1.PENGENALAN
Semua orang tahu kesihatan amat penting dalam kehidupan seharian
kita tidak kira umur mahu pun jantina. Malah kesihatan dikatakan memainkan
peranan utama dalam menjamin keceriaan hidup setiap manusia. Dalam erti kata
lain, kesihatan dirujuk sebagai suatu keadaan
di mana tubuh badan tidak mengalami sebarang penyakit kronik seperti penyakit
kencing manis, tekanan darah tinggi, penyakit jantung dan sebagainya.
Mengamalkan gaya hidup yang sihat merupakan kunci utama kepada kesejahteraan hidup
setiap individu. Individu yang sihat pastinya dapat memainkan peranan aktif
terhadap pembangunan agama, bangsa dan negara. Menurut Pertubuhan Kesihatan
Sedunia (WHO) 1948, mereka mendefinisikan
kesihatan sebagai suatu keadaan fizikal,
minda dan sosial yang sihat, cergas, cerdas serta bebas dari sebarang penyakit
kronik berlandaskan dari keadaan sosial dan masyarakat.
Dalam tugasan kali ini, saya telah diminta untuk menjalankan satu
temu bual dengan seorang pesakit kronik. Saya telah memilih seorang pesakit
yang menghidap penyakit kronik iaitu diabetes atau dikenali sebagai penyakit kencing
manis yang bernama Puan Faridah Mohamad yang berusia 55 tahun. Dalam temu bual
tersebut, saya akan menerangkan secara ringkas tentang kesihatan beliau, status
dan proses perubahan serta cabaran dan sokongan yang dihadapi oleh beliau.
Sebelum saya mengulas dengan lebih lanjut tentang kesihatan beliau, saya
terlebih dahulu akan menerangkan apa yang dimaksudkan dengan penyakit kronik.
Penyakit kronik adalah keadaan yang tahan lama yang boleh dikawal
tetapi tidak boleh diubati. Penyakit kronik banyak menjejaskan kesihatan penduduk
di seluruh dunia. Seperti yang diterangkan oleh (WHO), penyakit kronik merupakan salah satu punca utama kematian
dan kecacatan di Amerika Syarikat. Di Malaysia sendiri sebanyak 70% kematian
berpunca daripada penyakit kronik. Di mana sebahagian daripada itu merupakan kematian
awal berpunca daripada pemakanan. Manakala terdapat senamyak 10 ribu kematian
setahun berkait dengan strok, serangan jantung dan kegagalan buah pinggang. Sementara itu,
sebanyak 6 ribu kematian setahun disebabkan dari penyakit hati. Di Malaysia
juga terdapat 40 ribu kes penghidap kanser dikesan setiap tahun, 3 juta
berkaitan dengan kolesterol tinggi, 2.1 juta penghidap diabetes (kencing manis)
dan 25% dari rakyat Malaysia adalah penghidap obesiti iaitu mempunyai berat
badan yang berlebihan. Data dari Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), menunjukkan bahawa penyakit kronik
yang juga merupakan salah satu penyebab utama kematian pramatang di seluruh
dunia walaupun di tempat-tempat di mana penyakit berjangkit berleluasa.
Walaupun penyakit kronik adalah antara masalah kesihatan yang paling mengancam
nyawa, namun ianya juga merupakan antara yang paling mudah dicegah dan boleh
dikawal dengan berkesan.
Pusat Urusan Penyakit Kronik bertujuan untuk membantu orang ramai
mengawal kesan penyakit kronik mereka dengan meletakkan mereka di tengah-tengah
penyelesaian kawalan penyakit. Apabila reka bentuk untuk pendidikan pesakit,
penyampaian perkhidmatan, dan sistem pembayaran semua memberi tumpuan kepada usaha
menyokong pesakit dan membina kapasiti individu dan keluarga untuk menguruskan
penyakit dengan berkesan, kawalan penyakit bertambah, kos penjagaan kesihatan
turun, dan kesejahteraan keluarga bertambah baik.
2.PENERANGAN TENTANG TEMU
BUAL DAN STATUS PESAKIT
Umum mengetahui bahawa diabetes atau penyakit kencing manis ini yang
juga merupakan salah satu daripada penyakit kronik dan sudah lama dihidapi oleh
manusia. Namun begitu, penyakit kencing manis ini tidak seharusnya menjadi penghalang
kepada kehidupan setiap penghidap. Dengan bertambahnya pengetahuan berkenaan
penyakit kencing manis dan penghasilan ubat-ubatan untuk penyakit ini, jadi tidak
ada sebab mengapa penghidap tidak boleh hidup seperti manusia biasa. Dalam erti
kata lain, penyakit kencing manis adalah keadaan di mana terdapat kadar gula
yang terkandung secara berlebihan dalam peredaran darah. Hal ini terjadi disebabkan
oleh badan kekurangan sesuatu hormon yang dipanggil insulin yang diperlukan
untuk menukar gula kepada tenaga dalam badan. Insulin adalah sejenis hormon
yang dihasilkan oleh organ yang dikenali sebagai pankreas yang terletak di bawah
perut. Badan kita mengeluarkan tenaga untuk menjalankan tugas harian daripada
makanan. Dalam perut, makanan berkanji dan bergula yang dipanggil makanan
karbohidrat ditukar kepada bahan gula yang dipanggil glukos dan masuk ke dalam
saluran darah di mana ia akan digunakan oleh badan untuk menghasilkan tenaga.
Glukosa (gula) adalah puncak utama yang memberi tenaga.
Kebiasaannya, insulin membantu glukosa dalam darah untuk memasuki
sel-sel badan untuk ditukarkan kepada tenaga. Bagi pengidap penyakit kencing
manis, organ pankreas mereka tidak dapat menghasilkan hormon insulin dengan
secukupnya atau insulin yang dikeluarkan tidak dapat bertindak seperti biasa
atau normal. Akibatnya, glukosa tidak dapat memasuki sel-sel badan. Kadar gula
dalam peredaran darah menjadi tinggi. Gula yang berlebihan ini akan
disingkirkan oleh badan melalui air kencing. Inilah sebabnya, penyakit ini
dikenali sebagai penyakit kencing manis. Justeru tanpa insulin, sel-sel badan
tidak menerima bekalan glukosa, walaupun kadarnya amat tinggi dalam peredaran
darah secara tidak langsung ianya menyebabkan badan akan kekurangan tenaga.
Penyakit kencing manis terbahagi kepada dua jenis iaitu jenis 1 - Insulin Dependent Diabetes Mellitus dan
jenis 2 - Non Insulin Dependent Diabetes
Melitus. Jenis 1 biasanya terjadi di kalangan kanak-kanak atau remaja. Hanya
boleh dikawal dengan suntikan insulin, kawalan pemakanan dan senaman. Manakala
jenis 2 pula sering ditemui di kalangan penghidap diabetes yang berumur 40
tahun ke atas. Insulin dihasilkan dalam badan pesakit tetapi tidak berfungsi
secara optimum akibat dari faktor-faktor seperti obesiti, stress, darah tinggi
dan pemakanan yang tidak seimbang. Selalunya, pesakit akan diberi ubat yang
sesuai dan perlu mengikut diet tertentu.
Dalam kes Puan Faridah, beliau dikategorikan penghidap diabetes
jenis 2. Menurut Puan Faridah, beliau pada mulanya tidak menyedari yang beliau
penghidap kencing manis sehinggalah pada suatu ketika dimana beliau sukarela
melakukan pemeriksaan kesihatan secara percuma yang dijalankan di klinik
berhampiran. Keputusan yang diterima amat mengejutkan di mana bacaan pertama
ialah 9.5 mmol/L. Selepas pemeriksaan tersebut, beliau diminta untuk
mengamalkan diet yang seimbang. Doktor telah memberikan beliau sejenis ubat
khas untuk penghidap kencing manis iaitu ‘Metformin HCI 500 mg’ yang perlu
diambil sebanyak 1 atau 2 biji (2 kali) sehari selepas makan. Beliau juga kerap
melakukan pemeriksaan berkala seperti yang diminta. Walaupun bacaan beliau
seterusnya menunjukkan turun naik yang agak ketara tetapi ini tidak mematahkan
semangat beliau untuk terus berubah ke arah kebaikan.
Sementara itu, menurut Puan Faridah kesan yang agak ketara pada
kesihatan beliau ialah kerap membuang air kencing, sentiasa berasa dahaga,
selera makan meningkat dan keletihan. Ini merupakan salah satu tanda bagi
penghidap kencing manis seperti beliau. Menurut pakar kesihatan, terdapat 3
kumpulan makanan yang perlu diketahui oleh para penghidap kencing manis ialah
makanan yang perlu dielakkan, makanan yang perlu dihadkan dan makanan yang
bebas dimakan.
Makanan Yang Perlu
Dielakkan
Antara makanan atau minuman yang perlu dielakkan ialah yang
kebanyakkannya mengandungi gula ringkas. Gula ringkas akan meningkatkan tahap gula di dalam darah dengan kadar yang
cepat. Contohnya seperti gula pasir, gula merah, gula melaka, gula batu,
gula-gula, sirap, jeruk dan halwa. Selain itu, kuih-kuih manis, susu pekat
manis, buah-buahan dalam tin, minuman
ringan, coklat serta jem (kecuali jem untuk Diabetes). Dalam kata lain,
semua makanan atau minuman yang bersalut atau mengandungi gula.
Makanan Yang Perlu
Dihadkan
Antaranya ialah makanan yang mengandungi karbohidrat kompleks. Makanan
dalam kumpulan ini boleh diambil dalam jumlah yang sederhana. Makanan dalam
kumpulan ini juga akan dicerna dan diserap dengan perlahan-lahan dan dengan ini
tidak akan menyebabkan peningkatan aras gula dalam darah secara mendadak. Selain
itu, pengambilan makanan ini harus diagihkan sepanjang hari bukannya dimakan
sekaligus dengan kuantiti yang banyak. Contohnya seperti nasi, bijirin, biskut,
kekacang, susu, pasta, semua jenis mee, semua jenis tepung, semua jenis ubi,
buah-buahan/jus, sayuran berkanji, labu, jagung dan serbuk coklat.
Makanan Yang Bebas Dimakan
Contohnya seperti air kosong, air mineral, kopi dan teh, air barli,
jus limau nipis, sayur-sayuran, ulam-ulaman, cuka, sup, serbuk rempah, serbuk
cili, herba, kicap, sos dan garam.
Dalam pada itu, menurut Puan Faridah juga, beliau merupakan seorang
penggemar nasi. Tidak kiralah apa jua juadah selagi ianya mengandungi nasi,
beliau akan menjamahnya. Sebelum ini, beliau tidak tahu dan tidak menyedari
akan kandungan kanji dalam nasi sehinggalah beliau telah dimaklumkan mengenainya.
Walaupun beliau bukan seorang penggemar manisan namun, akibat dari diet yang
tidak seimbang beliau percaya yang inilah juga merupakan faktor mengapa beliau
menghidapi kencing manis sejak dua tahun lepas.
Bercakap soal perubahan mengikut model ‘Transtheoretical’ oleh Prochaska&Diclement (1983) merupakan
suatu model yang integratif tentang perubahan perilaku. Kunci pembangun dari
teori lain yang terintegrasi. Model ini menguraikan bagaimana orang-orang
memodifikasi perilaku masalah atau memperoleh suatu perilaku yang positif dari
perubahan perilaku tersebut. Model ini juga adalah suatu perubahan yang
disengaja untuk mengambil suatu keputusan dari individu tersebut. Model
melibatkan emosi, pengamatan dan perilaku, melibatkan pula suatu kepercayaan
diri. Mengambil dari kes Puan Faridah ini, beliau mengambil keputusan untuk
berubah demi kesihatan dalam jangkamasa panjang. Apa yang saya dapat lihat dari
temu bual yang dijalankan, Puan Faridah seorang wanita yang tidak pernah putus
asa untuk berubah walaupun perlu berulang alik ke hospital atau klinik yang
berdekatan sekerap yang mungkin.
3.MOTIVASI DAN PROSES
PERUBAHAN
Dewasa ini, bagi kebanyakan daripada kita percaya bahawa perubahan
adalah satu proses yang amat sukar. Begitu juga kepada kebanyakkan pesakit
kronik yang tidak terlepas dari situasi tersebut. Justeru, kita sebagai orang
sekeliling yang rapat dengan pesakit perlu merangsangkan mereka untuk melakukan
perubahan demi kesihatan mereka. Bagi Puan Faridah, motivasi untuk berubah
datang dari dirinya sendiri melalui rangsangan oleh anak-anaknya. Sejak dari
mendapat penyakit tersebut, Puan Faridah banyak mengurangkan makanan dan
minuman yang boleh mendatangkan bahaya kepada kesihatannya. Sedikit sebanyak
Puan Faridah belajar tentang penyakit yang dihidapinya. Bagi beliau, ilmu
tentang penyakit tersebut amat perlu dipelajari supaya dapat mengelakkan apa
yang tidak patut dimakan atau diminum. Dalam erti kata lain, mengamalkan diet pemakanan
yang seimbang.
Menurut Puan Faridah, langkah pertama di dalam merawat kencing manis
adalah dengan mengawal paras glukosa di dalam darahnya. Ianya dilakukan dengan
cara pengubahsuaian diet pemakanan dan senaman sederhana secara berterusan.
Jika pendekatan melalui pemakanan tidak berkesan, beliau akan pengambilan
ubatan yang disyorkan. Mengamalkan amalan diet pemakanan yang sihat menjadi
rutin harian beliau kini. Amalan pemakanan yang baik diperlukan bagi pesakit
kencing manis sepertinya. Antara kebaikannya seperti memperolehi zat-zat makanan
yang pelu bagi mencapai kesihatan yang unggul, dapat mengawal paras gula dalam
darah, dapat mencapai dan mengekalkan berat badan yang sesuai serta dapat mengelak
dan melambatkan pengidapan kesan komplikasi diabetes.
Puan Faridah amat mementingkan tips dan panduan dalam merancang
pemakanan sehariannya. Baginya waktu makan yang teratur perlu diambil pada
waktu yang sesuai iaitu semasa sarapan pagi, makan tengahari, makan malam dan
snek. Selain itu, dengan mengurangkan lemak, garam serta makanan yang tinggi
kolestrol merupakan salah satu cara yang terbaik. Sementara itu, dari segi
senaman Puan Faridah bersenaman secara sederhana setiap hari. Senaman yang
sederhana secara berterusan dapat membantu mengurangkan selera makan dan
menurunkan berat badan ke paras normal. Ianya sangat penting untuk mencegah
paras gula yang tinggi di dalam darah.
Pada pendapat saya, aktiviti senaman setiap hari dapat membantu para
penghidap kencing manis merasa selesa,
mengurangkan ketegangan mahu pun mengelakkan sakit belakang serta dapat
meningkatkan keupayaan atau potensi insulin di dalam badan. Ini juga dapat
memastikan paras normal gula di dalam darah disamping mengurangkan penggunaan
insulin. Senaman yang sederhana juga dapat membantu mengurangkan selera makan
dan menurunkan berat badan ke paras normal.
4.CABARAN DAN SOKONGAN
Bagi penghidap kencing manis, cabaran yang paling sukar adalah
semasa menghadapi puasa terutamanya di mana keadaan seperti hipoglisemia (paras
gula terlalu rendah), hiperglisemia (paras gula terlalu tinggi) dan dehidrasi
(kekurangan air) sehingga boleh menyebabkan mereka pengsan dan koma. Puasa
adalah ibadat dan amalan baik untuk penghidap kencing manis.
Namun, terdapat beberapa garis panduan perlu dipatuhi sebelum
pesakit dibenarkan berpuasa supaya itu tidak memudarat dan membahayakan nyawa.
Untuk membolehkan seseorang penghidap kencing manis berpuasa, penyakitnya perlu
dalam keadaan terkawal dan tahap gula dalam paras sasaran iaitu 5.8 hingga 8
mmol/liter. Jika paras gula pada tahap ini, pesakit boleh berpuasa tanpa
masalah.
Tidak ramai di kalangan kita yang mengetahui tentang kaedah rawatan
atau proses pemulihan sesuatu jenis penyakit dengan mendalam sehinggalah kita
sendiri atau ahli keluarga yang menghidapinya. Kekurangan maklumat atau
pengetahuan berkaitan sesuatu jenis penyakit menyebabkan kadang-kadang kita
beranggapan bahawa penyakit yang dihidapi itu sukar untuk dipulihkan atau
sekurang-kurangnya diminimumkan.
Dengan adanya sokongan moral serta penjagaan khusus di rumah, ianya
dapat mewujudkan persekitaran yang
positif untuk pesakit. Walau bagaimanpun, ramai yang tidak mengetahui bahawa
merawat pesakit di rumah dapat memberi sokongan dari segi psikologi kerana
dengan adanya keluarga dapat mewujudkan suasana yang lebih ceria.
Melihat pada kes Puan Faridah, beliau sememangnya mempunyai keazaman
yang kuat untuk melakukan perubahan demi kesihatannya sendiri. Sejak menghidap
penyakit tersebut beliau semakin prihatin tentang amalan pemakanannya
termasuklah untuk ahli keluarganya. Menurut beliau, pada mulanya agak sukar
untuk berubah tetapi atas sokongan dari keluarga, beliau akur dan yakin akan
kebaikan jika mengamalkan diet serta senaman yang betul. Memang tidak dinafikan
memang mudah untuk berkata-kata, tetapi jika kata-kata bersertakan dengan
tindakan itulah yang penting. Apa yang saya dapat nilaikan dari temu bual
dengan Puan Faridah, hasil perubahan yang berlaku dilihat berjaya. Perubahan
demi perubahan agak positif dimana pemeriksaan pada 26 februari yang lepas sebanyak
5.8 mmol/L. Keputusan yang diterima amat memberangsangkan. Hal ini kerana,
beliau mengikut diet dan senaman serta pengambilan ubatan yang disyorkan
kepadanya.
5.KESIMPULAN
Umum sudah sedia maklum tentang keperluan nutrisi makanan dalam
sistem pyramid adalah sangat penting untuk keperluan tubuh badan. Walau
bagaimanapun, gaya hidup moden ini menyebabkan golongan yang bekerja mudah mengabaikan
diet dan sajian tetap. Pengantungan yang tinggi pada makanan segera selalunya
akan mengakibatkan pengambilan lemak tepu, kolestrol, gula ringkas dan sodium
yang tinggi. Mereka yang tidak mengambil hidangan secukupnya pasti akan kekurangan
nutrient penting yang diperlukan tubuh badan mereka dan secara tidak langsung
akan menyebabkan pelbagai penyakit kronik datang.
Justeru, amalan gaya hidup yang sihat amat penting kepada semua
lapisan masyarakat untuk menikmati tahap kesihatan yang baik serta optimum.oleh
itu, setiap dari kita seharusnya mempunyai kesedaran dalam menggiatkan lagi
tahap penjagaan kesihatan. Gaya hidup sihat merupakan suatu amalan kehidupan
yang membina di mana ianya dapat membawa kesan yang positif kepada seorang
individu, keluarga dan masyarakat. Gaya hidup sihat merupakan salah satu aspek
yang penting dalam menjaga tahap kesihatan seseorang. Contoh amalan gaya hidup
sihat ialah seperti pemakanan yang seimbang, aktiviti senaman, tidur serta
rehat yang cukup, kebersihan dari segi mental dan fiizikal serta persekitaran
yang bersih. Sudah pasti semua sudah sedia maklum tentang keperluan nutrisi
makanan dalam sistem piramid.adalah sangat penting untuk tubuh badan. Dengan
gaya hidup moden yang serba pantas hari ini, golongan yang bekerja mudah
mengabaikan diet dan sajian tetap. Pengantungan yang tinggi pada makanan segera
selalu mengakibatkan pengambilan lemak tepu, kolestrol, gula ringkas dan sodium
yang tinggi. Mereka tidak mengambil hidangan yang secukupnya pasti akan
kekeurangan nutrient penting yang diperlukan tubuh badan mereka.
Kebaikan gaya hidup yang sihat ialah dapat memastikan tahap
kesihatan berada dalam keadaan yang baik. Sebagai contoh, gaya hidup sihat
selalunya memberi faedah kepada kecergasan fizikal. Selain itu, amalan gaya
hidup sihat juga dapat menggurangkan risiko menghadapi penyakit kronik seperti
yang dibincang di atas. Dalam pada itu, gaya hidup sihat juga menjamin
kestabilan mental serta sentiasa mengawal tekanan. Pada masa yang sama, gaya
hidup sihat dapat melahirkan insan yang berdisiplin dan sihat dari segi fizikal
dan persekitarannya. Di samping itu, kita dapat hidup dalam suasana yang sihat
sejahtera.
Terdapat beberapa punca berlakunya pelbagai penyakit kronik salah
satunya adalah tekanan hidup.Tekanan hidup juga merupakan punca penyakit yang
serius. Individu yang pemarah, pantang kalah dan mahu berjaya dalam semua hal
akan sentiasa cemas. Kegagalan dalam hidup, tekanan keluarga dan tekanan kerja
juga mendatangkan kesan kepada jantung mereka. Selain itu, tekanan hidup juga
akan menyebabkan pergolakan emosi serta kekecewaan akan menyebabkan kemurungan
seterusnya keseimbangan hormon badan akan terjejas. Lama-kelamaan, hal ini
menyebabkan penyakit yang serius seperti sakit jantung, darah tinggi, kencing
manis, strok dan sebagainya. Kajian menunjukkan bahawa peningkatan penyakit
kronik setiap tahun turut menyumbang kepada peningkatan perbelanjaan negara
yang sepatutnya digunakan untuk pembangunan dan kesejahteraan rakyat.
Dalam erti kata lain, kesihatan
amat penting dalam menjalani kehidupan seharian. Jika tubuh tidak mempunyai
tahap kesihatan yang baik, nescaya segala kegiatan atau aktiviti tidak dapat
dilaksanakan dengan sempurna. Oleh itu bagi menjamin kesejahteraan dalam
kesihatan, kita tidak perlu mengejar kekayaan dan mengabaikan aktiviti yang
berfaedah seperti bersukan dalam kegiatan seharian, diet pemakanana yang
seimbang dan sebagainya. Bak kata perpatah ‘mencegah lebih baik dari
mengubati’. Kesedaran ini amatlah penting untuk diterapkan dalam setiap diri
kita tanpa mengira umur dan jantina.
Penyakit yang kronik pasti mendatangkan penderitaan kepada diri pesakit
dan keluarganya. Oleh itu, kita perlulah sama-sama menghindarinya. Dalam erti
kata yang sebenar, tabiat hidup yang sihat dan positif amat penting dalam
menjamin kesihatan yang harmoni dalam menjalani kehidupan yang serba mencabar.
2640 Perkataan
APENDIKS
6.RUJUKAN / REFERENSI
Perbezaan Maksud Penyakit Kronik Dengan Penyakit
Berbahaya. (2011). [Online].
Available : https://guruselamanya.wordpress.com/2011/09/
13/perbezaan-penyakit-kronik-dan-penyakit-berbahaya/. [2015,
Februari 28].
Punca Penyakit Kronik dan Langkah Untuk Mengatasinya. (n.a.). [Online].
09/punca-penyakit-kronik-dan-langkah.html. [2015, Februari 28].
Masalah Kronik Abad Ke-21.
(n.a.). [Online].
ke-21/Article. [2015, Februari 28].
Saringan Kesihatan Elak Penyakit Kronik. (2011). [Online].
Utusan_Malaysia&sec=Kesihatan&pg=kn_01.htm. [2015, februari
28].
Behavior Modification.
(n.a.). [Online].
Available : http://en.wikipedia.org/wiki/Behavior_modification.
[2015, Februari 28].
Transtheoretical Model. (2010).
[Online].
[2015, Februari 28].
Penyakit Kencing Manis (Diabetes). (2011). [Online].
kencing-manis-diabetes.html. [2015, Februari 28].
Kesihatan. (2009).
[Online].
Kesihatan&pg=kn_01.htm. {2015, Februari 28].
No comments:
Post a Comment