mengenai euthanasia, beliau menjelaskan bahawa euthanasia
merupakan tindakan mematikan pesakit dan perlu mendapat persetujuan dari
keluarga pesakit. Menurut beliau, di Malaysia tindakan ini tidak dipersetujui
kerana terdapat pro dan kontra. Ada beberapa negara yang membenarkan tindakan
sedemikian dilakukan.
Menurut beliau lagi, masalah euthanasia adalah salah satu dari masalah
etika yang dihadapi oleh profesion kedoktoran sekarang. Doktor mahupun tenaga
dari para perubatan yang lain kadang-kadang menghadapi kes di mana seorang
pesakit menderita penyakit yang tidak dapat disembuhkan lagi. Pesakit tersebut
memohon dan mendesak agar doktor membantu untuk mengakhiri hidupnya.
Beliau juga ada memberikan contoh beberapa keadaan pesakit yang
parah. Dalam kes pertama, seorang ibu yang tinggal bersama anaknya menghidapi
pendarahan kecil dala otaknya. Sejak dua tahun terakhir, beliau sudah tidak
mampu berbicara dan sudah tidak lagi boleh mendengar seperti biasa. Selain itu
tak ada lagi komunikasi antara beliau dengan keluarganya. Dalam kes kedua pula,
seorang wanita berusia 75 tahun telah menghidap penyakit kanser tulang tahap
akhir. Tulang-tulang pada kedua kakinya berpecah-pecah. Wanita tua tersebut
mengalami serangan di mana kedua-dua kaki beliau bergementar dan menyebabkan tulang-tulang
kakinya terbelah. Beliau tidak diubati lagi dan ingin mati. Suatu faktor yang
amat penting dalam menghadapi kes-kes euthanasia adalah masalah dari hak untuk
menetukan nasib sendiri. Apakah hak itu betul-betul bersifat individual ataukah
masih merupakan suatu perjuangan dan itulah yang menjadi persoalannya.
3.2.Respondan Kedua
Merupakan seorang guru sains yang mengajar di sekolah menengah di
kuala lumpur. Menurut respondan kedua, beliau menjelaskan bahawa euthanasia
adalah euthanasia adalah proses membantu orang yang sakit parah atau selalu
dalam keadaan kesakitan untuk mati. Dalam erti kata lain, euthanasia adalah
pembunuhan dalam segi perubatan yang disengaja dengan aksi atau dengan
penghilangan suatu hak rawatan yang seharusnya diterima oleh pesakit agar pesakit
tersebut dapat meninggal secara wajar. Dengan menerangkan soal ini, perkataan
‘disengaja’ bermaksud jika aksi tersebut dilakukan dengan tidak sengaja maka secara
tidak langsung ia bukanlah euthanasia.
Menurut beliau lagi, euthanasia ini dilakukan secara sah menurut
undang-undang di negara Belanda iaitu negara pertama di dunia yang bersetuju menjalankan
euthanasia. Walau bagaimanapun, euthanasia dilakukan dengan sangat berhati-hati
dan dengan mengambil kira pelbagai aspek. Namun, di Malaysia tiada
undang-undang sah yang membenarkan tindakan ini dijalankan secara sah.
Walaubagaimanapun sebagai contoh dalam keadaan di mana
pakar perubatan telah mengesahkan bahawa jika jantung atau otak pesakit telah
berhenti berfungsi secara hakiki dan pesakit disahkan tidak ada lagi harapan
untuk hidup dan hanya bergantung kepada alat bantuan sokongan pernafasan,
muzakarah memutuskan bahawa tindakan memberhentikan alat bantuan sokongan
pernafasan tersebut adalah dibenarkan dalam Islam. Ini adalah kerana pesakit
telah disahkan mati oleh pakar perubatan dan sebarang rawatan tidak lagi
diperlukan. Begitu juga dalam kes di mana pakar perubatan telah mengesahkan
bahawa pesakit tiada harapan untuk sembuh dan pesakit telah dibenarkan pulang,
maka tindakan memberhentikan rawatan utama dan hanya rawatan sokongan (conventional treatment) diteruskan
adalah dibenarkan dalam Islam kerana keadaan seumpama ini tidak termasuk dalam
amalan euthanasia yang diharamkan.
3.3.Respondan Ketiga
Merupakan seorang yang berpengalaman yang pernah melalui pengalaman
tentang euthanasia. Apa yang beliau maklumkan kepada saya tentang euthanasia
adalah pengakhiran kehidupan seseorang yang sedang dalam keadaaan sangat sakit
untuk membebaskannya dari penderitaan. Euthanasia ditafsirkan sebagai tidak
menimbulkan rasa sakit. Menurut beliau seseorang yang mengalami euthanasia
biasanya memiliki keadaan penyakit yang tidak dapat disembuhkan. Tetapi ada kes
di mana terdapat beberapa individu yang ingin hidupnya berakhir. Dalam kes
tertentu, euthanasia dilakukan atas permintaan pesakit sendiri tetapi ada
ketikanya pesakit mungkin terlalu sakit dan keputusan dibuat oleh keluarga
terdekat, tenaga perubatan atau dalam beberapa kes melibatkan pengadilan
undang-undang.
Beliau menyatakan bahawa Dr. Ricard Lamerton mentafsirkan euthanasia
sebagai pembunuhan belas kasihan (mercy
killing) yang berasal dari pembunuhan didasarkan pada hukum dan terdapat
empat istilah euthanasia iaitu membiarkan seseorang mati (allowing someone to die), kematian belas kasihan (mercy death), pembunuhan belas kasihan
(mercy killing) dan kematian otak (brain
death).
4.PENILAIAN DAN KOMEN
RESPONDAN SEKIRANYA EUTHANASIA DIJALANKAN
KE ATAS AHLI KELUARGA TERDEKAT
Dalam menjalankan temu ramah kepada tiga respondan mengenai
euthanasia sekiranya dijalankan ke atas ahli keluarga terdekat mereka,
masing-masing mempunyai pendapat tersendiri.
4.1.Respondan Pertama
Ketika diajukan soalan, respondan pertama menyatakan beliau bukanlah
seorang yang menentang atau pun menyokong tindakan euthanasia ini. Bagi beliau,
jika keadaan ini berlaku ke atas ahli keluarga terdekatnya, beliau akan
mengambil kira pelbagai aspek sebelum bersetuju atau tidak bersetuju dalam
tindakan tersebut. Jika penyakit yang dihadapi itu masih lagi boleh di rawat,
beliau tetap menyatakan tidak untuk tindakan tersebut. Namun, jika keadaan
sebaliknya berlaku, beliau akan berbincang dengan ahli keluarga lain dalam
meneruskan tindakan tersebut. Beliau juga menyatakan adalah perlu mendapat
persetujuan bersama ahli keluarga lain dalam kes euthanasia ini supaya tidak
dipersoal kelak.
4.2.Respondan Kedua
Soalan yang sama diajukan kepada beliau dan beliau berkeras untuk
tidak akan terima jika euthanasia dijalankan ke atas ahli keluarga terdekat
beliau. Beliau juga ada menyatakan bahawa sakit dan menderita seteruk mana
sekalipun, nyawa bukanlah hak manusia melainkan hak Allah S.W.T. Mungkin kita
merasakan mati lebih baik namun Allah S.W.T itu lebih mengetahui dari kita.
Berserah sahaja kepada Allah S.W.T selain berusaha untuk mengubatinya. Bunuh
diri hanyalah penyelesaian sementara sedangkan masih ada alam yang bakal kita
tempuhi selepas alam barzakh. Orang yang membunuh diri tidak akan sesekali
masuk syurga melainkan neraka. Justeru, walau apa cara sekali pun, beliau tidak
akan bersetuju dengan tindakan tersebut.
4.3.Respondan Ketiga
Beliau tidak menolak tindakan ini malah beliau menyatakan bahawa
sekiranya berlaku ke atas keluarga terdekatnya, beliau bersetuju untuk
menjalani euthanasia ini itupun setelah mengambil kira keadaan yang dialami
oleh pesakit tersebut. Dalam erti kata lain, bergantung kepada keadaan jika
teruk keadaannya beliau tidak teragak-agak untuk meneruskannya. Jika
sebaliknya, beliau akan menjaga ahli keluarga tersebut selagi termampu.
5.CADANGAN KE ATAS PERATURAN
(EUTHANASIA)
Dari perspektif saya, apa yang saya teliti euthanasia mempunyai perbezaan
dari segi pendapat. Apa yang menjadi keutamaan adalah pesakit yang mengalami
kesakitan yang tidak dapat ditanggung lagi. Justeru, terdapat pelbagai cara
dalam menyembuhkan pesakit. Walau bagaimanapun, tindakan euthanasia ini tidak
boleh diambil ringan. Ada cara tertentu dalam menjalani yang walaupun terdapat
negara-negara yang tidak bersetuju dalam mempersoalkan euthanasia. Dan setengah
berpendapat adalah tidak adil dalam menamatkan hayat hidup seseorang itu tanpa
memberi peluang untuknya untuk terus hidup. Lainlah jika pesakit itu sendiri
yang meminta untuk menamatkan hayatnya. Sungguh pun begitu, setiap tindakan
yang dijalankan perlu ada pro dan kontranya supaya tidak terpesong dalam etika
kedoktoran.
Namun dalam erti kata lain, penderitaan tidak boleh dibiarkan dan
ianya haruslah mengikut prosedur yang betul. Sebagai contoh, jika seseorang
pesakit itu mengalami keadaan di mana beliau sudah tidak dapat disembuhkan lagi
seperti koma akibat dari mati otak secara tidak langsung euthanasia merupakan
tindakan yang dilihat betul. Dan peraturan ketika menjalani tindakan ini
memerlukan persetujuan dari ahli keluarganya walaupun tindakan ini tidak ada
undang-undang khusus seperti ini di Malaysia. Seperti yang saya nyatakan di
atas di mana, anak majikan saya berada dalam keadaan sedemikian dan kebenaran
serta persetujuan dari ahli keluarganya amatlah penting supaya tidak melanggar
etika. Ini adalah kerana mati otak dikategorikan sebagai tidak dapat
diselamatkan lagi walaupun setelah pesakit tersedar dari koma yang dialami.
Tidak ada cara yang dapat diselamatkan selain dari menamatkan hayatnya dengan
memberhentikan alatan bantuan pernafasan ke atasnya.
Apa yang saya hendak tegaskan di sini adalah persetujuan itu penting
dalam menjalani tindakan yang dimaksudkan. Tiada apa yang dapat dilakukan jika
tidak mempunyai kebenaran dari ahli keluarga itu sendiri. Sementara itu, jika
penyakit itu lihat tidaklah serius maka, euthanasia boleh diketagorikan sebagai
pembunuh. Tidak dinafikan perkembangan pesat ilmu kedoktoran dan teknolognya
masa kini telah memungkinkan untuk mempertahankan hidup seseorang, walaupun
otak telah berhenti berfungsi dan orang tersebut hidup hanya oleh degupan
jantung dan nafas secara autonomi. Namun,
pemdapat lain menyatakan bahawa kesedaran terhadaop hak-hak termasuk hak
untuk mati juga semakin meningkat.
Konsep ‘mati’ dalam dunia kedoktoran adalah seperti degupan jantung
berhenti, nadi tidak terasa tiada hembusan nafas dan berhenti atau kerosakan
sistem saraf dengan istilah lain kematian otak dan sudah tidak bernafas lagi. Berdasarkan
penelitian yang dijalankan oleh seorang doktor di Indonesia, beliau menjelaskan bahawa mati boleh dibezakan
kepada tiga jenis iaitu mati klinikal, mati biologi dan mati sosial.
Mati Klinikal
Suatu keadan dimana jantung dan paru-paru sudah berhenti bekerja
yang ditandai dengan berhentinya prnafasan dan denyut nadi, namun system otak
masih berfungsi yang ditandai dengan masih adanya reflek-reflek tubuh.
Mati Biologi
keadaan mati klinis yang berlanjut sehingga sistem otak juga turut
mati.
Mati Sosial
Suatu keadaan dimana jantung dan paru-paru masih berfungsi walaupun
dengan bantuan ubat-ubatan atau alat bantuan pernafasan dan sebagainya tetapi
sistem otak telah mati atau tidak lagi berfungsi.
6.KESIMPULAN
Seperti yang dibincangkan di atas, euthanasia merupakan tindakan
mematikan atau minta dimatikan hayat seseorang yang menderita sakit yang serius
dan tidak dapat diubati dan disembuh lagi. Walaupun terdapat negara yang
menghalalkannya dari segi undang-undang, namun tidak semua masyarakat yang
boleh menerima keadaan sedemikian. Dan perlu mengambil kira keadaan tertentu
dalam menjalaninya.
Dalam kebanyakkan agama juga melarang tindakan tersebut dijalankan
ianya termasuklah agama kristian, hindu dan Buddha selain agama islam sendiri
yang melarang umatnya bertindak membunuh diri walau dalam apa cara sekali pun.
Apa yang boleh disimpulkan disini adalah euthanasia sukarela adalah apabila mendapat
persetujuan dari pesakit dan euthanasia bukan sukarela ialah apabila pesakit itu
tidak mempunyai kemampuan untuk membuat keputusan bagi dirinya.
Jadi secara logiknya, euthanasia dapat ditafsirkan sebagai kematian
dengan baik dan perkataan euthanasia sendiri berasal dari perkataan Greek.
Mereka yang menentang tindakan ini beralasan demi keluhuran hidup atau peluang untuk hidup bagi pesakit
sementara bagi mereka yang berfikiran terbuka dalam menerima tindakan ini,
mereka berpendapat euthanasia secara tidak langsung dapat mengurangkan
penderitaan, integriti badan, penentuan sendiri dan kebebasan autonomi bagi
mereka yang menderita akibat penyakit yang dihadapi yang tidak dapat
disembuhkan lagi. Bagi mereka, ini merupakan tindakan yang wajar dilakukan
untuk mengurangkan komplikasi kepada pesakit.
2659 Perkataan
APENDIKS
7.RUJUKAN
/ REFERENSI
Euthanasia. (n.a.).
[Online].
Available : http://mytaste.wordpress.com/euthanasia/.
[2014, Jun 8].
Euthanasia. (n.a.).
[Online].
Available : http://id.truthfortheworld.org/euthanasia.
[2014, Jun 8].
Apakah Itu Euthanasia?.
(2011).
Available : http://kalimatulhassan.blogspot.com/2011/01/
apakah-itu-euthanasia.html. [2014, Jun 8].
Euthanasia Killing.
(2010). [Online].
euthanasia-killing/. [2014, Jun 8].
Euthanasia, Apa Itu?.
(2011). [Online].
Available :
http://tulisanuul.blogspot.com/2011/11/euthanasia-apa-itu.html.
[2014, Jun 8].
Bunuh Diri Dan Euthanasia.
(2011). [Online].
[2014, Jun 9].
Hukum Eutanasia Atau Mercy Killing. (2011). [Online].
-atau-mercy-killing. [2014, Jun 9].
Euthanasia Dalam Perspektif Islam. (2011). [Online].
[2014, Jun 9].
Euthanasia Dalam Pandangan 5 Agama. (n.a.). [Online].
agama-terhadap.html. [2014, Jun 9].
What is Euthanasia? : Definitions and Law. (n.a.). [Online].
and-definitions. [2014, Jun 9].
Apakah Pandangan Islam Terhadap Euthanasia. (2012). [Online].
terhadap-euthanasia/. [2014, Jun 9].
Pandangan Masyarakat Terhadap Euthanasia. (n.a.). [Online].
terhadap-euthanasia/. [2014, Jun 9].
Apa itu Euthanasia? : Legalitas Euthanasia di Berbagai
Negara. (n.a.). [Online].
euthanasia-di-berbagai-negara/. [2014, Jun 9].
No comments:
Post a Comment