1.PENGENALAN
Dalam kehidupan ini, semua manusia perlu bekerja kerana pekerjaan
itu merupakan salah satu keperluan yang amat penting dalam kehidupan manusia.
Pekerjaan menawarkan pendapatan untuk ditukarkan dengan pelbagai keperluan yang
diperlukan oleh manusia untuk terus hidup. Menurut Brown (1974), beliau
menjelaskan bahawa pekerjaan ialah alat pertukaran antara kebolehan fizikal
dengan mental seseorang manusia dengan ganjaran yang disediakan oleh pihak
organisasi. Ganjaran yang diperolehi inilah yang akan ditukarkan kepada
keperluan-keperluan yang lain sepeti makanan, pakaian, penginapan dan
sebagainya supaya mereka yang bekerja itu boleh meneruskan kehidupan. Oleh sebab
pentingnya pekerjaan kepada manusia secara tidak langsung menyebabkan manusia
telah menghabiskan sebahagian besar masanya dalam pekerjaan.
Sementara itu, psikologi industri dan organisasi (I/O) ialah salah
satu daripada bidang psikologi yang membincangkan perkara-perkara yang
berkaitan dengan dengan pekerja dan pekerjaan. Tumpuan bidang ini adalah untuk
meningkatkan kecekapan pekerja dalam pekerjaan supaya dapat memenuhi matlamat
industri dan organisasi. Dalam sesuatu pekerjaan, terdapat banyak faktor sama
ada faktor fizikal atau psikologikal yang boleh menghalang kepada peningkatan
kecekapan pekerja. Justeru, ahli-ahli psikologi (I/O) telah mengenal pasti
beberapa ciri-ciri pekerjaan yang kemungkinan penting kepada pekerja. Sebelum
membincangkan kepentingan pekerjaan, adalah perlu untuk mengetahui apa itu
pekerjaan. Walau dari apa jua sudut sekalipun, dapat disimpulkan bahawa
pekerjaan ialah sumber untuk memuaskan kehidupan. Walaupun sesetengah manusia
suka menganggur tetapi hakikatnya mereka tidak menafikan bahawa mereka perlu
bekerja untuk memperoleh kesenangan dalam kehidupan. Justeru, kepentingan
pekerjaan kepada manusia boleh dilihat kepada keperluan-keperluan yang
diperlukan oleh manusia sendiri.
Sementara itu, menurut Steer dan Porter (1975), telah mengenal pasti
kepentingan pekerjaan kepada manusia dapat dilihat pada empat perkara iaitu
pekerjaan sebagai alat pertukaran dengan ganjaran atau pendapatan supaya
manusia mampu memiliki keperluan-keperluan yang dikehendaki, pekerjaan
membolehkan manusia membentuk hubungan sosial, setiap pekerjaan mempunyai
statusnya sendiri dan pekerjaan sebagai sumber identiti dan penghormatan kepada
manusia.
Oleh sebab pekerjaan itu dilihat amat penting, maka manusia secara
tidak langsung mahu mengelak daripada pengangguran kerana ianya menyukarkan
manusia untuk terus hidup. Hal ini boleh dilihat setelah manusia kehilangan
pekerjaan. Kajian yang dilakukan oleh Bekke (1981), mendapati bahawa orang yang
tidak mempunyai pekerjaan akan mengalami tekanan, kekecewaan dan agresif. Selain
itu, psikologikal mereka juga tidak stabil seperti cepat marah, hilang
kewarasan, kurang pertimbangan dan sebagainya. Mereka juga merasakan bahawa
cara hidupnya telah hilang. Tingkah laku dan emosi ini wujud disebabkan oleh
manusia sudah hilang peranannya sebagai pekerja yang boleh memberi faedah atau
pengeluar kepada masyarakat dan negara.
Tingkah laku ialah tindakan yang dilakukan oleh seseorang manusia
sama ada dalam bentuk perbuatan, percakapan ataupun penulisan. Dari segi
pekerjaan, tingkah laku terbahagi kepada dua iaitu tingkah laku positif dan
tingkah laku negatif. Apa pun jenis pekerjaan memerlukan tingkah laku positif
daripada pekerja supaya ianya boleh dilaksanakan dengan berkesan dan seterusnya
boleh menghasilkan sesuatu barangan atau perkhidmatan. Antara tingkah laku
positif seperti rajin, bertanggungjawab dan sebagainya. Walau bagaimanapun,
tingkah laku positif ini boleh bertukar menjadi tingkah laku negatif sekiranya
organisasi tidak menyediakan
keperluan-keperluan pekerja. Tingkah laku negatif merupakan tindakan
mengelak seseorang pekerja daripada bekerja. Seseorang pekerja akan bertindak
mencari pelbagai cara dan alas an supaya dapat mengelak daripada bekerja. Tingkah
laku negatif dalam sesuatu pekerjaan boleh dilakukan dalam tiga cara iaitu
tidak mahu bekerja, memilih pekerjaan dan mengabaikan pekerjaan. Tingkah laku
kerja yang negatif ini sekiranya tidak dicegah boleh memusnahkan masa depan
sesebuah industri. Dalam tugasan kali ini, saya akan menerangkan tentang
ciri-ciri pekerjaan serta keputusan tinjauan yang telah dijalankan ke atas
sepuluh orang secara rawak.
2.KEPUTUSAN TINJAUAN
Sebanyak sepuluh orang dipilih secara rawak tanpa mengira jantina terlibat
dalam tinjauan kepentingan ciri-ciri pekerjaan yang telah dijalankan bagi
mendapatkan keputusan dari pelbagai perspektif. Dalam tinjauan yang dijalankan,
mereka perlu menyusun kepentingan ciri-ciri pekerjaan mengikut kesesuaian dan
kehendak mereka. Terdapat lima ciri-ciri pekerjaan yang diutarakan, antaranya ialah
pekerjaan yang mencabar dan menarik, gaji yang baik, peluang untuk peningkatan
/ kemajuan, jaminan kerja (tiada risiko diberhentikan kerja atau dibuang kerja)
dan rakan sekerja yang sesuai. Jadual kekerapan dan peratusan akan ditunjukan
seperti dibawah :
Bil
|
Ciri-ciri Pekerjaan
|
Peserta Tinjauan
(Lelaki/Perempuan)
|
Kekerapan
|
Peratusan
|
|||||||||
|
1
(L)
|
2
(P)
|
3
(L)
|
4
(P)
|
5
(P)
|
6
(P)
|
7
(L)
|
8
(L)
|
9
(P)
|
10
(P)
|
|
||
1.
|
Pekerjaan yang mencabar dan
menarik
|
2
|
5
|
5
|
1
|
3
|
2
|
4
|
3
|
3
|
5
|
3
|
15%
|
2.
|
Gaji yang baik
|
1
|
3
|
1
|
3
|
1
|
1
|
1
|
2
|
2
|
1
|
6
|
40%
|
3.
|
Peluang untuk peningkatan /
kemajuan
|
4
|
2
|
4
|
2
|
5
|
3
|
2
|
1
|
1
|
3
|
3
|
20%
|
4.
|
Jaminan kerja (tiada risiko
diberhentikan atau dibuang kerja)
|
5
|
1
|
2
|
5
|
2
|
5
|
3
|
4
|
4
|
2
|
3
|
20%
|
5.
|
Rakan sekerja yang sesuai
|
3
|
4
|
3
|
4
|
4
|
4
|
5
|
5
|
5
|
4
|
5
|
5%
|
Dalam jadual yang ditunjukkan di atas, dapat disimpulkan bahawa gaji
yang baik menjadi pilihan yang utama para peserta tinjauan. Diikuti dengan
pekerjaan yang mencabar dan menarik, peluang untuk peningkatan / kemajuan,
jaminan kerja serta rakan sekerja yang sesuai. Jika dianalisis dengan lebih
mendalam didapati peluang untuk peningkatan / kemajuan dan jaminan kerja dimana
tiada risiko diberhentikan atau dibuang kerja menjadi pilihan yang penting
selain gaji yang baik. Sementara itu, pekerjaan yang mencabar dan menarik berada
di kedudukan keempat mengikut susunan kepentingan ciri-ciri pekerjaan. Dan pada
kedudukan kelima pula merupakan rakan sekerja yang sesuai yang menjadi pilihan terakhir para peserta
tinjauan dan secara tidak langsung menjadi yang paling tidak penting dalam
ciri-ciri pekerjaan.
Sebagai contoh dari jadual yang ditunjukkan, apa yang dapat
dikatakan disini ialah peserta tinjauan 1, 3, 5, 6, 7 dan 10 memilih gaji yang
baik untuk ciri pekerjaan mereka dan peratusan menunjukan sebanyak 40%
dicatatkan. Cuma apa yang boleh dikatakan di sini terdapat empat orang yang
tidak memilih gaji yang baik di mana dua daripadanya memilih pada kedudukan
yang kedua. Sementara dua lagi memilih gaji yang baik pada kedudukan yang
ketiga.
Jika dihuraikan dengan lebih teliti dalam jadual yang ditunjukkan, peluang
untuk peningkatan / kemajuan dan jaminan kerja (tiada risiko diberhentikan atau
dibuang kerja) mencatat kekerapan yang sama penting dalam tinjauan yang
dijalankan dimana peratusannya masing-masing mencatat sebanyak 20% dan
kekerapan sebanyak 3. Dalam peluang untuk peningkatan / kemajuan, cuma seorang
peserta tinjauan memilih pada kedudukan kelima, tiga orang memilih pada
kedudukan kedua, dua orang memilih pada kedudukan ketiga, dua orang memilih
kedudukan keempat dan dua orang lagi memilih pada kedudukan pertama. Sementara
bagi jaminan kerja (tiada risiko
diberhentikan atau dibuang kerja), sebanyak tiga orang memilih pada keduduka
kelima, dua orang memilih pada kedudukan keempat, seorang memilih pada
kedudukan ketiga, tiga orang memilih pada kedudukan kedua dan hanya seorang
memilih kedudukan pertama.
Selain itu, pekerjaan yang mencabar dan menarik juga mencatatkan 15%
dan kekerapannya ialah 3. Ini dapat dihuraikan lagi dengan seorang memilih pekerjaan
yang mencabar dan menarik sebagai kedudukan pertama, dua orang memilih pada
kedudukan kedua, tiga orang memilih pada kedudukan ketiga, seorang memilih pada
kedudukan keempat dan sebanyak tiga orang memilih pada kedudukan yang kelima.
Sementara itu, bagi ciri-ciri pekerjaan yang seterusnya iaitu rakan sekerja
yang sesuai mencatat hanya 5% walaupun mempunyai kekerapan yang kedua paling
tinggi sebanyak 5. Dalam jadual yang ditunjukkan di atas, kesimpulan untuk
ciri-ciri ini menyatakan bahawa walaupun mempunyai kekerapan kedua yang
terbanyak selain gaji yang baik tetapi dari segi pilihan para peserta, mereka
tidak memilih ciri ini kerana lebih mengutamakan ciri-ciri yang lain seperti
yang ditunjukkan dalam jadual. Dalam menghuraikan dengan lebih lanjut, didapati
sebanyak tiga orang memilih pada kedudukan kelima, lima orang memilih pada
kedudukan keempat dan hanya seorang memilih pada kedudukan ketiga.
Justeru, dalam menghuraikan secara keseluruhan ciri-ciri kepentingan
pekerjaan ini, apa yang dapat saya katakan bahawa gaji yang baik menjadi
pilihan utama para peserta tinjauan. Diikuti dengan peluang untuk peningkatan /
kemajuan di tempat kedua dan jaminan kerja (tiada risiko diberhentikan atau
dibuang kerja) berada di tempat ketiga. Seterusnya, tempat keempat jatuh kepada
pekerjaan yang mencabar dan menarik yang menjadi pilihan majoriti peserta
tinjauan dan yang terakhir merupakan rakan sekerja yang sesuai. Ini dapat
dibuktikan lagi di mana jadual menunjukkan sebilangan besar majoriti para
peserta tinjauan tidak memilih ciri ini untuk kedudukan yang tertinggi dalam
pemilihan mereka. Walaupun mencatat kekerapan yang tinggi tetapi kekerapan itu
hanya mewakili ketidakpentingan ciri rakan sekerja yang sesuai bagi para
peserta tinjauan.
3.PERBINCANGAN HASIL
TINJAUAN
Melalui jadual tentang ciri-ciri kepentingan pekerjaan di atas, kita
boleh membuat kesimpulan awal di mana sesiapa pun akan memilih gaji yang baik
walau apa jenis pekerjaan sekali pun. Umum mengetahui gaji adalah suatu bentuk
bayaran berkala dari seorang majikan pada pekerjanya yang dinyatakan dalam
suatu kontrak kerja. Dari sudut pandang pelaksanaan perniagaan, gaji boleh
dianggap sebagai kos yang diperlukan untuk mendapatkan sumber manusia untuk
menjalankan operasi, dan dengan itu disebut dengan kos kakitangan atau bayaran
gaji. Dalam perakaunan, gaji dicatat dalam akaun gaji. Sesetengah orang
berpendapat bahawa gaji memainkan peranan penting dalam kehidupan seharian, ini
disebabkan oleh taraf kehidupan yang semakin menyesakan masyarakat. Secara
tidak langsung, gaji memainkan peranan walau apa jenis pekerjaan yang
dikerjakan oleh seseorang bergantung kepada setiap oranisasi itu sendiri dalam
bagaimana memberi ‘reward’ atau gaji
kepada pekerjanya.
Menurut Sastro Hadiwiryo (1998), beliau menyatakan bahawa gaji boleh
berperanan dalam meningkatkan motivasi para pekerja untuk bekerja lebih
berkesan, meningkatkan prestasi, meningkatkan produktiviti dalam syarikat serta
mengimbangi kekurangan dan penglibatan komitmen yang menjadi ciri angkatan
kerja masa kini. Pernyataan di atas juga disokong oleh pendapat Mathis dan
Lackson (2002), di mana gaji adalah suatu bentuk pampasan yang dikaitkan dengan
prestasi individu, kumpulan ataupun prestasi organisasi.
Dalam pada itu, peranan gaji menurut Poerwono (1982) pula dapat
ditinjau dari dua aspek iaitu aspek pemberi kerja (majikan) dan aspek penerima
kerja. Dalam aspek pemberi kerja, gaji merupakan unsur utama dalam mengira kos
pengeluaran dan komponen dalam menentukan harga yang boleh menentukan kesinambungan
nyawa syarikat. Apabila suatu syarikat memberikan gaji terlalu tinggi, maka
akan mengakibatkan perbelanjaan dalam pemberian gaji yang tinggi dan bila gaji
yang diberikan terlalu rendah pula akan mengakibatkan syarikat mengalami
kesulitan mencari tenaga kerja. Sementara itu, dalam aspek penerima kerja pula
gaji merupakan pendapatan yang diterima oleh seseorang individu dan digunakan
untuk memenuhi keperluannya. Gaji bukanlah merupakan satu-satunya motivasi
pekerja dalam berprestasi tetapi gaji merupakan salah satu motivasi penting
yang ikut mendorong pekerja untuk berprestasi sehingga tinggi rendahnya gaji
yang diberikan akan memberi kesan kepada prestasi dan kesetiaan pekerja serta
mengikut taraf kehidupan dewasa ini.
Selain itu, dalam mempersoalkan tentang tiga ciri terpenting iaitu peluang
untuk peningkatan / kemajuan, jaminan kerja (tiada risiko diberhentikan atau
dibuang kerja) dan pekerjaan yang mencabar dan menarik adalah menarik untuk
dibincangkan. Ketiga-tiga ciri ini saling berkait rapat antara satu sama lain
dan merupakan ciri yang penting dalam kehidupan seseorang individu yang
bekerja. Sebagai contoh, apabila seseorang yang inginkan sesuatu pekerjaan,
sudah tentulah beliau akan mengambil kira ciri-ciri ini dalam mencari sesuatu
pekerjaan. Ini kerana dalam peluang peningkatan, kebarangkalian untuk menaikkan
taraf seperti kenaikan pangkat apabila sudah lama bekerja dilihat sesuatu yang
penting dalam meningkatkan kemajuan sesuatu tahap pekerjaan bukannya hanya
berada di satu tempat yang statik. Selain itu, jaminan kerja juga merupakan
ciri yang memang menjadi harapan dan
impian seseorang individu apabila sudah bekerja dalam satu tempoh yang lama
atau baru bermula untuk bekerja. Ciri seterusnya ialah pekerjaan yang mencabar
dan menarik tidaklah dilihat sangat penting jika dibandingkan dengan kedua-dua
ciri yang diterangkan tadi. Kadang-kadang tidak semua orang seronok dan gembira
dalam menghadapi sesuatu pekerjaan. Justeru, dikatakan tidak semua orang boleh
menerima sesuatu cabaran yang baru dalam pekerjaan yang dikerjakan.
Ciri yang terakhir pula ialah rakan sekerja yang sesuai di mana jika
dilihat balik dari jadual di atas, boleh dikatakan majoriti memilihan rakan
sekerja yang sesuai sebagai pilihan terakhir dalam kepentingan ciri-ciri
pekerjaan. Hal ini kerana, keempat-empat ciri yang telah diterangkan tadi lebih
diutamakan jika dibandingkan dengan rakan sekerja yang sesuai. Ini bukanlah
bermaksud bahawa rakan sekerja yang sesuai tidak penting, cuma faktor keperluan
yang lain lebih diutamakan. Oleh itu, dari segi tinjauan yang dijalankan
kebanyakkan dari para peserta meletakkan rakan sekerja yang sesuai di tempat
terakhir.
4.KESIMPULAN
Dalam dunia yang serba mencabar ini, semua orang pastinya memerlukan
wang untuk menjalani kehidupan mereka dan satu cara untuk mendapatkan wang
hanya dengan bekerja. Pekerjaan yang dimaksudkan tidak kiralah sama ada dari sektor
kerajaan atau swasta mahupun bekerja sendiri. Akan tetapi kebanyakan orang
selalunya dihinggapi rasa bosan dalam pekerjaan yang diceburinya apatah lagi
kalau pekerjaan itu terlalu membebankan seperti tiada kenaikan gaji yang
setimpal dan sebagainya.
Justeru, pada akhir abad ke-20 muncul satu konsep di mana pengurusan
pekerjaan yang saintifik yang telah dikemukakan oleh Frederick W. Taylor. Dalam
prinsip pengurusan pekerjaan ini ada menekankan bahawa ganjaran perlu
disediakan oleh pihak organisasi sekiranya inginkan pekerja bekerja dengan
cekap dan kuat. Pengurusan pekerjaan saintifik yang dikemukakan oleh Frederick
W. Taylor ini mengkehendaki organisasi itu memberi lebih tumpuan yang lebih
kepada ganjaran psikologikal supaya pekerja boleh bekerja dengan berkesan.
Antara prinsip pengurusan pekerjaan saintifik itu ialah kaedah
mereka membentuk pekerjaan secara saintifik bagi melahirkan pekerja yang cekap,
pemilihan pekerja yang baik dan membangunkan mereka menerusi program
latihan-latihan yang disediakan, mewujudkan semangat kerjasama antara pekerja
dengan pihak pengurusan dan berkongsi tanggungjawab dalam mereka bentuk kerja
antara pihak pengurusan dan pekerja.
Dalam pada itu, perekrutan merupakan satu proses untuk menarik
mereka yang berkelayakan memohon sesuatu pekerjaan yang ditawarkan oleh
sesebuah organisasi. Dengan lain perkataan, perekrutan ialah usaha-usaha yang
dijalankan oleh pihak organisasi untuk mencari calon-calon yang berkebolehan dan
berpotensi untuk mengisi kekosongan sesuatu kerja. Perekrutan merupakan proses
dua hala antara pihak organisasi dengan pemohon pekerjaan. Pihak organisasi
cuba mendapatkan pemohon yang berkelayakan manakala pemohon pula cuba
mendapatkan organisasi yang diminatinya. Dengan kata lain, pekerja yang
diingini oleh organisasi mencari organisasi yang mengingininya. Oleh yang
demikian, pihak organisasi perlu membuat penampilan yang terbaik supaya pemohon
memohon kerja yang ditawarkan. Pemohon pula perlu bersedia dengan penampilan
yang terbaik supaya organisasi berminat memilihnya.
Dalam proses perekrutan ini, bilangan pemohon menjadi penentu
kejayaan atau kegagalan proses tersebut. Bilangan pemohon yang sedikit akan
mengurangkan peluang organisasi memperoleh calon yang terbaik. Dalam erti kata
lain, semakin ramai bilangan pemohon, perekrutan tersebut dikira berjaya. Perkara yang penting
dalam perekrutan ialah mengenal pasti kaedah-kaedah yang terbaik untuk menarik
perhatian pemohon-pemohon supaya memohon kerja yang ditawarkan.
Bagi memotivasikan pekerja, perekrutan perlu dijalankan dalam
organisasi khususnya bagi tujuan kenaikan pangkat. Walau bagaimanapun, tidak
ramai pekerja dalaman yang mempunyai ciri-ciri peribadi yang dapat memenuhi
keperluan kerja. Justeru, perekrutan perlu dijalankan dikalangan pemohon luar
organisasi. Ada pelbagai kaedah yang boleh digunakan bagi mendapatkan
pemohon-pemohon dari luar organisasi. Antaranya ialah pengiklanan, agensi
pekerjaan, institusi pendidikan, organisasi profesional, pameran kerjaya dan
sebagainya.
Walau apa pun yang diutarakan, yang paling penting setiap orang akan
mempunyai pekerjaan selepas tamat belajar atau sebaliknya dan 50% daripadanya
berkemungkinan akan berhenti kerja setelah bekerja selam tiga hingga empat tahun
di sesebuah organisasi. Ini kerana mereka akan cuba mengaitkan dengan pelbagai
masalah yang terdapat dalam sesuatu pekerjaan. Mereka mungkin menyatakan bahawa
pekerjaan tersebut tidak memberi kepuasan kerja dan beralasan mengatakan
maklumat pekerjaan yang diterima daripada organisasi pada masa pengambilan
berbeza dengan pekerjaan yang mereka perlu lakukan sekarang.
Walau apa jua alasan yang diberi, yang pasti kedua-dua pihak iaitu
organisasi dan pekerja yang akan rugi. Pekerja akan hilang pendapatan manakala
pihak organisasi terpaksa memperuntukkan perbelanjaan yang lebih untuk
mengambil dan melatih pekerja baru. Secara tidak langsung, ini akan menjelaskan
betapa pentingnya pemilihan pekerja dijalankan dengan menggunakan
prinsip-prinsip yang betul. Pengambilan pekerja yang tidak memenuhi keperluan
pekerjaan misalnya kemahiran yang dipunyai oleh pekerja itu tidak memenuhi
ciri-ciri yang dituntut oleh pekerjaan, boleh membawa kepada ketidakpuasan
kerja pekerja terhadap pekerjaan dan akhirnya pekerjaan tersebut dilaksanakan
secara tidak berkesan.
2513 Perkataan
APENDIKS
5.RUJUKAN / REFERENSI
10 Ciri Pekerjaan Akan Membunuh Anda. (2011). [Online].
article&id=220776:10-ciri-pekerjaan-akan-membunuh-anda&catid=54:
gaya-hidup&Itemid=84. [2014, Februari 26].
Apa Itu Pekerjaan?.
(n.a.). [Online].
[2014, Februari 26].
What Is Job Description?.
(n.a.). [Online].
Available : http://www.ask.com/question/what-is-job-description.
[2014, Februari 28].
Peluang Kerja Kerajaan & Kelebihannya. (n.a.). [Online].
[2014, Februari 28].
Arti Pekerjaan Menurut Saya. (n.a.). [Online].
[2014, Februari 28].
Difference Between Job And Career. (n.a.). [Online].
and-career. [2014, Mac 1].
No comments:
Post a Comment