1.PENGENALAN
Umum mengetahui bahawa penyelidikan merupakan suatu usaha yang
dilakukan sama ada secara individu atau secara berkumpulan bagi menyelesaikan
sesuatu permasalahan yang ingin di kaji. Namun begitu, penyelidikan yang ingin
difahami adalah bergantung kepada ruang lingkup atau bidang yang diceburi oleh
seseorang penyelidik itu. Penyelidik yang baik adalah mereka yang menggabungkan
semua teknik yang ada di dalam ilmu penyelidikan khas bagi memastikan setiap
jawapan atau jalan penyelesaian adalah bertepatan dan sesuai untuk diguna pakai
oleh para pengkaji lain pada masa hadapan. Dalam erti kata lain, menjalankan kajian
penyelidikan bermaksud mencari maklumat dengan lebih lanjut mengenai sesuatu
perkara, menyelami lebih lanjut, menjalankan kajian menyeluruh atau menyiasat
dengan lebih mendalam.
Menurut Salkind (2000), penyelidikan merupakan satu proses bagi
menghasilkan satu pengetahuan baru. Dalam menjalankan sesebuah penyelidikan,
metodologi penyelidikan merupakan elemen penting yang perlu diambil berat
kerana ianya merupakan kaedah bagaimana sesebuah penyelidikan itu dijalankan.
Metodologi penyelidikan dapat membantu di dalam memastikan penyelidikan dapat
dijalankan secara tersusun dan seterusnya menghasilkan keputusan penyelidikan
yang baik. Terdapat pelbagai metodologi penyelidikan yang boleh digunakan dan
bergantung kepada jenis penyelidikan yang dijalankan sama ada ianya tergolong
dalam bidang saintifik, kesusasteraan, sosiologi, teknologi dan sebagainya.
Terdapat dua metodologi yang sering diguna pakai dalam menjalankan
penyelidikan iaitu kaedah kuantitatif dan kualitatif. Kedua-dua kaedah ini
memerlukan fakta dan data untuk dianalisis menurut Cresswell (1994). Bagi
penyelidikan ini, kedua-dua kaedah iaitu kaedah kualitatif dan kaedah
kuantitatif telah digunakan. Gabungan kedua jenis kaedah ini dikenali sebagai
kaedah rangkaian segi tiga (triangulation
method). Kaedah rangkaian segi tiga dipilih berdasarkan permasalahan
penyelidikan yang lebih berbentuk tertutup. Menurut Fellows dan Liu (2003),
dengan menggunakan kaedah rangkaian segi tiga, keputusan yang tepat akan
diperolehi kerana kekurangan dan kelebihan kedua jenis kaedah ini akan
melengkapi diantara satu sama lain. Namun begitu kedua-dua kaedah itu mempunyai
kelebihan dan kelemahan masing-masing. Antaranya adalah kaedah kuantitatif dan
kaedah kualitatif.
Kaedah kuantitatif melibatkan kaedah saintifik selepas sedikit
kajian teori dan literatur dijalankan bagi menguji hipotesis. Ia melibatkan
pungutan data dari berbagai sumber dan akan dianalisis secara formula
bergantung kepada jenis statistik yang dipilih. Terdapat pelbagai kaedah
statistik yang ada boleh dipilih dan digunakan mengikut kesesuaian
penyelidikan. Antara kaedah-kaedah tersebut ialah ujian bukan parametrik, ujian
parametrik, regressi dan kolerasi, jangkaan masa dan nombor indeks.
Manakala kaedah kualitatif pula adalah penyelidikan yang dijalankan
tanpa menggunakan sebarang formula. Ia hanya dilakukan dengan memahami topik
penyelidikan diikuti dengan pungutan fakta dan data di mana teorinya akan
membantu di dalam mendapatkan keputusan penyelidikan. Kaedah ini dianggap mudah
kerana ianya tidak memerlukan sebarang kaedah matematik dan statistik ketika
analisis data dilakukan. Oleh kerana ianya tidak menggunakan pengiraan
matematik, maka keputusan analisis perlulah dibuat dengan bijak berdasarkan
semua teori yang ada.
Sementara itu, proses kajian penyelidikan pula setiap penyelidikan
akan melalui proses yang tersendiri bergantung kepada bidang dan jenis penyelidikan
yang dijalankan. Kronologi yang berlaku pada setiap penyelidikan juga adalah
berbeza namun pada dasarnya perlulah dimulai dengan menentukan tajuk
penyelidikan dan diakhiri dengan menulis laporan penyelidikan. Namun begitu,
setiap langkah tidak perlu diselesaikan sebelum langkah seterusnya diambil.
Menurut Mohd Sheffie Abu Bakar (1987), ada ketikanya sesuatu langkah itu
mengambil masa yang terlalu lama yang jika ditunggu, akan mengganggu perjalanan
keseluruhan penyelidikan.
Dalam kajian penyelidikan, hipotesis merupakan suatu ramalan
terhadap kemungkinan dapatan di dalam penyelidikan seperti yang dinyatakan oleh
Fraenkel (1993). Namun menurut Ahmad Mahdzan Ayob (1992), beliau menyatakan
bahawa hipotesis merupakan saranan sementara tentang hubungan antara dua
angkubah (atau lebih) yang didapati melalui deduksi. Sementara itu, menurut
Maleske (1995), hipotesis ialah merupakan peramalan terhadap apa yang akan
berlaku pada masa hadapan. Ianya berbeza dengan teori yang merupakan penerangan
tentatif berkaitan kenapa sesuatu tingkah laku itu berlaku.
Antara jenis-jenis hipotesis yang utama ialah hipotesis induktif dan
hipotesis deduktif. Hipotesis induktif dibentuk dibentuk melalui proses
cerapan. Dalam hipotesis ini, penyelidik akan menentukan susur galur dan
kemungkinan hubungan antara pemboleh ubah yang dikaji. Sementara itu, hipotesis
deduktif dibentuk daripada teori. Ianya akan mendorong penyelidikan ke arah
sistem pengetahuan yang lebih umum.
Selain itu, terdapat juga jenis-jenis pembolehubah dalam kajian
penyelidikan. Antaranya ialah pembolehubah bebas, pembolehubah bersandar, pembolehubah
aktif, pembolehubah penyumbang, pembolehubah discrete, pembolehubah berterusan, pembolehubah terkawal,
pembolehubah tidak terkawal, pembolehubah kualitatif, pembolehubah discrete dichotomous, pembolehubah kategori terhad,
pembolehubah kaetgori pelbagai, pembolehubah random dan pembolehubah constant.
2.MODEL KOGNITIF DEDUKTIF
Deduktif berasal dari bahasa Inggeris ‘deduction’ yang bererti penarikan kesimpulan dari keadaan–keadaan
yang umum kemudian menemukan yang khusus dari hal abstrak kepada hal yang nyata
dan dari konsep-konsep yang astrak kepada contoh-contoh yang konkrit seterusnya
dari sebuah premis menuju ke kesimpulan yang logis. Dalam erti kata lain, kognitif deduktif adalah
cara berpikir dimana dari pernyataan yang bersifat umum ditarik kesimpulan yang
bersifat khusus. Penarikan kesimpulan secara deduktif biasanya mempergunakan
pola berpikir yang dinamakan silogismus. Silogismus disusun dari dua buah pernyataan
dan sebuah kesimpulan. Menurut dalam Wikipedia, model kognitif deduktif adalah
model kognitif yang menerapkan hal-hal yang umum terlebih dahulu untuk
seterusnya dihubungkan dalam bagian-bagiannya yang khusus.
Penalaran deduktif menggunakan bentuk bernalar deduksi. Deduksi yang
berasal dari kata ‘de dan ducere’
yang bererti proses penyimpulan pengetahuan khusus dari pengetahuan yang lebih
umum. Perihal khusus tersebut secara implisit terkandung dalam yang lebih umum.
Maka, deduktif merupakan proses berpikir dari pengetahuan umum ke individual.
Seterusnya menurut Suriasumantri (2001), penalaran deduktif adalah kegiatan
berpikir yang sebaliknya dari penalaran induktif. Deduktif adalah cara berpikir
di mana dari pernyataan yang bersifat umum ditarik suatu kesimpulan yang
bersifat khusus.
Pendekatan model kognitif deduktif (deductive approach) adalah pendekatan yang menggunakan logika untuk
menarik satu atau lebih kesimpulan (conclusion)
berdasarkan seperangkat premis yang diberikan. Dalam sistem deduktif yang
kompleks, peneliti dapat menarik lebih dari satu kesimpulan. Metode deduktif
sering digambarkan sebagai pengambilan kesimpulan dari sesuatu yang umum ke
sesuatu yang khusus (going from the
general to the specific).
Menurut Setyosari (2010) menyatakan bahawa model kognitif deduktif
merupakan proses berfikir yang didasarkan pada pernyataan-pernyataan yang
bersifat umum ke hal-hal yang bersifat khusus dengan menggunakan logika
tertentu. Pendekatan deduktif adalah proses penalaran yang bermula dari keadaaan
umum ke keadaan yang khusus sebagai pendekatan pengajaran yang bermula dengan
menyajikan aturan, prinsip umum diikuti dengan contoh-contoh khusus atau
penerapan aturan, prinsip umum itu ke dalam keadaan khusus. Sementara menurut
Yamin (2008) menyatakan bahawa pendekatan deduktif merupakan pemberian
penjelasan tentang prinsip-prinsip isi pelajaran, kemudian dijelaskan dalam
bentuk penerapannya atau contoh-contohnya dalam situasi tertentu. Dalam
pendekatan deduktif menjelaskan hal yang berbentuk teori ke bentuk realiti atau
menjelaskan hal-hal yang bersifat umum ke yang bersifat khusus.
Di samping itu, model kognitif deduktif pada fahaman saya adalah
kaedah yang sesuai digunakan apabila kita ingin mencari kebenaran tentang
sesuatu perkara. Maksudnya sesuatu perkara atau hipotesis itu dinyatakan
terlebih dahulu barulah data dikumpulkan untuk memastikan hipotesis yang
dinyatakan di awal penyelidikan. Seperti kata Popper (1972), kaedah deduktif
adalah apabila data dikutip berdasarkan suatu pandangan dan jangkaan tertentu.
Hipotesis digunakan untuk mengutip data dan memberi arah tuju kepada pengumpulan
data itu. Data tidak hanya boleh diperhatikan secara lansung, sebaliknya perlu
disesuaikan dengan teori awal yang dibina.
Terdapat tujuh langkah hipotesis dalam model kognitif deduktif iaitu
pegamatan, pengumpulan data awal, perumusan teori, penyusunan hipotesis,
pengumpulan data lanjutan, analisis data dan deduksi yang dihuraikan seperti di
bawah.
Pengamatan
Pengamatan adalah suatu proses atau objek dengan maksud merasakan
dan kemudian memahami pengetahuan dari sebuah fenomena berdasarkan pengetahuan
dan gagasan yang sudah diketahui sebelumnya untuk mendapatkan maklumat-maklumat
yang diperlukan untuk meneruskan suatu penyelidikan.
Pengumpulan Data Awal
Pengumpulan data dilakukan untuk mendapatkan maklumat yang
diperlukan dalam rangka mencapai tujuan penyelidikan. Tujuan yang diungkapkan
dalam bentuk hipotesis merupakan jawapan sementara terhadap soalan
penyelidikan.
Perumusan Teori
Pada peringkat ini, penyelidik mencuba merumuskan teori-teori mana
yang akan dipakai dalam melakukan penyelidikan. Teori yang telah dirumuskan
tersebut menjadi alat dalam mengkaji suatu fenomena yang akan diteliti. Oleh
kerana itu, tahap kaitan teori yang dirumuskan dengan masalah yang akan
diteliti menjadi sangat penting dalam menunjang keberhasilan suatu
penyelidikan.
Penyusunan Hipotesis
Hipotesis atau hipotesa adalah jawapan sementara terhadap masalah
yang masih bersifat praduga kerana masih harus dibuktikan kebenarannya. Hipotesis
merupakan langkah pertama sebelum menjalankan penyelidikan, ia dirumuskan
terlebih dahulu sebagai pedoman dalam mengambil kesimpulan.
Pengumpulan Data Lanjutan
Pengumpulan data lanjutan diperlukan untuk menunjang dari hipotesis
yang telah disusun. Sebagai bahan pelengkap untuk meneruskan ke proses analisis
data. Pada tahap ini adalah bahagian melengkapi dari pengumpulan data awal.
Analisis Data
Analisis data adalah suatu kegiatan untuk meneliti, memeriksa,
mempelajari, membandingkan data yang ada dan membuat tafsiran yang diperlukan.
Selain itu, analisis data boleh digunakan untuk mengindentifikasi ada tidaknya
masalah. Analisa data juga merupakan proses mengatur susunan data,
mengorganisasikannya kedalam suatu pola, kategori dan satuan uraian dasar. Data
yang diperoleh data dari pengumpulan data sebelumnya ditambah dengan hipotesis
yang telah dibina.
Deduksi
Deduksi adalah kesimpulan akhir dari analisa yang telah disusun.
Deduksi bermakna penarikan kesimpulan dari keadaan yang umum atau penemuan yang
khusus dari yang umum. Kaedah deduksi akan membuktikan suatu kebenaran baru
berasal dari kebenaran-kebenaran yang sudah ada dan diketahui sebelumnya
(berkesinambungan). Kaedah deduksi umumnya dipakai pada bidang matematik untuk
membuat turunan-turunan formula yang lebih ringkas.
3.MODEL KOGNITIF INDUKTIF
Terdapat tiga perkata dalam induktif iaitu ‘collect, research, conclude’. Melalui kaedah ini, langkah pertama
untuk membuat sesuatu kajian adalah dengan mengumpulkan segala bahan yang hendak
dikaji terlebih dahulu. Selepas semua maklumat diperolehi, barulah penyelidikan
dijalankan terhadap bahan kajian terbabit dan kesimpulan akan dibuat
berdasarkan kajian yang telah dijalankan. Pendekatan induktif pada awalnya
dikemukakan oleh ahli falsafah Inggeris iaitu Perancis Bacon yang menghendaki
agar penarikan kesimpulan berdasarkan fakta-fakta yang konkrit sebanyak
mungkin. Sistem ini dipandang sebagai sistem yang paling baik pada abad
pertengahan iaitu cara induktif disebut juga sebagai dogmatif ertinya bersifat
mempercayai begitu sahaja tanpa diteliti secara rasional. Pada dasarnya model
kognitif induktif ialah suatu proses dalam berfikir yang berlangsung dari
khusus menuju ke yang umum.
Model ini juga berdasarkan model kognitif induktif oleh Hilda Taba. Seperti
yang dijelaskan oleh Sagala (2010), yang mengatakan bahawa dalam konteks
pembelajaran pendekatan induktif adalah pendekatan pengajaran yang bermula
dengan menyajikan sejumlah keadaan khusus kemudian dapat disimpulkan menjadi
suatu prinsip atau aturan. Sementara itu, menurut Yamin (2008) menyatakan
bahawa pendekatan induktif bermula dengan pemberian kes, fakta, contoh atau
sebab yang mencerminkan suatu konsep atau prinsip. Mengajar dengan pendekatan
induktif adalah cara mengajar dengan cara penyajian kepada pelajar dari suatu
contoh yang khusus untuk kemudian dapat disimpulkan menjadi suatu aturan
prinsip atau fakta yang pasti.
Dalam erti kata lain, model kognitif induktif menekankan pada
pengamatan dahulu, lalu menarik kesimpulan berdasarkan pengamatan tersebut.
Model ini sering disebut sebagai sebuah pendekatan pengambilan kesimpulan dari
khusus menjadi umum (going from specific
to the general). Dalam model kognitif induktif ini juga, pemerhatian dibuat
untuk menghasilkan satu konsep awal dalam memberikan pemahaman fenomena yang
lebih jelas. Konsep ini kemudiannya digunakan untuk menjana soalan-soalan
penyelidikan yang lebih relevan untuk pengumpulan data selanjutnya. Penemuan
ini telah digunakan untuk mengesahkan konsep awal. Konsep yang disahkan digunakan
sebagai asas bagi pembangunan teori baru. Seterusnya, teori dibandingkan dengan
teori yang sedia ada. Jika teori-teori baru dan sedia ada adalah sama maka
teori yang sedia ada ditakrifkan sebagai disahkan atau diperkukuhkan. Jika ada
apa-apa kelainan dalam perbandingan, teori yang sedia ada akan diubah suai dengan sewajarnya.
Antara ciri-ciri model kognitif induktif seperti matlamat bagi
membentuk kebiasaan, guna deria bagi mendapatkan pengetahuan, mementingkan
kekerapan ulangan, menekankan pengajaran konkrit, selaras dengan linguistik,
struktural dan teori ‘Behavioris’, belajar dengan bimbingan guru, melibatkan
penglibatan pelajar, bersifat saintifik serta penekanan terhadap aspek lisan. Selain
itu, jenis-jenis pula adalah membentuk satu generalisasi dari pada
contoh-contoh tertentu, membentuk satu prinsip dari uji kajian tertentu,
membentuk satu hukum dari pernyataan-pernyataan tertentu dan mendapat satu
teori dari urutan suatu pemikiran.
Namun menurut model kognitif induktif dari Hilda Taba, terdapat tiga
faktor utama mengenai cara berfikir iaitu berfikir dapat dididik, berfikir
adalah suatu transaksi aktif antara individu dan data serta proses berfikir
lambat laun membentuk kaedah-kaedah berfikir. Dari beberapa pendapat di atas
dapat disimpulkan bahawa pendekatan model kognitif induktif adalah pendekatan
yang bermula dengan menyajikan sejumlah keadaan khusus kemudian dapat
disimpulkan menjadi suatu kesimpulan, prinsip atau peraturan.
4.KESIMPULAN
Setiap penyelidikan akan melalui proses yang tersendiri bergantung
kepada bidang dan jenis penyelidikan yang dijalankan. Kronologi yang berlaku
pada setiap penyelidikan juga adalah berbeza namun pada dasarnya ia perlulah
dimulai dengan menentukan tajuk penyelidikan dan diakhiri dengan menulis
laporan penyelidikan. Namun begitu, setiap langkah tidak perlu diselesaikan
sebelum langkah seterusnya diambil. Menurut Mohd Sheffie Abu Bakar (1987), ada
ketikanya sesuatu langkah itu mengambil masa yang terlalu lama jika ditunggu
ianya akan mengganggu perjalanan keseluruhan penyelidikan.
Brew (2001), telah menyenaraikan beberapa definisi yang dirasakan
bertepatan dengan maksud kajian itu sendiri iaitu kajian merupakan pencarian
sesuatu dan menyebarkannya kepada umum, kajian melengkapi cara penghasilan,
pengujian dan pengesahan ilmu, kajian merupakan suatu proses sistematik kajian,
kepentingan umumnya yang mana menyumbang kepada himpunan ilmu yang membentuk
serta mendorong bidang akademik atau praktis serta kajian adalah mengenai ilmu
lanjutan dan pemahaman.
Secara amnya, penyelidikan terbahagi kepada dua kategori iaitu
penyelidikan tulen atau lebih dikenali sebagai penyelidikan asas dan
penyelidikan gunaan. Bagi penyelidikan tulen atau asas, ianya lebih kepada
mengembangkan pengetahuan sedia ada dan sering dijalankan oleh mereka yang
berada di dalam bidang akademik dan bukannya penyelidikan yang spesifik bagi
menyelesaikan masalah atau permasalahan. Bagi penyelidikan gunaan pula, ianya
lebih merujuk kepada penyelidikan yang dijalankan bagi menyelesaikan masalah
yang memang diketahui umum dan menjawab persoalan yang lebih spesifik dan selalunya
pada akhir penyelidikan akan menghasilkan sesuatu yang boleh digunakan oleh
orang ramai atau umum.
Dalam model kognitif deduktif, teori yang sedia ada digunakan untuk
menyimpulkan hipotesis. Hipotesis ini kemudiannya diuji secara empirikal
melalui data yang dikumpul. Data dianalisis dan hasilnya akan digunakan untuk
mengesahkan hipotesis. Jika penemuan tidak sesuai hipotesis, maka hipotesis ini
ditolak. Jika penemuan patut hipotesis, maka hipotesis diterima. Oleh itu,
teori ini disemak menerusi hasilnya. Sementara itu, dalam model kognitif
induktif pula meliputi dua komponen penting. Yang pertama terdiri dari
pernyataan atau fakta yang mengakui untuk menyokong kesimpulan dan yang kedua ialah
sebahagian daripada hujah tersebut.
Terdapat perbezaan antara pendekatan
model kognitif deduktif dengan model kognitif induktif. Teori normatif
menggunakan pertimbangan nilai yang
mengandungi satu atau lebih premis menjelaskan cara yang seharusnya ditempuh.
Sebagai contoh, premis yang menyatakan bahawa laporan perakaunan (accounting reports) seharusnya
didasarkan kepada ukuran nilai aset bersih yang boleh merupakan premis dari
teori normatif. Sebaliknya, teori deskriptif (descriptive theory) berupaya untuk mencari hubungan yang
sebenarnya berlaku. Walaupun terdapat pengecualian, sistem deduktif umumnya
bersifat normatif dan pendekatan induktif umumnya berupaya untuk bersifat
deskriptif. Hal ini kerana kaedah deduktif pada dasarnya merupakan sistem yang
tertutup dan nonempiris yang kesimpulannya secara ketat didasarkan kepada
premis. Sebaliknya, ianya berupaya untuk mencari hubungan empiris iaitu
pendekatan induktif bersifat deskriptif.
Salah satu soalan yang menarik adalah apakah penemuan penyelidikan
empiris dapat bebas nilai atau neutral kerana pertimbangan nilai sesungguhnya
mendasari bentuk dan isi penyelidikan tersebut. Walaupun penyelidikan empiris
berupaya untuk deskriptif, penelitinya tidak mungkin sepenuhnya bersikap neutral
dengan dipilihnya suatu permasalahan yang akan diteliti dan dirumuskannya
definisi konsep yang berkaitan dengan permasalahan tersebut .
Perbezaan yang lebih ketara antara sistem deduktif dan induktif
adalah kandungan atau isi teori deduktif
kadang-kadang bersifat global iaitu makro sedangkan teori induktif umumnya
bersifat partikularistik iaitu mikro. Oleh kerana premis sistem deduktif
bersifat total dan menyeluruh maka kesimpulannya pasti bersifat global. Sistem
induktif, kerana didasarkan kepada fenomena empiris umumnya hanya tertumpu
kepada sebahagian kecil daripada fenomena tersebut yang relevan dengan
permasalahan yang diamatinya.
Meskipun pembedaan antara sistem deduktif dan induktif bermanfaat
untuk maksud pengajaran dalam amalan penyelidikan pembedaan ini seringkali
tidak berlaku. Dengan erti kata lain, kedua-duanya bukanlah pendekatan yang
saling bersaing tetapi saling melengkapi dan seringkali digunakan secara
bersama. Kaedah induktif boleh digunakan untuk menilai ketepatan premis yang
pada mulanya digunakan dalam suatu sistem deduktif. Berdasarkan huraian dalam
pembahasan di atas maka dapat disimpulkan bahawa strategi induktif merupakan
strategi pembelajaran dari khusus kepada umum. Sedangkan strategi deduktif
adalah strategi berfikir yang menerapkan hal-hal yang umum terlebih dahulu
untuk seterusnya dihubungkan dalam bahagian-bahagiannya yang khusus.
2571 Perkataan
APENDIKS
5.RUJUKAN / REFERENSI
Apa Itu Penyelidikan?.
(n.a.). [Online].
[2013, Oktober 28].
Definisi Kaedah Penyelidikan. (n.a.). [Online].
[2013, Oktober 28].
Kajian Dan Penyelidikan.
(n.a.). [Online].
Available : http://ustazkenali.wordpress.com/kajian-penyelidikan/.
[2013, Oktober 28].
Definisi Penyelidikan Dan Langkah Penyelidikan. (n.a.). [Online].
penyelidikan-dan-langkah.html. [2013, Oktober 28].
Kaedah Penyelidikan Kajian. (n.a.). [Online].
penyelidikan_kajian.htm.
[2013, Oktober 28].
Konsep Penyelidikan. (n.a.). [Online].
[2013, Oktober 28].
Metodologi Penyelidikan. (n.a.). [Online].
disertasi-phd-bab-4-metodologi.html. [2013,
Oktober 28].
Pendekatan Deduktif. (n.a.). [Online].
[2013, Oktober 28].
Definisi Dan Sejarah :
Strategi Induktif Dan Deduktif. (n.a.). [Online].
induktif-dan-deduktif/.
[2013, Oktober 28].
Makalah Kemantapan Teori,
Pola Berpikir Induktif Dan Deduktif. (2012).
[Online].
kemantapan-teoripola-berpikir.html. [2013,
Oktober 28].
Teori Penjelasan Ilmiah:
Deduktif-Nomologis. (2011). [Online].
ilmiah-deduktif-nomologis. [2013, Oktober
28].
Pendekatan Induktif dan
Deduktif. (2013). [Online].
deduktif.html. [2013, Oktober 28].
Pendekatan Induktif dan
Deduktif. (2012). [Online].
penalaran.html.[2013, Oktober 28].
Hypothetico - Deductive
Model. (n.a.). [Online].
[2013, Oktober 28].
No comments:
Post a Comment